Tuesday, 31 July 2012

Rendang Ikan Tongkol

alhamdulillah, semalam berjaya juga memasak rendang ikan tongkol. Inilah hasilnya. Sebenarnya, resepi ni akak gugel daripada beberapa blog, dan akak buat style akak sendiri..hehehhehe....

Bahan bahan untuk di kisar
4 batang serai
3 labu bawang besar
20 biji cili padi hijau
Halia (sebesar ibu jari)
(Ada orang bubuh lengkuas, kunyit hidup. Kat umah akak takdak lengkuas/kunyit hidup, jadi guna pakai apa yang ada..hahaha)

Bahan - bahan lain
4 ekor ikan tongkol size sederhana yang sudah dibersihkan, dipotong ikut dua
Daun kunyit - 2 helai (di hiris nipis)
Asam keping - 2 keping
Garam + gula secukup rasa
Kerisik - 2/3 sudu klu ikut resepi orang lain (tp akak habiskan satu peket kecik sbb takmo simpan belen)
Santan - RM1.00 kalau ikut resepi orang (tp santan akak RM2.00..hahahaa...pun perabih gak, sbb malas nak simpan sikit sikit)

Akak memang bedal aje. Semua bahan yang di kisar masuk kuali berserta santan, kerisik, garam, daun kunyit dan asam keping. Masak kuah hingga pekat dan kemudian masukkan ikan. Kacau sedikit, guna api perlahan untuk bagi kuah agak kering. Rendang akak memang kering ya..hehhhe..bukan jenis berkuah macam setengah orang tu. Kalau takmo kering, pun boleh gak. Jangan biar lelama atas api..

Ikan tu akak rebus dulu. Akak ngikut resepi dari blog INI. Tak tau kenapa kena rebus, tp akak sajer jer cuba. At least tak perlu masukkan ikan awal awal, so ikan pun tak hancur. Air rebusan akak buang, cuma ambil ikan sahaja.

hmmmm..sedap..sedap pada tekak akak...hahahaa....







Monday, 30 July 2012

Sambal Telur dan Kentang


Ni salah satu menu simple yang sesuai tak kira ler di bulan puasa atau tidak. Samada di waktu bersahur, atau waktu berbuka puasa, atau waktu tak sempat nak masak beria ia..hehhehe

Ini style akak. Lain orang, lain cara, walaupun mungkin resepinya hampir sama.

2 biji kentang - di potong dadu dan di goreng
4 biji telur - goreng secara scramble
Bawang besar 1 labu - di potong dadu atau di hiris nipis
Cili kisar - 2 sudu
Garam secukup rasa
Daun bawang / bawang goreng untuk hiasa


Cara - cara
Tumiskan bawang besar yang di potong dadu hingga layu. Masukkan cili kisar, dan goreng sehingga cili masak.Kemudian masukkan kentang, kacau seketika. Masukkan garam secukup rasa, masukkan telur yg telah di goreng hancur dan kacau rata. Sudah sebati dan masak, boleh lah di angkat. Taburkan daun bawang sekiranya suka. Tabur bawang goreng pun boleh, kalau nak.

Anak anak akak suka, laju jer depa makan dengan nasi panas.





Tuesday, 24 July 2012

Cekodok Jagung, Ikan Tenggiri Masak Cuka, Kailan Oyster Sos

hahahha......kalau hari hari hapdet, penuh satu bulan dengan menu berbuka puasa jer..kekkee..tp menu bersahur, takdan nak amik gambor...........hahhaha..


Cekodok jagung


Agar agar ni jiran bagi...

Sayur kailan oyster sos + tofu lembut...hahhaa

Ni pun resepi mudah.
Kailan - 1 ikat
Tofu lembut - 1 paket
Bawang besar - 1 biji (hiris hiriskan)
Bawang putih - 3 ulas
Cili padi - 3/4 biji
Sos tiram - 2 sudu
Garam + gula secukup rasa

Tumiskan bawang besar + bawang putih. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan sayur kailan + cili padi. Dah mendidih, akhir sekali masukkan tofu lembut. Biar sekejap, angkat untuk di hidangkan.

Tofu lembut lagi...stok byk kat dlm peti ais...anak anak suka

Ikan tenggiri masak cuka



Ikan tenggiri masak cuka ni cukup senang pada akak. Ni jadi kegemaran emak, masa dia sakit dulu. Makanan lain takde selera pada dia. Tp kalau masak yang ini, laju jer dia makan. Alhamdulillah, emak pun dah beransur baik sekarang.

