Kami kesesatan mencari restoran halal ni. Tapi orang lain macam senang jer nak cari. So, meh saya kongsi bagaimana cara nak cari Restoran Horyu Ramen Halal ni. Blog INI ada cerita pasal ramen halal ni. Juga boleh baca di blog Halal Media ni. Sebenarnya senang jika kita memahami reka bentuk bandar Sapporo itu sendiri.
Cara paling dekat untuk ke restoran ini adalah dengan berhenti di Susukino Subway Station. Kluar dari stesen Susukino, sila pastikan bahawa restoran McDonald berada di sebelah kiri dan Lafiler Shopping Center di sebelah kanan. Berhadapan dengan McDonald adalah Hotel Toyoko Inn Susukino. Turn right and jalan kedepan sampai satu traffic light. And jalan lagi kehadapan. Just before another traffic light, ada police station. Sampai di sini, sila perhatikan betul betul. Ada one more traffic light kat depan. Restoran tu sebelum traffic light. Kalau dah berada dekat police station tu, seberang jalan je. Horyu Ramen Halal ni di seberang jalan. Betul betul tepi jalan. (Refer pada map di bawah)
Maps ni saya dapat dari Hokke Club Hotel. Beria orang tu explain kat kami macamana nak pergi. About 25 - 30 minit juga kami berjalan. Since winter...tak terasa sangat lah.
![]() |
Kami order yang ni. Yang kuah merah tu sedap. Namanya Ramen Noodle in Peppery Bean Paste Broth. Yang kuah jernih ada telur tu kalau tak silap Kire Uma Miso Ramen. The other two adalah Genghis Khan Miso Ramen. Yang ini berunsurkan daging. Beef very juicy...tp bau beef tu...x menahan..hahhahhaa. Kami ter order bowl besar hehehhe. Jenuh nak kasi perabis. Actually boleh pilih, nak big bowl or small.

No comments:
Post a Comment