Sunday, 27 November 2016

Autumn in My Heart Again 2016 - Day 5 (Namsan Park - Namsangol Hanok Village - Myeongdong)

30hb October 2016 (Sunday)

Hari ke 5 di Seoul. Hari ni kami menuju ke Namsan Park. Fida kata nak ke Namsan Park, tpi takmo ke Namsan Tower. Saya pulak masa ni dlm paler dok compute Namsan Park dan Namsan Tower adalah sama...mengong....hahhaa. Sabar jer lah. Boleh blurrr plak gitu. Dah tak tau nak ikut direction mana sebenarnya. If ikut kata saya, saya mahu ikut jalan melalui Namsan GH. If mengikut kata Fida, turun kat stesen Heohyen, and jalan kaki dari situ. Maka akhirnya saya decide ikut nota Fida, kami stop di stesen Heohyen dan mula mengikut signboard ke Namsan Park. 

Lalu sebelah wall ni 

Jalan lagi naik atas

Nampak dah dari jauh


Stop dulu kat sini. Penat

Pusing pusing ambik gambar sekitar

Pemandangan kat bawah

Seoul Tower dari kejauhan

Gigih acik acik ni daki bukit

Banyak batu batu kat sini

Batu memory kut

Seoul Tower dari kejauhan

Punyalah jauh.....if saya tau jalan ni jauh, saya prefer ikut jalan ke Namsan GH tu. Kami macam orang kehilangan arah dah.....jalan jalan jalan dan jalan lagi. Saya jalan jauh di depan, Fida plak jauh di belakang. Memang we took our own sweet time sungguh lah. Jalan jalan ikut suka hati. Konon saya macam terer sangat kan...hahahha. Akhirnya kami jumpa Information Centre. Kami tanya if nak naik ke Namsan Tower tu braper lama. About 40 minutes katanya if jalan kaki. If nak naik cable car, kami kena patah balik ke belakang....hmmm....takpalah. Since org tu kata 40 minit, kami diskas balik....memang malas ler jawapnyer. So kami decide naik bas cari tempat lain. Bila tengok kat bus stop, kami boleh naik bus no 05 untuk ke Namsangol Hanok Village. Actually bus ni boleh juga ke Namsan Tower...tp ntah...mcm saya sbb dah penah pergi...so takde beria sangat nak pergi. Saya ajak Fida ke Namsangol Hanok Village. Kuasa veto tul kekkeke. 

Kami naik bus no 05, dan stop kat Namsangol Hanok Village. Dalam bus ada annoucement...so tak risau sangat. Bila turun je dari bas, kami dah nampak signboard ke Namsangol Hanok Village ni. So ikut saja signboard.

Signboard


Pertunjukan kebudayaan

Comel je budak budak ni

Terus bergendang

Dengan pakaian tradisional

Bersiap di tepi jalan

Information map

Di sini, kami cuma jalan jalan di bahagian hadapan sahaja. Saya ingat nak explore juga seluruh kawasan istana ni. Tapi daya ketahanan kaki macam tak berapa nak mampu. Maka berpuas hati ajelah kami jalan jalan di bahagian hadapan dekat ngan entrance sahaja.

Selesai di Namsangol Hanok Village, saya tak ingat kami pergi kemana....hahahhaha. Saya rasa kami pergi Itaewon untuk lunch. Kami lunch di Murre Restaurant. Saya memilih Rameyon sahaja manakala Fida ambil nasi beriani. Kemudian kami balik ke GH rasaya hahahaa.

Murree

Peberet all the time


Sampai GH, kami bersihkan diri, solat dan selesaikan apa yang patut. Saya malas nak duduk kat GH sbb rasa mcm awal je lagi. Since Fida tak mau keluar, saya bagitau dia saya keluar sorang sorang. Mati kutu gak ni, tak tau nak pergi mana. And saya decide nak pergi Namsan Tower sekali lagi, kekonon nak tengok sunset. Naik subway turun kat Myeondong. Gigih berjalan kaki sensorang melalui Pacific Hotel melepasi Namsan GH dan langsung menuju ke Namsan Cable Car Station. Lemah lutut akak dek non mendaki bukit. Termengah mengah sampai ke Station Cable Car and saya terus masuk barisan. Memang ramai orang. Bila dah nak sampai ke kaunter, tiba tiba saya rasa macam malas lak naik ke atas.. hahahahha. Saya keluar barisan dan mula menuruni jalan nak ke stesen Myeondong. Saya mula berpikir, nak guna jalan yang saya ambil masa datang, or guna jalan bersebelahan. Saya kata pada diri sendiri, why not try aje jalan sebelah. If sesat, saya boleh patah semula ke kebelakang dan ambil jalan yang mula mula. Maka berjalan lah saya sensorang...jalan dan jalan dan terus berjalan, saya terjumpa Seoul Animation Centre. Ooohh disini rupanya. Memang berada di belakang Namsan GH. Cuma jalannyer yang berbeza. Saya singgah sekejap tengok ada show untuk budak budak kat situ. Layan perasan sorang sorang, saya pun teruskan perjalanan ke Stesen Myeondong. Sebelum sampai, saya nampak signboard ke Namsan Tunnel. Tapi tak berani nak pergi sebab sorang sorang dan hari sudah hampir gelap. Jalan juga agak sunyi waktu ni.


Jumpa ni on d way turun ke bawah


Pacific Hotel dari ke jauhan. Dah dekat ngan Namsan GH

Sampai kat Myeondong, saya layan suasana disitu dengan melihat remutan manusia. Abis satu Myeondong saya jelajah. Saya perasan kat Myeondong Night Market skrang sudah banyak stall yang menjual makanan halal. Contohnyer kebab dan taiyaki. Saya jalan jalan tengok tengok sahaja. Since Fida memesan Taiyaki, saya beli beberapa untuk di bawa balik ke GH.

Taiyaki ni ada tanda halal

Dah puas pusing pusing Myeondong Night Market, saya ambil subway ke Sinsieldong balik ke GH.. Penat sungguh rasanya. Satu pengalaman  yang tak reti nak cakap bila berjalan sorang  sorang......





No comments:

Post a Comment