Showing posts with label Hokkaido. Show all posts
Showing posts with label Hokkaido. Show all posts

Friday, 3 March 2017

Japan Here I Come - Day 6 - Sapporo, Hokkaido - Back to Tokyo

15 Disember 2016 (Thursday)

Hari ke 6 di bumi Jepun dan hari kedua di Sapporo Hokkaido. Our flight back to Tokyo jama 08.40 malam. So kami ada full day gak le nak jalan jalan kat Sapporo. Our plan kekonon nak ke Otaru Canal kensel. Sebab apa eh....ntah. Malas nak ingat apa sbbnya. Lepas je kami checked out Tobu Sapporo Hotel kami pusing pusing depan hotel dulu main salji. Memang kemaruk salji tul. Dah namanya misi ke Hokkaido nak tengok dan main salji je kan...kekkeke. Dah puas main salji, kami menuju ke Hosui Susukino untuk ke JR Sapporo Station.

Checked out

inazane@inazzane

inazane@inazzane
Depan hotel jewwww

Pepagi hari ramai pula orang. Train asik penuh, kami pun biarkan ajer train berlalu. Kali ke3 kut train sampai, baru kami naik. Sampai kat Sapporo Station, kami simpan luggage dulu dalam locker. Masa kat sini jumpa satu family from Malaysia. Baru sampai. Nak simpan barang gak. Sembang sembang ala kadar, kami pun pergi mengopi dulu. Sejuk sejuk ni memang serba tak kena je. Jadi malas nak kluar. Macam silap pilih tarikh plak ek...tp still nak gak main main salji. Sambil sambil mengopi, kami gugel camner nak pergi ke Former Hokkaido Government Office Building. Senang je sebenarnyer...hehehhe. Cehh..ckp senang lagi...kang orang baca, sure menyumpah....asik ckp senang. Yang dah sampai opkos kata senang...kekekke. Ni saya attached kan map yang kami dapat dari Hotel Hokke Club. Masa kami cari bangunan ni, map ni belum dapat lagi tau...kami berpandukan kepada google maps semata.

Nampak dak....

Bungkussss...hehehhe

Nun jauh di belakang sana Former Hokkaido Government Office Building


Salji macam biasa, on and off. Kejap turun, kejap stop. Yang best sbb salji sangat tebal. Rasa nak guling guling je....Memang sejuk giler masa ni. And ada setengah kawasan, dah jadi berais. Basah lenjun sluar. Kami ni kejap kejap masuk building...kejap kejap kluar balik main salji. Pastu masuk balik building..hahahha.

inazane@inazzane
Promote Min Kaffe lagi

Kat Former Hokkaidao Government Office Building ni x lama. Kami kluar and cari convenient store untuk beli onigiri. Kelaparan dah benonyer.  Kami masuk ke Akarenga Terrace. Dekat je ngan FHGOB ni. 

Image result for akarenga terrace
Gambar google
Kami masuk betul betul dari entrance ni. Dalam ni panas sket. Sambil makan onigiri, sambil layan tenet. Tak mampu benonyer menahan kesejukan...hehhehhe. Lama gak melepak dalam ni. Sambil sambil jamu mata. Banyak gak kedai, tp mcm biasa, no pictures taken. Dah rasa puas memanaskan badan, kami mula mencari Horyu Ramen Halal yang mana ramai geng RTJ (Road To Japan) perkatakan. Jenuh gak mencari. Jalan punya jalan kami kami masuk lobby Hokke Club tanya direction. Staff situ siap bagi map lagi....hehhee. And kebetulan juga, masa ni kami tengah mencari airport transfer dari Tokyo ke Narita International Airport. Kami contact one of RTJ member melalui wasap. Pada dia pun kami tanya gak. Mujur dia baru je pergi ke Horyu Ramen ni. So direction hampir tepat. Sama seperti yang receptionist kat Hotel Hokke Club tu bagitau. 

Dah dapat direction, kami meneruskan perjalanan, and on d way mencari restoran Horyu Ramen, kami singgah dulu di Odori Park, Clock Tower anda juga City Hall. Sambil lalu lalu jer dan menikmati keindahan dan keadaan sekeliling.

