Tuesday, 23 July 2013

Kuih lompang

Satu ketika tu, tekak mengada ngada. Teringi nak makan lompang. Rupanya resepi lompang ni ada pelbagai. Ada yg guna tepung gandum + tepung beras. Ada  yang guna tepung beras + tepung ubi. Dan ada yang buat lompang guna tepung gandum + tepung beras + tepung ubi.

Resepi yang saya gugel baru baru ni, guna tepung beras + tepung ubi atau tepung sagu. Resepi saya tak ingat ambil dari blog mana, tp lebih kurang mcm dari blog INI. Jangan risau bila tengok adunan cair. Jangan cuba cuba nak tambah tepung pulak ya..kang naya jer kuih lompang jadi keras. Dan ini lah hasil.

Bahan Bahan A
2 cawan air
1 cawan gula

Masakkan gula dengan 2 cawan air dan biarkan sejuk.

Bahan Bahan B
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi / tepung sagu
2 cawan air
1 sudu teh air kapur
Sirap

Larutkan semua bahan dalam bekas, kacau rata. Kemudian campurkan dengan bahan A. Tapis supaya tidak berketul.

Panaskan acuan lompang didalam kukusan.






Notakaki:  Saya ni suka menderhaka resepi. Tengok adunan cair, saya tambah tepung. Hasilnyer, lompang sedikit keras..hahahha.......