Tuesday, 23 April 2013

OPS Tulen Semak 2013

akak tak tau ler ngan kompeni korang pernah dapat ker idak surat yang begini... boleh di katakan, tiap tiap tahun, ini lah mende yg akak kena buat...dan...sungguhlah bosan buat mende ni..keekee..Kena pastikan setiap software yang di install kedalam pc ada genuine dan mempunya license yang masih valid...kemudian tandangan ler surat pengesahan.....bukan akak yg tandatangan..boss ler. Akak bagi data je..kekkeke..












Tuesday, 16 April 2013

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 3

8 April 2013

Dah sampai hari ke 3. Hari ni, hari masing masing buat hal masing masing ya. So, memana yang tak dpt beli lagi, sila lah pergi sendiri...tak payah berdedai dedai macam anak itik pulang petang....kekekke. lagipun flight jam 4.20 ptg waktu Vietnam. Check out time jam 12.00 tghari. So, klu ada barang barang yang tertinggal, belum beli, boleh ler pi beli..

Since akak yang dah ketiadaan duit.....(bukan xde langsung..hehhe...) .apa nak beli ekk.. hahaha.. Semalaman dok memikir, rasa macam nak pi draw duit jer..Tp bila pk pk balik, akak dah bajet gitu..cukup cukup ler tu. Ada rezeki, lenkali beli lagi.  Seperti biasa, pi breakfast dulu. 

Plan hari ni, nak pegi Manicure & Pedicure...huhuhu..susah hati gak wehhh...duit tinggai cupui cupui. Tp kengkawan akak semua baik baik belaka. Memasing offer duit..kalau nak beli apa apa, depa masih ada duit extra yang tak di gunapakai. So, boleh ler akak guna, klu akak nak....








Nails & Spa

Best bila kaki di belai....memasing ikut pakej tersendiri.

Manicure & Pedicure VND200,000
Scrub VND120,000
Leg massage VND150,000
Jumlah VND470,000 = RM74.26
(lebih kurang lah ye..we paid in Dong..erkk..betul kaaa Illa, Shida..Lina..lupa..tp ai ingat bayar VND470,000 utk semua treatment tu..kekkekek)

hahhaa...akak mendapat ehsan Shidah kali ni....Mekasih banyak banyak Shidah..Bila berjalan memang tak hengat. Sedo sedo dah jam 10.00 pagi. Akak bergegas balik ke hotel. Kemas apa yang patut. Jam 11.00, akak ngan illa dah siap siap kat hotel. Check out time kul 12.00. Lina ngan Shidah tak balik lagi...hahaha..soping tak hengat. Jam 11.30 baru depa sampai hotel. Reception dah call byk kali..huwaaaa..stressed makkk tawwww..kekkeke...

Airport transfer jam 1.00. Bagus bellboy kat hotel ni. Dia amik barang kitaorang, pastu dia siap timbangkan sekali. Dan siap letak tanda braper kilo setiap beg..hehehe.......

tu dia barang...hahhahaa

at the airport

six of us at hotel lobby






Dah masuk balai berlepas..........

Pemeriksaan kastam dan imigresen berjalan dengan lancar. Mula mula check in luggage dulu. Since kami ber6, kami pakat pakat share luggage. Takut terlebih...tp masa kat hotel dah siap timbang. Cuma yang hand carry jer tak timbang. Total kesemua luggage 125 kilo155 kilo. Luggage yg kami beli adalah 135 165 kilo. So ada baki lagi 10 kilo..huwaaa...rugiiii woo...Since ada baki, some of us, letak gak yang hand carry tu masuk kargo. So, naik atas flight melenggang aje lah.

Melepasi kastam/imigresen Vietnam ni agak ketat jugak. Kena melepasi dua scanner. Kali pertama, scan hand carry. Kendian pemeriksaan kastam/imigresen dan sekali lagi hand carry kena scan. Dah lepas tu baru ler lega..risau juga. Tapi alhamdulillah....segala berjalan lancar.




Ho Chi Minh, Vietnam - Day 2

 7 April 2013 - Ahad

Seawal jam 4.00 waktu Vietnam, akak dah terjaga. Ye lah..agaknyer dah biasa, di Malaysia bangun jam 5.00 pagi. Otometik..mmg takleh tido.  Selesai subuh, siap siap pergi breakfast di tingkat 8. Akak minum coffee, makan roti, butter dan buah buahan.

