Monday, 15 October 2018

Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 2

12 September 2018

Janji dengan supir, dia akan datang pada jam 10.00 pagi untuk ambil kami. Kemudian akan ke airport untuk ambil Za dan Riny pula. Mereka touch down nanti dalam jam 11.05 pagi.  Bangun pagi, kami terus pergi breakfast di roof top. Kecil je tempat ni, tapi menarik. Dah siang, banyak yang dapat kami pandang. Boleh nampak Hotel Neo Malioboro dan banyak juga hotel hotel lain yang berhampiran.  Breakfast kami hari ni, nasi goreng, cucur jagung, coffee dan tea. Baik je orang orang disini melayan kami. Masa kami sampai, lupa nak bawa coupon makanan. Tapi sebab malam sebelum kami dah naik atas, diaorang pun dah kenal...hahhahha....sebut terus nama saya juga nombor bilik.

Cekodok jagung ngan nasi goreng. Klasik tul bekas air kopi tu...

Gula, kopi teh bagai....

Kat rooftop

Kami lepak lepak di roof top. Kemudian turun semula kebilik untuk bersiap siap untuk berjalan. Masa panjang lagi. Kami jalan jalan sekali lagi di Malioboro Street dan juga di lorong lorong tikus yang sangat bersih ni. Rasa macam masuk rumah sesat dan mencari jalan keluar...hehhehe. 

Kebanyakan lorong, besar ni je..

Kat main road. Nanti supir ambil kat sini..

Sepanjang jalan 

Depan hostel.

Dah abis kami pusing sekitar perumahan, kami balik ke hostel untuk ambil barang. Masa tu sudah hampir jam 1000 pagi. Sekali lagi mengheret beg ke jalan besar. Sudah berjanji dengan supir untuk menanti di tempat yang sama semasa dia turunkan kami. Dari sini, supir membawa kami ke satu tempat, untuk kami meninggalkan barang barang yang tidak perlu. Cuma bawak beg yang kecil sahaja untuk ke Dieng. Sesampai di rumah itu (rumah kawan imam katanya. Imam tu anak dia), kami mula terpikir pikir. Tinggalkan beg di sini, nanti kena datang semula untuk ambil. Membuang masa sahaja...tetapi avanza memang tidak muat untuk mengisi 6 bag. Masa ni kami start argue juga...kami kata, semasa deal dengan imam, katanya dia akan gunakan innova sebagai transport kami. Tetapi kenapa hari ini kami masih menggunakan avanza. Avanza agak kecil untuk 6 orang juga 6 bag. Kebetulan pada masa itu, dirumah kawannya imam ada sebuah kenderaan mpv yang lebih besar. Kawan2 kata, kenapa tidak ambil sahaja kenderaan mpv itu. Lebih besar dan selesa. Kami pun berpikir yang sama. Tetapi supir kami ni agak ragu ragu...kemudian siap tanya berapa yang telah dipersetujui antara kami dengan imam. Bincang punya bincang, dia kata tambah lagi 600k jika mahu guna kenderaan yang lebih besar. Kami minta 500k sahaja and dia agreed. Bila kami masukkan bag, semua bag muat. Kami dah ambil kira beg Za dan Riny, masih ada ruang. Makanya, kami pun bawa semua bag kami....kan senang. Dari kena tinggalkan, kemudian kena ambil semula. Tapi memang selesa. Saya tak ingat kenderaan mpv apa....hahahhha...

Sementara menanti setel pasal kereta...makan putu bambu dulu...hehhee

Kemudian kami terus ke airport. Untuk bayaran parking di airport, kami kena kluarkan duit lain. Tak termasuk dalam pakej supir. Lama juga kami menanti Za dan Riny. Akhirnya jam 1200 lebih baru mereka keluar. Dan kami meneruskan perjalanan ke Borobudur. Sebelum ke Borobudur, kami singgah lunch dulu di . Okay jugalah makanan di sini. Kemudian singgah di satu tempat untuk membeli tiket masuk ke Borobudur. Disini kami dapat sedikit diskaun, maka kami hanya membayar 2,100,000 utk harga tiket bagi 6 orang.

