Thursday, 26 December 2013

Malasnyer...





Nak update blog pun malas....

So many things happened recently. Family day AKRAB..majlis walimatulurus adik ipar, anak sedara..etc etc..Ingat nak stori mori ler sikit...but so unlucky..some of the pictures are missing. And the most.....my external harddisk crash.....huwaaaaaaaaa.....tension makk..Bijak sgt kan. Tak buat backup..heheh..

Habis semua gambar gambar bercuti cuti Malaysia dan luar Malaysia hilang. Still berusaha keras untuk retrieve back the data and the pictures. Klu nasib baik, dapat ler...then boleh ler ai update my blog with stories...







Saturday, 14 December 2013

Family Day - AKRAB

7 Disember 2013

7 Disember 2013 baru baru ni, untuk kesekian kalinya perjumpaan AKRAB (previously - RUKAB) diadakan untuk kali yang ke 7. Perhimpunan kali ini di adakan dia rumah anak sulung Ahmad Baki Ayahanda Hussin bin Ahmad Baki Tidak ramai yang dapat hadir, mungkin kerana kekangan masa dan juga hal yang tidak dapat di elakkan. Bagaimanapun suasana tetap meriah.


Pada kali ni juga, pihak bertanggungjawap meletakkan sticker diatas setiap name tag  ahli keluarga. Untuk memudahkan sesama kami mengenali generasi yang ke berapa...

Biru - Anak Ahmad Baki
Kuning - Cucu Ahmad Baki
Pink - Cicit Ahmad Baki
Warna untuk piut - tak ingat la..haha...putih kut..

Antara hadiah sumbangan




Perhimpunan kali ini juga adalah untuk pertama kali nya kesemua ahli ahli AKRAB memakai tshirt yang serupa...logo berbentuk bunga...gelap dan terang..yang membawa makna 5 anak lelaki dan 3 anak perempuan. 

Perjumpaan kali ni juga, pihak yang bertanggunjawap cuba membawa kelainan dari perjumpaan yang sebelum sebelumnya. Demi untuk mengeratkan merapatkan lagi hubungan di antara sesama rumpun kecil yang ada, beberapa permainan di adakan. Antaranya baling bola ping pong ke dalam cawan polisterine, treasure hunt, mencari perkataan tersembunyi dan bebearapa permainan lagi. Memandangkan AKRAB tidak mempunyai penganjur, hanya bergantung kepada wang kutipan dari setiap rumpun kecil, maka setiap rumpun juga digalakkan menyumbang hadiah untuk setiap permainan dan cuba cabutan bertuah. Alhamdulillah....sambutan untuk sumbangan hadiah amat menggalakan.













Pada perjumpaan kali ini juga, ahli jawatankuasa induk juga menetapkan bahawa jawatankuasa akan datang akan diterajui oleh generasi berwarna Pink (Cicit Ahmad Baki) tetapi akan di bantu oleh Generasi berwarna kuning (Cucu Ahmad Baki)




Letih semua...




Mari makan rambutan...fresh dari ladang...hahaha...ambil dari pokok, lambakkan bawah pokok, saper nak, makan lah ya....masa ni xde lak durian..haha..Kalau ada, sure lagi meriah mengopek durian..





Anak menantu Ahmad Baki yang masih ada



Some of the photos are missing. Tinggal ni jelah yang ada...huhuhuu..tunggu ehsan orang lain kut ada. Gambar setiap satu rumpun kecil pun xde. Ditelan dek external hdd yang rosak..LOL..