Berjinggut nak abiskan entry...hahahhah. Entry Japan pun setel dah. Entry Korea bila mau abis da.... Hari ni plan kami ke Nami Island. Kami naik train biasa je. Dari Sinsieoldong, kami ke Cheongyangi Station. Tukar ke Cheongyangni Train station menuju ke Gapyeong. Arini memang saja je pakai baju kurung. Tebiat sket...sejuk2 berbaju kurung..huhuhu.
Masa dalam train, duduk sebelah seorang orang Malaysia ni. Lupa dah sbb apa mulanya saya bertegur sapa ngan dia. Sembang sembang sikit. Dia datang Korea ngan adik dia. Memang dah banyak kali datang Korea.
| Station Gapyeong |
Sampai kat Gapyeong, kami carik teksi. Since satu teksi KRW4000.00 saya kata ke Fida, ajak depa dua beradik join share cab. Depa berdua setuju je. Sampai di Nami Wharf, kami berpisah. Saya pun pergi belikan ticket untuk ke Nami Island. Orang tak ramai sangat sbb hari Isnin.
| Tak ramai orang |
| Jom naik |
Nothing much yang kami buat pun kat Nami Island. Ikutkan saya, memang tak kut ke Nami Island ni. Tapi since Fida baru kali pertama, datang juga lah. Hari ni memang sejuk amat amat sangat saya rasa. Sampai kat barisan kedai kedai dan juga library Nami Island tu, Fida nak rehat kejap. So kami berpisah di sini. Saya kata, jam 1.00 ptg, kita jumpa balik di situ. Saya jalan sensorang menyusuri tepi tepi tasik di Nami Island. Pengalaman sungguhlah saya jalan sorang sorang ni. Tak tau nak describe apa yang saya rasa. To be honest, saya memang tak reti jalan sorang sorang, ambil gambar sorang sorang. Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan ni..hehhehe.
![]() |
| Banyak hijau lagi |
![]() |
| Sejuk tahap gaban. Hidung saya sakit kena angin |
| Budak ber3 kat belakang tu siap bawak jubah graduation. Berpuluh kali lompat tak menjadi hehehhe |
![]() |
| Tahun lepas lagi cantik berwarna warni |
Saya tak pandai ambil gambar. View kat Nami Island ni sangat cantik...if pandai mengerjakan kamera, opkos akan dapat hasil yang menarik dan memuaskan. Saya punya gambar...setakat tu jer lah...hehhehe. Dah dekat kul 1, saya kembali ke tempat kami berpisah tadik. Fida masih ada di situ menanti. Kami pun mula mencari nasi goncang Nami Island. Berpusing pusing kami mencari. Saya pun dah tak berapa nak ingat. Sebab dulu restoran tu open air. Takde bumbung bagai. Kali ni dah berbumbung. Masa mencari cari tu, terserempak ngan beberapa Malaysians kat situ. Maka sama sama kami mencari..hehhehe. Masa tunggu order, ada juga family dari Malaysia ni..ramah tamah menegur siap bersalam salaman lagi. Rare kut dapat jumpa orang malaysia mcm ni kat Korea..kekkeke.
![]() |
| Nasik goncang |
Cuaca sejuk sangat. Sementara menanti train sampai, menggigil gigil kitaorang. Dah ler berbaju kurung, jaket selai, glove pun tak bawak. Lama gak menunggu train sampai. Sampai je train, kami teruskan perjalanan ke GH. Tak pergi kemana dah. Hari pun dah gelap. Esok saya nak balik ke Malaysia. Fida akan balik sehari selepas saya. Sampai di GH, kami kemas kemas apa yang patut. But still saya rasa macam malam masih muda. Apa nak buat kat GH. Fida memang nak rehat, so saya decided kluar sendiri.
Memula rasa nak makan Yooganey Seafood Fried Rice kat Myeongdong. And lepas tu teringat lak Lamb BBQ kat Yeoksam. Saya amik subway train ke Yeoksam. Dalam kesejukan, saya berjalan keseorangan mencari bbq lamb yang sangat sedap. Last year rasa macam tak puas makan...kan,
![]() |
| Gambar Google |
Opening Hours: 0400 pm – 0200 am
Getting there: Stop di Yeoksam Station (Line 2) – Exit 6. Keluar dari Exit 6, jalan terus ke hadapan sehingga ke penghujung block deretan bangunan dan akan nampak KFC di sebelah kiri. Selepa KFC, belok ke kiri dan jalan terus kehadapan sehingga sampai persimpangan T. Ambil ke sebelah kanan. Jalan hingga sampai ke lorong pertama sebelah kiri dan cari jalan Nonhyeon-ro 95-gil. Masuk jalan tu, terus ke hadapan dah boleh nampak Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant.