Odori Park

Sapporo Clock Tower


Promote Min Kaffee...hahahhah..tp x clear

Jenuh juga mencari restoren ni. Namun berpandukan kepada map yang Hotel Hokke Club bagi tu juga direction dari ahli RJT, kami akhirnya sampai jua. Sila rujuk kat SINI ya sbb hkak dah tepek siap siap map nak ke Horyu Ramen ni..heheh. Restoran ni kecik jer. Saya perasan, if restoran halal, mesti kecik. Takde besar mana. Boleh muatkan dalam 10 - 15 je kut. Satu meja leh duduk 5 0r 6 orang. Masa sampai disini, tak tau juga nak order apa. Main bedal je lah. Okay ler ramen ni. Portion besar, sbb mangkuk besar. Actually boleh order yg kecil. Mentamak kekonon lapar. Tp tetap habis hehhehhe. Kami order Genghis Khan Ramen. Cuma satu jer yang saya tak braper nak suka...terasa kuat sangat bau ke lembuan nyer...kkekekek. Kena taruk sort of mcm cuka or something masam masam sket, baru sedap dimakan. Tp dagingnyer memang soft and very juicy.

Sampai sini perati betul betul. 

Yang kami order

Dah kenyang kami beredar. Masa ni ramai lak customer datang. Kami siap bagi cadangan, if nak makan, order yang ada soy bean paste tu...kekkkeke. Sbb ada rasa pedas2 sket. Kami tibai Jah punya, sbb Jah order yang tu. But to me..not too bad. Sedap jer. Yang penting halal.

Kami meninggalkan Restoran Horyu Ramen dan menuju semula ke Sapporo Station. Masa ni jam dah hampir pukul 3. Flight ke Tokyo jam 0800 malam. Sambil sambil kami menyusuri jalan di dalam kesejukan, terjumpa pula Tanukikoji Shopping Arcade. Jamu mata dulu. Jamu mata jer....mmg xde plan nak beli apa apa pun. Nak beli beauty cream, tp isi kandungan more that 100 ml. Sbb kami x amik luggage so dare not to take the risk. Kang haru je kena buang.  Selesai di Tanukikoji, kami terus lagi berjalan ke hadapan menuju ke Sapporo Station. Sampai di sini, kami terus ambil luggage. Rehat seketika, kami pun turun ke subway untuk pergi ke New Chitose Airport.  Masa ni dah hampir jam 0500 petang kut. Saya pun ingat ingat lupe je. Maafkan saya (dah tua makin pelupa. Risau sesangat sebenarnya...takut penyakit lupa berpanjangan).  Sbb kadang2, bukan setakat lupa. Hilang ingatan. Dalam masa beberapa mnit jer boleh lupa apa yang saya buat sebelum tu. Amnesia sekejap..hahhaha.

** Untuk tengok map jalan jalan di Sapporo (Odori Park, Sapporo Clock Tower, City Hall, Tanukikoji Shopping Arcade, boleh tengok map kat SINI

Kami turun ke platform yang di tetapkan (follow signboard je masa ni. Platform berapa pun tak ingat). Tp jangan risau, Sapporo Station ni tak byk platform. Sementara menanti, sampai ler satu train bertulis Chitose. Mamai semua kut gamaknyer...termasuk ahkak. Kami meluru masuk trus ke dalam train tu. (Dah jadi mcm kes hari pertama di Tokyo). Dah halfway, baru saya perasan, kami ni sebenarnya nak ke New Chitose Airport. Nampak jer train Chitose selamba je masuk...but actually itu adalah train yang berbeza.  Kami sepatutnya ambil direct train ke New Chitose Airport. Dalam train dah kalut (ai ler..kekkek). Saya tanya one of the japanese dalam train tu. Is this train going to the airport and he said NO. Wallaaaweeeyy....nak ke airport je lebih kurang 40 minit. Ai dah kalut kalut. Then tanya lagi orang tu...where can we stop to take train to the airport. Dia kata, train ni akan stop kat Last Stop. Turun situ and wait for train to New Chitose. Kami menurut perintah, bila org tu turun, kami pun turun ler kat last station tu..yang mana kami tatau apa nama station tu...hahhaa. Takdan nak jengah. Sbb dalam kesejukan dan dalam kerisauan.

