Tuesday, 5 September 2017

August Activities

Bulan Ogos paling banyak aktiviti. Dah tua baru teringin nak buat semua aktiviti aktiviti ni. Tak apalah. Its better late than never. 

5 Ogos 2017 - Putrajaya Komuniti Ride 

Ride ni ada 4 series. Yang ini adalah Community Ride yang ke2. So kena completekan 4 rides, then nanti ada biggggggg lucky draw. Series 1 -3, ada juga lucky draw...tp kecik kecik je. Dalam kecik kecik pun...ada gak yang dapat hp samsung dan basikal. Well...saya adalah orang yang jarang bertuah. But enjoy.....kali ini start dari Precint 18. Untuk siri 1 kayuhan bermula dari Precint 9. 




6 Ogos 2017 - Dpulze Friendship Ride

Kayuhan bermula dari Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. Dan kayuhan adalah sepanjang 30km...hahaha. Fitam mak nak. Dengan jalan yang berbukit bukit. Surrender sungguh and juga mengelat untuk beberapa kilometer...hahahha.

KMC Friends

Sorong beskal dah...x daya kayuh naik bukit





Notakaki:  Most pictures Credit tu Dpulze Friendship Ride 2017




Monday, 24 July 2017

Selamat Pengantin Baru Izzul & Ainul

Pada tanggal 21 Julai 2017, selamatlah sudah anak saudara saya diijabkabulkan bersama pasangannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis pihak perempuan di adakan di Dewan Institute Kemajuan Desa (Infra), Bangi pada 22 Julai 2017. Manakala majlis di sebelah pihak lelaki diadakan pada 23 Julai 2017 di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Tahniah kepada kedua mempelai. 

Hasil keras tangan saya dalam satu malam

The Family walaupun tak semua ada

The boys in the family. Ada gak yg tak dpt hadir sbb bekerja

The girls in the family. Cucu dan cicit Hajjah Maiselamah

Gambar gambar hasil dari hanphone sahaja....hehhehe. Seorang lagi sudah berpunya. And many more to come. Bila melihat kemeriahan begini, terpikir pikir didalam hati. Bagaimanakah majlis anak anak saya nanti. Another 5 more years to come untuk pikirkan. Itupun kalau jodoh mereka singgah lebih awal. If not, tunggulah another 10 years kut and of course will have to wait  another 20 years untuk si bongsu tu...huhuhu. Mohon dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan cerdas akal fikiran. Mudah-mudahan saya mampu melihat kebahagian anak anak saya dan dapat merasai kemeriahan yang sebegini.




Friday, 30 June 2017

Selamat Hari Raya AIdil Fitri 2017

Setelah sekian lama tidak berhariraya di kampung suami sejak perginya bapa mertua saya, tahun ni tiba tiba saya jadi isteri mitali lak..(mitali..bukan mithali)...hahhaha. Saya kata ke suami, since hari raya ke3 nanti akan ada Family Day sebelah family saya, maka jomlah berhari raya di kampung dia pula. Bertahun tahun jadi tetamu sahaja semenjak ketiadaan arwah FIL, maka tahun ni marilah kita jadi tuan rumah pula....

Dalam banyak banyak gambar, ni aje yang semenggah kut. Berkerut muka menahan panas..heehe. Jadilah buat kenangan.

Tema purple hijau yang tak braper nak menjadi hahahaha


Baru perasan, tahun sebelum ini tema hijau dan gold mustard. Last year tema purple peach. Tahun ni, hijau purple. Dulu dulu pun hijau juga...hijau pucuk pisang, hijau pekat.....peminat kaler hijau saya ni rupanya. 

