Friday, 28 February 2014

Jakarta - Bandung - Jakarta Day 3

Ahad - 16hb Februari 2014

Mood malas nak perabihkan citer Jakarta Bandung Jakarta ni..

Hari ke 3 di Bandung. Mengikut perancangan, hari ni menuju ke Jakarta tetapi akan singgah di Safari Bogor. Hari ni ramai betul tetamu di La Nostalgie Guest House ni. Tetapi Ibu Risti memang sangat baik. Dia risau betul bila melihat anak anak saya belum sarapan. Risau makanan habis agaknya. Ye lah..sbb mungkin dia menyediakan sarapan yang terhad kut. Kebetulan hari tu ada pulak satu rombongan dari sebuah persatuan di Indonesia menginap disitu. Mereka juga, selepas sarapan, akan terus ke Jakarta. 

Muka ceria lagi sambil menunggu supir
Bersama ibu risti dan pak halim
Seawal 8.00 pagi kami sudah bersedia menunggu supir. Mula mula menunggu kami okay lagi. Bila dah mula menginjak ke jam 9.00 supir x datang, saya dah gelisah. Jam 10.00 x muncul, hati lagi mengelabah. Saya cuba menghubungi Tony (yang arrange transport), tp tak dapat. No hp redza saya tak ambil pula. Hari sebelumnya, dia kata driver lain yang akan ambil kami....pd kami tak jadi masalah, asalkan ada driver. Setelah mencuba byk kali, saya minta tolong Pak Halim dan Nola (reception La Nostalgie) menghubungi org yang arrange transport ni (sbb mereka kenal dengan Tony), tapi tak berjaya juga. 

Jam 10.30 x muncul, kami nekad mencari supir lain. Anak anak pun masing masing dah jemu. Pak Halim dan Nola berusaha keras mencarikan transport untuk kami. Pada masa tu, kami buat keputusan, membatalkan saja rancangan ke Safari Bogor, terus balik Jakarta sahaja. Setelah selesai urusan, dengan jasa baik Pak Halim, kami semua pun meletakkan barang di dalam kereta untuk ke tempat Cipaganti (kenderaan minivan yang bakal kami naiki ke Jakarta). Elok sahaja kami mahu berangkat, supir pun sampai. Pak Halim terus menanyakan bermacam mcm soklan kepada supir yg baru sampai akan perihal kelambatannya. Saya tak paham bahasa Indonesia, yang mana akhirnya, Pak Halim tidak mencadangkan langsung kami mengikuti supir yang baru ini. Memandangkan Pak Halim (owner La Nostalgie Boutique) juga tidak mencadangkan kami mengikut supir yang baru ini, kami akur sahaja kerana pada kami Pak Halim lebih mengenali orang dari daerahnyer sendiri. . Saya enggak percaya lagi, kata Pak Halim. Saya kenal sama Tony, tetapi saya tidak kenal dengan supir ini. Saya tidak mahu nanti entah kemana mana dibawanya ibu dan bapak juga anak anak. Bagaimanapun, saya tidak mahu melabelkan apa apa ttg mereka ini, cuma mungkin nasib kami sekeluarga tidak begitu baik kerna supirnya lambat.. Boleh saja kami meneruskan perjalanan ke Safari Bogor dan langsung terus ke Jakarta....tp mendengarkan kata kata Pak Halim, kami membatalkan niat kami. Dan pada masa itu juga, mood kami untuk ke Safari Bogor juga memang sudah terbantut.

Pak Halim menghantar kami sekeluarga ketempat untuk menaiki Cipaganti. Segala urusan, Pak Halim yang selesaikan. Kami cuma perlu membayar harga tambang Cipaganti sahaja sebanyak RP100,000 seorang. (RP700,00 untuk 7 orang). Saya berterimakasih banyak banyak pada Pak Halim. Saya bersyukur, mujur saya menginap di La Nostalgie yang mana ownernya kenal dengan orang yang menguruskan kenderaan kami. Memandangkan kami belum membuat pembayaran transport, saya cuma meninggalkan duit bayaran kepada Pak Halim untuk diberikan kepada Tony. Based on trust sahaja. Walaupun bagaimanapun ada juga dibuat surat pengesahan penerimaan wang antara saya dan Pak Halim. Kalau ikutkan hati yang marah, rasa xmo bayar jer..hahhaa..tp pk pk......tak baik kan...