Ni le stationnyer.....sunyi sepi

That Japanese man tu, bila turun jer dari train, trus masuk laluan bawah tanah. Nak tukar train kut. Dia kata, wait here. Menantilah kami dalam kesejukan. Sungguh tak ambik gambo. Rugiii...rugi. Stesen tu stesen lama kut. Sunyi plak tu. Ada satu bahagian jer yang bertutup sbb tu tempat lift. Menggigil gigil weh laa. Kejap2 masuk dekat lift tu...kendian kluo. Lama jugak nunggu train. Ahkak dah debo2 weh. Kang tak sempat lak kejo flight.  Ada beberapa train berlalu di stesen ni, dan akhirnya kami nampak train bertulis New Chitose. Perghhhh legaaa.....

Kami akhirnya selamat sampai ke airport New Chitose dan berlepas ke Tokyo mengikut waktu. Lebih kurang 2 jam, kami selamat mendarat di Narita International Airport. Masa ni jam dah mencecah waktu 10.00 malam. Sekali lagi akak menggugel last train ke Tokyo. Baru arini nak check tauuu...hahaha. Sebelum2 ni idak terpikio nak check. Hadoiii la. Flight mendarat di Terminal 3. Kami kena pergi ke Terminal 2 untuk amik train Keisei Liner ke Oshiage Skytree Station. Bila check, last train ke Oshiage Skytree Station jam 10.15 malam. Dah agak if berjalan kaki sure tak sempat. If naik shuttle bus pun, tak pasti sempat ke tidak, but we still amik shuttle bas.  Sampai jer di Terminal 2, kami berlari lari pi nak beli tiket Keisei Liner ke Oshiage. Sampai kaunter je orang tu kata, last train dah lepas. Dia suruh kami gi naik JR Line. Berlari lak pegi kaunter JR Line kat sebelah. Sampai situ, miscommunicate lak ngan org situ. Dia kata takde train ke Oshiage. Mmg ler takde...tp  org kat Keisei Liner kaunter tu kata, boleh amik and stop somewhere (masa ni taktau lagi mana patut stop) and transfer ke Oshiage. Dlm kalut kalut berbalas balas ckp, datang lagi sorang staff ni...mujur dia paham English. Dia pun trus belikan tiket tuk kami. Baru dia sempat beli 3 tiket, last train sampai. And dia ckp...just go. The last train is here. Kami kata we have only 3 tickets. It is okay. Pay fine kat next station katanya. And dia sebut stop at station ******* (x dgr dah masa ni sbb dah berlari nak kejar last train) and transfer to Oshiage.

Elok je kami sampai kat platform, train was about to jalan. Copot copot masuk. Dah masuk dalam, baru masing masing bertanya...nnt kena stop kat station mana....hahhahah. Mengong weehhh....sorang pun takleh recall. Yang kami dengar, shi shi jer ujungnya. Jauh juga perjalanan hampir jam 12 malam kami still in the train. Dengan muka cuak ahkak ni..(travel buddies ai relaks je tawwww). Sambil tanya tanya sambil belek belek subway map. Sambil sambil tu dengar what is the next station. Jauh perjalanan nyer uols. Bila annouced next station adalah Chiba, saya tgk balik train route map...tarraaaa...nampak dah. Then next station -->Tsudanuma. Perggh lega. Dah jumpa laluan...haha. Sebelum tu nama nama station yang lain xde subway apps map. Dah dpt point situ, saya meneliti laluan. Rupanya kena stop kat station Kinshicho. Tu yg kami dengar shi shi tu...cho nyer x dengar kekeke. Turun di Kinschicho, kena transfer ke Hanzomon Line plak. Kena kluar dari train station ke subway station. Kat sini pun..kami nampak kat elektronik signboard, last train dekat nak sampai. Dengan 3 ticket, kena explain lak kat org situ naper ada 3 tiket. Tp nasib mmg baik betul. Tak banyak soal, dia lepaskan ajer kami lalu. Tak perlu bayar apa apa.


**Nampak dak. Dari Narita (Sobu Line / Narita Line) stop dekat Kinshicho then tukar ke Hanzomon Line ke Oshiage Skytree Station. Panjang routenya. Patutler jauh.....