Restoran Hotel Hoang Hai Long di Tingkat 8
Makan buah buahan je lah ya...
Kami meneruskan edisi soping. To be honest, kami memang tak memilih kedai sangat. Masuk je. Mana yang kami rasa murah, kami terjah.   Since akak ni, ada beberapa orang memesan...bag deuter, oil painting, beg kipling, gajus masin, tudung halfmoon...so...edisi mencari barang barang pesanan di teruskan. 

Restoran 1 Malaysia...bangga ai ...hehe


Berhadapan dengan hotel, ada 3 restoran halal. Warung Saigon, Restoran Melayu dan Kedai Basiroh. Sekiranya berjalan jauh sikit ke sebelah kiri bangunan, akan berjumpa dengan Restoran Daun berdekatan dengan Baskin Robbin (kalau tak silap). Dan ada satu lagi restoran..(ala..akak luper nama restoran tu..V.N Halal kut. Tp tu la..gambo idok amik..korang gugel jer..ramai yg dok citer pasai HCMC ni..sure korang jumpa punya..hehehhe...ni yg dekat dekat Ben Thanh. Yang jauh lagi pun ada..)


Kedai Ha Sa Nah. Awal pagi sgt. Blom bukak...


Kedai Ha Sa Nah ni banyak menjual baju kurung manik manik yang murah murah (kata orang ler..tp kami tak berkesempatan masuk pun..sibuk pi tempat lain..hahaha)

Jenuh juga keliling keliling mencari barangan pesanan. Tapi seronok. Kami enjoy jalan jalan....sambil jamu jamu mata...melihat keadaan di Saigon City ni. Di sini, jam 6.00 pagi dah cerah. Jam 8.00 dah terang benderang. Tapi, apa pun tak bleh..hahhaa..certain kedai bukak ler. Tp kebanyakannyer baru bersiap siap untuk menjalankan perniagaan di pagi hari. 






Ini lah Saigon City. Sibuk dengan motosikal. Dan juga bunyi hon yang tak berhenti henti. Ada kala irritating gak. Tp ada bagus nyer juga. Supaya kita alert. Susah nak jumpa traffic light di sini. Ada...tp tak banyak. Dan dengan sistem jalanrayanyer yang tak keruan..huhuhuhu..Nak melintas jalan, memang kena bertabahlah ya. Tp takyah buat mcm kat Malaysia. Nak angkat tangan bagai..agak2 yakin, lintas ler..hehehe..


Mak dara pingitan belaka ya...hehhehe..kecuali sorang...cuba teka saper..
Akhirnya berjumpa juga dengan kedai oil painting. Akak jenis malas nak survey banyak banyak kedai...tanya harga, kalau berpatutan dan gambarnyer cantik, akak redah. Tak kuasa makk...nak pusing pusing cari lagi..kang apa pun tak dapat....So redha ajer lah ngan pilihan akak yeee Jasss...




Ni akak beli utk kawan akak, Jass

Jenuh tawar menawar...

Beli untuk orang..last last sendiri terjebak beli..hahhaha





Tapi di sebabkan pagi hari....tokeh kedai tak banyak cerita. Agaknyer org Vietnam memang gitu kut. Kalau customer yang datang pagi hari, tawar sekali dua jer, terus dapat rege kita nak....agaknyer ler kut...ekk..

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Taka Plaza. Dan mula memborong kain dan baju bajan segala bagai..hahhaa. Dan akak sempat singgah ke kedai tudung. Yang pasti, akak puas hati dengan kualiti kain tudung halfmoon disini. Chiffon..dan lembut. Semasa berada di dalam Taka Plaza, hujan turun. Makin lama lah kami di dalam..hahaha..

Kemudian, kami menghantar barangan hasil tangkapan ke hotel dan makan tengahari di Kedai Basiroh. Semasa tengah makan, kami dengar kecoh kecoh di luar. Rupanya ada couple dari Malaysia kena ragut. Katanya yang hilang adalah handphone. Barangan lain selamat..mujur...tp kesian juga melihat mereka. Tp ye lah..apa yang boleh kami buat. Sekadar bersimpati saja lah....