Ni style akak ekk.......hehehe
Ikan tenggiri - 4 potong (di goreng)
Halia - 2 ketul besar ibu jari (hiris halus - tp akak punya hiris kasar, sbb nanti bebudak sure nak asing asingkan halia tu. Biar besar, depa nampak, senang nak asing..hahhahaha)
Serai - 1 batang (Ketuk jer)
Bawang besar - 1 biji (potong besar)
Bawang putih - 4 biji (ketuk je)
Cili padi - 5 biji
Asam - 2 keping
Cuka - sesudu
Biji sawi - sesudu kecil
Setengah cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

pssttt: Dalam gambar ada nampak sayur....sebenarnya sayur tu takyah, sbb akak nak perabihkan stok..bedal aje masuk sekali..hahhahaha...

Panaskan minyak. Tumis halia, serai bawang putih dan bawang besar. Masukkan cuka, asam keping dan setengah cawan air. (Kalau nak kuah byk, boh ler air byk). Dah mendidih, masukkan garam secukup rasa, ikan, biji sawi  dan cili padi. Kacau sekejap dan boleh angkat untuk di hidangkan.



Pulut udang beli kat kantin di opis



Sunday, 22 July 2012

Daging Blackpepper & Kueteow Goreng

hahahhaa......dah masuk hari ke 2.

Hari ni menu cuma dua je. Kuetoew goreng + Daging masak blackpepper + kuih kasturi. Tp kuih kasturi tak menjadi elok. Gambar pun tak amik..Akak ingat nak masak bingka kacang hijau (belen bubur kacang ijau semalam). Asbend plak nak kuih kasturi. Buat ajer lah, walaupun tak reti....last2 tak begitu menjadi. Takpe..lenkali, gugel resepi dan ikut betul betul..hehehe

Daging blackpepper

Kueteow goreng bersama kerang






Saturday, 21 July 2012

Ayam Bakar, Sup Tofu ala Korea, Sup Cendawan

As Salam...

Telah pun masuk bulan Ramadhan 2012. Azam akak tahun ni, takmo pegi PARAM. hahhaha...berjayakah...Since puasa jatuh hari Sabtu, lega sikit nak train bebudak kat rumah ni. Ini menu berbuka di hari pertama

Ayam bakar
Ayam bakar
Ayam bakar ini, akak cuma gaulkan dengan kunyit dan garam sahaja. Kendian bakar di dalam kuali ajaib...hehhehehhe.......ni tengok gambar kuali ajaib, leh masuk sini ataupun di sini

Sup cendawan + fishball

Sup tofu lembut ala korea..hahhahaha
Sup tofu lembut ni, akak buat ala ala style korea. Klu ikut resepi, korea, mcm mcm cara ada. Tp klu ikut style akak (amik style korea secara basic aje lah..heheh), gini...

Potong ler bahan ikut suka hati ya..

Tofu lembut - 1 paket
Leek - satu batang
Karet - 1 batang
Yellow onion - sebiji
Tomato - 2 biji
Cendawan  - agak2 ler (2 atau 3)
Halia - sebesar ibu jari (dilumatkan boleh, hiriskan pun takper)
Sos gochucang  - 1 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (1 sudu teh jer pun takpe..kang manis plak..hehhehe)
Sedikit sesame oil (takde sesame oil, bantai jer cooking oil yg biasa)

Tumiskan halia.. Kendian masukkan air. Diikuti dengan sos gochujang dan sayur sayuran. Tambahkan garam + gula secukup rasa. Dah mendidih, masukkan tofu lembut. Dah masak, boleh di hidangkan.

Notakaki:  Tofu lembut tu tak payah lelama. Sekejapan je. Untuk sayuran tu, boleh ajer di campurkan sayur sayur yg lain. . 

Gambar ehsan google




Alamak...sememehnyer mangkuk......hahaha...takper lah..janji sodap di makan.







Thursday, 19 July 2012

Udang goreng Style Inazz



Inilah menu dinner akak anak beranak malam ni..hahaha. Dasar pemalas. Satu menu sahaja. Menu paling simple. As working mother yang sampai rumah jam 6.30 petang paling awal (klu paling lambat, tak tau nak kata ler...kekekkke), memang kelam kabut nak memasak. Pastu nak bagi anak anak makan, lepas maghrib depa nak pergi tuition pulak. Haru hidup sekejap. Jadi untuk dinner during weekdays, memang akak memasak seringkas yang mungkin.

Bahan - bahan : Udang, kacang panjang, karet, bawang besar, halia, cili padi. (Potong ler ikut suka..hahaaha.). Serbuk kunyit, garam secukup rasa.