Berlari lari lak kami ke Hanzomon Line. Masa ni akak bengong tul....dek sebb nak kejar subway sangat...dok jerit2 suh depa kluarkan 3 days tokyo metro pass. Lupa u...pass tu dah expired. Masa tu mujur erra ngan jah nak beli ticket sbb pass depa tinggal kat apartment kat Tokyo. Elok je slot in, tak lepas...haahha. Gi kaunter, org tu kata dah expired. Ngek tul. Kalut punya pasal. Nak tergolek erra ngan jah ketawakan ai. Sampai balik Malaysia depa ketawakan saya....apa punya incident.

**Moral of the story...wat lek wat pis je. Jangan kalut hokeyyy.

Dari jauh saya suruh depa belikan 4 tiket. Tp nak jadi hal...bila nak lepas penghalang, erra slot kan ticket dia...tiketnyer kena telan pulak. Kami dah xde masa nak tanya kat orang dekat kaunter tu lagi dah, sbb tau last train nak sampai. Saya kata, nnt tiba next station, kita explain je lah. Macam sebelum ni explain naper kita ada 3 tiket. If kena bayar denda, kita bayar je. Maka naik ler kami last subway train ke Oshiage. Sambil gelak gelak tak hengat mengenangkan incident sebelum. Masa tu dah tengah malam kut. Sampai Oshiage Skytree Station, masa nak kluar tu kami gi kaunter and try to explain naper kami ada 3 ticket. Sekali lagi kami bernasib baik sungguh lah. Org tu lepas je tanpa sebarang denda.

Dari Kinshicho ke Oshiage tak jauh. Dalam 2 minit je kut. Tp memang pengalaman la. Bila kenang kenang balik...memang mengong tul. Saya ni jenis cepat panik. Tp mujur travel buddies okay. Dah sampai apartment depa ckp ke saya...awat kak. Lek ler....xde sapa nak marah pun hahaha...i learned a lot things actually....

Sampai apartment (rasa mcm rindu lak kat apartment ni...hehehe). Seribu satu macam kelegaan. Rasa macam dah sampai rumah sendiri. Malam tu kami tidor lena. Malas nak pikio agenda esok.

Alhamdulillah kekawan tak mengomel banyak. Redha je ngan plan akak ye. Sesat pun sesat le. Tak sempat pegi few tempat pun xde hal. Xpa...lain kali kita datang lagi..hehhee.Asal jangan serik udah...




Monday, 13 February 2017

How To Go To Horyu Ramen Halal - Sapporo

Kami kesesatan mencari restoran halal ni. Tapi orang lain macam senang jer nak cari. So, meh saya kongsi bagaimana cara nak cari Restoran Horyu Ramen Halal ni. Blog INI  ada cerita pasal ramen halal ni. Juga boleh baca di blog Halal Media ni. Sebenarnya senang jika kita memahami reka bentuk bandar Sapporo itu sendiri. 

Cara paling dekat untuk ke restoran ini adalah dengan berhenti di Susukino Subway Station. Kluar dari stesen Susukino, sila pastikan bahawa restoran McDonald berada di sebelah kiri dan Lafiler Shopping Center di sebelah kanan. Berhadapan dengan McDonald adalah Hotel Toyoko Inn Susukino. Turn right and jalan kedepan sampai satu traffic light. And jalan lagi kehadapan. Just before another traffic light, ada police station. Sampai di sini, sila perhatikan betul betul. Ada one more traffic light kat depan. Restoran tu sebelum traffic light. Kalau dah berada dekat police station tu, seberang jalan je. Horyu Ramen Halal ni di seberang jalan. Betul betul tepi jalan. (Refer pada map di bawah) 

Maps ni saya dapat dari Hokke Club Hotel. Beria orang tu explain kat kami macamana nak pergi. About 25 - 30 minit juga kami berjalan. Since winter...tak terasa sangat lah. 







