Showing posts with label South Korea Autumn 2016. Show all posts
Showing posts with label South Korea Autumn 2016. Show all posts

Friday, 12 May 2017

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 7 (Last Day)

01 November 2016

Hari ni last day. Memang tak kemana dah. Flight saya jam 04.25 petang. Pagi kami cuma relaks relaks sahaja kat GH. Kemas kemas mana yang patut. Dalam jam 12.00 tghari gitu, saya meninggalkan GH dan Fida untuk menuju ke Incheon Airport. Since tak biasa nak ke airport dengan all stops train, saya plan gi awal je. Dah lama sangat pegi ke Korea ni, saya takleh nak recall apa lagi yang saya buat hari ni.

Hahaha....depan belakang...yang kat tangan lagi..

Sebenarnyer senang je nak ke airport. Signboards merata. Since T Money masih berbaki, saya guna T Money je. Sampai Seoul Station, saya tukar train naik airport railroad. Saya ambil all stops train. Nak jimat. Berjinggut lah nak sampai airport. Saya pun tak ingat berapa lama nak sampai. Tapi memang banyak kali stops le. And kebanyakan yang ada dalam tu,  memasing bawak beg gabak gabak belaka. Nak ke epot le kekdahnya kan..kekkekke


Sampai Incheon, saya just follow jer signboard yang ada. In sha allah tak sesat punya. Since awal, takde rushing pun. Wat lek wat pis jer. Dalam kul 2 petang gitu, since dah boleh masuk boarding area, saya masuk je awal awal. Cuak juga masa nak melepasi imigresen ni. Bila dia scan passport saya, scanner ting tong lagi..kakakka. Saspen uols sebab saya penah kena tahan kat Incheon airport last year. Kemudian saya nampak org tu tulis something kat saya punya boarding pass saya and lepas. Saya amik aero train pula ke nak ke boarding gate. Sampai kat sini, lapar ler pulak. Saya pusing pusing kat dalam tu, nampak satu restoran Nimat Halal Korean Cuisine.  Saya pun masuk. Blurr gak, sbb disitu ada banyak kedai kedai makan yang lain. Dalam terpinga pinga, saya menuju terus ke Nimat. Dok tengok tengok apa menu yang ada. Pastu datang budak tu, dia kata, gi order dulu kat kaunter depan. Nnt bawak resit kat kedai dia...ooowhh...mcm tu caranya. Ingatkan order kat kedai tu trus. Saya order makanan yang di bawah ni.



Kenyang makan dengan releks releksnya. Dah selesai makan, saya menuju terus ke boarding gate. Hahaha..bila berada di sini, rasa macam kat Malaysia. Ye lah...opkos flight AA tu nak ke Kuala Lumpur kan. Saya layan perasaan sorang sorang. Agak lewat juga masuk ke dalam perut kapal terbang. Elok je masuk dalam, saya membuta. Lebih kurang 11.00 malam, touch down KLIA2. Suami saya dah tunggu siap siap. Masuk kereta, sambung tidor lagi...hahahha. 

End of the journey. 




Autumn in My Heart Again 2016 - Day 6 (Nami Island - Yang Good Korean Lamb BBQ - Myeondong)

31 October 2016 - Isnin

Berjinggut nak abiskan entry...hahahhah. Entry Japan pun setel dah. Entry Korea bila mau abis da.... Hari ni plan kami ke Nami Island.  Kami naik train biasa je. Dari Sinsieoldong, kami ke Cheongyangi Station. Tukar ke Cheongyangni Train station menuju ke Gapyeong. Arini memang saja je pakai baju kurung. Tebiat sket...sejuk2 berbaju kurung..huhuhu. 

Masa dalam train, duduk sebelah seorang orang Malaysia ni. Lupa dah sbb apa mulanya saya bertegur sapa ngan dia. Sembang sembang sikit. Dia datang Korea ngan adik dia. Memang dah banyak kali datang Korea.

Station Gapyeong

Sampai kat Gapyeong, kami carik teksi. Since satu teksi KRW4000.00 saya kata ke Fida, ajak depa dua beradik join share cab. Depa berdua setuju je. Sampai di Nami Wharf, kami berpisah. Saya pun pergi belikan ticket untuk ke Nami Island. Orang tak ramai sangat sbb hari Isnin.

Tak ramai orang


Jom naik


Nothing much yang kami buat pun kat Nami Island. Ikutkan saya, memang tak kut ke Nami Island ni. Tapi since Fida baru kali pertama, datang juga lah. Hari ni memang sejuk amat amat sangat saya rasa. Sampai kat barisan kedai kedai dan juga library Nami Island tu, Fida nak rehat kejap. So kami berpisah di sini. Saya kata, jam 1.00 ptg, kita jumpa balik di situ. Saya jalan sensorang menyusuri tepi tepi tasik di Nami Island. Pengalaman sungguhlah saya jalan sorang sorang ni. Tak tau nak describe apa yang saya rasa. To be honest, saya memang tak reti jalan sorang sorang, ambil gambar sorang sorang. Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan ni..hehhehe.

