Monday, 15 January 2018

Bangkok, Thailand - Day 1

25 Disember 2017 (Isnin)

Our flight to Don Muang International Airport pada jam 0400 petang. Saya keluar awal, ambil Dee dulu and singgah Putrajaya, and anak saudara hantarkan ke KLIA. Sebabnya nak suruh depa jagakan kereta....hahaha. 

Trip kali ni bersama #guj #gengukurjalan. Ini adalah kali pertama travel bersama sama #guj. Kalau bergeder geder tu memang selalu sangat. Datang pagi, balik petang. Travel ni, tinggal bersama sama, berjalan bersama sama, kita tengok ajelah nanti acaner ya. For sure masing masing punya true colour terkluar nanti...hahaha. To me, it doesn't matter. Lain orang, lain perangai. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebab saya memang jenis suka travel ramai ramai, apa apa pun memang kena hadap lah if berlaku perkara perkara yang tidak diingini...hehhee.


Saya, Dee ngan Aishah share luggage. Kami gi wrapped beg dulu, baru check in. Saya bawak backpack. Rupanya ada gak yang bawak trolley bag...huwaaa...tak terbaca dalam group. If baca, sure bawak trolley bag juga. Berat wooo nak carry 10kg...hahhaa. Hand carry plak 8kg. Ntah apa saja lah yang saya bawak. Makanan sikit sikit je....baju dan tudung haruslah ada 6 helai untuk 6 hari. Seluar je saya kurangkan jadi 3 helai...hmmmm. Masih bukan backpackers tegar. Kawan saya Za, luggage dia 5 kilo je.....kagum saya. 

Kami pergi 8 orang. Saya, Dee, Za, Aishah, Ateng, Pika, Rose dan Mak Su Rose. Tapi Pika cuma hingga hari ke4 sahaja. Seterusnya tinggal 7 orang.

Flight delay 20 minit. Untuk penginapan di Mana Hostel, Bangkok, masing masing booked sendiri. Untuk di Khao Yai, dan juga first day di Bangkok, Za tolong uruskan. Itinerary, originally dari Za, kemudian saya dan Rose tokok tambah.  Pengangkutan pula Za juga uruskan iaitu chartered van ke Khao Yai dan Kanchanaburi.  Kami booked dengan Klook sahaja.

Kami pergi makan dulu di Quizzin. Dee beli roti wholemeal nak bawa ke Bangkok sbb dia on diet plan. Masa bangun dari meja Quizzin, terlupa pasal roti. Patah balik nak ambil semula...hmmmm....haram ada....hahaha. Bangla yang lap meja tu buat buat tak paham, or memang betul tak paham, wallahualam. So kenala beli roti baru.

Lapar punya pasal

Setelah 20 minit berlalu, flight sampai, kami masuk cabin, flight take off and macam biasa, saya doze off. Tak ambil makanan, sebab nak makan kat Bangkok. Jam 0615 petang waktu Malaysia, 0515 petang waktu Bangkok, kami safely landed. Actually Ateng naik flight earlier dari kami. So dia kena tunggulah kami kat Don Mueang Airport. Arrival form tak diberikan dalam flight. Maka berterabur lah kami mengisi arrival form kat bawah....hahaha

Sampai sudaaaaa

Mengisi arrival form

Saya dengan Za dah beli simcard siap siap dengan HIS Travel. Sampai airport, Pika pulak nak beli simcard. So saya temankan dia kejap, manakala yang lain pergi mencari kedai makanan halal bernama Bangmad di Domestic Terminal. Pastu depa wasap, kata tukar tempat sebab kedai Bangmad kecik. If kami ber8 masuk, sure penuh dah. Dalam mencari cari and kendian kami nampak satu restaurant bernama Au We White Coffee bertulis halal. So kami masuk je ke situ. Actually dekat je International Terminal ngan Domestic ni. Sebab mula mula tak tau, berpusing pusing kami mencari.

Bangmad. Kecik je. X jadi masuk

Depan Bangmad ada surau. 

Akhirnya masuk sini

Deco

Tomyam sangat sedap

Di sini masing masing order tomyam. Saya masih kekenyangan sebenarnya. Sebelum naik flight dah makan. And dalam flight, bawa bekal roti bagai. Saya cuma order coconut shake. Yang lain masing masing dengan tomyam. Just in case takut lapar, saya beli sandwich. Tapi tak makan pun..hahhaa. Bagi ke Pika. Tomyam nye sangat sedap. Saya rasa sikit Za punya...huhuhu. Pastu macam aci nyesal tak order...hahahhah.

Kami ber8

Saya order ni je

Restoran ni senang je nampak dari dari departure hall tu. (Departure ke arrival...hahaha. Departure Domestic Terminal rasanya. Maafkan saya. Tapi airport Don Mueng tak besar sangat). Selesai makan, Za call 48 Ville, untuk airport transfer. Memang dah dinyatakan dalam email, bila dah ready, call je. So kami kena tunggu kat Exit 11. Tunggu punya tunggu...our expectation adalah sebuah van. Tapi yang datang......van juga. Tapi van seperti di gambar dibawah...hahaha. Kelakar tul...but it was fun. Open air punya airport transfer. Lebih kurang 30 minit juga nak sampai ke 48 Ville ni.

Our airport transfer

Semasa menunggu di Exit 11

Sampai kat 48 Ville, kami dapat dua bilik. So saya Aishah, Za dan Dee sebilik. Pika, Ateng, Rose dan Maksu bilik sebelah. Boleh lah bilik ni. Nak murah, so kena expect seperti harga yang dibayar ye. Saya tak kisah, janji katil selesa, bilik air selesa. Selesa ni pun subjektif juga. Bergantung pada masing masing punya penerimaan.

Lobby 48 Ville

Dah siap mandi manda, kami berkumpul kat bilik sebelah. Menyembang tak hengat. Esok nak kena bangun awal lak tu....hahahha. Dah puas sembang, balik bilik masing masing....tidor nyenyak. 

End of Day 1.
Notakaki:  Some of the photos, maybe dari my friends punya handphone camera. So xleh nak claim gambar ai la ye...hehhehe.




No comments:

Post a Comment