![]() |
| Suka sangat ngan banchan ni |
![]() |
| Jom membakar |

Heaven plak rasanya layan BBQ sorang sorang. Tapi, all alone, memang saya terasa amat janggal. Cuba memahami dan menyelami...apakah begini rasanya yang dilalui oleh para solo traveller. Saya order dua jenis lamb. Walllaaa...marbeles. Memang sungguh sungguh saya makan, tak pandang kiri kanan. Yang sebenarnya, saya rasa awkward sangat. Sbb tu tak pandang keliling hahaha. Selesai makan, saya terus bingkas bangun dan buat bayaran.
Dari Yeoksam Station saya menuju ke Myeongdong sekali lagi. Jalan jalan di Myeongdong Night Market sambil santai santai perati orang keliling. Meriah kat Myeongdong ni. Saya suka.
Layan Taiyaki lagi. Rupanya pastry taiyaki ni berbentuk empat segi. Bila di letak dalam acuan, macam terjadilah taiyaki berupa bentuk ikan. Ada pelbagai perisa. Sweet potato,sweet cheese, red bean dah chocolate.
Dah hampir jam 10.00 malam, saya ambil subway menuju ke Sinsieldong. Melalui laluan subway yang sama berpandukan kepada subway map apps. Sesampai di Stesen Sinsieldong, saya trus kluar ke Exit No 2 (mmg saya nampak macam Exit 2). Malam ni ntah kenapa saya blurr abis. Sebab jalan sorang sorang kah. Padahal kelmarin jalan sensorang gak..hehhe. Inilah station yang saya lalui hari hari. Ntah kenapa saya boleh tersilap baca Exit...hahhaa. Bila kluar dari station, saya keluar di exit yang salah. Saya dah mula cuak dan panik. Saya turun semula masuk ke subway station. Tp saya yakin sepatutnyer kluar di Exit no. 2. Saya called Fida untuk bertanyakan exit yang sebenar. Tp Fida tak dapat di hubungi le pulok. Nak wasap, saya takde internet data.
Dalam kekalutan mencari dan terpinga pinga, saya nampak dua orang mamat korea masuk station dan trus saya tanyakan arah. Beria saya explain saya nak kluar ke exit 2. Tp dia bawak saya pergi ke Line 2. Saya kata bukan....dia ckp in English, tp saya susah nak paham apa dia cakap. Saya explain in English, dia tak paham apa saya ckp...hahhaha (nampak sangat broken english saya ni). Tp bagus nya, dia cuba juga. Bawak saya turun naik tangga dan terjumpa sorang ahjumma ni. Saya rasa pekerja di subway tu. Mujur.....dia paham saya dan saya paham dia. Saya pun explain ke dia. And mamat korea tu ckp apa ntah dalam bahasa dia ke ahjumma ni..and ahjumma tu kata, dia akan tolong saya. So mamat ni pun tinggalkan saya ngan ahjumma ni. Ahjumma ni tunjukkan arah...mcm bersimpang siur lak kat bawah station ni. Dia kata, don't worry, just follow this way. Saya pun ikut jer...and akhirnya...ohh betulll...exit no. 2. Cuma saya konpius memasuki lorong yang tak betul. Sabar je lah.
**Moral of the story: Jangan panik. Saya memang mudah panik. Satu pengajaran buat saya, bila berjalan sorang sorang, make sure kita ada info untuk ke GH. Saya tak bawak apa pun. No telepon GH xde, map takde. All the notes tinggal kat GH. Dan make sure juga no telepon travel buddy boleh di hubungi. Jangan andaikan berwasap sudah memadai. Sebab wasap memerlukan data internet..hehheheh
Lega bila kluar di Exit yang betul. Sampai di GH, Fida masih belum tidor. Masa ni dah hampir jam 11.00 malam. Mujur jumpa jalan keluar. Saya memang panik giler masa kat bawah subway sana tu. Dah jauh malam, gelap lak tu..dan makin sunyi.....tak ke haru.
End of Day 6.
