Tp tu la....bila kesian kat orang, kengkadang kita tak tau nasib sendiri. Ini lah yang terjadi pada akak. Selepas meletakkan barangan di dalam bilik hotel, kami pergi semula ke Ben Thanh. Semasa membeli cashew nuts, akak sungguh tak ingat apa yang berlaku. Yang akak ingat, akak mengeluarkan duit USD100.00 untuk membayar cashew nut. Kendian, peniaga tu kata, no small change. Dalam keadaan kelam kabut gitu, akak pun kluarkan USD20.00 untuk membayar harga USD18.00. Akak mendapat baki USD2.00. dan akak terus berlalu sambil mengira tu...dengan yakinnyer...

Kemudian akak pergi untuk membeli baju kurung bermanik manik. Waktu itu sudah malam. Semasa hendak membayar, akak membuka purse untuk mengeluarkan duit USD100.00 dan baru lah akak perasan duit tu telah tiada. Secara jujurnyer..memang akak tak ingat langsung langsung...apakah akak telah mengambil semula duit USD100.00 dari peniaga cashew nut itu..atau adakah akak tercicir duit semasa mengira duit di dalam Ben Thanh. Yang pasti, USD100.00 akak gone....(lebih kurang 300 hengget duit RM uuu..huhuhuhuhuh.....)
Muka orang sedih..duit dah takdak...tutup muka
Puas pujuk diri sendiri.....memang takde rezeki...kesian kat orang, kini terpaksa kesian diri sendiri. Malam tu, semua kengkawan pergi ke pasar malam untuk menari lagi barangan yang di perlukan.....tp akak dok kat hotel jer..hahhahaa...nak soping apa..duit dah takde..yang tinggal sikit saki baki utk esok hari...tambang taxi, dan juga untuk makan makan..aduhai..kesiannn..kesiannnn.....

Moralnyer:  Tukar duit USD kepada small change dulu. Kalau tersilap pun, tak ler ralat sangat...Takpun, guna jer lah RM....hehhhhee

Kat HCMC ni....buah buahannye...walaweeey...beso beso..segar......gerammm tengok..kekkeke








Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1


6 April 2013

Nothing much to share yang benonyer. Sebab trip ni, mmg trip shopping semata-mata. Segala info akak cari jer kat CARI.COM ni. Booked tiket dah lama...Kali ni join trip ngan office mate plak. First time travel ngan opis mate. Illa, Shida, Lina, Ruby (adik Shida) dan Madhi (kawan Ruby). Nak tengok tengok gambar, meh ler jamu mata..

Original flight schedule

Fligth retime

Duit tukar siap siap...tp VND tak byk.
Tukaran yg akak dpt waktu ni ialah  0.158

LCCT...

Penerbangan bermula..gayat & pening dok kat kepak

Our flight pada mulanya jam 9.30 pagi waktu Malaysia. Tp di sebabkan AA retime, maka kami dpt flight awal iaitu jam 7.05. Alhamdulillah. Cepat berlepas, cepat sampai ke Ho Chi Minh City. Perjalanan lebih kurang 1.50 jam. Tapi kami sampai sedikit awal.... Walaupun flight delay sedikit iaitu jam 7.30 pagi baru berlepas. Kami menjejakkan kaki di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 9.00 pagi waktu Vietnam.


Akak semasa untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Sempat lagi berposing..hahha. Nampak dak mamat yang berbaju putih di hadapan. Tak tau apa kah masalahnyer, tp dia di bawak ke bilik agaknyer....untuk pemeriksaan lanjut. Orang Malaysia rasanya. Di sebabkan dia terlalu lama di hadapan pegawai imigresen, akak jadi orang terakhir melepasi pemeriksaan. Sian kengkawan yang lain tunggu lama....

Sesampai sahaja di lapangan terbang, pada mulanya kami mahu menunggu taxi di luar sahaja. Setelah berbincang kami berenam, kami membuat keputusan untuk mengambil taxi yang menggunakan kupon.


