Showing posts with label Geng Ukur Jalan. Show all posts
Showing posts with label Geng Ukur Jalan. Show all posts

Sunday, 24 November 2019

Jeju Island Here I Come Again - Day 4 (Last day)

12 November 2019

Harini last day di bumi Jeju Island. Flight Za ke Busan waktu pagi, manakala flight saya ke Malaysia pada jam 3 petang. Selesai hantar Za naik bas untuk ke airport, saya mati kutu sekejap. Apa nak buat. Ikutkan ada je tempat yang boleh pergi, tapi bila keseorangan, saya jadi biul. Saya jalan jalan di Jungang Undergound Shopping Mall, terus ke Dungmon Market dan sekitar  Jeju Chilseongro Shopping Street. Tapi waktu pagi ni, banyak juga kedai yang belum buka. 

Mula ingat nak masuk ke Jeju Mokgwana Government Office. Tapi April haritu dah masuk. And sebab keseorangan kan. Memang bengong di buatnya. Rugi masa macam tu je. And saya minta extend untuk check out dari hotel. Sbb takmo la awal sangat ke airport. Receptionist tu cakap, boleh je, tapi kena balik hotel sebelum waktu check out. If sudah melepasi waktu check out, pintu auto lock and kena request untuk buka semula. Untuk mengelakkan kesusahan. 

Pikir punya pikir punya pikir, saya balik terus ke hotel. Malas nak jelajah semua tempat yang tersenarai. Relaks relaks berkemas dalam bilik hotel. 

Then minta juga receptionist call untuk airport transfer. Malas dah nak berjimat cermat ahahha. Sedangkan boleh je naik bas. Tapi malas nak heret. Penyakit M besar sangat kan. Since flight petang kul 3, saya keluar hotel dalam kul 1 macam tu. Dekat je dari hotel ke airport. 

Sampai airport, saya rasa lapar lak. Pergi beli shrimp burger. Nanti tunggu masuk flight le baru makan. Check in semua berjalan lancar. Boarding flight, sampai Malaysia, asben ambil. Esok nya kerja...hhaaha.... Org pun pelik. Eh sekejap je pi travel. 4 hari je....hahaha

So, end of my trip to Jeju Island, South Korea. 




Saturday, 23 November 2019

Jeju Island Here I Come Again - Day 2

10 November 2019 (Sunday)

Places visited for today.

Jeongbang Waterfalls - it is the only fall in Korea where water falls directly into the sea. Kami sampai sini awal pagi, entrance belum bukak. So kami jalan jalan je sekitar area sini sementara menunggu waktu. Awal pagi ni tak ramai orang. Nak ke Jeongbang ni kena menuruni bukit. So berhati hati la ye. Tak ramai orang sangat pagi pagi, tapi slowly orang beransur ramai. Bila dah puas bergambar, kami pun cau. Saya first time sampai sini. Sebelum sebelum ni tak penah. Masa tahun 2015, ada masukkan dalam itinerary. Tapi waktu tu hujan sepanjang hari. So all outdoor activities cancelled. 

Cheongjeyeon Waterfalls - kali ke 3 sampai sini. Previously saya managed to go to 2 waterfalls sahaja. Kali ni dapat cover ketiga tiga waterfalls. Tetap cantik macam biasa. Cuma waktu ni, the 1st waterfall takde pun air yang terjun. Air kekeringan kut..hehhe..

1st waterfall

2nd waterfall

3rd waterfall

Seonimgyo Bridge 

Cheongjiyeon Waterfalls - white water falls from the rock cliff and make a thundering sound. Kelakar nak beli ticket entrance kat sini..haha. Nampak ada kiosk, kami pun masuk. Tapi all in korean. Haru sungguh tak reti baca. Rupanya sebelah kiosk tu ada kaunter. Haish..beli aje lah kat kaunter. Cheonjiyeon ni dekat sangat dengan our Guest House. Secara jujurnya, saya lebih suka Cheonjiyeon. Kawasan luas dan tidak berbukit sangat, Dalam satu kawasan yang diberi nama Geolmae Eco Park. Air jenih sangat membuatkan saya teringat sungai di New Zealand. 

Sammaebong Peak and Oedolgae Rock - these two places berdekatan sahaja. Mula mula kami ke Oedolgae Rock. Kena menuruni bukit mengikut trail yang disediakan. Dari sini ada trail untuk jalan terus ke Sammebong Peak. Malas nak cerita pasal sejarah, so boleh google ajelah ye. Angin kat sini memang kuat, tudung asik nak terbang jelah. Sib bek kitaorang pun tak terbang sekali.