Cara - cara:  Udang di gaul bersama dengan serbuk kunyit dan garam. Tumis halia + bawang (minyak jgn terlalu byk / terlalu sedikit, sedang2 aje - style akak ler ya). Kemudian masukkan udang + karet + kacang panjang + cili padi. Gaul hingga udang masak. Dah masak, silalah angkat dan boleh ler dihidangkan untuk dimakan.






































Wednesday, 18 July 2012

Menu Departmental Lunch



16hb Julai, 2012, Hari Rabu jam 12.30 tengahari

(Terlambat sket entry ni..hahhahaa)

Bulan puasa dah nak hampir. Seperti biasa, IT Department kat company akak ni, memang suka wat makan makan...hahhahaa. Makan makan menyambut puasa. Ini antara menu yang ada di hari tersebut.


Ikan Mango Sauce

Lupa ikan masak apa..kekkeke
  
Chicken Kung Pao

Lala Kam Heong

Fried Sotong with salty egg yolk

Lemon Chicken

Kangkung belacan

Butter prawn with nestum

Mixed Vegetables


Utk pengetahuan, makanan semua ini bukan kami masak sendiri. Kami cuma beli bahan mentah, dan hantar ke kedai untuk di masak. Cost untuk membeli kesemua bahan mentah yang terdiri daripada:

Lala (5 kilo)
Ikan (2 ekor besar - senangin + kerapu)
Ayam (2 ekor)
Sayur kangkung (2 kilo)
Sayur campur (Tak ingat berapa kilo)
Udang (2 kilo)
Sotong (3 kilo)

RM300.00

Cost untuk penyediaan makanan pula RM112.00. Murah kan untuk sembilan hidangan....kesemua makanan itu utk 17 orang. Total keseluruhan: RM300.00 + RM112.00 + RM15.00 (Harga beras. Nasi masak sendiri) =  RM427.00. RM25.11 per pax (very big portion. Boleh makan lagi untuk 5 - 10 orang)


Tukang masak nya adalah dari  RESTORAN ADAM ALI  . Pada akak, memang reasonable rege perkhidmatan memasak yang diberikan. Kalau ingin mencuba masakannya, bolehlah pergi ke Restoran Adam Ali beralamat di :    74G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor, Malaysia
Tel:  +603 8061 2955
Operation hours:  11.30 am - 10.30 pm (Monday - Saturday),
Closed (Sunday)


Gambar ehsan  http://restoranmohdadamali.wordpress.com/about/


Kalau nak buat jamuan kat opis pun boleh aje. Rasanya restoran ni ada menyediakan perkhidmatan tersebut.


Carrot cake

Carrot cake ni as our dessert Akak order ngan ANNA. Boleh masuk blog dia, klu berminat nak menempah. Sedap kek ni. Selalunya kek Anna tidak pernah mengecewakan terutama orang yg suka makan macam akak..hehhehe







Love You Thousand Times - The Last Two Episods


Dua Episod Terakhir Love You Thousand Times (Episod 54 & 55)

Ehsan google


Semalam adalah episod terakhir Love You Thousand Time atau Saranghae Cheonmanbon dalam bahasa Korea. Akak suka sangat cerita ni membuatkan akak tidak mahu ketinggalan episod mana-mana. Kedua-dua episod yang terakhir ni membuatkan akak menangis lagi..huhuhuhu. (sedeyyyy tau) Kang Ho mendapat tahu bahawa Eun Nim menghidap kanser. Beliau ingin menjaga dan menyelamatkan Eun Nim tetapi Go Eun Nim pula merasa kasihan terhadapnya. Eun Nim tidak mahu Kang Ho bersedih dan memperdulikannya, malahan ketika dia mencintai Kang Ho pun, dia cuba untuk menjauhkan diri daripadanya. Eun Nim melarikan diri dan meninggalkan nota buat Kang Ho supaya jangan mencarinya, dan cubalah memahaminya.


Ehsan google
Namun Kang Ho tidak pernah berputus asa demi cintanya terhadap Eun Nim. Kang Ho pergi ke rumah ibubapa Eun Nim untuk mencarinya, tetapi dia tidak berada disana. Jadi dia melutut kepada ibubapa Eun Nim dan memberitahu mereka untuk menyelamatkan Eun Nim. Mereka terkejut kerana mereka tidak tahu apa apa tentang kesihatan Eun Nim. Mereka meminta Eun Nim pulang ke rumah. Akhirnya Eun Nim pulang juga dan dia bertemu Kang Ho yang sedang menantikan beliau di luar. Ibubapa Eun Nim menyuruh Kang Ho pulang ke rumah kerana nenek beliau memintanya berbuat demikian. Nenek begitu marah dengan Kang Ho. (Ni semua hasutan Seon Yeong ler ni. Dia yang bagitau nenek pasal Kang Ho menjaga Eun Nim yang sedang sakit). Beliau berkata, Kang Ho tidak mempunyai hak lagi untuk berbuat demikian kerana mereka sudah bercerai. Kang Ho tidak pulang ke rumah sebaliknya beliau menunggu Eun Nim di dalam kereta.Kang Ho banyak menangis dalam drama ini kerana cintanya kepada Eun Nim. Tetapi dia tidak pernah putus asa.

