Ni betul betul kerja gila la kut eh. Tapi saya tau ada yang lagi gila dari saya. Gila travel ke Korea. Pada masa ni 3 orang kawan saya ajak travel. Sorang ajak ke Kashmir, tapi kena cuti 6 hari. Sorang lagi ajak ke Flores, Indonesia, cuti 6 hari juga. Dan Za ajak ke Jeju Island - Busan - Seoul kena cuti 5 hari . Memandangkan cuti saya yang tak banyak (sebab nak carry forward cuti ke tahun 2020), selepas pikir panjang, saya memilih Jeju Island sahaja, manakala Za nanti akan travel solo ke Busan dan Seoul. Plan ke Kashmir, plan few months back. Boleh je klu nak ke Kashmir, tapi saya sayang cuti. Tahun 2020 ada plan lain yang nak kena cuti lama.
Kalau ikut plan Za, Jeju - Busan - Ulsan - Seoul (5 hari kena cuti). Saya memilih hanya ke Jeju sahaja selama 4 hari (cuti hanya 2 hari). Bermakna saya cuma ada 2 solid days utk jelajah Jeju, manakala 2 hari adalah perjalanan - gila tak...hahaha. Di saat Za fly to Busan nanti, saya fly back to Malaysia. Bila dah decide nak ke Jeju, saya minta Za tukar arrangement for accommodation dan akhirnya kami memilih untuk menyewa kereta comel untuk jalan jalan di Jeju. Semua Za yang setelkan. Saya cuma follow dan beli ticket pun last minit and opkos harga tidaklah semurah mana. Bila tengok balik rege tix...fuhh..boleh pergi 2 kali lagi ke Seoul or Jeju. Yang penting hati happy. So pejam mata je lah ye.
Process travel macam biasa. Pergi airport, drop luggage, tunggu kawan sampai, solat, breakfast and masuk boarding area. First time travel berdua, saya bimbang sekiranya berlaku awkward situation. Sebab memang tak pernah travel berdua kecuali dengan suami saya. Tapi alhamdulillah, semua baik baik sahaja. Flight 0800 am, sampai Jeju Island 0300 pm. Tapi masa nak ambil luggage, punyalah lama. Satu conveyor luggage dari 2 flights. Almost 2 hours kut kitaorang tunggu luggage. Urusan kaunter imigresen smooth. Takde check apa pun. Punya lah risau nak bawak makanan macam macam. Lastly, takde apa pun...
Lepas ambil luggage, kami pergi tempat sewa kereta pula. Di seberang jalan airport, ke kanan. Ni pun satu hal, sebab tak jumpa nama company kereta tu. Kami sewa dengan Tasio Rental. Merata bertanya, akhirnya jumpa. Naik shuttle bus ke tempat company rental. Za setel everything sebab dia ada IDP. Lepas amik kereta, gi isi minyak. Satu hal pulak nak cari guest house. Kami sewa guest house di Seogwipo dulu. Memang kelakar la first time drive left handed. Terkial kial guna GPS dan navermap, sampai hari pun dah gelap. Day 1 memang takde apa apa aktiviti. Sampai GH pun malam. Meraba raba mencari. Sampai satu convenient store, saya turun masuk untuk bertanya arah ke guest house. Cashier ni punyalah lamanya. Sian Za menanti saya di dalam kereta. Bila saya kluar dari CS, Za cakap...dah tau dah kak kat mana.....tepuk dahi je saya.
Alhamdulillah, bila sampai, lega sangat sebab GH cantik. Tepi laut, ada balkoni, boleh rehat rehat sambil menikmati udara laut. GH ada tempat memasak, katil comel untuk berdua. Ruang tamu luas. Kami masak maggi sampai 3 paket (punya la lapar nye). Udara malam sejuk sangat.
Puas hati dengan GH. Bila waktu dah gelap, memang tak perasan keadaan sekeliling. Tapi saya perasan bridge dari kejauhan. Rasa macam pernah nampak bridge ni di tahun 2015. Bila hari dah terang, baru saya perasan yang GH kami stay ni berdekatan dengan GH yang saya sewa pada tahun 2015. Hanya selang beberapa block sahaja.
Kami menginap di Jeju Harbour Pension. Tapi kalau GPS, kena search Hello Jeju. GH ni tak besar sangat, bilik pun tak banyak. Tapi yang marbeles adalah view di waktu malam. Lepas makan, mandi manda kami tidur lena. Letih duduk dalam flight dan letih menunggu luggage. Masa flight dari KL sampai, ada satu flight lain juga tiba. Jadi luggage dari dua flight ni berkongsi conveyor. Tu yang jadi lambat tu.
End of Day 1