Banyak hijau lagi

Sejuk tahap gaban. Hidung saya sakit kena angin



Budak ber3 kat belakang tu siap bawak jubah graduation. Berpuluh kali lompat tak menjadi hehehhe





Tahun lepas lagi cantik berwarna warni


Saya tak pandai ambil gambar. View kat Nami Island ni sangat cantik...if pandai mengerjakan kamera, opkos akan dapat hasil yang menarik dan memuaskan. Saya punya gambar...setakat tu jer lah...hehhehe. Dah dekat kul 1, saya kembali ke tempat kami berpisah tadik. Fida masih ada di situ menanti. Kami pun mula mencari nasi goncang Nami Island. Berpusing pusing kami mencari. Saya pun dah tak berapa nak ingat. Sebab dulu restoran tu open air. Takde bumbung bagai. Kali ni dah berbumbung. Masa mencari cari tu, terserempak ngan beberapa Malaysians kat situ. Maka sama sama kami mencari..hehhehe. Masa tunggu order, ada juga family dari Malaysia ni..ramah tamah menegur siap bersalam salaman lagi. Rare kut dapat jumpa orang malaysia mcm ni kat Korea..kekkeke.

Nasik goncang
Pancake dari Sonata Cafe

Saya makan sampai abis nasi goncang. Tp Fida tak abis. Tak kuat makan Fida ni rupanya. Dia rela makan buah buahan. Agaknya taste korea ni lain sikit. Sukar diterima dek tekaknya. Dah selesai makan, kami ambil keputusan untuk balik ke Seoul.

Jom balik Seoul

Cuaca sejuk sangat. Sementara menanti train sampai, menggigil gigil kitaorang. Dah ler berbaju kurung, jaket selai, glove pun tak bawak. Lama gak menunggu train sampai. Sampai je train, kami teruskan perjalanan ke GH. Tak pergi kemana dah. Hari pun dah gelap. Esok saya nak balik ke Malaysia. Fida akan balik sehari selepas saya. Sampai di GH, kami kemas kemas apa yang patut. But still saya rasa macam malam masih muda. Apa nak buat kat GH. Fida memang nak rehat, so saya decided kluar sendiri.

Memula rasa nak makan Yooganey Seafood Fried Rice kat Myeongdong. And lepas tu teringat lak Lamb BBQ kat Yeoksam. Saya amik subway train ke Yeoksam. Dalam kesejukan, saya berjalan keseorangan mencari bbq lamb yang sangat sedap. Last year rasa macam tak puas makan...kan,

Gambar Google

Opening Hours:  0400 pm – 0200 am
Getting there: Stop di Yeoksam Station (Line 2) – Exit 6. Keluar dari Exit 6, jalan terus ke hadapan sehingga ke penghujung block deretan bangunan dan akan nampak KFC di sebelah kiri. Selepa KFC, belok ke kiri dan jalan terus kehadapan sehingga sampai persimpangan T. Ambil ke sebelah kanan. Jalan hingga sampai ke lorong pertama sebelah kiri dan cari jalan Nonhyeon-ro 95-gil. Masuk jalan tu, terus ke hadapan dah boleh nampak Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant.


Suka sangat ngan banchan ni


Jom membakar





Heaven plak rasanya layan BBQ sorang sorang. Tapi, all alone, memang saya terasa amat janggal. Cuba memahami dan menyelami...apakah begini rasanya yang dilalui oleh para solo traveller. Saya order dua jenis lamb. Walllaaa...marbeles. Memang sungguh sungguh saya makan, tak pandang kiri kanan. Yang sebenarnya, saya rasa awkward sangat. Sbb tu tak pandang keliling hahaha. Selesai makan, saya terus bingkas bangun dan buat bayaran.

Dari Yeoksam Station saya menuju ke Myeongdong sekali lagi. Jalan jalan di Myeongdong Night Market sambil santai santai perati orang keliling. Meriah kat Myeongdong ni. Saya suka.


Layan Taiyaki lagi. Rupanya pastry taiyaki ni berbentuk empat segi. Bila di letak dalam acuan, macam terjadilah taiyaki berupa bentuk ikan. Ada pelbagai perisa. Sweet potato,sweet cheese, red bean dah chocolate.



