15 September 2018 - Sabtu
Hari ke 5 di Jogja. Hari ni Pak Muh kata, jam 0800 pagi semua kena siap sedia. Kami mahu ke Jomblang Cave. Untuk meneroka gua ni, kena beli tiket awal, sebab hanya 25 kumpulan sahaja dibenarkan masuk untuk satu masa. Nak masuk ke sana pun, allahu....jalan punya hazab. Saya risau betul kalau kalau tiba tiba tayar pancit. Jalan penuh dengan batu batu besar. Sepanjang perjalanan masuk, banyak pokok pokok buah gajus di tanam. Macam ladang pokok gajus lak. Kami soh Pak Muh stop kejap ambil buah gajus...hahaha.
Setiba sahaja disini, cepat cepat Pak Muh minta duit untuk bayaran. Dan dia berlari lari pergi membeli tiket, sedangkan kami masih terhegeh hegeh mahu keluar dari kereta...hehhehe. Kemudian Pak Muh memberikan no 19 kepada kami.............hmmm...dalam nak cepat, dapat no 19. Ada yang lebih cepat dari kami. Untuk hari ini, saya perasaan, hingga no 22 sahaja.
 |
| Ramai ramai excited nak tengok orang diturunkan |
 |
| Tunggu turn |
 |
| Okay...now our turn....hehhehe |
Sebelum turun kebawah mengikut nombor turutan yang diberikan, kami dipakaikan safety belt. Memula kami memakai secara berdiri. Kemudian, para pekerja akan menguatkan ikatan safety equipment secara duduk. Masa ni kami tanya juga...kenapa mesti semasa duduk. Katanya, nanti kita akan tergantung diatas tali. Jadi, perlukan keselesaan secara duduk, sebab itu ikatan mesti dikuatkan semasa kita duduk. Berdebar debar juga menunggu giliran. Dalam group kami, saya dan Ayu akan dilepaskan dahulu. Fuhh...dup dap dup dap bila melihat kebawah. Lebih kurang 50 meter and lebih. Bayangkan dalam keadaan tergantung kami akan di lepas kan ke bawah.....Perlahan lahan kami dilepaskan. Keselamatan sangat diutamakan di sini.
 |
| Ready untuk di turunkan |
Sesampai di bawah, kami harus menunggu yang lain sebelum memulakan eksplorasi kedalam gua. Setelah semua turun, baru lah kami dibawa untuk menerokai gua. Jalan dialam gua ini sangat licin, berair dan gelap. Berpandukan lampu suluh dan juga lampu dari hp masing masing, kami berjalan perlahan lahan hinggalah sampai ke satu kawasan di mana terdapat satu lubang di bahagian atas dimana boleh dilihat sinaran cahaya matahari memancar masuk. Subhanallah...sangat cantik pemandangan didalam gua ini. Di bahagian bawah pula, terdapat aliran sungai berwarna biru kejernihan. Tapi saya tidak berani memandang jauh kebawah, kerana agak licin dan dalam. Kami cuma berada di sekitar lubang yang menerima pancaran cahaya matahari sahaja.
 |
| Jom explore |
 |
| Licin dan basah. Kena sangat berhati hati |
Setelah puas bergambar, bermandikan air titisan didalam gua juga bergelumang dengan lumpur dan lecak, kami berpatah balik ke tempat asal untuk di tarik naik ke atasa pula. Yang menariknya aktivit gua Jomblang ini, tugasan menaik dan menurun dikawal secara manual dengan mengunakan tenaga manusia. Orang orang tempatan disini mengerah tenaga untuk menaikan semula peserta dari bawah. dan mereka juga mengawal kelajuan dan kekuatan. penaikan dan penurunan. Lebih kurang 30 orang tenaga manusia digunakan. Bagus dari segi menjana pendapatan untuk orang orang tempatan.
 |
| Bersedia untuk dinaikkan pula |
 |
| Okay...tarikkk... |
 |
| Orang yang menarik di atas...huhuhu |
Sesampai diatas, kami menukar boot dan membersihkan badan mana yang perlu. Kawan saya terjatuh di dalam gua...fuh...terus bergelumang lumpur. Maka pakaian pun harus lah ditukar. Saya pula, since memakai raincoat, maka tidak banyak kekotoran. Hanya di bahagian kaki sahaja, kerana boot saya bocor. Nasihat saya, semasa memilih boot, pastikan boot anda tidak koyak. Check betul betul. Boot bocor abis lumpur masuk, jenuh nak basuh kaki kecut.
 |
| Muka lega dah selamat sampai atas..hahaha |
Didalam pakej Jomblang ini, makan tengahari di sediakan. Maka dapatlah kami sebekas nasi berlaukkan ayam dan tempe juga sayur dan sebotol air mineral. Khidmat jurugambar juga ada, maka boleh lah kami memilih gambar yang kami suka dengan bayaran IDR50,000 untuk 2 keping gambar kalau tak silap saya. Gambar bersama group, juga gambar semasa menuruni kebawah ke pintu masuk gua.