Kang Ho tahu bahawa Eun Nim mahu terus hidup untuknya. Eun Nim pulang tetapi dia berasa amat sakit pada waktu malam. Beliau menelefon Kang Ho tetapi tidak mampu bersuara. Kang Ho segera menelefon ibubapa Eun Nim, kerana dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Eun Nim. Kedua ibubapa segera meluru ke bilik Eun Nim dan melihat Eun Nim didalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka segera membawanya ke hospital. Di hospital, setelah sedar, Eun Nim menangis apabila dia memberitahu kepada ibunya (Ae Rang) bahawa dia mahu hidup lebih lama untuk Kang Ho dan ayahnya. Beliau berkata, dia tidak boleh meninggalkan mereka. Sekiranya Eun Nim mati, ayahnya masih mempunyai ibunya. Tetapi Kang Ho tidak punyai sesiapa. Kang Ho yang mendengar di belakang pintu, menangis. (Bagus Ae Rang ni. Di saat begini, sedikit pun tidak pernah mengatakan bahawa Eun Nim adalah anak tirinya. Malah dia sentiasa menganggap Eun Nim adalah seperti anak kandungnya.) 


Mereka berkahwin untuk kali kedua. 
Sae Hoon sangat sangat memberikan sokongan kepada Kang Ho. Dia memberikan kunci rumah dan memberitahu Kang Ho supaya tinggal di sana bersama Eun Nim. Tempat itu sangat baik dan sesuai untuk kesihatan Eun Nim kerana berhampiran dengan laut. (Cantik tempat ni...) Kang Ho menjaga Eun Nim di sana dan satu hari apabila Eun Nim terjaga dari tidur, dia melihat sebuah kotak dia atas katil berserta nota dari Kang Ho. Di dalam kotak itu adalah pakaian yang cantik, dan Kang Ho meminta dia memakainya. Mereka keluar dan Kang Ho membawanya ke gereja. Mereka berkahwin semula disitu. Ia adalah sangat romantis dan penuh emosi. Mereka mengambil gambar selepas berkahwin. Apabila Eun Nim mahu mengambil gambar berseorangan, Kang Ho sedih, kerana dia tahu Eun Nim mengambil gambar itu untuk hari pengkebumiannya. Walaupun Kang Ho tidak bersetuju, tetapi dia menurut sahaja kehendak Eun Nim.


Ehsan google
Setelah menjalani beberapa rawatan kemoterapi (Eun Nim pakai topi..tak lawa..hahhahaha), Eun Nim akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan. Sebelum pembedahan, Kang Ho bertanyakan Eun Nim sekiranya dia inginkan apa apa, sambil sambil mereka menengok gambar gambar lama. Bila sampai ke gambar Yoo Bin, Eun Nim hanya berdiam dan meminta diri untuk masuk tidur.

Ehsan google
Kang Ho memberitahu Baek tentang pembedahan Eun Nim. Sebelum pembedahan, Kang Ho mahu mendaftarkan perkahwinan mereka yang kedua. Baek tidak bersetuju, tetapi tidak tergamak untuk menghalang niat Kang Ho.

Kang Ho menelepon Sae Hoon, meminta jasa baiknya untuk membawa Yoo Bin bertemu Eun Nim. Tetapi Eun Nim menolak. Seon Yeong mendapat tahu yang Sae Hoon membawa Yoo Bin berjumpa dengan Kang Ho dan membuatkan dia amat marah. Kata Sae Hoon, 'Eun Nim tidak mahu berjumpa denga Yoo Bin. Awak puas hati?? Sudahlah, tidak perlu membangkitkan lagi isu ini'. Ini membuatkan Seon Yeong tersedar seketika, walaupun ego masih membelenggu dirinya. Malah di kala dia datang melawat Eun Nim, dia hanya memohon maaf di atas apa yang terjadi kepada bapa Eun Nim, tetapi tidak memohon maaf langsung diatas perkara perkara lain yang telah dilakukannya terhadap Eun Nim.

