14 December 2016 (Wednesday)
Lebih kurang jam 3.00 pagi kut, kedai kedai sekeliling tempat kami tido tu mula beroperasi. Ada satu convenient store ni memang beroperasi 24 jam. Yang lain nya mula dibuka seawal pagi. Terkejut juga, sbb bunyi krenng krenngg depa buka kedai.
Flight kami ke Sapporo jam 0740 pagi. Alang alang dah terjaga, kami membersihkan diri. Toilet dekat je. Memang selesa sangat ler tido di Terminal 3 ni. Tidor pun nyenyak sangat. Kami mengopi dulu (itu jer yang mampu, sbb yang lain tak braper nak yakin). Sambil mengopi, sempat juga layan drama korea...hahhaha. Wifi free le katakan.
 |
| Kisok check in...sonang ajo.. |
Jam 0700 kami checked in dan trus masuk boarding area. Tak banyak kerenah sangat. Cuma, Jetstar disini, sebelum masuk perut kapal terbang, depan entrance tu ada mesin penimbang ye...hahhah. Dan staff juga dok perati sesaper yang luggage agak agak heavy dan dia suruh timbang siap siap. Ada beberapa orang, luggage memang lebih dari yang sepatutnya. Masa ni hujan renyai renyai di Tokyo. Dalam hati berharap dapat tengok snow fall kat Sapporo. The reason nak ke Hokkaido, semata mata nak tengok snow...boleh gitu. Sanggup bayar accommodation untuk dua tempat iaitu di Tokyo dan Hokkaido....semata mata kerana salji....hehhehhe. Sbb kami booked apartment ngan airbnb utk 7 malam di Tokyo. Then last minit tukar plan nak ke Hokkaido...and biasalah akak ni aci malas nak tukar tukar semua ni. So redah ajelah.....so takde susah2 nak checked out and checked in balik. And travel partners pun tak kisah kan...
 |
| Couch kat dlm boarding area. Leh lepak lepak lagi hehheheh |
Lambat juga dapat masuk perut kapal. Hampir kul 0800 kut baru dpt masuk. And kena tunggu lagi sekejap. Tak lama baru kapal terbang berlepas. Hampir 2 jam.....membuta sahaja. Bila dah nak hampir ke Sapporo, boleh nampak warna warna putih salji dari atas. Seronok tul Erra...tercapai hajat nak tengok salji...hehhehhe.
**Notakaki: Selalu baca orang kata, senang je jalan jalan kat Jepun. Dan kdg kita rasa nak marah bila orang kata...senang je..senang je. Yang benonyer memang senang. Once dah berada di sana, otometik you know what to do, where to go, which exit to take walaupun maybe ada sesat barat sket. But still....takde lah meraban sampai x jumpa jalan. Macam jalan jalan di Korea juga. Cuma bezanya di Korea, if salah exit, memang jenuh lah nak menapak. Tp di Jepun, silap exit pun, but still boleh jumpa juga tempat yang nak di tuju. Asalkan buat research dulu. Bila dah tau flow nye mcmana, for sure akan paham.Otometik paham...

Dari Sapporo Station, cuma melepasi satu station je. Sapporo Station --> Odori Station ---> Hosui Susukino. Bila turun je dari tren, kami terpinga jap....sbbb...sunyiiiii....hahahha. Orang dalam subway tak sampai 20 orang pun. Kalau kat Tokyo..mak aih, orang tak putus putus. Kebingungan juga sbb tak tau which exit nak kluar. Jumpa sorang mamat Jepun ni, kami pun tanya. And dia pun trus je bawak kami ke Sapporo Tobu Hotel. 5 minit gak berjalan dalam salji. Jalan licin. Berjalan pun dah ala ala penguin hehehe. Since sampai awal, kami mintak checked in early. Kena bayar extra charges, tp takle banyak mana. Kami dapat satu bilik untuk ber4. Ada dua katil single, satu sofa diubah suai jadi katil dan one extra bed. Boleh ler untuk satu malam. Tp jadi a bit sempit. Nak solat, memang kena ejas sket.
 |
| Sunyi dak.... |
Penat tu memang le penat. Tp saya masih ada hati gak nak explore Sapporo. Kekonon plan asal sesampai je Sapporo nak ke Mount Moiwa. X jadi....pastu plan nak cari kedai nak makan. X jadi jugak. Pastu kekonon nak pegi Nijo Market. Sudahnyer..apa pun tak buat. Lepak dok dalam bilik sambil makan maggi dan minum coffee. Salji memang turun on and off. Turun kejap..stop..and turun lagi. Lebat lak tu.
Menjelang malam, takleh tido sbb dah berehat lama. Saya ajak adik nieta turun bawah main salji depan hotel. Masa tu salji turun lebat. Bayangkan tengah tengah malam....terkinja kinja depan hotel membenam salji. Orang Jepun pun pelik hahhahha. Agak agak sejuk, kami masuk hotel bagi panas. Pastu kluar balik pi main salji hahahha. Mengong punya kerja. Masa ni Erra ngan Jah sedap tido....kami plak sedap main salji kat luar.
 |
| Tgh malam pun jadik... |
Dan puas main main...hari pun dah makin larut malam, kami naik semula ke bilik hotel. Bersih2kan diri dan kebabom. Satu hari itu je lah activiti kami hahhaha.
**Baca balik nota ke Jepun. Mengong tak mengong. Dalam nota dah tulis camner nak ke Tobu Sapporo Hotel ni...tiba sana leh x jumpa exit. Main redah...hahha...Yang tertulis di nota: Take subway Toho Line and get off at Hosui Susukino Station Exit 3. Tobu Hotel 3 mins walk from exit 3....
