11 December 2016 - Sunday
Plan hari ni nak ke Meiji Shrine -- Takeshita Doori -- Omotesando -- Shibuya -- Shinjuku
Awal pagi siap siap breakfast. Masak nasi impit, kuah sardin, cicah ngan sambal itam dan sambal ikan bilis. Bancuh mineral coffee untuk tenaga. And kami ada tukang masak..hahahha. As planned before, setiap orang ada tugas tersendiri. Sapa patut cari jalan, sapa buat itinerary, sapa tukang amik gambar, sapa tukang jaga duit..hehhee. Memasing ada tugas.
Untuk hari ni kami menggunakan 3 days pass. Dari Oshiage kami ambil Hanzomon Line (Z14) towards Shibuya untuk pergi ke Meiji-jingumae 'Harajuku'. Kena tengok betul betul platform mana towards Shibuya ye. Kejadian semalam membuatkan kami lebih berhati hati hehehe. If not sure, tanya jer pekerja kat situ. Mereka bersedia membantu. Kami stop di Otemachi (Z08) dan transfer ke Chiyoda Line (C11) towards Yoyogi-Uehara and turun di Meiji-jingumae ' Harajuku' (C03). Main bedal je kluar ikut exit mana ntah...hahaah. Keluar dari exit, kami nampak dah satu jambatan kecil. Kalau tengok sebelah kanan, nnt leh nampak JR Line Harajuku Station. Kami cross the jambatan untuk menuju ke Meiji Shrine.
 |
| Harajuku Station JR Line |
 |
| Sebelah kanan nunnn...Harajuku Station. Kami ni nak pergi cross the small bridge |
Kami jalan tak lama dalam Meiji Shrine ni. Sejuk sesangat. Rasa macam tak well prepared lak..hahhaa. And masa kat dalam Meiji Shrine ni, terjumpa Chinese Malaysia. Dia yang tegur kami dulu. So layan. Dia kata, dia tak suka Jepun. Datang Jepun pun sbb ada kawan kat Jepun yang asik mengajak datang ke Jepun..katanya. Whatever ler..
Meiji Shrine ni besar sangat. If saya sensorang, saya memang explore abis. But since in a group, kena ambil kira tentang orang lain. Some people tak suka temples ni. But to me, saya suka explore segalanya. It doesn't matter..temple ke...kubu ka...istana kaa......hatta batu pun saya bleh pegi tengok..hehhe.
 |
| Entrance |
 |
| Kami sampai sini je..hahhaa....walhal Shrine tu jauh lagi ke dalam.. |
Selesai jalan jalan dalam ni, kami patah balik ke entrance tadik, cross the road dan menuju ke Takeshita Street. Masa kami sampai, masih awal dan tak ramai sangat orang. Memola masuk Daiso..segala souveniers kami beli. Then nampak kedai jual Anello....perghh....sapu gakk...baru hari ke 2 tu. Then kami try pancake yang ada. Jenuh pilih mana yang sesuai. Abis pusing lah kat sini....semua kedai masuk. Dah nak patah balik...ada lak kengkawan yang mesej nak mengirim anello. Maka saya ngan Erra pi patah balik ke kedai jual Anello. Pada masa ni, saya tak perasan bilalah plastic bag isi souveniers beli kat Daiso terjatuh. Saya sangkut kat handbag. Maybe ikatan tak kuat. Masa ni memang dah ramai orang, sesak sesak belaka. Bila kala jatuh pun tak tau. Selamat lah 1080 yen beli souvenier....hahaha. Takpalah...bukan rezeki.