Dah hampir jam 10.00 malam, saya ambil subway menuju ke Sinsieldong. Melalui laluan subway yang sama berpandukan kepada subway map apps. Sesampai di Stesen Sinsieldong, saya trus kluar ke Exit No 2 (mmg saya nampak macam Exit 2). Malam ni ntah kenapa saya blurr abis. Sebab jalan sorang sorang kah. Padahal kelmarin jalan sensorang gak..hehhe. Inilah station yang saya lalui hari hari. Ntah kenapa saya boleh tersilap baca Exit...hahhaa. Bila kluar dari station, saya keluar di exit yang salah. Saya dah mula cuak dan panik. Saya turun semula masuk ke subway station. Tp saya yakin sepatutnyer kluar di Exit no. 2. Saya called Fida untuk bertanyakan exit yang sebenar. Tp Fida tak dapat di hubungi le pulok. Nak wasap, saya takde internet data.

Dalam kekalutan mencari dan terpinga pinga, saya nampak dua orang mamat korea masuk station dan trus saya tanyakan arah. Beria saya explain saya nak kluar ke exit 2. Tp dia bawak saya pergi ke Line 2. Saya kata bukan....dia ckp in English, tp saya susah nak paham apa dia cakap. Saya explain in English, dia tak paham apa saya ckp...hahhaha (nampak sangat broken english saya ni). Tp bagus nya, dia cuba juga. Bawak saya turun naik tangga dan terjumpa sorang ahjumma ni. Saya rasa pekerja di subway tu. Mujur.....dia paham saya dan saya paham dia. Saya pun explain ke dia. And mamat korea tu ckp apa ntah dalam bahasa dia ke ahjumma ni..and ahjumma tu kata, dia akan tolong saya. So mamat ni pun tinggalkan saya ngan ahjumma ni. Ahjumma ni tunjukkan arah...mcm bersimpang siur lak kat bawah station ni. Dia kata, don't worry, just follow this way. Saya pun ikut jer...and akhirnya...ohh betulll...exit no. 2. Cuma saya konpius memasuki lorong yang tak betul. Sabar je lah.

**Moral of the story:  Jangan panik. Saya memang mudah panik. Satu pengajaran buat saya, bila berjalan sorang sorang, make sure kita ada info untuk ke GH. Saya tak bawak apa pun. No telepon GH xde, map takde. All the notes tinggal kat GH. Dan make sure juga no telepon travel buddy boleh di hubungi. Jangan andaikan berwasap sudah memadai. Sebab wasap memerlukan data internet..hehheheh

Lega bila kluar di Exit yang betul. Sampai di GH, Fida masih belum tidor. Masa ni dah hampir jam 11.00 malam. Mujur jumpa jalan keluar. Saya memang panik giler masa kat bawah subway sana tu. Dah jauh malam, gelap lak tu..dan makin sunyi.....tak ke haru.



End of Day 6.




Autumn in My Heart Again - 2016 (Wrapped Up)



Full story: Autumn in My Heart - Again

Full Story: Autumn in My Heart Again - Preparation

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 1 (Kuala Lumpur - Busan - Jagalchi Market - Busan Tower - Haeundae Beach)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 2 (Taejongdae Park - Gamcheon Cultural Village - Gwangli Beach)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 3 (Busan - Seoul - Gwanghamum Square - Itaewon)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 4 (Namdaemun - Ehwa Univercity - Dongdaemun)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 5 (Namsan Park - Namsangol Hanok Village - Itaewon - Myeondong)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 6 (Nami Island - Lamb BBQ, Yeoksam - Myeondong)

Full Story: Autumn in My Heart Again - Day 7 (Seoul - Kuala Lumpur)


Near Oryukdo Skywalk

Busan from Jagalchi Observatory

Taejondae

Gamcheon Cultural Village

Ehwa University

Nami Island

Sonata Pancake @ Nami Island






Sunday, 27 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 5 (Namsan Park - Namsangol Hanok Village - Myeongdong)

30hb October 2016 (Sunday)

Hari ke 5 di Seoul. Hari ni kami menuju ke Namsan Park. Fida kata nak ke Namsan Park, tpi takmo ke Namsan Tower. Saya pulak masa ni dlm paler dok compute Namsan Park dan Namsan Tower adalah sama...mengong....hahhaa. Sabar jer lah. Boleh blurrr plak gitu. Dah tak tau nak ikut direction mana sebenarnya. If ikut kata saya, saya mahu ikut jalan melalui Namsan GH. If mengikut kata Fida, turun kat stesen Heohyen, and jalan kaki dari situ. Maka akhirnya saya decide ikut nota Fida, kami stop di stesen Heohyen dan mula mengikut signboard ke Namsan Park. 