Cipaganti
Tepat jam 12.00 tengahari, kami menaiki cipaganti terus ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Laju juga driver ni bawak. Sampai di Jakarta, kami mengambil teksi untuk ke MaxOne Hotel. Orang kata, naik teksi bluebird, teksi yang boleh di percayai di Jakarta. Hmm..ntah ler ya...sbb kami di bawa pusing pusing ntah kemana, walhal Maxone Hotel tu dekat sahaja dengan tempat Cipaganti ini berhenti. Malah sebelum tu, saya bertanyakan kepada orang yang lalu lalang di situ, Maxone Hotel cuma di hadapan jalan yang lurus sahaja. Akhirnya kami dikenakan RP30,000 dan RP35,000 untuk dua buah teksi. Perjalanan sama, tp jumlah bayaran x sama.


MaxOne Hotel Sabang
Jl KH Agus Salim, No. 24
Central Jakarta


Notakaki: Bagusnya menginap di Maxone Hotel ni kerana sepanjang panjang jalan, penuh dengan gerai gerai makanan, restoran dan juga pasaraya. Jadi kami tidak perlu bimbang untuk mencari tempat makan.

Maxone Hotel ni kecik jer. Nak solat payah sikit..jenuh kena ejas kedudukan. Bilik air pun comel. Tp sekadar nak tidur, tak jadi hal. Interior deco memang menarik..

Selepas check in, kami terus menuju ke National Monument Indonesia (MONAS) dengan berjalan kaki sahaja. Berpeluh juga ko...hahhaha....punyalah ramainyer orang di kawasan Monas ni. Kami cuma jalan jalan di luar sahaja. Beli air kat sini..mencekik betul.....








Ada satu pertunjukan disini, menggunakan kanak kanak. Di balut dengan kain..tak tau nak buat apa. Tp sy andaikan mungkin agaknya nak bakar kut..sbb org tu siap kumur kumur dengan minyak tanah,sambil main main api....kami tak tengok sampai habis. Tak minat dan tak berani. Sekadar pusing pusing jer kat dataran ni..lepas tu balik hotel.

Malam kami dinner di Restoran Natrabu ni. Walaupun byk kedai kedai makanan di sepanjang jalan berhampiran hotel, tp sy lebih suka memilih restoran. Dah kenyang makan, balik hotel, tido. Esok nak pergi Tanah Abang pula.



Sepanjang berada di Jakarta / Bandung, peruntukan lunch/dinner bagi kami 7 beranak, setiap kali makan,  harga x jauh bezanya. Kami akan membayar lebih kurang RM120.00 utk 7 orang = RP400,000 (hampir setengah juta ko..hahhaha). Satu hari untuk lunch and dinner RM240.00. 4 hari RM900.00++. Redha jer..anak ramai..kekekkee.. (itu anggaran saja ya..ada kala kami bayar kurang)



Thursday, 27 February 2014

Jakarta - Bandung - Jakarta Day 2 Part 2


15 Februari 2014 - Sabtu

Jom kita ke Floating Market Lembang pula. Tempat pelancungan ini mula dibuka sejak 12 Disember 2012. 





Bagi angsa makan

Sebelah kanan tu surau ya..

 
Di Floating Market Lembang kita akan mendapati beraneka jenis makanan yang di jual dari perahu yang terapung di atas tasik yang besar. Ada berbagai bagai jenis makanan….nak sebut pun tak tau…hehehe…Ni adalah antara gerai gerai makanan  yang terdapat di Lembang Floating Market. Banyak perahu perahu ni sini..maybe lebih dari 40 buah perahu agaknya mengelilingi tasik ini.




 



Perahu yang menjual makanan ini berada di sekeliling tasik dan diletakan serapat mungkin. Disekeliling tasik juga di tempatkan beberapa pondok kecil untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan sekitar. Rasaya pondok pondok ni boleh disewa..tp saya tidak pasti, sbb tak bertanya pun. Disini juga ada surau untuk memudahkan pengunjung menunaikan solat. 


Ni surau hiasan
Ni surau sebenar (sebelah kiri)
Selain menikmati makanan yang di jual diatas perahu, para pengunjung juga boleh menyewa canoe, paddle boat, sampan air. Terdapat juga permainan lain seperti Flying Fox dan ATV (tiada dlm gambar). Untuk menaiki sampan, canoe, sepeda air, flying fox, atv....etc dikenakan bayaran lain pula ya. 




Untuk memasuki Floating Market Lembang ni, setiap pengunjung di kenakan bayaran sebanyak RP10,000 dan parking kereta adalah RP5,000. Semasa masuk, satu voucher akan diberikan utk redeem coffee kat dalam ya. Untuk urusan pembelian makanan disini, koin khas perlu di beli ditempat yang disediakan. 




