Tuesday, 12 December 2017

Sukiya - Paradigm Mall

10 Disember 2017 (Ahad)

And again on the 10th December 2017, we #guj #gengukurjalan bergeder geder lagi. Kekonon buat exchange gift. Kang sebut buat ala ala Secret Santa, kena kecam lak ekk..hahhaa. Kami anggap ini adalah Exchange Gift antara sesama kami yang baru berkenalan ni. Memasing dah bagi list kepada si pemberi hadiah. Tapi tak tau sapa lah pemberi hadiah tu. Nanti kita teka ajalah ye...konon...hahaha. Saya minta sesuatu yang senang je. Memory Card for Handphone...hehehe. Banyak gambar nak di savekan. 

Our venue kali ni adalah Sukiya Paradigm.Tak abis abis...weder Korean Food or Japanese Food. Suka sesangat. 







Tuesday, 17 October 2017

Road Trip to South Island, New Zealand


We started our journey from 14th September 2017 - 25 September 2017. Hari pertama di Sydney, Australia and hari hari yang seterusnya adalah di South Island, New Zealand. Dan 3 hari terakhir adalah di Sydney juga. Terlalu banyak tempat menarik dan cantik cantik di New Zealand yang mana adakalanya tidak ter capture melalui camera. Kenalah datang untuk melihatnya sendiri....Saya sekadar berkongsi pengalaman yang maybe tidak sama dengan pengalaman orang lain. Yang baik boleh diikuti, yang tidak itu abaikan sahaja.

Preparation

Expenses

Accommodation - Sydney Australia & South Island, New Zealand

Day 1 - Kuala Lumpur - Sydney  - Christchurch

Day 2 - Christchurch - Oamaru - Dunedin

Day 3 - Dunedin - Kaka Point - Te Anau

Day 4 - Te Anau - Milford Sound - Queenstown

Day 5 - Queenstown

Day 6 - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama

Tips Tips di New Zealand


Oamaru Blue Penguin Colony
Somewhere in South Island
Moeraki Boulders
Queenstown
Lindis Pass
The Nugget Point Light House
Kaka Point
Glenorchy
High Country Salmon, Twizel











KL Fabolous Food Hunt 2017 - The Hunting

Hari kejadian adalah 7 Oktober 2017. Event ni dah banyak kali dilakukan. Saya jer yang tak tau. Katanya since 2012 lagi dah ada. KLFFH ni ala ala macam amazing race or treasure hunt gitu. Diberikan soalan, kena cari jawapan. Dah dapat jawapan, kena pergi ke tempat itu, and kena makan. Maklumat dan Arahan sila rujuk SINI


KL Fabulous Food Hunt (KLFFH) merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya (Ministry of Tourism and Culture, Kuala Lumpur/Putrajaya (MOTAC)


FORMAT

Satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Bayaran adalah RM50.00 seorang
Semua kumpulan akan bermula dan menamatkan cabaran di tempat yang ditentukan. Macam tahun ini ianya bermula di Dataran DBKL
Setiap kumpulan perlu membuat semua tugasan di 8 Check Point (CP) dan mendapatkan cop 'completed'. 
Pasukan bebas memilih mana mana check point untuk di selesaikan dahulu sebelum menuju ke garisan penamat.
Pasukan yang sampai paling awal dengan 9 cop dikira pemenang.
Pengangkutan yang dibenarkan adalah pengangkutan awam seperti teksi, bas, lrt, mrt dan komuter. Penggunaan Uber, Grab dan Kenderaan Persendirian tidak dibenarkan. 

Secara keseluruhan, acara ini sangat menarik. Tetapi pada pandangan saya, ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira atau di perbaiki lagi. Antaranya: 

Pada permulaan untuk mendapatkan soalan. Sebelum mendapatkan soalan, satu lagi kertas diberikan. Peserta perlu menjawap dan serahkan ke kaunter pendaftaran untuk mendapat soalan. Pada saat ini, keadaan amat huru hara. Untuk kertas pertama sebelum mendapat soalan juga sudah huru hara. Bertolak tolakan sesama sendiri. Bimbang ada yang mengambil kesempatan pula. Para peserta tidak mahu berbaris walaupun sudah di laungkan berkali kali untuk berbaris. Lebih menyedihkan, meja kaunter pendaftaran sampai roboh lah. Maka di sini, pada saya, pihak penganjur perlu mencari jalan yang lebih baik untuk membaiki keadaan. 

Yang kedua, pada saya, flag off time. Flag off jam 11.00. Pada masa tu, team captain berbaris untuk mendapatkan soalan. Tak semua team flag off di masa yang sama. Ada yang lewat 5 minit, 10 minit or 15 minit. Disini suka kiranya bila soalan diberikan, dikertas jawapan tertera waktu pengambilan kertas soalan dan jawapan. Pada saya itu lebih adil. Ini adalah kerana, jam 3.30 petang, semua check point telah di tutup. 

