Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak (Wrapped Up)

Full Story - Accommodation - Check In Lodge

Full Story - Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 1

Full Story - Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 2

Full Story - Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 3

Full Story - Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 4 & Last Day










Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 4

28 November 2017

Hari ke 4 di bumi Kenyalang. Cuaca waktu petang memang tak berapa menyebelahi kami. Weder hujan lebat, or hujan renyai renyai.

Hari ni plan ke Borneo Highland. Alhamdulillah waktu pagi nampak cerah. Google maps ke Borneo Highland mengambil masa lebih kurang 2 jam. Nak masuk ke Borneo Highland ni kena bayar RM10.00 per person. Kami ber5, so kena bayar RM50.00. Dari bawah nak naik ke atas, dalam 30 minit juga rasanya. Jalanraya tak menentu. Ada yang berlubang lubang ada yang elok dan smooth. Berbelok belok juga...tapi takde lah seteruk belok ke Cameron Highland or Fraser Hill. Kereta auto ni jenuh lah mendaki bukit..hahaha.




Sampai di atas, takdelah sejuk sangat walaupun tempat tinggi. Masa ni dah mula panas...huuhuh...lit lit jer saya rasa. And kami tanya guard kat situ, camner nak ke atas. Ada shuttle van yang akan bawak kita naik ke Kalimantan View, tapi kena tunggu. Untuk naik shuttle van ni juga kena bayar RM10.00 seorang huhuhuh. Another RM50.00. Kami pun tunggu lah...tunggu punya tunggu....punya tunggu..sekali sampai le sebuah van turunkan orang. First trip dah lepas la...and kami pun bersiap sedia lah nak naik. Sekali dia kata, dia kena turun kena bawah ambik tourist dulu, sbb mereka dah booked earlier. Van tu pulak cuma ada dua je. Satu lagi bawak guest yang stay kat Borneo Highland ni. Aduhai..punya lah jemu menunggu. Just imagine, van tu turun bawah 30 minit. Naik semula 30 minit. Mentara kat bawah, dia tunggu tourist lagi....berjinggut weeh.....Visitors makin ramai, dok tanya bila van nak naik. Jenuh lah guard tu kena asak dengan pertanyaan. Last2 van tu naik juga...and rupanya miscommunication. Tourist tu baru je fly dari KL. Tapi dia dah tunggu from the beginning. Ko rasa.......Saya dah give up dah masa tu. Dengan panasnya..dahaga nye. Pastu situ berbukit bukit...nak ke hotel kat Borneo Highland tu pun kena daki bukit..huhuhu...tak kuasa. Tapi asben kata....sabar...tunggu. Alang alang dah sampai atas.



Berbaloi la kut tunggu...tapi half a day dah terbuang masa kat sini. Moralnya: Nak datang sini, datang lah paling awal, so boleh ambil the first trip. Lega dapat naik van. Sebelum tu stop kat hotel dulu untuk buat pembayaran. Banyak juga banglo banglo mewah kat atas ni. Dah selesai buat pembayaran, barulah driver bawa kami naik ke atas ke kawasan Kalimatan View.


Bayar kat sini

Keliling pemandangan memang nature lah. Nak ambil gambar, tapi van bergoyang goyang. Gambar pun bergoyang..hehehe. Dan akhirnya sampailah kami ke Kalimantan View.  Nunnnn jauh di sana adalah Kalimantan. Dan kita berada di atas ni adalah di Sarawak.

Masa ni kabus agak tebal. So, kejap elok, kejap berkabus.  Sejuk jugalah kat atas ni. Ngeri juga. Saya ni suka pikir bukan bukan..hahaha. Sebab kat atas tu mana ada pengadang or pagar. Cuma pagar kayu berlopong je. If tergelincir...nauzubillahbizzalik.....mohon di jauhkan lah. Risau saya. Bila anak anak dok tepi tepi lereng curam tu, bising mulut saya...hahahha.



Pagar tu je...

Kat atas ni pun x lama. Ambil ambil gambar, and kami turun semula. Ambil kereta dan sekali lagi terus ke Kg Annah Rais.  Sampai sini pun, kami just ambil ambil gambar je.


Dari Kg Annah Rais, kami cari tempat makan dulu. Jumpa satu food court tepi jalan (maaf...kurang ingatan...haahaha). Food court ni kami jumpa on the way nak ke Semenggoh Wild Life Park. Masa sampai kat Semenggoh ni, dah pukul 0400 petang. Park tutup pukul 0430...hahhaa. Kami tanya, boleh masuk dah. Boleh, tapi kena cepat cepat. Bawak kereta masuk halfway je. Lepas tu kena jalan kaki. Elok sampai je kat wild life park centre, orang kat situ bagi arahan, masuk...masuk..masuk. Pelik gak..rupnaya waktu tu waktu nak bagi makan kat orang utan. So dia suh cepat cepat. Tapi jangan buat bising. Takleh bising, bimbang orang utan takut dan terkejut. Maka ber syshh syhhh je lah kami...hahahha.