Selesai di Gua Jomblang, kami menuju ke Pantai Timang pula. Sesampai di sini, kami harus menaiki jeep juga. Bayaran untuk satu jeep adalah IDR350,000 x 2. Masa ni Pak Muh ikut sekali, maka saya, Eina dan Ayu terpaksa duduk dibelakang...huhuhu...bersempit sempitan. Jeep di Timang ni kecil sahaja tidak seperti jeep di Merapi...dengan jalan yang berbonggol bonggol kerana batu besar. Bergegar gegar segalanya. Perut pun bergegar gegar...hahaa. Sebelum bergerak ke Pantai Timang, kami singgah di Restoran Lobster untuk membuat tempahan makanan. Kami akan makan sekembali dari Pantai Timang.
 |
| Bersempit dalam jeep kecik ni haaa... |
 |
| Sebelum gi Pantai Timang, pilih lobster dulu. |
Sesampai di Pantai Timang...masya allah...subhanallah...cantik sungguh. Dengan pukulan ombak laut yang membesar, pemandangan disini menyenangkan. Bagus sungguh kerajaan Indonesia pandai menjana pendapatan pelancungan. Disini juga, tenaga manusia digunakan. Terdapat dua cara untuk menyeberangai ke pulau kecil di seberang sana. Dengan menaiki gondola juga menaiki jambatan gantung. Untuk gondola, bayaran IDR200,000 setiap seorang, manakala jambatan gantung adalah IDR150,000 seorang. Ayu memilih untuk jambatan gantung, manakala kami yang lain memilih gondola. Ombak sangat kuat disini. Za denga Eina terkena simbahan ombak sebelum menaiki gondola. Rose nyaris nyaris terkena selepas turun dari gondola. Riny siap menghitung masa bila ombak besar untuk mengelak terkena simbahan...hahha. Macam macam.....
 |
| Sunset di Timang Beach |
Setelah puas bergambar, kami kembali ke restoran Lobster Pak Sir untuk mengisi perut. Perjalanan dari Pantai Timang ke kawasan pekan kecil tadik lebih kurang 20 minit. Bayangkan dalam jeep size vitara tu isi 5 orang...huhuhu. Bergegar gegar lagi.... segalanya...hahaa.
Sampai di restoran kami tidak menunggu lama, sebab kami dah buat tempahan awal. Maka dapatlah kami 6 ekor lobster dimasak dua jenis iaitu sambal dan butter, sotong goreng tepung, nasi putih, tempe goreng, ulam dan sambal dan juga air pilihan masing masing. Wallaaa...memang nikmatun sungguh. Lobster sangat sedap. Berbaloi baloi bayar IDR1,400,000 untuk 6 orang. Yang best sebab air memang included in the package, tambah banyak mana pun air, bayaran still sama.
 |
| Meriah meja. 1.4 juta je semuanya. Kenyang...burrrpppp |
 |
| Meninggalkan kenangan |
Dah kenyang makan, kami kembali kebandar Jogja. Singgah sebentar di Bukit Indah Jogja. Disini kami dapat melihat keseluruhan bandar Jogja di waktu malam. Kami sempat singgah ke kilang bakpia. Bakpia adalah sejenis makanan yang sangat terkenal di Jogjakarta. Seperti macam pastri yang mempunya pelbagai inti. Saya cuba pelbagai inti tapi lebih menyukai inti kacang hijau. Ada inti coklat, nenas, keju dan juga telur ungu (seperti sejenis ubi dipanggil ).
Kemudian kami kembali ke hotel. Esok hari terakhir di bumi Jogja. Flight ke Malaysia jam 1105 pagi. Maka Pak Muh akan datang ambil kami jam 0800 pagi. Balik ke hotel dengan senang hati. Malam pack barang siap siap dan timbang siap siap. Mana yang terlebih luggage tu, tumpang lah sapa sapa yang memang ada baki luggage.
End of Day 5

No comments:
Post a Comment