Hari Malaysia. Tahun lepas di Hari Malaysia saya berada di New Zealand. Tahun ni berada di Jogjakarta Indonesia pula. Tahun depan..hmm...tidak tahu di mana. Plan tu ada, jadi atau tidak tu yang tak tau tu...hhuhuhuhu...
Flight ke Kuala Lumpur jam 1105 pagi. Pak Muh kata, jam 1000 pagi pun sempat juga. So tak perlu lah rushing. Janji dia datang jam 0800 pagi. Selepas sarapan, sumbat semua bag masuk dalam innova...huhuh..orang belakang bersempit sikit lah sebab penuh dengan bag. Tak kisah sebab dah nak balik pun. Lagipun dari hotel nak ke epot tak jauh mana.
![]() |
| Breakfast dulu kat hotel |

| Bayar duit transport + supir |
Sebelum ke airport, Pak Muh bawa kami singgah satu kedai batik. Mulanya kami tak mau..kekonon nak lepak je kat hotel sebab dah penat. Tapi kami ikut kan juga lah...so masa kat sini, sempat le merembat beberapa helai tshirt dan kain batik dan kain pasang untuk dibuat baju.
![]() |
| Gambar dari Google. |
![]() |
| Gambar dari Google juga |
Pilihan tak banyak, dan mahal mahal belaka. Memandangkan memang kami tak sempat nak menyoping kat tempat lain, kami redah je lah. Selesai memborong, kami repack sekali lagi barang barang kami sebab ada yang dah terlebih kilo. So tumpang sana sini sikit sorang. Saya terlebih sekilo. Redah je. If kena bayar, bayar je lah...hehehhe.
Sampai di epot, sempat kami bergambar gambar dengan Pak Muh untuk kesekian kalinya. Kemudian datang sorang ni, macam porter, tolong angkat barang barang kami semua and bawak ke tempat wrapping. Dah siap wrap, siap timbang....kami ni dok ingat, bayar ikut suka hati je kat dia. Rupanya kena bayar ikut kebesaran beg...hahahha. Sabar je lah. Saya malas banyak cerita, dia minta, saya bagi je. Plus duit duit syiling yang berbaki tu, semua saya bagi je kedia.
Dalam kalut kalut wrap bag, drop luggage and nak tolak trolley, kami perasan ada satu bag lain atas trolley kami. Udah masing masing seriau...beg siapakah. Masa tu tak terpikir langsung itu beg Pak Muh, supir kami...hahahah. Memang tak ingat langsung, sebab masa tu sudah jam 1030 pagi. Semasa nak masuk boarding gate, kami beritahu pegawai bertugas yang kami jumpa beg atas trolley ni, and tidak tahu kepunyaan siapa. Mula ingatkan pakcik porter tu. Pegawai tu amik, gi scan dulu, pastu tak tau dia buat apa.

Bila kami sampai KLIA, Pak Muh tanya beg dia...hahaha. Kalut juga and kesian juga. Kami bimbang dia letak duit supir yang baru kami bagi pada dia dalam beg tu. Banyak wooo....kalau dapat kat orang tak amanah...wassalam le jawap nyer. Mujur akhirnya dia dapat juga kembali bag dia.
![]() |
| Bye bye Jogja |
Flight take off on time, and landing pun awal sikit dari biasa. Kat KLIA biasalah...sesak. Saya cukup tak suka melepasi kastam KLIA apabila pulang travel oversea. Saya rasa macam kelam kabut. Lorong bottleneck. Berebut2 orang masuk lorong, dari besar kemudian mengecil. Padahal, pada saya, boleh je dibuat lorong tu laluan untuk seorang sahaja. Takdelah berebut rebut macam tu.
Setel ambil barang, kami pun berpisah. Saya, Riny, Ayu dan Za singgah makan dan mengopi dulu. Yang lain lain terus balik. Jam 0530 petang, suami saya sampai. Tinggal Za sorang menanti kawan dia.
Tamat sudah trip Jogja kami. Kali ni tiada drama. Alhamdulillah perjalanan kami berakhir dengan baiknya. Dah beberapa kali travel bersama, saya rasa masing masing pun dah paham perangai masing masing. Kalau ada yang tersilap sikit sana sini, maafkan ajelah.
Insha Allah, lain kali kita travel lagi bersama.
Next: Hatyai Thailand dan Nha Thrang, Vietnam. Ada juga yang bakal ke Lombok.