Monday, 15 October 2018

Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 4

14 September 2018 - Jumaat

Hari ke 4 di bumi Indonesia. Hari ni dah janji dengan supir jam 0700 pagi. Aktiviti kami hari ni ke Merapi, Stonehenge, Prambanan Temple, Ratu Boko, Gumuk Pasir & Prangtritis.

Janji ngan Pak Muh hari ni jam 0500 pagi rasanya...hahaha. Sebab kami tak sempat breakfast pun. Breakfast start pukul 0600 pagi. Sampai ada yang cakap...eh...klu mintak macam kat Dieng tu boleh tak....sediakan breakfast siap siap...hehehhe. Tapi tak terkluar pun nak bagitau pihak hotel. So, awal pagi, kami pun memulakan perjalanan ke Merapi. 

Sesampai di Merapi, dua jeep sudah menunggu. Dua org drive sudah menanti iaitu Agus - ig: agusiteng dan Dian - ig: dianrama_d. Pak Muh tak ikut, cuma kami ber6 sahaja. Cuaca agak suram, dan kadangkala sedikit renyai renyai. Berkabus dan sejuk di Merapi ni. Masing masing memilih jeep, maka saya, Rose dan Eina satu jeep yang dipandu oleh Agus manakala yang lain bersama Dian. Agus sudah lama kata Pak Muh, jadi dia memang expert jalan di Merapi ni. Selain Dian dan Agus, ada seorang lagi jurugambar ikut sekali.



Bergegar gegar dalam jeep. Jalan sangatlah tidak elok. Batu batan merata, hasil dari tinggalan letusan gunung Merapi di tahun 2006 dan juga 2010. Sesambil memandu, Agus memberi penerangan tentang sejarah Merapi. Dahulu, banyak kawasan pendudukan disini, tetapi sekarang semua penduduk diarahkan untuk tinggal lebih jauh kebawah, jauh dari Gunung Merapi. Memula Agus membawa kami ke kawasan berhampiran dengan kaki gunung. Sayangnya, cuaca sejuk berkabus dan berawan. Maka kami tidak dapat melihat Gunung Merapi dengan jelas. Sesekali bila gunung muncul, cepat cepat kami mengambil gambar sebelum kembali ditelan kabus..hehhe. Di kawasan ini terdapat juga satu bunker dimana 3 orang mati didalamnya disaat gunung merapi meletus. Mati kerana abu panas dari gunung.

Nampak lah sikit Gunung Merapi..hehhehe



Selesai di sini, kami menuju ke kawasan Wisata Batu Alien. Semasa ke Wisata Batu Alien ni, jugurgambar tadik tak ikut sekali. Batu Alien ini adalah sebuah batu yang menyerupai muka manusia. Semua ini terjadi hasil letusan gunung Merapi. Selepas kejadian letusan, kawasan ini dijadikan kawasan pelancungan juga kawasan untuk mencari rezeki. Batu batan yang terdapat disini sesuai untuk dijadikan bata. Maka boleh dilihat banyak lori lori mengangkut batu batan di bawa keluar untuk di proses.  Di kawasan Wisata Batu Alien ni juga ada spot menarik untuk mengambil gambar. Malang juga, Merapi tidak muncul, maka kami pun tidaklah mahu ambil gambar disitu...hehehe..


Batu menyerupai muka manusia

Laluan lava semasa gunung merapi meletus
Dari Batu Alien, kami ke Museum Merapi pula. Museum ini sebenarnya adalah sebuah rumah yang paling mewah dan besar di Merapi ni, menurut kata Agus. Rumah ini dijadikan museum kerana disini boleh dilihat kesan bencana alam yang menimpa Merapi. Kawasan rumah ini terjejas oleh abu panas dari gunung yang  meletus. Boleh dilihat banyak benda mencair hanya kerana abu panas sahaja., seperti gelas, cawan, termos pot juga bingkai gambar dan berbagai bagai barangan lagi. Kalau lava yang melalui kawasan ini..hmm..ntahlah bagaimana keadaannya. 








