Monday, 31 March 2014

Restoran Tasik Raban, Lenggong

Dah hampir 21 tahun saya berkahwin dan sentiasa berulang alik dari Kuala Lumpur - Kuala Kangsar - Lenggong. Namun tidak pernah sekali pun saya singgah di mana mana restoran di Lenggong. Sebelum ni ramai juga orang memperkatakan tentang Restoran Tasik Raban...tp mmg tak penah ada hati nak singgah..hehhee..Paling paling pun, singgah mandi manda di Lata Kekabu . Muzium Arkeologi Lenggong pun tak pernah sampai..hahhaha..malu nak mengaku orang Perak...So, this is the first time saya singgah. Malang bagi saya...kesemua ikan bakar yang ada di sini adalah ikan sungai...huhuuhuh...maka pandang aje lah ya..

Notakaki: kebanyakan ikan sungai saya tak makan especially keli, talapia, haruan, sepat segar, patin. Tp saya makan ikan puyu kering, ikan sepat kering juga ikan pekasam - bergantung pd ikan sungai jenis apa juga, sbb some of the ikan memang tak boleh masuk tekak saya. Dah pernah cuba, tp x daya nak telan. Abang saya kata, mengada ngada..hahaha. Bukan saya seorang jer tau, my sisters pun x makan. Abang2 jer yg adventure lebih. Sbbnya jadi gini, semasa saya kecik kecik dulu,  emak tak makan ikan sungai, dah abah tak pernah beli ikan sungai, walaupun kami duduk di kampung.

Waktu Operasi:
Setiap hari jam 11.00 pagi - 04.30 petang



Nama jer Restoran Tasik Raban. Tp bukan dekat sebelah tasik pun. Maybe (maybe...sy pun tak pasti...maybe dulu dulu restoran ni di sebelah tasik kut. Sebab kalau ikut jalan lama sebelum ada hiway, mmg ada restoran di sebelah tepi tasik Raban)


restoran dari hadapan
antara ikan bakar yang ada






Tuesday, 11 March 2014

Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Throw back punya cerita yang mana saya lupa bertarikh bila. On d way balik from Penang to Kuala Lumpur, TSY geng nak merasa makan mee udang Kuala Sepetang. So, here we are. Sebenarnya nak makan mee udang Mak Jah. Kebetulan hari tu, kedai mak jah di tutup untuk kenduri perkahwinan salah seorang pekerjanya. Maka kami merelakan diri untuk menerai mee banjir udang Mak Teh. 

Gambar ehsan google
Gambah ehsan google




Lain orang, lain citarasa. So sehingga setakat ini, saya dah mencuba tiga kedai di Kuala Sepetang ni. Kedai Mak Jah, Pak Hashim dan Mak Teh. Kalau di tanya kepada saya, lain kali mau makan di mana. Jawapan saya: 1) Mak Jah - banyak pilihan  2) Pak Hashim - tak byk pilihan, tp masih variety.Kedai Mak Teh - mungkin saya akan berpikir banyak kali.  Dan ada satu lagi kedai yang saya lupa namanya.





Monday, 10 March 2014

Itinerary / Budget - Jakarta Bandung Jakarta





Mengikut perancangan, inilah itinerary yang saya sediakan untuk trip Jakarta Bandung Jakarta

DAY 1
  • Arrived Soekarno Hatta Airpot Jakarta 
  • Transfer to Bandung
  • Check in at La Nostalgie Boutique
  • City Tour (Toko 3, Factory Outlet Jalan Riau - ni jer sempat pegi)
DAY 2
  • Tangkuban Perahu
  • Lembang Floating Market
  • Ater Sari Hot Spring (tak pegi pun)
  • Kg Daun (tak sempat pergi sbb terlalu lama di Floating Market)
  • Pasar Baru (2 jam sahaja sbb Hafiy dah start merempan..hahahha)
  • Factory Outlet Jalan Dago

DAY 3
  • Check out from La Nostalgie Boutique
  • Safari Bogor (tak jadi pergi, pak supir datang lambat, kensel perancangan)
  • Transfer to Jakarta
  • Check in @ Maxone Hotel, Sabang Jakarta
  • Monas
  • Kota Tua Jakarta (tak pegi jua, sbb tak tau jalan, dan xde driver...heehhe)

DAY 4
  • Tanah Abang
  • Check out
  • Transfer to Airport
  • Depart to Kuala Lumpur 
Untuk mendapatkan supir bagi trip Jakarta - Bandung - Jakarta ni, saya berurusan dengan Tony (rekemended by one of my friend). In my case, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa (Kawan saya xkan rekemen kalau tak bagus). Malahan Pak Halim  owner La Nostalgie Boutique juga sering menggunakan perkhidmatan mereka untuk tetamu tetamunya yang memerlukan perkhidmatan supir. Supir juga bukannya tidak datang pada hari itu, cuma terlewat 3 jam dari waktu yang kami tetapkan. Sedangkan 3 jam itu, sepatutnya kami sudah dalam perjalanan ke Safari Bogor. Cerita pasai supir ni boleh baca di   HARI KE 3    semasa berada di Bandung.
Package Supir yang saya dapat untuk 7 orang Suzuki APV



Day 1 - Jakarta Bandung - RP850,000
Day 2 - Bandung City Tour - RP450,000
Day 3 - Bandung Jakarta - RP850,000
Day 4 - Jakarta City Tour + Airport - RP850,000

Kami cuma menggunakan supir untuk dua hari sahaja. Bayarannya adalah RP1,300,000. Untuk ke airport kami menggunakan airport transfer arranged by Maxone Hotel dengan bayaran RP250,000.