Keluarga besar sebelah suami saya

Tak semua yang ada pun. Suami saya adalah anak ke3 dari 17 adik beradik sebapa dari 3 ibu. Bila berkumpul semua, memang meriah. Bila memasak, bagaikan kenduri. Ini hanya sebahagian sahaja. Anak sahaja sudah 17, belum lagi dicampur menantu dan cucu. Lebih kelakar, bila memanggil emak, akan berpaling lah kedua dua emak mertua. Nak panggil mak no 2, no 3 pun menyahut sama.....hahhahaa. Sekiranya arwah bapa mertua masih ada, sudah pasti dia tersenyum lebar gembira melihat anak menantu dan cucu berkumpul di hari raya. Arwah MIL yang pertama pula tak sempat merasai suasana meriah bersama cucus dan menantus (Meninggal ketika suami saya masih belajar di sekolah menengah). Al Fatihah.....moga arwah bapa mertua dan ibu mertua saya di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan solehah. 








Tuesday, 16 May 2017

Misi Mencari Cikgu Wan

14 Mei 2017 (Ahad)

Siapa Cikgu Wan? Cerita tentang Cikgu Wan tiba tiba menjadi isu hangat group sekolah rendah. Kata salah seorang ahli group, Cikgu Wan sekarang tidak sihat. Kena mild stroke. Di saat terkeluar cerita Cikgu Wan, semua ahli mula mengenangkan kembali zaman persekolahan di kampung. Pelbagai cerita dan kenangan di imbas semula. Cerita suka, cerita duka.  Almaklum, pada zaman 70an - 80 an, tinggal di kampung pula, sesungguhnyer kehidupan kami semua pada ketika itu bukanlah senang. Kebanyakan yang bersekolah rata rata anak orang susah. Kali terakhir bertemu Cikgu Wan adalah di tahun 1981 tatkala kami masing masing berusia 12 tahun. Itulah tahun terakhir berada di sekolah rendah. Juga tahun terakhir bersama Cikgu Wan. Selepas itu, kami meneruskan persekolahan ke sekolah menengah mengikut sekolah pilihan masing masing. Walaupun setiap tahun pulang ke kampung, namun tidak pernak terlintas untuk kami mencari cikgu cikgu yang pernah berjasa selama 6 tahun terhadap kami. Dulu dulu, bila terjumpa cikgu kami segan. Sebab kami orang susah. Nampak cikgu macam nampak harimau. Berlari lintang pukang. Bukan tidak menghargai cikgu, tetapi dalam usia yang muda, rasa rendah diri dan malu sering menyelubungi jiwa kami. 

Pada masa itu, bukan zaman teknologi. Mana ada wasap, facebook twitter dan sebagainya. Bila zaman semakin maju, media sosial dapat mempertemukan kami semula, baru lah terpikir untuk mengadakan reunion, ziarah dan sebagainya. 

Cikgu Wan seorang cikgu yang baik. Sangat sangat baik. Soft spoken. Tidak pernah meninggikan suara. Sentiasa bertolenrasi dengan murid murid. Sentiasa memberikan semangat dan peransang kepada kami. Kami anak anak orang susah tapi Cikgu Wan tidak pernah berkira dengan kami. Walau bagaimana nakal sekalipun kami semua, tidak pernah rotan naik ke badan dari Cikgu Wan. Bukan hanya Cikgu Wan, begitu juga cikgu cikgu lain antara yang masih saya ingat seperti Cikgu Ghazali, Arwah Cikgu Isni. Cuma hubungan kami sebagai murid dengan Cikgu Wan, tidak seperti cikgu cikgu yang lain. Dengan Cikgu Wan, kami lebih rapat. Cikgu Wan berpindah ke sekolah rendah tempat kami belajar pada tahun 1979. Pada masa itu kami baru berada di Darjah 4. Dengan kehadiran Cikgu Wan, sesungguhnya kami anak anak orang susah ni, sangat gembira untuk hadir ke sekolah. Cikgu Wan akan berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kami.

Sempena Hari Guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei 2017, tiba tiba terkeluar dari mulut seorang ahli group sekolah rendah untuk menziarahi Cikgu Wan. Maka berpakatlah kami untuk menziarahi Cikgu Wan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. Moh selebret Hari Guru in advance walaupun Cikgu Wan dah tak jadi cikgu lagi.