Mungkin pihak penganjur perlu mengambil pendekatan dari penganjur yang pernah menganjurkan Treasure Hunt juga penganjur lain. Event ini event berbayar. Semua orang mahu menang dan melakukan apa saja yang boleh untuk menang. Saya sesungguh memang tidak selesa apabila ditolak tolak sedemikian apatah lagi yang menolak di belakang adalah orang yang berlainan gender.

Tugasan yang diberikan tidak mengikut turutan. Kami memulakan our food hunting dengan kedai yang paling terdekat sekali iaitu di Selangor Mansion, Masjid India.

Check point No. 5 - Roti canai banjir bersama dua telur goyang
Kemudian kami menaiki LRT ke arah Setiawangsa. Dari situ, kami mengambil teksi untuk ke Check Point seterusnya iaitu Wahad Cendul Taman Seri Rampai. 

Wefie dengan pakcik teksi - tugasan bergambar

Check point No. 6  - Wahab Cendol
Selesai di Wahab Cendol, kami menahan teksi lagi untuk ke Kungfu Ramen. Disini, kami meminta driver teksi menunggu sehingga tugasan selesai untuk kami pergi ke check point yang seterusnya.

Check Point No. 7 - Kungfu Ramen

Check Point No. 4 - Takhe Sulaman. Tempat paling susah nak cari

Check Point No 3 - Om Pecel Lele
Setelah selesai tugasan diatas, kami meminta pemandu teksi menghantar kami ke stesen MRT paling terdekat untuk kami meneruskan perjalanan ke Bangsar Village untuk check point seterusnya iaitu Restoren Marmalade Cafe. Didalam MRT, kami perlu bergambar dengan seorang penumpang. Tiba di Stesen Muzium Negara, kami transfer ke LRT Kelana Jaya Line. Stop di KL Sental untuk mengambil gambar di TIC. Dan terus mengambil teksi ke Bangsar Village. Sayangnya disini, kami diberi pilihan samada menunggu makanan disediakan atau mahu mengambil cop percuma. Kami putuskan ambil cop dan terus ke Pelita Nasi Kandar, Sri Hartamas.

Check Point No. 2 - Nasi Kandar Sri Hartamas
Sudah kesuntukan masa, dari Sri Hartamas, kami mengambil teksi untuk ke Tugu Negara. Malang juga bagi kami, kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami lambat sampai dan check point di sini telah di tutup. Malah, separuh jalan, kami turun dari teksi dan berlari menuju ke Dataran DBKL. Semput mak nak...hahaha.

Secara keseluruhan, kami berjaya menyelesaikan semua tugasan kecuali di Tugu Negara. Maka, tidak berjayalah juga untuk mendapat sebarang hadiah..hahaha..Takpa..next year cuba lagi.

My KMC Friends




Sunday, 15 October 2017

KL Fabulous Food Hunt 2017 - Soalan, Maklumat dan Arahan

Maklumat dan Arahan 

DBKL
Lengkapkan 3 perkataan yang 'tertinggal' dalam masa 10 minit
Hantar jawapan kepada Marshall di KAUNTER PENDAFTARAN dan dapatkan set KLU & PASSPORT anda.
SELEPAS tamat tempoh 10 minit, JIKA pasukan anda masih gagal melengkapkan jawapan, kembali ke KAUNTER PENDAFTARAN untuk dapatkan set KLU & PASSPORT anda

CHECK POINT
Semua ahli pasukan perlu berada di CP sebelum pasukan anda dibenarkan melakukan tugasan
COP TIBA hanya akan diberikan apabila semua ahli pasukan telah tiba di CP
Seterusnya hantar seorang wakil untuk menjalankan tugasan di CP tersebut
COP SELESAI pula akan diberikan setelah pasukan anda selesai menjalankan tugasan

TUGASAN FOTO
Sekurang-kurangnya tiga (3) ahli pasukan anda perlu kelihatan didalam foto we-fie tersebut.
Setiap foto perlu di'upload/post' ke akaun facebook salah seorang ahli pasukan.
Setiap satu tugasan foto perlu ada satu post berasingan
Setiap post perlu disertakan #SayangMalaysia, #VisitKL & #klffh207
'Screenshot' posting itu dan tunjukkan kepada mana mana Marshal di CP untuk dapatkan COP foto.

QUIZ (CP9)
Terdapat 5 soalan yang perlu dijawap
Jawapan boleh didapati dari http://www.motac.gov.my/en/directory/pkpl-kl-putrajaya
Pasukan anda boleh menghantar jawapan dan dapatkan COP CP9 dari Marshal X, samada, selepas acara Flag Off atau setelah anda kembali dari melakukan tugasan-tugasan CP1 hingga CP8.

_________________________________________________________________________________

Projek Sungai Nadi Kehidupan telah memberi (1)_______________ (2)_____________ kepada lebih sepuluh kilometer kawasan (3) ______________________ sungai sekitar pusat bandar.