 |
| Takeshita Street |
 |
| Anello |
 |
| Nampak sedapnyer crepes...pelbagai rupa dan perisa |
 |
| Jumpa kedai laksa kat Takeshita Street hehehhe..tp x halal |
Dah setel membeli, memola kami plan nak ke Omotesando. Masa nak balik, org dah ramai meremut, maka x jadile and kami patah balik ke Harajuku station. Then dari situ kami google map untuk ke Shibuya. Jauh juga nak ke Shibuya. Tapi sebab musim sejuk...berjalan tak terasa sangat. Best juga jalan jalan ni. Macam macam dapat kami lihat. Sepanjang nak ke Shibuya tu, kami jumpa beberapa crossing. Mula laaa memasing...ni Shibuya Crossing ke...jalan lagi..eh..ini ke..jalan lagi....ini ke....hahahha....sebab lebih kurang jer kan. Dlm kepala saya cuma ingat...dekat Shibuya Crossing tu ada Starbuck. Selagi tak nampak Starbuck...bermakna bukan ler tu..hahahaa
 |
| Jumpa masa jalan nak ke Shibuya Crossing |
Jauh juga kami berjalan. Sampai di Shibuya, kami terus masuk Starbuck mengopi dulu. Ramai orang kat dalam Starbuck ni. Jenuh juga nak dapatkan tempat duduk. Tak strategik betul tempat duduk yang kami dpt....hahha. Takpalahkan..sambil sambil menengok orang yang cross kat Shibuya Crossing tu sempat bukak bekal nasi impit. Makan sorok sorok. Masa kat dalam Starbuck ni nampak satu kumpulan berkereta. Naruto dan the gang...hehhehe.
 |
| Ambil gambar dari Starbuck |
Dah puas mentenet, puas minum dan makan, then kami turun dan cari patung Hachiko lak. Berpusing pusing cari patung Hachiko walhal dekat situ je. Tempat yang ramai orang tu, kat situ lah hachiko. Sabar je lah. Lepas bergambar ngan Hachiko...kami ni saja buat perangai giler. Bila orang cross, kami pun cross. We tried every crossing yang ada...hahhaa. Walhal sama jer halanyer. Pastu kami masuk ke Shibuya Centre-Gai.
Kami saja berlama lama kat sini sebab nak gi makan kat Gyumon (Halal Japanese BBQ Restaurant). Since kedai tu bukak kul 5 ptg...gigihlah kami menanti. Bukak google map, gigih mencari jalan ke sini. Masa ni ada construction...so a bit confusing kami mencari. Namun akhirnya berjaya juga. Jauh juga dari Shibuya Crossing tu. Penat gak berjalan dalam kesejukan. Kena naik flyover pejalan kaki untuk cross the road and turun plak ke bawah. Jalan lagi kedepan hahhaha. By the time kami sampai kat Gyumon ni dah gelap. Dapat masuk dlm restoren...perghhh lega....diluar sejuk.
Masa kat dalam Gyumon Halal ni, jumpa ada beberapa Malaysians kat dalam tu. Hmm..xpalah..kami bagi salam...tp yang lain menunduk belaka. Beberapa kali terpandang, senyum pun takmau..hahhaha. Akak okay jer, If senyum, ai balas. Tak senyum, ai pun buat derk je.
 |
| Kami order 2 set je...hahhaa. X mampu mak nak |
 |
| Satu set jet dah Y4000...huhuhuh. Tp sgt sedap. Teringat Lamb BBQ Korea... |
Sedang kami makan (hampir nak selesai pun), datang satu group masuk bagi Salam. Dari Indonesia, tp kemain peramah. Usah buru buru buk. Kami bisa menanti, katanya. Sbb masa tu Gyumon Halal ni penuh orang. Memang takde tempat. Since kami dah hampir selesai, kami makan cepat2. Sian depa...dengan sejuk nyer....so xyahler nak take your own sweet time. Bagiler orang lain duduk....kan. Selesai makan, kami balik ke aparment. Patah balik ke Shibuya Crossing tadik and amik train balik ke Oshiage.
Tamat sudah hari ketiga. Sampai di apartment, sambung makan lagi...hahaha. Sejuk u...asik kelaparan jer. Kensel ajelah plan nak ke Shinjuku tu kan.

No comments:
Post a Comment