Dah tengok tu, kluar semula ke center, ada lagi orang utan berkeliaran.  Pastu saya perasan dari satu pokok ke satu pokok memang ada tali bersambung antara sesama pokok. Rupanya tali tu sengaja di letak di situ untuk orang utan bergayut.

Notakaki:  Kat sini takleh bawa bawa makanan ye. Risau akan memberi perhatian kepada orang orang utan ni.

Suami saya ajak cepat2 balik Kuching. Dia dah janji nak jumpa kawan kat Cafe bawah dekat ngan guest house kami tu. Sampai Kuching, hujan lebat...huhuhuhuh. Sabarje lah..dah siap mandi manda, makan bagai..suruh bebudak dok dendiam dalam bilik. Wifi okay sangat...so suka lah mereka.

Saya ngan asben turun ke bawah. Mula malas, tp sebab kawan asben bawak wife dia..huhuhhu. Maka gagahler turun. Tengah sembang2, saya memang mengantuk gila. Tahan mata...sbb rasa macam tak sopan lah if minta diri....hehehhe...hadoiii lah...Maka tunggulah sampai depa habis bergebang...hehehe.

End of day 4.

29 November 2017 - Day 5

Flight petang, pagi kami cuma pergi Pasar Satok membeli belah. Anak anak semua tinggal kat guest house. Beli kek lapis Mira, ikan terubuk masin, mee kolok segera dan mcm2 le..hehee. Jam 0100 kami check out, bagus tuan punya guest house. Tak charge extra pun. By 0200 sampai epot. Timbang luggage, terlebih 1 kilo...hahhaa. Kena bayar RM35.00. Budak tu kata, if akak lom wrapped, boleh kluarkan...hmmm...takpe lah..Lunch KFC dulu. Padahal kat dalam boarding area, banyak je kedai makan....hmm...tak pa la juga. Sbb anak2 dah lapar. Jam 0500 petang, flight take off. Dalam plane, kami doze off. Sampai KLIA, anak dah tunguu.

End of trip to Kuching, Sarawak. 




Friday, 22 December 2017

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 3

27 November 2017 (Isnin)

Hari ni ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village, Damai, Santubong). Cuaca mendung je. Perjalanan lebih kurang 30 - 40 minit gitu kut. If ikut kata google map, dalam 30 minit. Since sampai awal, parking pun banyak lagi. Kami beli tiket. So dapatlah buku dalam bentuk passport. Entrance fee untuk dewasa RM60.00 x 4 = RM240.00 plus kanak kanak sudah lupa harga....hahaahhaa. Lupa manjang....


Map dari google

Mula mula kami melalui theatre, kami ke Bidayuh Long House. Melepasi Rainforest Music Stage ke Dewan Lagenda. Sunyi je masa ni, maybe orang tak ramai lagi. Pastu macam banyak construction. Dan pada saya, kawasan macam tak terjaga sangat. Dulu dulu (dah lama dah datangnya, masa baru anak 1) rumput takde le tinggi sangat. Takde nampak macam dalam hutan sangat. Ni saya rasa mcam dah jadi belantara....hahahha.  Kami singgah Penan Hut, anak anak saya cuba menyumpit. Kecik jer rumah orang Penan ni. Dari Penan Hut, kami ke rumah panjang Orang Ulu. Gayat naik rumah ni. Tinggi benau. Singgah di Melanau Tall House, beli lempeng kelapa..pergghh sedap giler....tp mahal giler juga...hahahha. Pusing ke Malay Town House. Boleh ler menerai main gasing...tp kami tak pun. Penat dan panas. Peluh peluh mak nak. Chinese House kami skipped sebab nak kejar dance performance jam 1130 pagi.




Scary je tengok keadaan rumah ni





Dapat masuk theatre, 1001 macam kelegaan...hahhaha. Dapat tempat sejuk. Lega dapat tempat duduk dan bilik sejuk. Enjoy juga menengok persembahan tarian tarian di Kampung Budaya ni. Dah selesai persembahan, keluar je dari dewan...hujan lebat...huhhhuhuhu....Tunggu hujan seriat sekejap. kami masuk kereta and nak cari tempat makan. Punya sengal masa ni...depan Kampung Budaya tu,  Damai Sentral. Boleh tak terpikio nak cari makan kat situ...sabar je la. Kami pusing pusing dalam kampung sekitar sana, and jumpa orang berniaga dalam kawasan masjid. Elok sangat lah kan.