Di hari pembedahan, semua orang bimbang kerana pembedahan adalah bermakna diantara hidup atau mati. Sebelum pembedahan, seluruh ahli keluarga memberi galakan kepada Eun Nim. Seon Yeong akhirnya benar benar sedar, membuat keputusan untuk datang bersama Yoo Bin. Beliau memberitahu Yoo Bin untuk memberikan galakan kepada Eun Nim dan menciumnya. Semua orang yang mengetahui tentang kisah disebaliknya menangis. (Memang sedih waktu ini...Eun Nim pun sedih, tapi dia tahan airmata jgn mengalir. Pastu dengan lagu yang mendayu dayu lagi..)

Ehsan google - masa ni Yoo Bin beri galakan..
Selepas 2 tahun kemudian, Kang Ho pulang dari urusan perniagaan di luar negara. Sae Hoon dan Seon Yeong kini berjaya memperbaiki hubugan mereka. Hyang Sook masih lagi sakit. Beliau mendapat penyakit lupa (alzhemeir) dan berkelakuan seperti kanak kanak. Nan Jeong dan Cheol mendapat seorang anak perempuan. Ae Rang begitu gembira kerana akhirnya dia berpindah  ke sebuah apartment yang selama ini menjadi impiannya. So Wol (makcik Cheol) akhirnya berkahwin dan mengandung. Bong PD masih lagi menyintai Cheong Ja (emak Cheol). Geum Ja membuka perniagaan sendiri. Yeon Hee berjaya mendapat ijazah kejururawatan.


Happy Ending

Eun Nim sedang berehat di resthouse mereka sambil menunggu kepulangan Kang Ho. Dia terselamat, tetapi perlu menunggu selama lima tahun untuk pulih sepenuhnya. Mereka sedang makan dan salji turun dengan lebatnya di bulan Mac. (Cute jer depa masa makan ni. Kang Ho tak suka makan lobak merah, dia asing asingkan dan letak dalam mangkuk Eun Nim. Eun Nim marah marah manja). Sambil makan, Eun Nim mengajak Kang Ho pulang ke Seoul kerana tidak mahu menyusahkan Kang Ho yang asik berulang alik ke tempat kerja. Tetapi Kang Ho tidak kisah.

Masa makan 
Selepas makan, mereka berdua berjalan jalan di tepi pantai sambil menikmati keindahan salji yang turun. (teringat lak salji kat Mount Sorak masa pi korea ari tu..heheheh)







Sunday, 15 July 2012

Gara gara terlebih main futsal

Nak marah pun ada, nak ketawa pun ada. Makin besar, makin banyak hal dan kerenah. Ni mujur sikit jer. Ini anak akak yang no. 2, angah a.k.a Haziq. Ni main futsal punya pasal. Sampai kat rumah, tangan dah terkulai. Ingatkan cuma terseliuh biasa je. Bawak gi spital, pi xtray, hah..kena simen. Sabor jer lah. Udahler kidal, kena plak kat tangan kiri...lahai..camno nak menulis.










Friday, 13 July 2012

Love You Thousand Times - Episod 53







Kang Ho berjaya mencari Eun Nim. EN degil tidak mahu bersama KH. KH juga berdegil mahu tetap bersama EN.

Katanya, berilah peluang kepadanya. Dia tidak tahu, bila masa EN akan pergi meninggalkan dia. Sekurang kurangnya dengan masa yang ada, biar lah dia habiskan bersama sama EN. Walaupun mungkin EN tidak memerlukannya, tp dia memerlukan EN. Dia mencintai EN hingga bila bila.

Akhirnya EN mengalah dan membenarkan KH tinggal bersama di pangsapurinya. EN sakit amat teruk sekali, tetap KH tetap setia menjaga EN.

Pada satu malam, EN sakit teruk hingga KH tertidu sambil duduk. Keesokan harinya, KH dapati EN telah pergi meninggalkannya.


EN tidak mahu KH melihat keadaannya yg sedang sakit. Dia meminta pengertian KH agar memahaminya.

KH pergi mencari EN di rumah bapaknya (bapa EN). KH memberitahu bapa EN bahawa EN sedang sakit. Dia meminta, tolonglah carikan EN. Tolonglah selamat EN saya.

Seon Yeong pula tetap dengan sikap pentingkan diri sendirinya. Bila Sae Hoon mencadangkan supaya mereka membawa Yoo Bin berjumpa dengan EN, dia marah dan terus keluar dari bilik.

Bong PD menyukai Cheong Ja telah di ketahui ramai. Tp tidak dipersetujui oleh Cheol. So Wol pula kecewa bila mengetahui yang Bong PD menyukai kakaknya.

Hyang Sook memohon maaf kepada Kang Ho diatas apa yang telah di lakukannya terhadap KH selama ni.