Sementara menanti yang lain
Hanya kami berenam sahaja yang dapat meluangkan masa di hari Ahad ini. Yang lain ada komitment tersendiri. Maka bertolak lah kami ber3 (saya, Izah dan Ja) dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Kangsar. Manakala Illah, Pai dan Kama akan menunggu kami di sana. Illah dan suami dari Manong, Pai dari Taiping dan Kama berserta isteri dari Kampar, Perak.

Lunch dulu
Berdasarkan ingatan yang sedikit, kami berusaha untuk mencari rumah Cikgu Wan. Antara kenangan yang kami masih ingat, dulu dulu kami selalu berhariraya ke rumah Cikgu Wan. Cikgu Wan akan pickup kami di stesen bas, kendian Cikgu Wan hantar kami ke rumah Cikgu Ghazali and Cikgu Ghazali pula hantar ke rumah arwah Cikgu Isni untuk berhari raya. Omai kenangan. Seronok bila di kenang kenang semula.  Berhari raya di tahun 80an, meriah. Merata kami pergi dan jelajah.

Maka berpusing pusinglah kami mencari rumah Cikgu Wan di Bukit Chandan dengan bantuan adik Izah bernama Ina kerana Ina ni tinggal di Bukit Chandan. Dan dia juga mengajar di sekolah berhampiran dengan sekolah rendah di kampung kami. Yang mereka mereka ni masih ingat tentang rumah Cikgu Wan adalah warna rumah iaitu putih dekat bersebelahan dengan bukit...hahha. No rumah pun tak ingat, apatah lagi nama jalan. Uols just imagine, dengan berpandukan ingatan yang sedemikian sahaja kami berusaha dan bertawakal juga mencari rumah Cikgu Wan. Kami mula bertanya disana disini, tetapi malang pada kami, tiada siapa dapat membantu. Ikhtiar terakhir ialah kami dengan menanyakan di mana rumah Cikgu Ghazali. Cikgu Ghazali pasti tahu di mana rumah Cikgu Wan. Ramai pula yang kenal Cikgu Ghazali ni, tapi takde pula yang kenal Cikgu Wan. Bayangkanlah, 36 tahun sudah kami tak penah pergi lagi ke rumah Cikgu Wan. Jadi bagaimana mungkin dengan ingatan yang sedikit itu untuk mencari rumahnya. Bukit Chandan tu xdeler beso mana, tp juga bukanler kecik...hehhehe

Kami akhirnya menuju ke rumah Cikgu Ghazali dahulu. Malang juga bagi kami, Cikgu Ghazali tiada di rumah. Setelah penat berpusing pusing, kami pun sudah mula berputus asa, tetapi suami Illah pula mengambil inisiatif terakhir dengan bertanya orang yang lalu lalang untuk kesekian kalinya. Saya kata, kalau kat oversea ni, harus dah ada kereta polis dah kat belakang kita wehh...hahhaha. Alhamdulillah, sorang hamba allah yang kami tahan di jalan, mengenali Cikgu Wan. Dan akhirnya dia membawa kami terus ke rumah Cikgu Wan. Aduhai....kami sebenarnya sudah berpusing pusing banyak kali di area situ..haha. Kelakar juga rasanya. Tapi alhamdulillah. Niat kami untuk menziarahi Cikgu Wan termakbul.

