Saturday, 30 May 2026

Day 2 - Istanbul - Bolu - Ankara - Cappadocia - Pamukkale - Bursa - Istanbul

2 November 2026 (Bolu - Ankara - Cappadocia)

Itineray hari kedua (BOLU - CAPPADOCIA)
After breakfast, check out hotel.
Transfer to visit:
- Ataturk Museum
- Salt Lake
Depart to Cappadocia, then visit:
- Pigeon Valley
- Uchisar Castle
Check in hotel in Cappadocia

Harini kita pergi 3 tempat. Dari Bolu menuju ke Ankara. Kami tidak bermalam di Ankara, tetapi akan bermalam di Cappadocia. Dari Bolu ke Ankara pun jauh juga. Lebih kurang 2 jam. Check out, angkat semua barang, and breakfast. 

Awal pagi, semua dah siap breakfast. Breakfast sama je. Ntah kenapa, susah betul saya nak menerima masakan Turki, walaupun banyak roti dan cheese, sayur sayuran segar, kismis, kurma. Tapi bedal je lah. Cuma saya suka teh turki dan juga supnya. 


Suka teh ni. Sedap pada saya


Cili sangat fresh. Tp careful, ada yang terlalu pedas





Mula mula kami ke Ataturk Museum. Untuk masuk ke Ataturk Museum ni, kena lalu security ya. Siap kena scan bagai. So, pastikan tiada barang merbahaya di bawa masuk. Bus cuma drop kan kami berdekatan dengan entrance. And kena jalan kaki sikit masuk ke dalam. Cuaca sangat baik...terang cerah, tp sejuk. Idok le rasa penat dan panas sgt. Sempat la masuk dalam museum Tp tu la, gambar semua dah takde. Tak dpat nak share kesemuanya. Selesai di museum Ataturk, kami pegi lunch dulu. Pun kena jalan kaki dari museum ke tempat lunch. Ada saya ambil makanan makanan semua tu, tp di sebabkan phone kena hack, abis hilang semua gambar. 

Antara gambar yg di selamatkan. 



Selesai di muzium Atartuk, kami pergi lunch dulu. Dari muzium ke restoren, kami berjalan kaki sahaja. Bas tunggu di restaurant. Bas di Turki ni, semua putih ya. Jadi sila pastikan ingat plat number. Takut tersilap bas pulak nanti...hehhehe

Lunch di sini




Apa yang saya perasan, di Turki ni, kalau makan di mana mana, mesti pekerjanya sangat cepat. Belum habis makan lagi, pinggan kita nak di angkat. Memang budaya macam tu agaknya. Sampai kita rasa, eh ko ni nak suruh kami blah cepat cepat ke...hhahaha. Serba serbi cepat. Jadi tak selesa pulak. Kita pulak yang kena telan cepat cepat. 

Dari Atartuk museum, kami ke Salt Lake. Agak rushing juga sebenarnya. Tak dapat nak berlama lama. Sampai di sini, nak solat dulu. Lepas solat, masa di berikan agak terhad. Jadi tak sempat nak explore Salt Lake sampai ke hujung. Kami cuma mengambil gambar di bahagian hadapan sahaja. Nak menyopping barang barang berasaskan garam tu, takleh nak pilih lama lama. Grab and pay je lah. Tp pada saya, agak pricey juga harga di sini. So, abaikan je lah. Takyah beli apa apa...hahaha. 




Kalau ikut itinerary, sepatutnya ke Pigeon Valley dan Uchisar Castle. Tapi kami skip yang ni, sebalik nya kami pergi ke Underground City. Dah macam ala ala dalam filem Star Wars pulak. Binaan di dalam batu....unik tempat ni. Underground city ni city lama. Tapi bersebelahannya ada bandar baru yang lebih moden. 








Sebelum itu, kami singgah di Caravan Serai. Sebab ada yang nak terkucil la. macam macam la. Tapi tak masuk dalam pun. Bersiar siaran di bahagian luar sahaja. 



Then kami meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Di Cappadocia kami stay untuk dua malam. Di Crowne Plaza, Cappdocia.




No comments:

Post a Comment