Yongmeori Coast - tempat yang saya nak sangat pergi. 2015 tak masuk sebab water tide masa ni agak merbahaya. So dapat merenung dari jauh saja. 2018 saya dapat masuk, tapi sakit perut yang tidak tertahan. Terpaksa patah balik, maka tak habis explore. April 2019 pun sama, tak dapat masuk sebab air laut bergelora. Akhirnya November 2019 berjaya juga. Actually, Yongmeori Coast ni kami letak dalam itinerary utk hari ke 3. Since ada masa, kami terjah je terus. Cuma tak dapat ke Jusangjeolli Cliff sebab hari dah beransur gelap. Saya okay je sbb dah pernah sampai.

Sebelum ke Jeju World Cup Stadium, kami singgah dinner di Choonsim's House (Muslim Friendly Restaurant in Seogwipo). Dipahamkan disini hanya seafood je yang halal. Portion di restaurant ni agak besar untuk kami berdua habiskan dan juga a bit pricey ya. Set utk 2 orang KRW65,000. Fuh...jenuh nak kasi perabis.

Jeju World Cup Stadium - pusing pusing juga mencari parking area nak masuk ke sini. Sebab masa ni hari pun dah malam.Selesai disini kami pun pulang ke GH. Tiba tiba rasa macam nak pergi tengok bridge yang dekat ngan GH kita orang tu.


Saeseom Bridge  - Bridge ni dekat sangat dengan GH yang kami sewa tu. Dan juga dekat dengan Cheonjiyeon Waterfalls. Ntah camner boleh terlepas padahal boleh je sekali harung satu jalan. Masa sampai sini hari dah malam. Ombak sangatlah kuat. Rupanya bridge ini seperti satu penghalang ombak yang kuat dari laut. If takde bridge ni, saya rasa abis kapal kapal dan sampan sampan kecil di sekitar teluk dibawa arus. Memang kuat sangat, dan ada satu macam bunyi seperti bunyi siulan. Air  laut memercik mercik. Tapi kami gigih jugak melintas jambatan ke seberang sana. Dan setiap kali nak melintas, kami kena tunggu ombak datang...bila ombak dah reda, kami kena lari lari. If not, memang basah lah kena air.

Actually apabila cross jambatan ni, di seberang sana ada  taman burung. Kalau siang hari, boleh lah jelajah banyak tempat di seberang. Disebabkan dah malam, and masa tu kami berdua je berada di seberang, maka tak berani lah nak menjelajah taman burung. Mungkin di lainkali, kiranya punya kesempatan ke Jeju lagi, bolehlah masukkan ke dalam itinerary. 

Kami pulang ke GH dengan kepenatan yang amat sangat. Mandi manda, perut dah kenyang, sambil mata hampir terpejam masih bersembang, Dan akhirnya masing masing terlena. 

End of Day 2




Friday, 22 November 2019

Jeju Island Here I Come Again - Day 1

9 November 2019 (Saturday)

Ni betul betul kerja gila la kut eh. Tapi saya tau ada yang lagi gila dari saya. Gila travel ke Korea.  Pada masa ni 3 orang kawan saya ajak travel. Sorang ajak ke Kashmir, tapi kena cuti 6 hari. Sorang lagi ajak ke Flores, Indonesia, cuti 6 hari juga. Dan Za ajak ke Jeju Island - Busan - Seoul kena cuti 5 hari . Memandangkan cuti saya yang tak banyak (sebab nak carry forward cuti ke tahun 2020), selepas pikir panjang, saya memilih Jeju Island sahaja, manakala Za nanti akan travel solo ke Busan dan Seoul. Plan ke Kashmir, plan few months back. Boleh je klu nak ke Kashmir, tapi saya sayang cuti. Tahun 2020 ada plan lain yang nak kena cuti lama.

Kalau ikut plan Za, Jeju - Busan - Ulsan - Seoul (5 hari kena  cuti). Saya memilih hanya ke Jeju sahaja selama 4 hari (cuti hanya 2 hari). Bermakna saya cuma ada 2 solid days utk jelajah Jeju, manakala 2 hari adalah perjalanan - gila tak...hahaha. Di saat Za fly to Busan nanti, saya fly back to Malaysia. Bila dah decide nak ke Jeju, saya minta Za tukar arrangement for accommodation dan akhirnya kami memilih untuk menyewa kereta comel untuk jalan jalan di Jeju. Semua Za yang setelkan. Saya cuma follow dan beli ticket pun last minit and opkos harga tidaklah semurah mana. Bila tengok balik rege tix...fuhh..boleh pergi 2 kali lagi ke Seoul or Jeju. Yang penting hati happy. So pejam mata je lah ye. 

