Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, Kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Akak perap semalaman dalam petiais....sbbnyer...malas nak mencanai dimalam hari..huhuhu
Resepi ni akak gugel...ada beberapa blog mengunakan resepi yang sama. Akak amik resepi dari blog INI Resepi asal tak tau dari blog sape. Tp blog INI pun menggunakan resepi yang sama. Cuma akak tambah bahan bahan menjadi sekali ganda.
800 gm tepung gandum
1 cawan minyak (dipanaskan)
4 sudu besar marjerin
1 cawan air sejuk (letak kiub ais)
garam
Dan ini lah hasilnyer.....dapat byk gakkk..hhuhuhu..kenyang makan anak beranak 7 orang...
