27 Disember 2017
Hari kedua di Khao Yai. Cuaca sejuk banget. Mandi pun dah ala ala cakcibo. Celum sikit, lari, celum sikit pastu lari. Nak tunggu air panas pun satu hal. Kena pasang shower dulu siap siap, biarkan air keluar dulu, baru lah panas. Haru sungguh.
Rak Na memang ada menyediakan breakfast. So kami makan apa yang patut, and juga bawak bekal. Saya dah biasa travel ngan Lina ngan Kak Zu mesti ada bekal air panas dalam termos. So jadi dah terbiasa lak. Thanks to Kak Zu dan Lina. Actually, it is a good thing. So saya bancuh oats siap siap letak dalam termos. Juga bawak air kosong. Driver datang agak lambat sikit hari ni.
So we started our day ke Hobbit House dulu. Well, cuaca memang tak begitu memberansangkan. Mendung, hujan renyai renyai. Tapi mujur jugalah tak lebat mana. Atleast boleh juga kami redah jalan jalan walaupun rintik rintik hujan membasahi bumi. Hobbit House dan juga Santorini Park ni berdekatan je. Sebelah menyebelah. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak THB50 per person. Kalau nak pakai costume yang disediakan pula bayaran yang dikenakan adalah TBH150.00. Elok je sampai kat sini, ada dah orang tunggu suruh bayar entrance fee. Sebab tempat ni macam takde pintu masuk. Just masuk and park je.
So kami pun pusing pusing je kat dalam ni. Some of the part, macam tengah buat renovation je. Or pertambahan untuk membaik pulih tempat ni. Hobbit House ni ada juga yang dijadikan sebagai penginapan. Some of the houses, ada penghuni menginap, so janganlah simply bukak and nak masuk ye...hahahha. Suasana basah dah lecak memang tak menyenangkan sebenarnya. Pastu ada titik titik air melekat kat baju dan tudung. Air hujan le..hehehe. And nak ambil gambar pun, cuaca tak berapa nak cerah. But still dapat jugalah gambar2 menarik. Maybe tak sama dengan Hobbit House di New Zealand. But to me, apa apa pun, walaupun belum sampai ke Hobbit House, NZ, but still yang kat NZ tu lebih menarik. Di Thailand sekadar rumah binaan, juga terdapat bahagian2 yang lain.
Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke Jim Thompson Farm. Sesampai di sini, kami diskas, for how long nak masuk Jim Thompson Farm ni. Masa kami sampai tengahari. So kami decided sampai 0230 - 0330 petang je. Sebab nak ke tempat lain pula. (Abaikan time yang tertera di gambar ye...lupa nak setting ikut waktu Thailand)
Bayaran masuk ke Jim Thompson Farm adalah THB180 for adult. Untuk kanak kanak saya tak pasti. Jim Thompson Farm ni sangat besar dan terdiri daripada 5 section. Boleh baca
SINI ya. Nak taip macam malas plak..hahaha. Untuk explore dalam farm ni, boleh naik tram yang disediakan. So tram tu akan bawak kita pusing pusing dalam farm ni. Boleh stop kat mana mana section yang ada. And boleh naik balik. Nak ulang ulang banyak kali pun takpa. Masa kat sini, Sunflower Farm nya belum bloom lagi. So tak merasa tengok sunflower kat sini. If not, jimat masa, takyah ke tempat lain.
 |
| Kebun bunga tahi ayam...hahaha |
 |
| Mcm ulam raja...tp bukan. Spesis tahi ayam gak kut..kekkeke |
 |
| Lavender |
 |
| Tempat tunjuk cara lama tumbuk padi |
 |
| Buat benang dari ulat sutera |
 |
| Pusing dalam JTF naik ni |
Jam 0230 petang kami berkumpul kat entrance and call driver bagitau yang kami dah selesai. Masuk dalam van, kami kata, nak ke Saraburi. Driver macam....krikk krik...what...lebih kurang ler..hahhaa. Then dia kata, sunflower esok lah. Tak sempat gi hari ni. Jauh...memang jauh lah perjalanan kami. So dia kata, Palio dah Primo Piazza je. Masa ni driver bawak kami ntah ikut jalan mana ntah. Jalan tar yang penuh dengan tanah merah, lecak dan kiri kanan hutan. Cuak weols..hahaha.
 |
| Ko rasa...hahhhaha....seraaam mak.. |
By the time kluar dari jalan tu masuk ke main road, yang lain dah lapar nak makan. Rasanya adalah dalam 2 hours kut perjalanan kitaorang. Saya pun tak pasti. Mereka mereka ni, semalam, masa dalam perjalanan ke Rak Na, ada ternampak kedai makanan halal. Tulisan warna hijau. Tepi jalan je. So kami pun mengajak driver mencari di manakah kedai makanan halal tu. Masing2 bukak mata..besau besau...hahahha. Dan akhirnya kami jumpa juga. So turunkan kami untuk makan dulu. Nak tau pasal lain lain restoran halal kat Khao Yai leh masuk tengok kat
SINI |
| Sebelah resort ni. |
By the time selesai makan, jam dah hampir 0600++ petang. Thailand cepat gelap. Cuaca sejuk lagi menambahkan kecepatan kearah kegelapan. Kam pun diskas pikir pikir nakpergi ke idak. Kami decided not to go. Kami bagitau driver, balik terus lah ke guest house. Sebab by the time nak ke Palio pun dah kul braper. Suka driver kami dapat balik awal..hahhaa.
Sebelum sampai guest house, singgah kat family mart semalam. Rupanya dekat je ngan guest house kami. Semalam tak sempat nak compute semua mende. Sampai guest house, mandi manda and malam tu yang lain berkumpul kat bilik kami lak...hahhah. Riuh rendah bersembang. Macam macam topik sambil tranfser gambar dari handphone masing masing. Since dah makan, malam tu takde lah kemaruk sangat makan. Memang meriah kami makan tadik. Kenyang.....
 |
| Sampai Rak Na sudaaa... |
 |
| Depan Rak Na |
So, malam tidor lena. Menanti hari esok. Esok harus juga ke Sunflower Farm. If not, sia sia je trip ni, kerana itulah motif utama ke Khao Yai kan. Untuk ke ladang bunga matahari.
