Monday, 30 June 2014

KLIA 2 - Arrival

Ni pula antara yang sempat saya ambil semasa ketibaan. Ketibaan saya yang pertama di KLIA 2, di sambut oleh hujan renyai renyai...mujur dalam bangunan. Kalau kat LCCT dulu, harus basah kut...hehhe..Kapal terbang kami tiba di KLIA2, landing di gate Q17...huhuhu. Hari tu gate Q7 pun dah terasa jauh, apatah lagi gate Q17. Sepanjang penerbangan selama 2 jam, asik turbulence. Pening kepala saya. Macam macam rasa ada. Nak muntah pun ada. Satu ketika turbulence, beberapa passenger menjerit..haiyakk.. Tp penerbangan kami tiba 15 minit lebih awal dari yang di jadualkan.


Sepanjang jalan menuju ke Arrival Hall. Sayup sayup jauh ke depan. Masa ni, orang tak ramai, terasa sunyi ler pulak....hahahha

Ada jer signboard. Camner ada org kata, dia sesat, tak jumpa signboard Arrival Hall...hmmmm..

Ada beberapa walkator untuk yang malas berjalan....hehhee
Antara yang dapat di lihat sebelum sampai ke arrival hall

Dah nampak signboard Balai Ketibaan


Kena naik eskalator dulu ya...
Turun eskalator pulak...

Turun eskalator lagi....

Sila check nak ambik bagasi kat mana

 

Dah amik bagasi....jum keluar.....

Perjalanan dari Q17 ke Balai Ketibaan, memang amat memenatkan. Saya nampak satu couple ni, bawak emak kut. Jalan pelan pelan sahaja. Kami dah sampai hujung, depa masih kat belakang. Tp nothing to worry..by the time sampai ke conveyer nak amik bagasi, bagasi pun blom sampai. Walhal, saya rasa dah asik naik eskalator turun eskalator, tak sampai sampai ke balai ketibaan. Dah sampai, kena tunggu lagi..hahaha..

Walau apa pun, saya tetap menyukai KLIA2. Enjoy dan suka dengan persekitaran. Walaupun nampak masih baru, lantai pun takde ler berkilat mana, tapi saya tetap suka. 





KLIA 2 - Departure

Pertama kali saya menggunakan KLIA2, pada 6 Jun 2014 yang lepas. Ini antara gambar gambar yang sempat saya ambil semasa pelepasan. 

Mula mula sampai, memang cuak. Sebab bila membaca di forum, ramai yang mengatakan betapa besarnya KLIA 2 ni, sampaikan saya tak berani nak melengah lengah. Saya pastikan bahawa kami (sy dan suami) berada di KLIA2 seawal yang boleh sebelum berlepas. Selepas melepasi segala kedai kedai yang ada di dalam bangunan KLIA2 ni,maka tibalah kami ke sini. Jangan bimbang, signboard ada di mana mana. Tidak mungkin kesesatan. 

Susahnyer nak ambil gambar ni..orang asik lalu lalang..

Akhirnya dpt juga..bila dah nampak replika ni, bermakna sudah berada di depan entrance utk masuk departure hall

Screen besar,so sila check di screen ini, gate mana kita perlu masuk utk pelepasan
Baggage check in counter. 

Ni gate pelepasan yang pertama samada P & Q atau L. Kat dalam tu, kena berjalan jauh lagi untuk sampai ke pemeriksaan imigresen yang kedua. Masa kat sini, saya menggunakan autogate saje. Kalau pegawai imigresen tu nampak je pemegang passport warna merah, depa panggil jer soh masuk autogate. Siap tunjuk ajar lagi apa nak buat kat autogate tu..hehee..Saya x pernah guna autogate. Terkial kial..


Since saya kena ke gate Q7, inilah laluannyer. Mcm saya katakan tadi, dun wori. Walaupun ramai yang mengomel, jauhla, besarla, sesat baratla......(tp saya tak sesat pun). Signboard ada saja. Tp make sure, tengok gate betul betul ya. Jangan pula kalau kena masuk gate P atau Q, tp pergi ke gate L...huhuu..haru. 


Sepanjang menuju ke gate Q, inilah antara pemanadngan yang dpt dilihat. Dan didalam sana terdapat banyak lagi kedai kedai di sepanjang perjalanan menuju ke Gate Q.  Sila perhati betul betul, takut tak nampak signboard, tp nampak yang lain..hahhahha


Sesampai  di pemeriksaan imigresen yang kedua, di sini agak ketat sedikit. Semua benda kena letak untuk di scan. Macam asben saya, kasut pun dia kena bukak, kena masuk scanner...talipinggang mmg kena bukak. Imigresen yang pertama, tak perlu berbuat demikian.

**Saya terlupa nak ambil gambar semasa pemeriksaan imigresen yang kedua. Walhal, masa tu tak ramai orang, boleh ajer nak amik gambar. Tak apa lah...lenkali la kut..hhhehe. Gambar di atas, bukan tempat pemeriksaan ya....

Sebenarnya prosidur sama saja. Cuma dulu di LCCT, jarak di antara tempat pemeriksaan passport dengan tempat pemeriksaan hand luggage adalah tersangat dekat. Dan dulu di LCCT, semasa pemeriksaan passport, hand luggage tidak perlu masuk scanner. Tp di KLIA2, kena masuk scanner. Dua kali scan lah gitu...


Tempat menunggu kapal terbang di gate Q7. Andainya rasa bosan, menanti di sini, di bahagian luar banyak kedai kedai coffee untuk bersantai. Paling hampir dengan Q7 adalah Dunkin Donut.

Tak perlu lagi naik tangga. Jalan terus masuk ke dalam perut kapal terbang.
Pemandangan dari dalam kapal terbang


Penerbangan kami lewat setengah jam dari waktu yang di jadualkan. Sepanjang perjalanan, ada ketika cuaca tidak begitu elok, dan sedikit turbulence. Cuaca mendung dan adakala hujan.