Monday, 11 January 2016

MRT


Wahh...nampak MRT station sudah hampir siap. Maybe dalam 70% kut eh. Train pun dah ada atas landasan. Jom kita. Sangat menarik sebab MRT Station ni betul betul depan entrance kat opis ni. Makin mahal ler rege tanah kat sini. Janganlah kena berpindah lagi yerk......


Still remember masa pestime pindah Puchong, it was in 1998. Sedang sedang elok bangunan pejabat di depan Subang Parade, kena berpindah ke Puchong....huhuhu..hilanglah peluang mencuri curi masa dan menyoping kat Subang Parade lagi. Pilihan tempat makan pun dah tak se best di Subang Jaya. But life must go on. Pindah pun pindah la ya.....dari tempat jin bertendang, Puchong slowly developed. Dalam masa tak sampai 10 tahun berpindah, dah banyak bangunan dibina. Kawasan perumahan juga berlumba lumba di bangunkan. Dari xde hotel, dah ada Hotel Four Seasons. IOI Mall yang dulunyer cuma ada The Store, now dah ada Aeon. Now barulah nampak happening sikit di IOI tu. Infact dah bukak Wing baru pun. Dah ada Nandos, TGI Friday, Seoul Garden and etc. Kalau tak, dulu dulu asiklah makan nasik mamak....hahahha. So fast Puchong membangun. 



Panjang route MRT kali ni. Boleh ke IOI Mall, ke bangunan hijau di Puchong Perdana (warga Puchong will know apa itu bangunan hijau...kkekeke) and the last stop di Putra Heights. 

Dulu dulu, kalau pergi kerja dan balik kerja boleh relaks relaks jer. Half an hour saya from KL pun bleh sampai. Sekarang kalau tak 1 hour.....kalau 45 minutes tu dah cukup baik...huhuhu. But still I love working here and I love staying in KL..hehhheehe..

I wish, another next 5 years time, we are still here. Bagilah peluang kami mencuba MRT ni dulu ya. Walaupun dah dengar ura ura, keberangkalian untuk dipindahkan itu ada....hahhaa. Dengar dengar macam nak di hantar ke Dengkil....if ke Dengkil, kenalah berpindah rumah semula ke Putrajaya...huhuhuuhu. Hopefully not in 5 years time. Kalau lepas 5 tahun tu nak pindah gak...sila lah. Ahkak dah pencen dah kut masa tu....kekkekeke..





Monday, 4 January 2016

Back to School Again

4 Januari 2016

The last time saya pergi ke sekolah untuk daftar anak darjah 1 was 7 years ago. Hakim dah 14 years, and now Hafiy is 7. Kalut jap saya. Sebab banyak perkara dah lupa. And my expectation kat sekolah baru ni pun lain..tp apa yang saya dapat lain. Sebelum ni anak2 yang lain semua bersekolah kat SKBP. Hafiy ni saja je lah daftar kat SKBB. Sebabnya Hakim bersekolah di SMKBB. Nak hantar sekolah boleh satu hala. If ke SKBP, kena detour...jauh sikit ler. (takle jauh mana kut..hahaha..)

Kesian Haikal sorang tercampak ke SMP. Kena dok asrama lagi tu. Tp alhamdulillah, okay jer. Harith di Kuantan, Haziq Kemaman. Hmmm...satu hala gak. Sonang hati mak. 

So, lets go the school. First day, memang kalut betul saya rasa. Ntah..ni just dari pandangan saya la. Sbb saya tak suka crowd kut...ntah...tak juga kut. Bukan sbb crowd. Tp sikap. If parents ngan murid2 sekali semua kat atas padang perhimpunan, bayangkan betapa crowded nyer kawasan. Ada juga parents yang ikut berbaris ngan anak anak sekali. Kat kelas, walau dah ada notis tampal kat pintu kelas,  dah ada announcement meminta parents sila tunggu di kantin bukan dikelas. But still...haishh..ntahlah. Kat kantin lak...memang ler cikgu suruh parents tunggu kat kantin. Tapi, bila waktu murid murid berehat, parents bangunlah dari tempat duduk kantin tu. Bagilah anak anak duduk makan. Ada yang bangun dari kerusi, tp berdiri tepi anak anak. Ada yang berbaris sekali tolong belikan makanan tuk murid murid..walhal cikgu ada kat situ nak tunjuk ajarkan kepada murid murid sekelian tu. Ada yang dah makan, tak reti reti nak letak pinggan disposal tu dalam bakul sampah. Atas meja kat kantin tu xyah citerlah betapa berselerak nyer..huhuhuu...Crowded sungguh ler kat kantin. Dengan murid murid dengan ibu bapa....hmmm...takperlah. First day....

Pada saya, kita patut beri kepercayaan kepada cikgu cikgu dan anak anak. Bukan takleh tengok atau xleh tunggu. Agak agak ler. Lain lah kalau anak tu meraung raung kat situ. Exceptional la kut pada saya, sbb paham, ada budak memang cembeng dan nervous. Bukan sebab apa pun, cuma sebab tak biasa. Kalau anak okay okay jer, takyahlah beria bertangga kat tepi anak. Pantau jer dari belakang. Bagitau kat anak, ibu ayah ada kat belakang ni....dun worry...hehehehe

Dari segi taklimat dan sessi pembelajaran untuk anak anak....alhamdulillah SKBB terpilih sebagai sebuah sekolah rintis untuk program DLP. Maka murid murid yang terpilih dan cemerlang akan di masukkan ke program DLP (Dual Language Program). So saringan diadakan sebanyak dua kali. Kali pertama BM & BI. Kali kedua Sains dan Matematik. 

Selama 3 minggu murid murid darjah 1 akan menjalani minggu transisi. Konon konon macam refresh balik ler apa yang depa depa ni belajar masa kat tadika. Camner pun, Hafiy okay okay aje kat sekolah. Senang hati mak nakk....








Short Trip to Kota Kinabalu - Kundasang

Date:  4 Disember - 7 Disember 2015

Short Trip to Kota Kinabalu - Kundasang Day 1

Short Trip to Kota Kinabalu - Kundasang Day 2

Short Trip to Kota Kinabalu - Kundasang Day 3