12 Disember 2016 (Monday)
Ikut itinerary sepatutnya ke Imperial Palace - Nihonbashi Bridge -- Ropponggi -- Makan di Sumiyaki Halal Japanese Restaurant - Akibahara Electric Town
Tapi di hari kejadian, lain jadinya...hahahha. Macam biasa, kami mesti prepare breakfast yang heavy. Since memang boleh memasak kat apartment ni, kami gunakan kemudahan yang ada dengan sepenuhnya. Dah penuh perut, kami pun melangkahkan kaki menuju ke Stesen Oshiage untuk menuju ke Tokyo Station.
Oshiage Skytree Hanzomon Line Z14 (towards Shibuya) and turun kat Otemachi Z08. Transfer ke line Marunouchi M18 towards Ogikubo. Turun di Tokyo Station. Exit....hahahha..kami masuk exit Tokyo Station Hotel. Pastu meraban mencari jalan ke Imperial Palace, Dari Tokyo Station kami berjalan ke Imperial Palace berpandukan Google Maps dan akhirnya sampai ke Otemon Gate. Tp malang sungguhlah nasib kami, Imperial Palace di tutup pada hari Isnin...huwahauwhuaaa hahahahaha. Apa punya planning. Sampai lupa nak check Opening Hours ke Imperial Palace ni. Kami nampak ada beberapa tourist lain turun dari teksi nak ke Imperial Palace ni..hheeehehe. Senasib lah ye....
 |
| Muka buat buat senyum..dlm hati...hahaa..chill beb |
Since tutup, kami cuba pula mencari Japan National Tourism Organisation. Nak menerai pakai kimono. And sekali lagi, kami guna google maps. Yang ni, tak tau ler, kami yang tak pandai baca google maps, or google maps tu yang salah...kekkkekeke. Tempat tu dekat jer...tp ntah kemana google maps dok bawak kami pegi.
Kami keep walking and walking...and walking, last sampai Ginza...boleh gitu. Nihonbashi Bridge ntah ke mana. Apa ntah kemana. Merata tanya orang, semua memberikan direction yang berbeza. Ni kira macam jalan jalan pusing Bandar Tokyo je hahhaa. Cantik bangunan bangunan bangunan kat sini. Tapi saya x snap pun. Sebab apa eh...hahha. Ntahla...maybe a bit frustrated kut. Mood trus ke laut huhuhuhu...xpalah. It was fun tp terkilan jua.....mana silapnyer plan saya ni ntah ler.
Untuk info: Sepanjang kami kesesatan, alhamdulillah dipertemukan dengan orang orang yang pandai berbahasa Inggeris. Kami masuk one of the sony building kat Ginza tu, tanyakan direction. Orang kat kaunter tu tak berapa reti nak explain. But then datang kawan dia, tolong bagi direction in english. Siap kluarkan map segala bagai. Tapi bila dia kata, kami kena berjalan kaki dlam 20 - 30 minits, kami give up. Kensel trus hahhahaa. Sbb kami dah berjalan kaki lebih more than 30 minit ikut google maps. And kena patah balik semula ke Tokyo Station. Mintak ampun...hahaha...
Since dah salah dan tak ketahuan mana arah tujuan, sesampai di Ginza kami ambil train menuju ke Shinjuku. Kekonon nak pergi ke Tokyo Metropolitan Government Building hmmmm...haraaamm...hahaha. Tapi hari ni memang hari yang less ambil gambar. Jenuh saya cari gambar2 menarik dalam kamera...takdak yang menarik untuk di kongsi kan...hehhee..
Dari Ginza kami ambil train Marunouchi Line (M16) towards Ogikubo menuju ke Shinjuku -Gyoemmae (M10). Dalam 13 minit je gitu. Tambang Y170. Kami masih menggunakan Tokyo Subway Pas (3 days punya). Turun di Shinjuku- Gyoemmae (exit tak ingat)....kami just follow the crowd......yg ingat, kluar dari station, cross the road. Pusing kiri..nampak kedai Tullys Coffee sebelah kiri and kami cross lagi kedepan. Depan tu pun ada kedai coffee lagi. And jalan straight sampai nampak 7e sebelah kanan, tp kami turn left. Kedepan memang nampak dah Gyeon Ramen Ouka Restaurant ni. Dalam 5 minit berjalan kaki. Follow google maps juga.