Sesampai di rumah Cikgu Wan, kami di sambut mesra oleh isterinya. Isteri cikgu Wan juga adalah bekas guru sekolah berdekatan juga dengan sekolah kami. Di saat melangkah masuk ke dalam rumah, kami masing masing tidak dapat menyembunyikan perasaan sendiri. Melihat Kama memeluk Cikgu Wan, Pai cepat cepat berlari keluar menyeka airmata yang mula mengalir. Saya sendiri, tidak dapat membendung perasaan apabila melihat suasana yang menyentuh hati. Amat terharu sekali dapat berjumpa dengan Cikgu yang sudah terpisah sekian lama. Selepas yang lain lain bersalaman, perlahan lahan saya merapati Cikgu Wan yang duduk di birai katil. Ayat pertama yang keluar dari mulut saya, Cikgu masih ingat saya. Saya *******. And saya amat terharu sebab cikgu Wan masih ingat saya. Dia juga masih ingat kepada arwah kakak saya. Melihat wajah Cikgu Wan yang kini dimamah usia juga kedut kedut di jari jemarinya tetapi senyuman Cikgu Wan tetap sama..walaupun tidak sihat, Cikgu Wan berusaha duduk melayani kami. Rasa bersalah pun ada. 

Bawak kek - anak Ja, Ayra siap nyanyikan lagu kat Cikgu Wan


Kami sangat sangat gembira dan terharu dapat ketemu Cikgu Wan. Dan Cikgu Wan juga, dapat saya lihat dari wajahnya, kegembiraan yang amat sangat bertemu kami. Berbagai bagai cerita dan kenangan kami imbaskan kembali. Cikgu Wan masih ingat saat perlawanan bola jaring antara sekolah. Bila pasukan kami kalah, kata Cikgu Wan, mereka sesama guru bertekak tekak di luar padang kerana pengadil berat sebelah. Saat kami mahu menjaringkan gol, tiang gol kena goyang, kata Cikgu Wan. Saat kami berkebun, dan cikgu Wan masih ingat kacang panjang siapa yang paling panjang. Cikgu Wan juga mengimbau kenangan ketika kami membuat lawatan ke Cameron Highland. Terkekek kekek cikgu Wan bercerita bagaimana menghadapi situasi murid murid yang mabuk dan muntah muntah dalam bas. Cigku Wan masih ingat saat kami menanam pokok dikawasan sekolah untuk di jadikan kenangan. Kata Cikgu Wan, pokok2 yang kami tanam dan takde dah..hehhehe. Saat saya dan Illah di dera berlari atas padang oleh arwah Cikgu Isni untuk melatih kami mendapatkan stamina yang cukup baik sebagai olahraga. Kenangan berhari raya, adalah kenangan yang tidak pernah kami lupa. Hatta Cikgu Wan sendiri masih ingat waktu itu. Bayangkan...hampir 30 tahun berlalu, tetapi di usia 81 tahun, Cikgu Wan masih ingat....alhamdulillah. 

Khusyuk dengar cerita Cikgu Wan
Ada ketikanya, Cikgu Wan juga bergenang airmata apabila mengimbau semula kenangan lama. Pada saya, Cikgu Wan mungkin tidak pernah terpikir sama sekali, selepas 36 tahun, anak anak murid akan mencarinya semula. Kami katakan kepada Cikgu Wan, alhamdulillah Cikgu. Semua anak anak murid Cikgu menjadi orang. Kami namakan satu persatu satu anak anak murid paling nakal dan paling malas belajar di sekolah seperti Mat Lori, Mi Kambing,  Kama (antaranya - semua tu nama gelaran paling popular di sekolah...hehhehe).  Tetapi mereka mereka inilah yang paling berjaya kalau di bandingkan dengan saya. Saya dulu, murid pandai. Saya, Lina, Nun, Pai. Memang kami menjadi anak murid kesayangan cikgu cikgu la. Tp dah besar, tak pandai pandai...hahahhaha. (Sayalah yang kurang pandai. Pai, Nun, Lina tetap excellent). Sampai sekarang mereka ni suka mengejek saya. Kami juga memberitahu Cikgu Wan, ada juga rakan rakan yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.