Kami order yang ni. Yang kuah merah tu sedap. Namanya Ramen Noodle in Peppery Bean Paste Broth. Yang kuah jernih ada telur tu kalau tak silap  Kire Uma Miso Ramen. The other two adalah Genghis Khan Miso Ramen. Yang ini berunsurkan daging. Beef very juicy...tp bau beef tu...x menahan..hahhahhaa. Kami ter order bowl besar hehehhe. Jenuh nak kasi perabis. Actually boleh pilih, nak big bowl or small. 




Thursday, 2 February 2017

Japan Here I Come - Day 5 - Sapporo, Hokkaido

14 December 2016 (Wednesday)

Lebih kurang jam 3.00 pagi kut, kedai kedai sekeliling tempat kami tido tu mula beroperasi. Ada satu convenient store ni memang beroperasi 24 jam. Yang lain nya mula dibuka seawal pagi. Terkejut juga, sbb bunyi krenng krenngg depa buka kedai. 

Flight kami ke Sapporo jam 0740 pagi. Alang alang dah terjaga, kami membersihkan diri. Toilet dekat je. Memang selesa sangat ler tido di Terminal 3 ni. Tidor pun nyenyak sangat. Kami mengopi dulu (itu jer yang mampu, sbb yang lain tak braper nak yakin). Sambil mengopi, sempat juga layan drama korea...hahhaha. Wifi free le katakan.

Kisok check in...sonang ajo..
Jam 0700 kami checked in dan trus masuk boarding area.  Tak banyak kerenah sangat. Cuma, Jetstar disini, sebelum masuk perut kapal terbang, depan entrance tu ada mesin penimbang ye...hahhah. Dan staff juga dok perati sesaper yang luggage agak agak heavy dan dia suruh timbang siap siap. Ada beberapa orang, luggage memang lebih dari yang sepatutnya. Masa ni hujan renyai renyai di Tokyo. Dalam hati berharap dapat tengok snow fall kat Sapporo. The reason nak ke Hokkaido, semata mata nak tengok snow...boleh gitu. Sanggup bayar accommodation untuk dua tempat iaitu di Tokyo dan Hokkaido....semata mata kerana salji....hehhehhe. Sbb kami booked apartment ngan airbnb utk 7 malam di Tokyo. Then last minit tukar plan nak ke Hokkaido...and biasalah akak ni aci malas nak tukar tukar semua ni. So redah ajelah.....so takde susah2 nak checked out and checked in balik. And travel partners pun tak kisah kan...

inazane@inazzane
Couch kat dlm boarding area. Leh lepak lepak lagi hehheheh 
Lambat juga dapat masuk perut kapal. Hampir kul 0800 kut baru dpt masuk. And kena tunggu lagi sekejap. Tak lama baru kapal terbang berlepas. Hampir 2 jam.....membuta sahaja. Bila dah nak hampir ke Sapporo, boleh nampak warna warna putih salji dari atas. Seronok tul Erra...tercapai hajat nak tengok salji...hehhehhe.

Dlm flight
inazane@inazzane
Memutih jer...

inazane@inazzane
Pemandangan Sapporo dari dalam flight
Landed je kat New Chitose, kami trus gi ke JR Office. Kekonon nak beli Otaru Welcome Pass. Lama...pikir pikir...then org tu kata...x beli kat epot pun xpa. If bercadang nak pergi juga, boleh beli kat JR Office kat Sapporo Station. So kami pun beli tiket nak ke Sapporo Station je lah.

Byk sign mcm ni kat Airport New Chitose. Cuma gambar jer berbeza

Nak beli Otaru Welcome Pass...kekononnyer..
New Chitose Airport ni kecik je. Takde le besar mana. And takde le sesibuk kat Tokyo.  Sampai di Sapporo Station, kami simpan backpack dulu. Kekonon nak cari Horyu Ramen Halal. Direction google maps bagi dah betul...tp kami yang tak reti nak ikut kut..hahah. Melilau lilau ntah kemana. Jauh juga kami berjalan. Ntah kemana kemana and end up berpatah balik ke Sapporo Station. Pastu hujan plak masa ni. Lepas je hujan...adik ckp...kak inazz.kak inazz.....tengok tu. Ai ni pulak, ingatkan dia tunjuk ada orang cari cari ai. Sbb ada 4 orang opismate memang ada di Sapporo waktu ni. Apa dia..apa dia...rupanye dia nak tunjuk...ada salji turun. Dah macam jakun kitaorang hahahha. Walhal saya dah pernah rasa salji turun masa kat Mount Sorak di Korea. Tp still...tergedik gedik tengok salji turun.