Disebalik batu ni adalah laut. 

Dah selesai makan, kami patah balik ke Damai Sentral. Jalan jalan tepi pantai...pastu nampak kedai kedai makan...hahaha...ngong betul. Kami pusing pusing je dalam ni. Ada juga aktiviti lain macam naik basikal, naik skuter....tp tak main apa pun. Dok je layan perasaan tepi pantai jap...and lepas tu kami patah balik ke Kuching.



Sampai bandar Kuching, kami pergi ke Friendship Park dekat Tabuan Heights. Anak anak saya dah letih. Dalam kereta masing masing tidur je. Asben pun tak larat. Bukan kemanapun. Kampung Budaya je...hahahha. Pusing pusing dalam kampung budaya je pun dah memenatkan. Sampai di Friendship Park ni, saya ngan anak no 3 je yang keluar. Yang lain semua membuta dalam kereta...hehehe. Kawasan ni tak lah besar mana sangat.




Artikel tentang Friendship Park, KuchingTaman Persahabatan Malaysia-China dibina pada tahun 2005 untuk memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Malaysia-China. Ia memegang kawasan seluas 2.8 hektar dan terletak di Tabuan Heights, Jalan Song, Kuching, Sarawak, Malaysia. Di taman ini, anda akan dapat melihat sebuah patung besar Zheng He, berdiri di atas sebuah kapal besar, restoran gaya seni bina Cina dan banyak lagi.



Harini kami juga pergi dua tempat ni je. Kekonon nak ke Bako National Park dan Waterfront...hmmm..haram.....hahhaha. Sampai hostel, semua buntang keletihan. Tu naik kereta tu. If naik public transport...hmm...tatau ler apa jadi kat semua...hahhaha. 

Malam nya kami mencari kedai dobi untuk mencuci kain baju yang telah digunakan. Sebab masing masing cuma bawak backpack je. So atleast sempat basuh baju, boleh lah bertukar baju lain...kan. Dinner kat area Satok. Sebab situ ada Laundry Self Service and sebelahnya ada kedai makan. Masa kat sini, order satay. Tanya dia ada satay daging...takde. Tapi ada satay ayam. Okaylah...order ayam. Sampai kat meja, saya pun makan secucuk...apasal rasa lembut lain macam....huwaaaaa....satay bontot ayam rupanya....huhuhuh. Nangis mak kejap. I don't eat tongkeng ayam. Hilang selera...

Habis makan, baju pun habis selesai di cuci dan di keringkan. Sedap je baru panas panas garing. So balik hostel....rehat dan tido. Esok nak ke Borneo Highland.




Wednesday, 20 December 2017

Jalan Jalan Ke Kuching, Sarawak - Day 2

26 November 2017 (Ahad)

Hari ni kami ke Pasar Serikin. Biasalah konon nak kluar jam 0600 pagi. Kul 0800++ pagi gak kut baru keluar.  Dari Kuching ke Pasar Serikin lebih kurang 1 jam setengah. Kami sampai dalam jam 1000++. Walaupun baru jam 1000++ pagi, tapi panas lit lit. Sangat.....panas. Sini tujuan utama memang nak shopping je. Well....mak aci terkejut tengok apak shopping..hahhaha. Boleh tahan gak ye bang. I redha je. U beli le apa pun, janji bahagian untuk I ada...hehhee. Bab tawar menawar, saya memang serender. Tapi asben saya memang terer. Sampai anak pun lemas dan rimas....ayah ni, nak beli, beli je lah. Kenapa nak mintak kurang kurang harga....hahahhaha. Moralnya: Jangan bawak anak pi shopping....unless shopping apa yang mereka suka.



Dah setel di Pekan Seriken, kami menuju ke Gua Pari Pari atau Fairy Cave.  Kalau tengok dari luar, macam takda apa apa pun Fairy Cave ni. Yang saya nampak binaan tangga untuk naik. Mula saya malas nak naik. Tapi alang alang dah sampai, naik je lah. Dah sampai atas, baru nampak entrance gua. Mula tak mau masuk juga....pastu tanya orang yang kluar gua tu...ramai tak orang kat dalam. Dia kata, ramai, masuk lah...So kami pun start lah mendaki....sampai kat dalam tu gelap gulita, bergantung pada cahaya handphone. And dalam tu nampak plak tangga...kecil dan curam. Tapi naik juga...abis basah dan kotor handbag, kasut dan seluar. Dah sampai atas, ada lagi tangga...hahaha. Saya surrender. Keadaan dalam gua, lembab walaupun ada cahaya. Tapi asben gigih daki sampai ke atas. Sampai ke binaan batu berbentuk fairy. Katanya, batu berbentuk  manusia terhasil dari titisan air lalu membentuk rupa sedemikian. Asben ada ambil gambar, tapi kurang memuaskan. Boleh terlihat patung batu yang dililit dengan kain merah. Mesti ada yang meletakkkannyer mengikut kepercayaan mereka kut.