Process travel macam biasa. Pergi airport, drop luggage, tunggu kawan sampai, solat, breakfast and masuk boarding area. First time travel berdua, saya bimbang sekiranya berlaku awkward situation.  Sebab memang tak pernah travel berdua kecuali dengan suami saya. Tapi alhamdulillah, semua baik baik sahaja. Flight 0800 am, sampai Jeju Island 0300 pm. Tapi masa nak ambil luggage, punyalah lama. Satu conveyor luggage dari 2 flights. Almost 2 hours kut kitaorang tunggu luggage. Urusan kaunter imigresen smooth. Takde check apa pun. Punya lah risau nak bawak makanan macam macam. Lastly, takde apa pun...

Lepas ambil luggage, kami pergi tempat sewa kereta pula. Di seberang jalan airport, ke kanan. Ni pun satu hal, sebab tak jumpa nama company kereta tu. Kami sewa dengan Tasio Rental. Merata bertanya, akhirnya jumpa. Naik shuttle bus ke tempat company rental. Za setel everything sebab dia ada IDP. Lepas amik kereta, gi isi minyak. Satu hal pulak nak cari guest house. Kami sewa guest house di Seogwipo dulu. Memang kelakar la first time drive left handed. Terkial kial guna GPS dan navermap, sampai hari pun dah gelap. Day 1 memang takde apa apa aktiviti. Sampai GH pun malam. Meraba raba mencari. Sampai satu convenient store, saya turun masuk untuk bertanya arah ke guest house. Cashier ni punyalah lamanya. Sian Za menanti saya di dalam kereta. Bila saya kluar dari CS, Za cakap...dah tau dah kak kat mana.....tepuk dahi je saya. 

Alhamdulillah, bila sampai, lega sangat sebab GH cantik. Tepi laut, ada balkoni, boleh rehat rehat sambil menikmati udara laut. GH ada tempat memasak, katil comel untuk berdua. Ruang tamu luas.  Kami masak maggi sampai 3 paket (punya la lapar nye). Udara malam sejuk sangat.

Puas hati dengan GH. Bila waktu dah gelap, memang tak perasan keadaan sekeliling. Tapi saya perasan bridge dari kejauhan. Rasa macam pernah nampak bridge ni di tahun 2015. Bila hari dah terang, baru saya perasan yang GH kami stay ni berdekatan dengan GH yang saya sewa pada tahun 2015. Hanya selang beberapa block sahaja. 

Kami menginap di Jeju Harbour Pension. Tapi kalau GPS, kena search Hello Jeju. GH ni tak besar sangat, bilik pun tak banyak. Tapi yang marbeles adalah view di waktu malam. Lepas makan, mandi manda kami tidur lena. Letih duduk dalam flight dan letih menunggu luggage. Masa flight dari KL sampai, ada satu flight lain juga tiba. Jadi luggage dari dua flight ni berkongsi conveyor. Tu yang jadi lambat tu. 

End of Day 1




Saturday, 2 February 2019

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Mihn (Wrapped Up)

24 Disember - 29 Disember 2018


Perjalanan ke Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh bermula 24 Disember 2018 hingga 29 Disember 2019 bersama Geng Ukur Jalan. The trip was in December 2018, baru sempat nak update...hahahhaa. Serasakan ini adalah trip terakhir beramai ramai bersama GUJ. Selepas tu, macam takde trip bersama sama kerana kekangan masa, dan juga keadaan membuatkan masing masing mengatur rancangan sendiri. Moga ada trip lain selepas ni. Pada saya masih ada juga, cuma in a small group iaitu di bulan November trip to Jeju Island, Korea (last minit trip....sama juga keadaannyer bila travel bersama Geng KMC pada bulan April 2019 ke Jeju Island. Last minit trip juga...




Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 1

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Ming - Day 2

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 1

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 2

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 3

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 4

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 5

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 6 Last Day

I was not in the picture.....hahahha
Na Thrang
Na Thrang
On the way to Dalat
Dalat
Dalat
Mui Ne
Ho Chi Mih with tour guide - Ismail 
Mui Ne




We had joy, we had fun during this trip. Travel bersama mengajar banyak erti kesabaran, dan juga masa untuk kita mengenali sikap kawan kawan. Bagaimanapun, saya merasa bertuah mempunyai kawan kawan yang memahami sikap masing masing semasa berkelana. Adatlah kalau ada yang tidak sempurna di sana sini. Dari situlah kita makin memahani dan lebih menghargai erti persahabatan. 