Sesampai kat sini, lebih kurang jam 12.00 tghari. Kami konpiden jer...dok kata, takpalah tunggu dlam setengah jam. Sekali sampai..hahhaha.....Opens at 1400....kekkekke. Yang saya dok gugel tu opens at 12.30. Memang ler 12.30 tghari tp hari Sabtu Ahad. So apa nak buat mentara tunggu kul 2.00. Saya ingat nak jelajah Shinjuku Gyeon. Tak jadi ke taman Shinjuku tu akhirnya melepak kat Tully's Coffee sambil sambil main tenet sambil minum coffee. Masa kami keluar dari Shinjuku Gyoemmame kami jumpa satu family ni sedang minum coffee. Baguih depa ni. Senyum meleret jumpa orang Malaysia. And lepas tu, jumpa lagi kat Restoran Gyeon Ramen Ouka. Siap salam salam lagi.
 |
| Masa ni belum buka lagi. |
Hampir jam 2 petang, kami menapak semula ke Gyeon Ouka. Sesampai disitu dah ada beberapa menunggu restoran di buka. Kami pun ikut berbaris walaupun barisan tak berapa nak betul. Kami tertanya tanya kenapa lah lambat sangat orang nak masuk dalam tu. Rupanya nak order food, kena guna machine. Masukkan duit, pilih menu yang disukai, tekan button, nanti akan kluar resit. Ambil resit tu letak dalam tray kat tempat yang kita duduk. Nnt depa akan ambil resit tu dan akan serve makanan yang kita order. Lama juga menunggu. Tapi berbaloi baloi. Sedap pada saya.
*Jangan risau if takde syiling. Dalam tu ada disediakan mesin untuk menukar syiling. Tukang masaknyer Japan Muslim.
 |
| Opening hours |
 |
| Kalau ramai yang menunggu, sila tulih nama dulu |
 |
| Ni lah mesin nya. Sila pilih dan tekan button. Nnt kluar resit. |
 |
| Ni yang kami order. Perasan tak mangkuk ada muncung. |
Ramen ni di served beserta dengan nasi dan juga air kosong. Ada satu jenis air lagi for free. Tp tak sedap sangat...hahaha. If nak order air lain pun ada. Cara cara makan mee ni...sila habiskan mee dahulu, then kuah yang tertinggal sila masukkan ke dalam nasi. Sbb tu mangkuk ni ada muncung. Senang nak tuang kuah dalam bekas nasi. Tapi saya bedal makan bergilir gilir. Kejap ceduk nasi, kejap kauk mee. If tak buat macam tu, mau buntang..and takkan larat lagi nak makan nasi sbb dah kenyang dengan mee.
Dalam restoran ni boleh memuatkan lebih kurang dalam 12 orang sahaja (kalau x silap saya). Sbb sebelah saya Erra dan ada 4 orang lagi ke kanan. Manakala sebelah kiri Jah, Nieta, seorang lelaki melayu dan 3 orang pelajar Indonesia (pandai cakap Jepun...jeles ai dengar..hahahha). Sebab itu ada senarai menunggu. Kesian yang menunggu di luar dalam kesejukan. Kami makan cepat2 je....and blah.
Selesai jer makan..mata asik terpandang bantal dan tilam aje..hahhaha. Saya ni memang betul betul lupa ingatan ni....kami ada pergi ke Akibahara Electric Town. Kami singgah di Yodobashi Building. Adakah di hari ini...atau hari sebelum...huhuhu. Sbb masa ke sini, memang sekeping gambar pun takdak. Kami meredah dalam kesejukan....tp end up apa pun tak beli...