Hari menjelang petang, kami pun mahu berangkat pulang. Di saat kami mahu meninggalkan rumah, Cikgu Wan berkeras mahu bangun dan menghantar kami ke muka pintu. Selepas berpelukan dan bersalaman, kami pun meninggalkan rumah Cikgu Wan dengan 1001 macam kenangan dan cerita yang tak mungkin habis. Sempat juga meninggalkan nombor untuk di hubungi. Cikgu Wan dan isteri juga mengalu-ngalukan kami supaya datang lagi. Datanglah bila bila. Tak semestinya masa Hari Raya sahaja; katanya. In Sha Allah Cikgu, jawap kami. 

Group 69 - Izah, Ja, Pai, Kama, Wife Cikgu Wan, Illah, Saya
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami mendapat mesej dari anak Cikgu Wan. Menzahirkan kegembiraan yang amat sangat diatas kehadiran kami menziarahi cikgu Wan. Katanya, Cikgu Wan amat amat gembira. Kami juga gembira cikgu. Gembira kerana dapat menggembirakan cikgu. Jasa cikgu tidak terbalas. Terlalu banyak yang cikgu lakukan untuk kami sehingga kami menjadi seperti kami sekarang ini. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik buat cikgu. Lepas ni, misi mencari cikgu cikgu yang lain pula.

Selamat Hari Guru - Cikgu Wan Ismail bin Wan Abdul Rahman
Menjadi guru di SK Jeliang dari tahun 1979 - 1991
Mengajar kami matapelajaran Matematik dari tahun 1979 - 1981





Thursday, 11 May 2017

Mini Reunion

10 May 2017

On Wesak day recently kembali bertemu kengkawan sama sama belajar di ITM Kota Bharu, Kelantan juga kengkawan sealiran dari ITM Kuantan, Pahang (Batch saya ITMCK 88, kemudian kami di tukar ke Kuantan, Pahang). Saya dah lama tak ketemu mereka mereka ni semua. Ada yang tak jumpa langsung lepas tamat pengajian. Saya juga bukan jenis orang yang rajin mencari kawan kawan. Tapi atas inisiatif kengkawan seperti Sherry, Zana, Hani, Tini, (saya namakan a few), maka tercetus ler idea untuk berjumpa jumpa. Some of them memang dah biasa sangat berjumpa. Silaturrahim antara mereka memang berpanjangan dari saat tamat pengajian hingga sekarang. 


I put this story in my blog, sebab saya mahu mengenangkan kembali zaman zaman remaja. One day, I might forget. So if I read this again, then maybe I will remember. Saya taklah rapat dengan semua orang. Cuma several people je. Tapi demi usaha kengkawan, saya gagah juga untuk hadir. Tak ramai sebenarnya. Dalam 11 orang gitu. Hani, Nor, Sherry, Zana, Tini, saya (ITMCK), manakala Erra, Noriah, Mawar, Yati, Rose dari ITMCP Kuantan. Siapa lagi eh....

Yang hadir
Konsep potluck. Masing masing bawak makanan. Macam macam ada. Lemang, rendang, spageti, victoria sandwich cake, roti kapit sardin (tak tau nama hehehhe), bingka, choc cupcake, serimuka, laksa...walllaa. memang meriah makanan. 

Rendang Erra memang superb. Begitu juga dengan Mini Red Velvet Cake. Bronies Rose, Puff Zana, Laksa Sherry, Lemang Noriah, Sandwich Cake Noor, Serimuka Tini, Cupcake Yatie, Spageti Hani...perghhh..buntang makan. Saya bawa spageti oglio bukan masak sendiri....(banyak lagi makanan lain yang tak berapa nak ingat)

Sapa penah makan laksa ngan fish cake. Org Perak je buat gitu hehehe





The best ever - Mini Red Velvet
We enjoyed. We chit chatting sambil mengenang ngenang masa lalu. Macam biasa, bila terlalu lama tak berjumpa, terlalu banyak stories mories yang nak di sampaikan. Adakala bercakap pun sampai bersimpang siur. Cross over.

Moga silaturrahim terus berpanjangan. Walau mungkin dahulu kita tidak serapat mana, moga kali ini persahabatan terus dapat di eratkan. Gembira mengenali uols.