Jawapan:  (1) nafas   (2) baru  (3) pinggiran

Ini adalah soalan mula mula sebelum untuk mendapatkan Klu Lokasi CP dan Tugasan Foto

_________________________________________________________________________________

Klu Lokasi CP dan Tugasan Foto

Soalan CP1 - Pasta akan menjadi hidangan disini. Tajuk lagu si Christina di dalam filem Moulin Rouge adalah sebahagian nama Cafe yang perlu anda cari. Di sebuah 'village' metropolitan ia boleh ditemui.. Bila 'angsa' diletak antara Ice Cream popular, jumpa lah nanti. 

Jawapan: Marmalade Cafe @ Bangsar Village II

Soalan CP2 - Pelita Nasi Kandar, restoren ini yang perlu anda pergi. Disebuah 'desa' lokasinya tersembunyi. Susun semula perkataan di bawah ini untuk kenalpasti. HSS IR TAMARA

Jawapan:  Pelita Nasi Kandar, SRI HARTAMAS

Soalan CP3 - Di 'kampung' pula restoran ini berada. Kalau buang huruf yang hujung, 'panda' lah yang akan akan jumpa. Pecal Lele hidangan menjamu selsera. Pastikan Om tidak ditinggalkan ya. 

Jawapan:  Om Pecel Lele, Kampung Pandan 

Soalan CP4 - Restoran ini tidak jauh, 'selangkah' sahaja jaraknya. Mandi Rice hidangan yang perlu anda rasa. Cari kedai yang ada 'SULAMAN' pada namanya. 

Jawapan:  Takhe Sulaman, Setapak Central

Soalan CP5 - Seterusnya Roti Canai Special akan dijamu. Tempat 'solat' Aamir dan Salman Khan di jalan inilah kedai ini boleh ditemu. Maaf, hanya ini sahajalah klu. 

Jawapan:  Saya tak ingat nama kedai ni..tp saya tau. Bersebelah restoren ABC. Dekat sungai di Jalan Masjid India. Dekat Selangor Mansion. Landmark: AnNasuha Beverages....

Soalan CP6 - Nama kedainya seperti nama anak pertama si Ismet Ulam Raja. 'The Best Cendol in Town' itulah yang mereka kata. Nampak gaya kenalah ronda ronda untuk jumpa lokasi barunya. 

Jawapan:  Wahab Cendol Sri Rampai, Wangsa Maju

Soalan CP7 - Ingat aksi si Jet Li, itulah antara klu utama. Ramen pula akan melengkapkan namanya. Lawat di dalam bulan Mei, ini pula klu untuk lokasinya. 

Jawapan:  Kung Fu Ramen, Taman Melawati

Soalan CP8 - Felix de Weldon adalah artiket binaan bersejarah ini. Salah satu kedai makan di sana adalah lokasi CP8 ini, sila cari. 

Jawapan;  Kedai Makan berhampiran Tugu Negara (tak ingat juga nama kedai, sbb kami sampai lambat..hahahhah)

Tugasan Foto

Foto #1 - Foto we-fie pasukan anda dengan seorang penumpang awam di dalam MRT
Fota #2 - Foto wefie pasukan anda dengan pemandu teksi 
Fota #3 - Foto we-fie pasukan anda di hadapan TIC (Tourist Information Centre)

Soalan CP9  ada terdapat 5 soalan kuiz. 

Quiz 1 - Name the ceremony above (gambar di lampirkan) 
Jawapan:  Larian Obor KL 2017 

Quiz 2 - Eco-Host is conducted by trained instructor or a fee of 
Jawapan:  RM100.00

Quiz 3 - What is MURFEST
Jawapan:  Malaysia Urban Retreat Festival Wellness

Quiz 4 - Among the _______________ activities that are well received are visits to orchards and animal farms.......
Jawapan;  agro-tourism 

Quiz 5 - Expected monthly income (range) for Spa Manager at 5 Star Spa is? 
Jawapan:  RM4000 - RM6000




Saturday, 14 October 2017

Hwa Ga Restoran, Empire Damansara

22 Oktober 2017

Mencari Restoran Korea Muslim Friendly. Berikut saya cadangkan silalah ke Restoran Hwa Ga yang terletak di Tingkat 1, Empire Damansara, Petaling Jaya. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan Korea asli secara buffet dan juga ala carte. 

Ini lah yang kami pilih semasa saya bersama sama #guj #gengukurjalan bersuka ria menikmati makanan Korea disini. Makan sekenyang dan sepuas hatinya. 




Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka juga menawarkan 'Ala Carte Buffet, berkonsepkan ' Eat All You Can' dimana anda perlu memesan hidangan ala carte ayam pada menu mereka dalam 3 perisa. Waktu makan tengahari:  11 pagi hingga 3.00 petang, untuk Makan Malam: 5.00 petang - 11.00 malam. Harga adalah berbeza bagi setiap sesi. 


Kami pergi seramai 8 orang. Pada mulanya hanya mahu memesan 'Ala Carte Buffet' untuk 4 orang manakala yang lain memesan secara ala carte. Tetapi tidak boleh ye...hahhaha. Macam tau tau je nanti yang 4 orang ni akan menumpang makanan another 4 orang tu. Kekonon nak buat konsep sharing is caring la tu...hahaha. Bijakkk...bijakk sangatlah...