Simpan bag. Satu locker besar Y700



Dan penat main main salji depan Sapporo Station ni, kami gi ambik backpack kat locker. Then amik subway ke Hosui Susukino (Subway Toho Line Warna Biru Muda). Jauh juga nak berjalan ke line Toho ni. Tp sbb jalan jalan dalam bangunan, bleh jamu jamu mata. Subway di Sapporo tidak berselirat seperti di Tokyo. Cuma ada 4 line ( Tozai, Namboku, Toho dan JR Line). Sebenarnyer kalau berjalan kaki dari Sapporo Station ke hotel yang kami booked tu pun boleh. Dalam 20 - 30 minit..but during winter, I tell you...tak terasa that 30 minit. 

**Notakaki:  Selalu baca orang kata, senang je jalan jalan kat Jepun. Dan kdg kita rasa nak marah bila orang kata...senang je..senang je. Yang benonyer memang senang. Once dah berada di sana, otometik you know what to do, where to go, which exit to take walaupun maybe ada sesat barat sket. But still....takde lah meraban sampai x jumpa jalan. Macam jalan jalan di Korea juga. Cuma bezanya di Korea, if salah exit, memang jenuh lah nak menapak. Tp di Jepun, silap exit pun, but still boleh jumpa juga tempat yang nak di tuju. Asalkan buat research dulu. Bila dah tau flow nye mcmana, for sure akan paham.Otometik paham...

Dari Sapporo Station, cuma melepasi satu station je. Sapporo Station --> Odori Station ---> Hosui Susukino. Bila turun je dari tren, kami terpinga jap....sbbb...sunyiiiii....hahahha. Orang dalam subway tak sampai 20 orang pun. Kalau kat Tokyo..mak aih, orang tak putus putus. Kebingungan juga sbb tak tau which exit nak kluar. Jumpa sorang mamat Jepun ni, kami pun tanya. And dia pun trus je bawak kami ke Sapporo Tobu Hotel. 5 minit gak berjalan dalam salji. Jalan licin. Berjalan pun dah ala ala penguin hehehe. Since sampai awal, kami mintak checked in early. Kena bayar extra charges, tp takle banyak mana. Kami dapat satu bilik untuk ber4. Ada dua katil single, satu sofa diubah suai jadi katil dan one extra bed. Boleh ler untuk satu malam. Tp jadi a bit sempit. Nak solat, memang kena ejas sket.

Sunyi dak....
Penat tu memang le penat. Tp saya masih ada hati gak nak explore Sapporo. Kekonon plan asal sesampai je Sapporo nak ke Mount Moiwa. X jadi....pastu plan nak cari kedai nak makan. X jadi jugak. Pastu kekonon nak pegi Nijo Market. Sudahnyer..apa pun tak buat. Lepak dok dalam bilik sambil makan maggi dan minum coffee. Salji memang turun on and off. Turun kejap..stop..and turun lagi. Lebat lak tu. 

Menjelang malam, takleh tido sbb dah berehat lama. Saya ajak adik nieta turun bawah main salji depan hotel. Masa tu salji turun lebat. Bayangkan tengah tengah malam....terkinja kinja depan hotel membenam salji. Orang Jepun pun pelik hahhahha. Agak agak sejuk, kami masuk hotel bagi panas. Pastu kluar balik pi main salji hahahha. Mengong punya kerja. Masa ni Erra ngan Jah sedap tido....kami plak sedap main salji kat luar.







Tgh malam pun jadik...







Dan puas main main...hari pun dah makin larut malam, kami naik semula ke bilik hotel. Bersih2kan diri dan kebabom. Satu hari itu je lah activiti kami hahhaha. 


**Baca balik nota ke Jepun. Mengong tak mengong. Dalam nota dah tulis camner nak ke Tobu Sapporo Hotel ni...tiba sana leh x jumpa exit. Main redah...hahha...Yang tertulis di nota: Take subway Toho Line and get off at Hosui Susukino Station Exit 3. Tobu Hotel 3 mins walk from exit 3....