Kena naik tangga ni dulu

Untuk masuk ke Fairy Cave ni, kena bayar ye. Ada satu pondok di tepi tangga untuk naik ke atas. Jangan lah buat buat tak pandang pulak.  Saya dengan si bongsu turun ke bawah dulu mencari minuman. Kedahagaan yang amat sangat dan kepenatan mendaki tangga tangga. Lama juga menanti mereka yang lain turun.

Fairy Cave dari dalam

Ada lagi tangga tangga untuk di daki

Jalan masuk...dlm tu ada tangga kecik untuk naik ke atas


Dari Fairy Cave, kami menuju ke Wind Cave pula. Wind Cave ni pun kena bayar juga ya. Children dibawah 17 tahun kalau tak silap saya adalah percuma.Wind Cave ni biasa biasa je. Pastikan anda membawa lampu suluh ya. Memang gelap gelita. Berbeza dengan Fairy Cave. Atleast Fairy Cave, ada juga cahaya dari dalam kerana ada ruang ruang kosong yang terbuka yang membolehkan cahaya masuk ke dalam gua. Wind Cave ni gua tertutup terus kecuali kalau dah sampai hujung hujung track baru nampak cahaya. Cuma Wind Cave ni sudah ada track laluan yang disediakan. Jadi just follow saja track tu. Walaubagaimanapun, agak slippery juga. Jadi berhati hati lah ya. Ada beberapa laluan di dalamnya...





Masa ni pun dah lapar. Kami singgah kat Pekan Bau. Nampak satu food court, so kami just stopped and makan kat situ. Takde spesifik kedai yang boleh di share apa makanan yang sedap di Pekan Bau ni..hehhee. Biasa aje. Saya order nasi ayam penyet. So saya taklah expect nasi ayam penyet tu macam kat Semenanjung ni. Dah setel makan, kami ke Tasik Biru. Masa tengah makan tadik dah hujan agak lebat. By the time sampai kat Tasik Biru, malas nak kluar kereta. If keluar, basah gak kut. And payung pun takde. So kami just tengok tengok Tasik Biru dari dalam kereta. Sebab apa dinamakan Tasik Biru eh....saya tengok air tasik macam kehijauan je...hehhehe...



Then kami pun nak berpatah balik ke Kuching. Sekali asben kata, jom ke Borneo Highland Resort...ehh..eh...tader dalam itinerary arini la bang. Sebab saya pikir, nnt nak pergi ke Rumah Panjang Bidayuh kat Kampung Annah Rais tu. Sekali harung ke Borneo Highland. Dia kata, takper....ada masa. Kita gi je. So, i follow...hahhaha.  On d way ke sana, hujan lebat juga. Dari Pekan Bau ke Borneo Highland tu dalam 1 jam juga. Kami sampai di kaki Borneo Highland dalam jam 0400 petang. Sekali bila tanya guard kat situ....sudah closed untuk visitor jam 0300 petang tadik. Ye lah...nak naik ke atas pun mau dalam satu jam 1 kut. Masa tu pun sure dah beransur gelap. Guard tu kata, datang esok pagi pagi hari..hmmm..hampa juga. Takpalah....jom balik Kuching. 

Sepanjang jalan masih hujan juga. Sampai Bandar Kuching pun still hujan. Ingat nak ronda ronda kat depan waterfront. Kensel je lah. Kami balik hostel, manda mandi dulu. Agak2 hujan dah reda sikit, kami jalan kaki ke Top Spot untuk makan seafood. Tak jauh dari hostel kami tu.

Carilah bangunan UTC. Top Spot kat sebelah dalam bangunan tu je. 


Kami pilih kedai ni. Rambang mata nak pilih kedai mana

Tu dia sayur midin....

Antara yang kami order for dinner

Ada lagi kami order  yang lain. Sup campur, ikan masak 3 rasa, telur dadar, nasi putih, soft shell crab with salted egg....Harga...boleh tahan juga. Takde le murah mana....pada saya la. Rege standard le tu. Dah kenyang, balik jalan kaki. By the time sampai hostel, rasa lapar balik...hahahah. Singgah Sonjuro Cafe sebelah hostel.