29 Disember 2017 (Jumaat)
Saya terjaga awal pagi dalam 0400 pagi gitu. Memang saya set alarm awal. Saya ni jenis terhegeh hegeh juga sebenarnya. So, sebelum orang lain menunggu, biarlah saya buat dahulu supaya orang lain tidak tertunggu tunggu. Bayangkan saya bangun 0400 pagi, Za bangun 0530 pagi...by 0600 Za dah siap semua bagai. Saya terhegeh2 lagi...hahahhaa. Maafkan lah...orang tua....hehehe.
Agenda kami hari ni adalah ke Kanchanaburi. Van akan datang pickup pada jam 0730 pagi. So kami breakfast siap siap dengan bekalan yang ada. Saya mcm biasa, mineral coffee, oats dan biskut.
Seawal pagi, Rose dan Mak Su dah sampai. Driver van pun sampai awal juga. 0700 dia dah sampai. Lux / Laks /Luks nama dia. Pronounciation adalah Lux. Ejaaan lain. Bedal je. Janji leh panggil nama...hahahahha. Saya as usual, akan duduk sebelah driver. Jadi co-pilot kononnyer...hahaha. Actually saya suka pemandangan yang luas. Jadi bila duduk di depan, saya leh nampak semua.
Since semua dah ada, kami meneruskan perjalanan ke Erawan Waterfalls dulu. Untuk sampai ke Erawan, kami kena melalui Kanchanaburi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Okay...jom tido sebab tadik bangun awal...hahahha.
Lebih kurang jam 1100 pagi, kami sampai ke Erawan Waterfalls. Lama juga perjalanan, sebab kami bajet untuk sampai dalam 1030 pagi. Masuk ke kawasan Erawan National Park, kena drive another 30 minit untuk sampai ke tempat parking kereta untuk ke Erawan Waterfalls. Tu yang jadi 1100 pagi baru sampai. Entrance fee untuk masuk ke sini adalah THB300 per pax. And vehicle fee adalah THB30. Driver tak kena bayar...hmm..mujur...hahaaha. Sampai di car park, kami diskas nak jalan braper lama. Sebab kat sini, tak semua mampu jalan laju laju. So, sapa yang nak laju laju, sila jalan dulu. Kami yang slow and steady ni, akan jalan ikut yang kami mampu.
 |
| Level 1 |
 |
| Level 2 |
Erawan Waterfalls ni ada 7 level. Makin naik ke atas, makin lawa kata orang. Since diskas tadik kata nak spend dalam 1 hour kat dalam ni, so adalah mustahil untuk kami sampai ke level 7. Masa ni group split kepada 3. Ecah dan Za jalan dulu. Saya, ateng dan dee bersama sama. Manakala rose dengan maksu. Kami jalan santai santai je. Maka mampu lah kami hingga ke level 2 je...hahhahaha. Sebab kami nak mengejar train ke Bridge on the River Kwai. Kami decided nak naik tren dari Station Nam Tok pada jam 1255
Masa dalam van, kami tanya Lux. Dari Erawan Waterfall ke Nam Tok station braper lama. Lux kata dekat je. Dalam area tu je. So, kami pun relaks je lah. By the time kul 1230 kami nak ke Nam Tok, sekali dia kata, about 1 hour...huaawaaaa...miscommunication betul la. Camner dia leh kata dekat je tadik. Dia ingat Nam Tok mana ntah......hmm....ada yg bengang ke. Sebab ai yang jadik tukang tanya tadik kan...kekkekkeke.
Since tak cukup masa, kami suruh dia ke stesen Wang Pho. If saya, saya memilih stesen Thamkrasae. Tp ini semua atas persetujuan bersama. Ada yang kata ke stesen Wang Pho and yang lain agreed, I follow je. Dari Erawan National Park ke Wang Pho pun jauh juga dalam sejam gitu. If nak kejar tren, kami kena berada di sana sebelum 0130 petang. Tapi Lux bawak van macam slow je. Akak yang rasa macam nak tekan pedal...hahahahhaha...cepat lah bang oiii....We missed the train kat Wang Pho Station. By the time kami sampai, tren baru sahaja berlalu. Pilihan yang ada sekarang adalah tunggu next train, or naik di Nam Tok Station untuk tren jam 0330 petang or naik di Thamkrasae untuk tren jam 0410 petang. Bila pikir balik..kenapa nak kesana kemari. Sebab tren tu satu je. Naik dari mana pun, tetap naik tren yang sama. Memang takleh nak awal dah. Kena ikut jer jadual tu semua. Tp ye lah.....well...itulah bila dah ramai ramai...hehhehehe. Mereka decided untuk ke Nam Tok Station. Sampai di Nam Tok station dalam jam 0200 petang gitu. Kena tunggu another satu jam setengah. Ticket plak boleh dibeli setengah jam sebelum jadual train. Maka meraban ler kami kat stesen Nam Tok ni.
 |
| Stesen Nam Tok |
 |
| Dalam train |
 |
| Stesen Nam Tok |
 |
| Kedai kedai di Nam Tok. Tak berani ler nak makan apa apa pun kat sini |
Sebab itu saya kata, if saya, saya prefer ke Thamkrasae Station. There are a lot of things can be done kat Thamkrasae. Boleh gi Thamkrasae Cave, or gi Cabin River. Amik gambar tepi sungai or atas bridge. Kedai2 pun banyak. Takpalah..dah lepas pun. Kami sampai lambat juga ke Bridge on The River Kwai. Sebab sampai kat satu stesen, train delay lama. Tunggu another train pass dulu, baru boleh jalan. Macam buang masa sket la.

|
Photo from one of my travelmate hp camera - tak ingat sapa. To get this view, kena duduk sebelah kanan ya
|
Dah gelap baru sampai Bridge on The River Kwai. Memang meriah sungguh kat sini. Orang pun ramai. Ada pasar malam. Pastu macam ada festival apa ntah. Ada nyanyi nyanyi, ada stage. Masa kami lalu atas Bridge tu, ada satu boat lalu. Sewa khas kut untuk wedding. Bersorak sorak kami ramai ramai kat atas train...hahaha. Yang depa depa dalam boat tu pun kemain sporting jerit jerit sama...hahaha. Jalan jalan sekejap, since kami takmau bayar lebih untuk overtime sewa van. Sempat beli jagung dan pisang bakar. Bakar atas arang. Then saya call Luks bagitau kami dah sampai ke River Kwai Station. And dia suruh kami tunggu kat stesen. Masa ni masing masing lapar, so kami gugel tempat makanan halal. Dapat satu, tp dah tutup..hahaha. So kami decided untuk balik terus ke Bangkok City. Kena bayar extra dua jam untuk van iaitu THB600. Mujur dah bajet awal-awal.
 |
| Wedding boat |
 |
| Ramai orang atas bridge ni... |
Dalam perjalanan, kami minta Luks singgah kat mana mana 7e. Masa kat 7e, kami jumpa roti halal dan juga spageti halal brand cp. Sampai kat Mana Hostel, dah mandi mandai bagai then panaskan spageti. Roti simpan untuk esok. Since esok last day, whatever we have, kami perabiskan siap siap. Alhamdulillah oats saya abis. Ngam untuk esok je. Biskut dan maggi jua..hehehe. Malam tido lena. Barang pack siap siap, tinggalkan apa yang nak di pakai esok je. Saya kluarkan tshirt sahaja untuk esok.
End of day 5.

No comments:
Post a Comment