Lunch kat sini

Complete dah 6 orang

Our lunch

Sesampai je di Borobudur, sebaik turun sahaja dari kereta, kami dah kena serbu. Diserbu oleh para peniaga disitu. Hadoii...rimas you. Jenuh nak mengelak. Since masa ni tengah panas, ada yang nak beli topi. Lepas beli, sila lah lari laju laju dari situ. If not, memang kena block habis, sampai susah uols nak bergerak.  Pastu pastikan tawar harga. Kami aritu, tak tawar harga. Seorang kawan saya, terus beli topi. Padahal harga boleh kurang lagi. Tapi sebab dia dah bayar 100k, yang lain tawar pun, peniaga tu takmau. Kawan sudah beli dengan harga 100k katanya. Uishh...maka redho lah kami membayarnya..huhhuhu




Mendaki Borobudur, menguji kesabaran....hahhaha. Pada yang biasa, okay je la kut. Tercungap juga saya nak sampai ke atas. Cantik Borobudur ni. Kami terjumpa satu tempat yang meletakkan kain kain batik untuk di pakai semasa ke Borobudur. Maka kami denga muka tak malu, pergi la situ mintak kain. Sekali katanya, untuk yang bercelana pendek sahaja...hahahhahha. Jom pakat pakat pendekkan seluar. Kami bercelana panjang enggak perlu pakai kain batik...keekeke. Kami berminat sebab nampak cantik kain tu. Seragam je kalau di pakai bersama. Tapi tak merasa....

Paling atas sekali...

Pak Supir bagi masa 2 jam sahaja untuk kami menjelajahi Borobudur ni. Saya macam biasa, bukan kaki explore sangat kalau bab bab temple ni. So sekadar pergi mana yang patut je. Cukup 2 jam, kami pun bergerak keluar. Semasa nak keluar ni pun hazab juga. Pandai pandai lah mengelak daripada para peniaga disini. Mereka akan ikut kita sampai kita rasa rimaslah. Konon nak juga membeli souvenier sebarang dua. Dah macam ni keadaannya...hmm....semua tawar hati. Kami jalan laju laju sahaja. Semasa peniaga ni ikut, jgn cakap apa apa. Kalau kita cakap, tak mau...selagi tu dia ikut dengan memujuk rayu suruh membeli. Buat muka blurr je lah......geleng pun tak payah. Jalan je terus sampai ke parking. 

Dari Borobudur kami terus ke Gereja Ayam. Sesampai di Gereja Ayam jam sudah hampi 0430 petang. Gereja Ayam juga sudah di tutup. Tapi katanya, kalau setakat nak jalan jalan di luar, boleh sahaja. Cuma tidak boleh naik ke atas. Bincang punya bincang akhirnya kami buat keputusan, terus ke Dieng. Dari situ nak ke Dieng pun ambil masa dalam 2 jam lagi. 

Didalam kereta, pak supir kata, esok kena pergi awal untuk kejar sunrise di Bukit Sekunir. Sebabnya, dari hotel yang kami booked tu  nak ke Bukit Sekunir dalam 1 jam setengah lagi. Supir kata, kenapa pilih hotel jauh. Manalah kami tauu....hahhahhaa. Dah Bukit Sekunir tu di Dieng, maka kami ingatkan Dieng Kledung Hotel tu dekat dekat situlah juga. Esok kena kluar jam 0245 pagi kata pak supir and kami pun macam....erkkk...krikk...krikkk....

Dieng Kledung Pass

Sesampai di Dieng Kledung Hotel, kami tanya juga pekerja di situ, since kami booked hotel ni, breakfast included, maka esok kami keluar awal, boleh tak dapatkan  bekalan breakfast untuk kami. Bagus hotel ni. Katanya akan diuruskan. Pak Supir juga bagus. Dia pastikan kami dapat apa yang sepatutnya kami dapat. Disini kami booked 2 bilik. So marilah lat talilat talilat tamplong...untuk menentukan siapakah rakan sebilik kami...hahha. Kami buat begini untuk mengelakkan sesama kengkawan kecil hati. Kita semua kawan, so kita berlaku adil pada semua. Siapa saja rakan sebilik, terima seadanya. Maka saya, Eina dan Ayu dapat sebilik. Sukerrrr.....

Sambil sambil tanya leh arrange breakfast esok dak...

Restaurant kat Dieng Kledung. Dah nak tutup...tp depa tunggu juga kami dinner

Bilik saya, Eina dan Ayu...

Bagus hotel ini, kerana walaupun restoran mereka sudah hampir nak tutup, memandangkan kami baru baru sampai, mereka sanggup tunggu kami dinner dulu. Sangat bagus.....Selesai dinner, kami masuk bilik masing masing, set jam kul 0200 pagi. Masa dinner saya ambil sup sapi...huhuhu...sungguh tidak kena dengan tekak saya. Actually, saya bukan pemilih sangat, tp ntah...hahaha. Masuk bilik kami mandi manda, kemas apa yang patut, tidur terus. Tapi tak lena...hahahhaha....takut terlepas waktunya. 

End of Day 2.




No comments:

Post a Comment