Lalu sebelah wall ni 

Jalan lagi naik atas

Nampak dah dari jauh


Stop dulu kat sini. Penat

Pusing pusing ambik gambar sekitar

Pemandangan kat bawah

Seoul Tower dari kejauhan

Gigih acik acik ni daki bukit

Banyak batu batu kat sini

Batu memory kut

Seoul Tower dari kejauhan

Punyalah jauh.....if saya tau jalan ni jauh, saya prefer ikut jalan ke Namsan GH tu. Kami macam orang kehilangan arah dah.....jalan jalan jalan dan jalan lagi. Saya jalan jauh di depan, Fida plak jauh di belakang. Memang we took our own sweet time sungguh lah. Jalan jalan ikut suka hati. Konon saya macam terer sangat kan...hahahha. Akhirnya kami jumpa Information Centre. Kami tanya if nak naik ke Namsan Tower tu braper lama. About 40 minutes katanya if jalan kaki. If nak naik cable car, kami kena patah balik ke belakang....hmmm....takpalah. Since org tu kata 40 minit, kami diskas balik....memang malas ler jawapnyer. So kami decide naik bas cari tempat lain. Bila tengok kat bus stop, kami boleh naik bus no 05 untuk ke Namsangol Hanok Village. Actually bus ni boleh juga ke Namsan Tower...tp ntah...mcm saya sbb dah penah pergi...so takde beria sangat nak pergi. Saya ajak Fida ke Namsangol Hanok Village. Kuasa veto tul kekkeke. 

Kami naik bus no 05, dan stop kat Namsangol Hanok Village. Dalam bus ada annoucement...so tak risau sangat. Bila turun je dari bas, kami dah nampak signboard ke Namsangol Hanok Village ni. So ikut saja signboard.

Signboard


Pertunjukan kebudayaan

Comel je budak budak ni

Terus bergendang

Dengan pakaian tradisional

Bersiap di tepi jalan

Information map

Di sini, kami cuma jalan jalan di bahagian hadapan sahaja. Saya ingat nak explore juga seluruh kawasan istana ni. Tapi daya ketahanan kaki macam tak berapa nak mampu. Maka berpuas hati ajelah kami jalan jalan di bahagian hadapan dekat ngan entrance sahaja.

Selesai di Namsangol Hanok Village, saya tak ingat kami pergi kemana....hahahhaha. Saya rasa kami pergi Itaewon untuk lunch. Kami lunch di Murre Restaurant. Saya memilih Rameyon sahaja manakala Fida ambil nasi beriani. Kemudian kami balik ke GH rasaya hahahaa.

Murree

Peberet all the time


Sampai GH, kami bersihkan diri, solat dan selesaikan apa yang patut. Saya malas nak duduk kat GH sbb rasa mcm awal je lagi. Since Fida tak mau keluar, saya bagitau dia saya keluar sorang sorang. Mati kutu gak ni, tak tau nak pergi mana. And saya decide nak pergi Namsan Tower sekali lagi, kekonon nak tengok sunset. Naik subway turun kat Myeondong. Gigih berjalan kaki sensorang melalui Pacific Hotel melepasi Namsan GH dan langsung menuju ke Namsan Cable Car Station. Lemah lutut akak dek non mendaki bukit. Termengah mengah sampai ke Station Cable Car and saya terus masuk barisan. Memang ramai orang. Bila dah nak sampai ke kaunter, tiba tiba saya rasa macam malas lak naik ke atas.. hahahahha. Saya keluar barisan dan mula menuruni jalan nak ke stesen Myeondong. Saya mula berpikir, nak guna jalan yang saya ambil masa datang, or guna jalan bersebelahan. Saya kata pada diri sendiri, why not try aje jalan sebelah. If sesat, saya boleh patah semula ke kebelakang dan ambil jalan yang mula mula. Maka berjalan lah saya sensorang...jalan dan jalan dan terus berjalan, saya terjumpa Seoul Animation Centre. Ooohh disini rupanya. Memang berada di belakang Namsan GH. Cuma jalannyer yang berbeza. Saya singgah sekejap tengok ada show untuk budak budak kat situ. Layan perasan sorang sorang, saya pun teruskan perjalanan ke Stesen Myeondong. Sebelum sampai, saya nampak signboard ke Namsan Tunnel. Tapi tak berani nak pergi sebab sorang sorang dan hari sudah hampir gelap. Jalan juga agak sunyi waktu ni.


Jumpa ni on d way turun ke bawah


Pacific Hotel dari ke jauhan. Dah dekat ngan Namsan GH

Sampai kat Myeondong, saya layan suasana disitu dengan melihat remutan manusia. Abis satu Myeondong saya jelajah. Saya perasan kat Myeondong Night Market skrang sudah banyak stall yang menjual makanan halal. Contohnyer kebab dan taiyaki. Saya jalan jalan tengok tengok sahaja. Since Fida memesan Taiyaki, saya beli beberapa untuk di bawa balik ke GH.

Taiyaki ni ada tanda halal

Dah puas pusing pusing Myeondong Night Market, saya ambil subway ke Sinsieldong balik ke GH.. Penat sungguh rasanya. Satu pengalaman  yang tak reti nak cakap bila berjalan sorang  sorang......