Flight ticket @ 7 pax - RM700.00 RM644.00 + bagasi RM50.00
Hotel @ Bandung - RP1,440.00 (2 nights Family Room)
Hotel @ Jakarta - RP1,100,00 (1 night 2 rooms)
Supir - RP1,300,000 (2 days)
Lunch/Dinner @ 4 days for 7 pax - RP3,200,000
Airport transfer - RP250,000
Entrance fee @ Tangkuban Perahu - RP450,000
Entrance fee @ Floating Market - RP70,000
Cipaganti - RP700,000 (100,000 per pax tak kira adult or child)
Bajaj oren - RP15,000
Bajaj biru - RP20,000
Teksi Bluebird @ 2 - RP30,000 + RP35,000
Airport tax @ 7 pax - RP1,050,000

Total RP9,660,000 x 3 / 10000 = RM2,898.00 + Flight tiket RM644.00 + Bagasi RM50.00
= RM3,592.00 / 7 = RM513.14 per pax

Tp takde maknanyer ye...sb tukang bayo nyer sorang jer (kena berterimekasih bebanyak kat tukang bayo....heheh).....At least itu boleh di buat anggaran klu pegi jenjalan dengan kengkawan atau saudara mara. Boleh kongsi sama sama. Idak ler terasa banyak beno nak kena bayo. Perbelanjaan diatas tak termasuk soping dan etc expenses yang kecik kecik ya mcm jajan/minuman/souveniers......

Walaupun camner pun, banyak gak baki Rupiah yang kami perabihkan dalam flight..hehehe...nak bawak balik pun, rasa mcm tak baloi jer. Baik bagi perabih....






Jakarta Day 4

17 Februari 2014 - Isnin

Hari terakhir di Jakarta, perancangan kami cuma mahu ke Tanah Abang. Disebabkan kami tidak mempunyai supir, maka jalan jalan di kota jakarta terpaksa di batalkan. Sehari sebelum, saya telah menempah airport transfer pada jam 1.00 tghari. Untuk ke Tanah Abang, saya cuma pergi bersama suami sahaja..Anak anak semua kami tinggalkan di hotel. Dan berpesan, jam 11.00 pagi, pastikan semua sudah bersiap sedia. Flight ke Kuala Lumpur jam 4.35 petang. 

Masa pergi ke Tanah Abang kami menaiki bajaj berwarna biru dan dikenakan tambang sebanyak RP20,000.  Dekat sahaja Maxone Hotel dengan Tanah Abang ni. Terlalu awal sampai di Tanah Abang iaitu jam 8.30 pagi, banyak kedai yang masih belum di buka. Kami pun copot copot jer. Fikir apa nak beli, jumpa jer, sambar. Mmg dah malas nak serbey menyebey lagi dah. 





Notakaki:  pictures, ehsan google ya.

Tanah Abang ni pada saya terlalu besar. Tak sempat nak jelajah semua dalam masa yang singkat. Ada banyak blok..dan setiap block mmg amat besar. Tiap satu tingkat, luas seluas luasnya. For those yang suka membeli, Tanah Abang memanglah tempatnya. Selesai menyoping di Tanah Abang, kami pulang ke hotel menaiki bajaj berwarna oren dan dikenakan bayaran RP15,000 pula. Tengah jalan, tayarnya bocor...hahaha..kena pula turun tukar tayar. 


Sampai di Hotel, anak anak dah siap, kami check out dan pergi lunch dahulu. Since airport transfer jam 1.00 tghari, mmg cukup masa untuk lunch. Hampir jam 1, kami pulang ke hotel dan menunggu airport transfer. Sekali lagi mood jadi terganggu...aduhai..dugaaan sungguhlah. Airpot transfer tak sampai sampai...hinggalah jam 2.00++ ptg. Muka memasing dah cuak...nak keluar dari bandar Jakarta yang penuh sesak membuat hati berdebar debar......memasing diam dlm kereta. Akhirnya sampai ke epot jam 3.15 petang. Check in luggage semer bagai, amik masa sbb orang ramai...dua tiga kali nama kena announce..aduhai....jam 4.15 baru lepas semua pemeriksaan imigresen. Sebaik sahaja melepasi imigresen, pekerja AA sudah menunggu dipintu masuk. Berlari lari pulak menuruni tangga menuju ke kapalterbang. Dok carry hafiy yg debab tu..aduhai. Asben ngan anak2 carry backpack....hahaa......Elok jer kami berada dlm flight...tak sampai 5 minit, flight dah mula bergerak.......mujur tak kena tinggal. 



Kami selamat mendarat di LCCT 28 minit lebih awal dari waktu ketibaan. Alhamdulillah...walaupun terjadi macam macam perkara, saya tetap tidak serik untuk travel lagi. Semua itu adalah pengalaman.