26 Disember 2017 (Selasa)
Awal pagi kami dah siap siap. Dah siang baru sempat nak ambik gambar lobby kat 48 Ville ni..hehehe. Semalamnya sibuk nak masuk bilik je...hahhaa.
 |
| Restoran kat lobby - kehalalan tiada |
 |
| Ruang makan |
 |
| Tempat lepak |
Van yang booked kat Klook akan datang jam 0700 pagi. Bila turun je, van memang dah tunggu. So angkutlah semua barang barang masuk van. Nama driver van ni Lem / Lamb / Lum ntahlah tatau nak eja. Tapi panggil bunyik macam lamb. Tak pandai sangat bahasa inggeris. Maka banyaklah menggunakan sign language dan body language.
 |
| Van kami |
So kami tunjukkan tempat tempat yang kami nak pergi. Pilihan pertama Khonyok Sheep Farm, Khao Yai National Park, Pae Deo Die Cliff and check in Rak Na, Khao Yai. Dia geleng geleng kepala... no..no...far....far....hahhaha. Dia nak bagitau Khonyok Sheep Farm ngan National Park tu jauh antara satu sama lain. Takut tak cukup masa. Nanti habis masa dalam perjalanan je. Nak ke Rak Na pun jauh. So dia ejaskan untuk kami. And kami follow je. Sebab tak tau kan. Dia yang lebih tau. Tapi bila saya google maps (bila dah balik la ye, sebelum pergi takmau google maps..hahaha), Khonyok Sheep Farm ni on the way je ke Khao Yai National Park. Tapi betul juga katanya, masa tak cukup. Perjalanan sahaja dan tiga empat jam. So destinasi pertama adalah Khao Yai Natioanl Park.
 |
| Dalam van |
Dalam perjalanan, driver stop kat satu tempat. Tempat ni banyak jual buah buahan. Macam macam ada. Kami cepat cepat je. Sebab perjalanan jauh lagi.
Untuk masuk ke Khao Yai National Park ni, dikenakan bayaran sebanyak THB400 per pax. Driver tak kena bayar. And kena bayar extra THB100 untuk vehicle fee. Khao Yai National Park ni besar. Terdapat beberapa waterfalls kat dalamnya. Juga ada beberapa few spot untuk tourist attraction. Sepanjangan perjalanan masuk ke dalam, boleh dilihat ada yang jalan jalan kaki sahaja dan hitchhiking juga cycling. Boleh tahan mencanak juga bukit kat dalam ni. Van kami tayar bau hangit lah...hahahhaa. Ada dibeberapa jalan membukit, jenuh gak driver ejas van supaya boleh naik gak. Udahlah boleh tahan gak jentera berat dlm van tu kan..kekekke.



Kami stop kat beberapa tempat je. Semua driver tu bawakkan. Cuma kami kata, kami nak pergi satu waterfall. Dia juga sajeskan waterfall mana nak pergi. So sampailah kami ke Haew Suat Waterfall. Bila saya google, Haew Suat Waterfall ni pernah difilemkan dalam Filem The Beach. Then saya remember, memang ada satu part, semasa Leonardo De Caprio aka Richard in the movie, sedang mencaricari The Beach and dia terjumpa satu waterfall. Masa tu ada sorang mamat negro tegur dia kat situ. Mamat tu tengah mandi manda. So it could be Haew Suat Waterfall le gamaknya. Cuaca juga tak begitu menyebelahi kami harini.. Hujan sekejap sekejap. Semasa sampai kat waterfall ni, hujan agak lebat.
 |
| Nak turun ke waterfall..jenuh. Mengah weeh..pastu naik balik...huhuhu |
Selesai di waterfall, kami ke Pae Deo Die Cliff. Masih juga rintik rintik hujan. Kami tanya driver how long it will take, if kami turun ikut trail ke Pae Deo Die Cliff ni. Dia kata within 30 minutes. So kami pun okay, terjah je lah. Nak ke Pae Deo Die Cliff ni senang, sebab dah memang ada trail dibuat as laluan beralaskan lantai papan. So tak perlu lah meredah hutan dan lecak. Cuma kena berhati hati sebab lantai licin. Kami ber7 je meredah masuk hutan. Mak Su takmau ikut so dia tunggu kat van. Kawasan Pae Deo Die Cliff ni kecik je. Memang cliff betul la. Perasan tak garisan kuning tu. Lepas garisan kuning tu, adalah dalam 2 kaki kut sebelah tu curam. So berhati hati lah kat sini. Bila mengenangkan balik, gayat. Memang ruang kecik sangat. Janganlah berasak asak kat sini. Takut tergelincir.
 |
| Track ke Pae Deo Die Cliff |
Dari Pae Deo Die Cliff, hari pun dah beransur gelap. Kami kata pada driver, trus ke Rak Na sahajalah. Kami ada singgah lunch dulu. Kami kata, no pork, vegetarian only. Ingatan makin tak berapa bagus. Cannot remember which comes first. Lunch dulu ke or kendian. Tp memang stop kat one of the kedai. Kedai tu memang tiada tanda halal. We asked for vegetarian food/seafood sahaja seperti yang di bawah.
 |
| Tomyam seafood |
 |
| Mixed vege |
 |
| Deep fried squid |
 |
| Omellette |
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke tempat tinggal yang sudah di booked awal awal. Sempat juga suruh driver stop kat mana mana family mart or 7 evelen. Masing masing mencari roti halal juga makanan segera brand CP. Diingatkan ya, tak semua brand CP itu halal. Cari yang ada tanda halal sahaja.
 |
| Yang ni halal. Brand CP |
Kami checked in
Rak Na, Khao Yai untuk 4 bilik dengan harga THB4880 untuk 2 malam. Saya sebilik dengan Dee, Za dan Aishah, Rose dan Mak Su, manakala Pika ngan Ateng. Rak Na ni tak besar mana. Bilik tak banyak, tapi menarik. Cantik kawasannya. Ada 2 tingkat je. Kami dapat di tingkat 1.
Malam berkumpul dalam bilik Rose...hahahha. Sembang bagai nak rak, tak ingat orang keliling. Walhal kawasan Rak Na ni sangat sunyi. Belakang hutan je. Bukak tingkat nampak semak samun.... since hujan, memang sejuk sangat. Ekon yang ada tak pasang pun. Tido berkelubung je kami..hahhaa.
Rak Na, Khao Yai ni best. Suasana sekeliling sunyi dan tenang. Tak banyak bilik, so tak ramai orang. Tido lena sebab tilam best. Yang tak best, takde heater. Nak pasang ekon, makin sejuk lah jawapnya. Air panas slow sangat, air pancuran juga slow. Letih mak nak...mak jenis mandi cebummm cebummm sepuas hati. Ni rasa macam mandi ciput je...hahhaha. Pastu towel macam tak berapa nak serap. Ai sorang je ke..hehhhe. Sbb tanya yang lain, depa okay je...hahaha. Yang lain lain okay. Hat tu je.
End of Day 2

No comments:
Post a Comment