Kemudian kami ke Stonehenge pula. Stonehenge juga didirikan dari batu batan yang ada selepas letusan. Tiada apa yang istimewa sangat disini. Perlu diingkatkan, setiap spot untuk bergambar akan dikenakan bayaran. Begitu juga setiap tempat tarikan untuk dilawati.  Sepergi pakej Merapi juga terdapat 3 pakej. Yang biasa, mendaki gunung juga melalui kawasan berair. Kami ambil yang biasa dengan bayaran IDR450,000 untuk satu jeep x 2 = IDR900,000.




Dan akhirnya kami berpatah balik semula ketempat mula mula kami mengambil jeep. Selesai membuat bayaran dan juga mengambil gambar gambar yang sempat dirakamkan oleh jurugambar yang ikut sekali tadik, kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu, kami singgah lunch dulu. Dan Pak Muh pun mahu solat jumaat dulu. Maka berlengah lengah le kami di tempat makan. Tenang sungguh kawasan sini, dikelilingi sawah padi.

Lunch kami, simple je. Tapi masih kurang kena dengan tekak saya...hahahhaa

Next adalah Temple Prambanan dan Ratu Boko. Memandangkan masa agak terhad, kami berbincang samada nak pergi ke dua dua tempat or satu sahaja. Prambanan cantik, dan Ratu Boko sangat sesuai untuk melihat sunset. Kalau memilih Ratu Boko, bimbang tidak sempat ke Gumuk Pasir dan Parangritis. Maka kami buat keputusan untuk ke Prambanan sahaja.




Tiada beza antara Prambanan dan Borobudur. Maklumlah....Jogja ni penuh dengan temple. Cuma Prambanan tidak tinggi sangat dan tidak perlu beria mendaki...hehehhe. Kawasan agak luas. Pak Muh memberi masa dua jam sahaja untuk kami explore Prambanan.  Saya memang jenis, asal sampai je kut. Or maybe sebab tiada beza dengan temple2 yang lain. Maka saya hanya duduk dan tidur manakala yang lain explore habis. Adakala saya jadi seseorang yang tidak suka nak explore lak ye...hahahha. 

Selepas pusing pusing di Prambanan, kami ke Gumuk Pasir. Gumuk Pasir ini adalah pasir pasir halus yang mana kita boleh sand boarding. Saya dah pernah ke Lancelin Dunes, Australia, jadi saya rasa Gumuk Pasir biasa biasa sahaja. Lancelin Dunes lebih cantik dan menarik kerana pasirnya putih. Sementara di Gumuk Pasir, hari hampir menginjak senja walaupun baru jam 0430 petang. Nampaknya tidak sempat ke Parangritis. Kami decided untuk kembali ke bandar Jogja. Plan malam ni mahu menonton raminten cabaret show pula di Hamzah Batik.



Kami minta Pak Muh hantarkan ke Hamzah Batik. Nanti kemudian  nanti kami akan balik sendiri ke hotel. Okay je, sebab taklah jauh sangat. Untuk cabaret show ni, hanya kami ber5 sahaja yang masuk. Ayu mahu membeli belah apa yang patut di Hamzah Batik. Sesampai di sini, tiket untuk VIP sudah habis, maka terpaksa lah kami berpuas hati dengan tiket biasa. Jenuhlah terteleng teleng kepala nak tengok...hahaha. Sebab pentas nya diatas, kami nya duduk di bawah. Lepas tu ada pulak tiang tiang yang menghalang. Apa2 pun, kawan kawan saya enjoy je menonton cabaret show ni. Saya jer yang banyak kali tertelap. Menarik cabaret show ni, tapi saya agak keletihan. Ntahlah...umur makin meningkat, tak tahulah masih sesuaikan ikut trip yang sebegini. Ataupun saya kena ikut trip yang santai santai sahaja kah...kekkekke.



Saya tak ambil gambar pun. Kawan2 beria juga mengambil gambar dengan penyanyi cabaret sekelian tu. Jam 0900 selesai cabaret show. Masing masing sudah kelaparan. Kami mencari kedai makanan yang terdekat, malangnya banyak yang dah tutup. Akhirnya kami decided,makan di hotel sahaja. Mujur makanan hotel tidak mengecewakan.  Dari Hamzah Batik, kami berjalan kaki sahaja menuju ke Prima In Hotel berpandukan google map. 

End of Day 4. 




No comments:

Post a Comment