Contoh coin





Kami terlalu lama di dalam Floating Market ini. Pada mulanya nak singgah juga ke  Sari Ater Hot Spring dan kemudian ke Kg. Daun. Tapi dok naik sampan lama sangat kann...haahhaa. Selesai di Floating Market, kami terus balik ke Bandung sbb nak mengejar ke Pasar Baru plak. Pasar Baru tutup jam 5.00 petang. Sepanjang ke pekan Bandung, saya tak tau jalan mana supir ni bawak. Tp menarik betul sepanjang perjalanan. Rasa macam lalu kat cameron highland lak. Lalu di kawasan perkampungan yang mana terdapat byk kedai kedai pokok pokok bunga dan pokok hiasan. Cantik. 

Sampai di Pasar baru, jam sudah hampir 3.00 petang. Kami ada dua jam jer untuk ke Pasar Baru. Kali ni Hafiy buat hal ler pulak....merempan xmo berjalan. Nak botol susu lah dia..nak milo ler....nak kfc ler, mcdonald ler...hahaha..mcm mcm...Dah penat agaknya. Pastu suruh dukung dia..mak aih..30kg u. Pitam memasing...hahhahah. Masuk pasar baru, copot copot jer kami cari kain, pilih pilih lebih kurang.....jam 4.30 petang selesai. Xdenye ler nak berlama lamaan. Kemudian redza bawak kami ke Factory Outlet Jalan Dago...hahhaa..xde maknanya nak membeli belah lagi dah.....

Redza bawa kami ke Restoran Masakan Minang pulak. Sebelum tu, pergi cari botol susu..haha..adoi..hafiy oh hafiy...masa kecik bawak berjalan x byk ragam. Dah besar byk ragam lak. Selesai dinner, kami balik ke guest house. Perancangan esok, nak ke Safari Bogor dan terus ke Jakarta. Janji ngan redza jam 8.00 pagi. Kata redza..esok dia ada hal lain dan kena tukar driver lain. Kami okay aje, asalkan ada driver. 






Jakarta - Bandung - Jakarta Day 2 Part 1

Sabtu - 15hb Februari 2014

Hari kedua berada di Bandung. Seperti yang dicadangkan oleh Redza semalam, hari ini kami menuju ke Tangkuban Perahu. Saya tidak pasti berapa lama perjalanan ke Tangkuban Perahu, kesemua dari kami tidur sepanjang panjang perjalanan. Sedar sedar, kami terasa cuaca sejuk. Rupanya Redza bukak cermin kereta dan tutup ekon. Cuasa sejuk datang dari luar.   Untuk masuk ke sini kami membayar RP75,000 seorang untuk 6 orang sahaja. Hafiy masuk percuma. Sepanjang perjalanan naik keatas, kami mula terhidu bau belarang dari kawah di Tangkuban Perahu. Busuk...hehehe..Semasa didalam kereta sekali lagi Redza berpesan supaya tidak melayan penjaja penjaja yang datang menjual barangan.


Sampai diatas, ramai sungguh orang. Mungkin hari sabtu kut. Dan ramai penjaja penjaja mula datang menjual barangan mereka. Ada yang menjual souvenier, buah rasperry, stobery dan blueberry, dan berbagai bagai lagi...saya sempat membeli rasperry dan blueberry. Itu pun sbb penjaja tu dok mengekor kitaorang tanpa jemu. Di kawasan yang agak kurang penjaja, baru saya berani membeli..haha..takut kena serbu lak nanti. 


  

 


Penjaja yg berkeliaran menjual barangan
 


Antara barangan yang di jual
 


Banyak barangan hiasan, pakaian, cenderamata di jual di sini. Selesai di Tangkuban Perahu kami meneruskan perjalanan ke Lembang Floating Market. Sebelum itu, kami singgah dahulu di ladang teh berhampiran dengan Tangkuban Perahu. 



Dan juga singgah di Ladang Strawberry. Nak petik stobery pun boleh. Tp anak anak saya kata...Takyah lah bu. Nak petik stobery kat Cameron Highland je lah..hahhaa..tak sama nak oiii..CH lain, Bandung lain. Disini ramai betul orang menjaja jaja. Pantang berhenti seketika. Meluru jer mereka ni datang nak menjual barang. Rimas plak rasanya. Kami singgah sekejap je pun.


Semasa nak ke ladang strawberry, kami nampak kumpulan menaiki kuda beramai ramai di jalanraya. Siap ada org jaga jalan lagi. Kami tanya redza...ada apa perayaan. Redza kata, kumpulan tu adalah meraikan budak budak nak bersunat. Waala...siap naik kuda bagai. Kuda pula di hias. Menarik...
  



Buah ni masam...kata pak supir, penjaja rendam dengan air gula dulu..
 

Gambar google
Sekejap saja di ladang stoberi, kami meneruskan perjalanan ke Lembang Floating Market pula.....