Ini taxi yang kami ambil

Kami menyewa dua buah teksi (Saigon Taxi) dengan kadar RM80.00. Bermakna satu teksi RM40.00. Akak memberikan wang RM100.00. Dan pengusaha teksi tu memulangkan semula VND50,000. Bila akak tanya, dia jawap..same same..(maksudnya jumlahnyer sama dengan RM20.00). Mujur masa tu otak cepat berfikir. VND50,000 x 0.158 /1000 = RM7.90. Akak patah balik, and insist to get balance in RM juga. And akak siap tanya...why you gave me VND50,000 instead of RM20.00. Cepat2 dia bagi balik RM20.00

Kali pertama...nyaris nyaris nak terkena. Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 15 - 20 minit. Tp honestly, akak terasa lama duduk dalam taxi. Akak bertiga dgn Illa dan Lina dlm satu taxi, manakala Shidah, Ruby & Mardhi satu taxi. Sampai kat hotel, depa dah ada...haaha....patut ler rasa lama. Sure driver tu bawak jalan jauh....


Ni hotel. Booked melalui booking.com
Sampai di hotel, masih awal lagi untuk check in. Kami letak barang barang di lobby dulu. Akak booked hotel Hoang Hai Long 2, berdasarkan testimoni dari kawan sepejabat yang pernah stayed kat sini. Akak booked 3 bilik Deluxe Twin Tp bila sampai di sini, 3 bilik kami di letakkan berlainan tingkat. Akak berkeras nak bilik dekat dekat juga. Maka bilik kami di tukarkan kepada Double Deluxe at 1st Floor. Betul betul kat signboard tu..bilik kita orang. Dua lagi (Ruby & Mardhi) terpaksa ke tingkat 3. Depa dapat Deluxe Twin Room. Alhamdulillah, hotel ni baru, besar, kemas dan bersih. Akak tak mengalami pengalaman seperti orang lain yang mengadu bising.

Notakaki:  Sebenarnyer banyak hotel yang sebaris dengan hotel Hoang Hai Long 2 ni. Antaranya Pink Saigon 2, Hoang Gia Huy Hotel. Tan Thu Hotel..dan ada beberapa hotel lain yg akak tak ingat namanya. Tp 2 hotel ni masih kelihatan baru..Hoang Hai Long 2, dan Hoang Gia Huy Hotel. Berhadapan pula, ada satu lagi hotel iaitu Tan Hai Long (pun nampak baru)
Lobby Hotel Hoang Hai Long 2

Reception Hoang Hai Long 2
Kalau nak bagi testi, akak suker Hotel Hoang Hai Long 2. Staff friendly, bellboy pun baik baik belaka. Very helpful. Cuma tak best..ekon wat hal, pastu taim nak check out, depa call byk kali..hahhaa..kita kata dah nak check out dah...still koling koling lagi...adeiii la..
Bilik Double Deluxe 

Bilik air

Taxi ni sentiasa ada jer kat depan hotel.

Selesai meletakan barang barang di lobby, kami makan dulu. Dah hampir tenghari. Lagipun cuaca di HCMC ni walaupun baru jam 10.00 pagi, tp dah macam jam 12.00 tengahari. So, kami makan dulu di Kedai Basiroh. Dah selesai makan, kami terjah Ben Thant pula.

Inilah kedai popular dengan Pho nyer

Mee sup daging yang sangat sangat sedap...

Didepan kedai Basiroh ngan roommate akak...Shidah..


Nampak tak Ben Thanh..tak jauh dari hotel

Shopping time..



Kat tangan ada je calculator..kekkekeke



Ben Thanh. Nak cross jalan, tawakal ajelah ya...

Masuk dalam Ben Thanh ni, memang rambang mata. Bermacam macam kedai ada. Pilih sajer yang anda suka. Tp sekiranya nak berpatah balik ke kedai yang mula mula, pastikan anda ingat no kedai. Ingat masuk lorong mana. Sbb terlalu banyak lorong dan kedai kecil kecil di dalamnya.

Dari pagi sampai ke petang, dok dalam ni saje. Balik hotel, check in, mandi manda, kami terjah pasar malam nya pula. Pasar malam memang berdekatan sekeliling Ben Thanh ni.

Malam pertama di HCMC, asikler blackout.....kejap elok, kejap padam....sampai kami pun naik seriau nak jalan jalan............