Tuesday, 17 January 2017

Mango Six

Bila sesuatu viral di FB, maka keinginan untuk mencuba sudah pasti ada. Dan akhirnya kami sampai ke sini...hahhaha.  Tak dapat try Mango Six kat Korea, kat Puchong pun jadilah ya....As usual, The 6 Hardcore Ladies menerjah Mango Six (walau tak cukup korum). Lain kali kita pergi togeder geder ye Airin, Shieda and Along. Hari ni ai bersama Dahlia dan Nurul jer..hhehehhe...

Location:
The Cube
No. 11, Jalan  Puteri 7/13A, Bandar Puteri, Puchong, Selangor
Opening Hours:
Sun - Thur
0900 am - 1200 am
Fri - Sat
0900 am - 0100 am

Sedap ker.....hmmm..it depends on tekak masing masing. Kami mencuba yang mango base. Tak manis sangat, tapi creamy. Bila lemak berkrim ni, di makan bersama mango yang sweet sour tu, just nice (pada saya la)

Menu kami hari ini: 


Sementara menanti




TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

Waffle Mango

JC Mango Tango

Caramel Machiato

Caramel Machiato, JC Mango Tango, Waffle Mango, Mango Baumkuchen & TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

TS Caramel Almond, Waffle Mango & Mango Baumkuchen

Caramel Machiato & JC Mango Tango

TS Carameal Almond

Waffle Mango
Saya suka TS Caramel Almond. Roti yang di salut karamel dan di bakar agaknyer..hahaha...wallhualam. Sbb keliling roti is bit crunchy.. And diletakkan whipping cream diatasnya disamping beberapa almond disekeliling semasa dihidangkan.. Memang amat creamy and not too sweet. Manakala Mango Baumkuchen pula adalah sejenis kek diletakkan bersama whipping cream, icecream dan hirisan mango. Waffle Mango juga dihidangkan bersama hirisan mango, ice cream dan whipping cream....hmmm...lemak berkrim...disukai ramai. 

Bukan semuanya mango base semata mata. Ada juga strawberry + mango, green apple, lemonade, berries dan juga kiwi. Cheese pun ada tu...hehhehhe. 









Monday, 16 January 2017

Happy Birthday To Me

5th January 2017

Hahaha.....add one more year older. Thank you to my kawan2 sepejabat for the cake. Kena belanja uols ler nampaknyer.





Monday, 2 January 2017

Aroma Ikan Bakar Jeram

2 January 2017

Adik bongsu mengajak kami adik beradik dan keluarga makan kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Ini kali ke2 saya makan di sini. Kalau ikut pilihan saya....Aroma Ikan Bakar Jeram bukan pilihan saya...hahahha. Since orang nak belanja kan...so ikut ajelah. Sejak ketiadaan abang yang ke2, ini adalah kali pertama untuk tahun 2017 kami adik beradik berkumpul makan makan diluar. Biasa berkumpul kat rumah je. Mana mana rumah tak kira rumah kakak, or abang. 

Dan kebetulan juga ramai pula yang dilahirkan pada bulan Januari. So, kami celebret besday sama sama. Abang pertama dan isteri (kakak ipar saya) mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada 2 Januari. Abang ipar pula (suami kakak ke2) pada 1 Januari. Saya 5 Januari dan anak saya Haikal pada 3 Januari. So here we are.....

Gambar dari google

Abaikan budak kecik dua orang tu....hahhaa..nyibukkk







Seronok berkumpul ramai ramai begini. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Yang pasti, emak gembira melihat anak anak cucu cucu dan cicit dapat bersama sama selalu. Itu yang penting bagi kami. Melihat emak gembira....di kala meniti usia senja, emak dapat melihat ke akraban kami adik beradik. Walaupun kadang kadang, bercekau juga..hahhaha. 





Sunday, 1 January 2017

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

31 Disember 2016 (Saturday)

Aktiviti akhir tahun bersama keluarga. Kami pergi ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni pada hari Sabtu. Jam 10.00 pagi dah buka. Alhamdulillah tak ramai orang. Bayaran masuk ke theme park ni adalah RM58.00 untuk dewasa dan RM48.00 untuk kanak kanak. Didalam web di tulih bermula dari RM38.00. Jadi jangan tersilap pula ya. Kerana ada diskaun for senior citizen juga orang OKU. Kanak kanak di bawah 90 cm adalah percuma. Sebabnya semasa saya berbaris untuk membeli tiket, saya terdengar ada beberapa orang merungut. Dalam web tulih RM38.00. Sampai sini harga RM58.00 hehhehe. Strict juga disini ya. Sebab mereka akan check bag yang kita bawak. Just in case ada yang sorok makanan. Tapi setakat air mineral tu, lepas je (saya laaa). Saya suka theme park ni sebab:

  • Games tak banyak sangat. Tak sampai 10 tempat permainan.
  • Orang tak ramai. Tak perlu berebut rebut untuk naik mana mana games
  • Queue pun tak panjang. 
  • Boleh ulang banyak banyak banyak kali
  • Tempat berteduh banyak juga. Cukup untuk menampung para pengunjung. 
  • Berbaloi bayar sebab dapat main semua permainan yang ada. 
  • Sesuai untuk kanak kanak / remaja bawah 17 tahun. Yg lebih dari 17 tahun pun okay gak. Cuma maybe tak adventure sangat ler 
  • Tak perlu ber swimming suit bagai. Asalkan jangan pakai kain batik sudah lah yer..hehhehe
  • Kawasan tak luas sangat, so tak risau nak monitor anak anak. 
  • Ada food court kat dalam ni. So dun worri tentang makanan walaupun harga boleh tahan. 







Yang ni agak adventure sket kut. 
Tak ramai kan...silalah berkuak lentang bagai...hehhehe








Sebekas ni 7.00 hengget ye...hehhehhe