Monday, 14 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 4

26 Disember 2018 - Rabu

Accommodation

Kemudian kami mencari tempat penginapan kami. Berpusing pusing juga mencari, tak jumpa...haha. Pekan Dalat bukanlah besar mana. Banyak hotel dan juga guest house di Dalat ni. Jadi tidak perlu risau. Setelah berpusing pusing, akhirnya baru ketemu..aduhaii....x paham kenapa Ismail dan juga driver tak jumpa tempat ni....padahal dah lalu berulang kali. 






Cantik Hotel ni. Kami memilih bilik yang boleh menempatkan 4 orang sekali dalam satu bilik. Senang, apa apa hal. And tak payah nak lat talilat tamplong...hahhaa. Itu adalah sesuatu biasa kami lakukan bila memilih teman sebilik. Tiada pilih kasih. Selepas lat talilat, siapapun partner sebilik kita  harus redha sahaja. So, kali ni tak perlu nak memilih milih lagi. Suka tak suka, satu bilik bersama. 




Selesai check in, kami pergi dinner pula. Masih lagi dinner di tempat yang sama. Dan sesampainya kami di sini, makanan sudah tersedia. Memang berselera sungguh kami makan, walaupun tengahari tadik dah membedal tak hengat.

Dalat ni tempat tanah tinggi, jadi cuaca sejuk seperti di Cameron Highland. Sedap dan nyaman sahaja berada di bumi Dalat ni.






Selesai makan, kami ke Pasar Malam Dalat. Meriah sungguh pasar malam disini. Dan gayat juga melihat kenderaan bersimpang siur. Tapi warga Dalat ni tak kisah. Berani betul mereka melintas sesuka hati. Orang orang Vietnam memang begitu kut eh...hehehe

Memandangkan Dalat ini berada di tanah tinggi, cuaca sejuk, makan banyak winter jacket di jual disini dengan harga yang murah. Sungguh....memang baloi berbaloi membeli winter jacket di Dalat. Cantik dan murah. Since saya takda keperluan, saya tidak membeli apa apa pun. 

Pasat Malam Dalat. Meremut manusia.....
Creative diaorang ni..





Buah avocado banyak di jual di pasar malam Dalat
Besar besar buahnya..



Stawberry



Setelah puas menjelajah pasar malam Dalat, kami menaiki tangga ni untuk kembali menuju ke hotel. Hari semakin beransur malam, orang ramai mula meninggalkan tempat ini.  Badan juga sudah kelihatan. Esok masih ada satu lagi perjalanan yang panjang yang harus kami tempuhi. Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh.




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 3

26 Disember 2018 - Rabu

Crazy House


Gayat bila menerokai Crazy House ni. Rumah bertingkat tingkat pelbagai rupa yang agak menyeramkan dan berbelok belok. Silap gaya boleh tersesat. Dan yang lebih mencabar, lalu untuk satu rumah ke satu tumah yang lain or dari satu tingkat ke tingkat yang lain adalah tersangat lah comelnyer...hahha. Dapat orang yang bersize besar, jenuh mengundur untuk memberi laluan. 


Lorong sempit.....tinggi plak...ko rasa...

Jenuh kalau berselisih ni...








Berani depa ke atas lagi. Saya idak ler....

Pemandangan dari 4 tingkat atas. 

Berhati hatilah bila berada di Crazy House. Utamakan keselamatan anda

Ada berani weh...hahhaa. 

Gayat wehh

Bertingket tingket



Depan Crazy House

Stoberi gemuk gemuk. Jual depan Crazy House

Saya dengan Rose separuh jalan je. Dah tak berani nak meneruskan lagi perjalanan menjelajah rumah crazy ni hhehee. Di rumah ni, terdapat juga tempat untuk disewa bermalam dan juga kedai kedai menjual souveniers dan juga barangan lain. Anda boleh juga membeli sekiranya berminat.   Pada masa kami berada disini, terdapa beberapa bahagian masih dalam pembaikan. Entrance fee....VND35,000 (convert le sendiri...kekekk).

Kami ada juga pergi ke Dalat Cable Car Station. Tapi cuaca tidak menyebelahi kami. Cable car tidak beroperasi di hari ni. Maka kami cuma mengopi sahaja di Cable Car Station ni.