Saya penah di tanya, apa beza pass, pass saver dengan ticket biasa. Yang saya paham, pass ni kalau kita menggunakan perkhidmatan keretapi laju ni untuk dua hala or untuk beberapa kali. Pass pula ada pelbagai jenis seperti 1 day pass, 2 days and etc. Kalau setakat satu hala sahaja, belilah ticket biasa berharga KRW59,800. Pass saver pula, kalau kita in a group. Biasanya kena more than 3 orang dan perjalanan juga tetap dua hala.
![]() |
| Muka sendiri tetap ada....kekekekek |
Kami menaiki train jam 8.00++ dan di jangka tiba di Seoul Station pada jam 11.00++. Masa ni Fida berwasap dengan kakak agent yang sepatutnyer uruskan penginapan kami di Seoul. Alkisahnya, Fida ni mulanya nak ikut ground pakej orang tu, tapi kemudiannya tak jadi. Dia dah bayar full amount kat orang tu. Since x jadi, org tu kata leh refund tapi kena ambil kat Seoul and untuk GH di Seoul xleh kansel sbb dia dah bayar katanya. Sebelum sampai Seoul, org tu kata dah booked kat Hi5 Hostel Insadong. Tp bila tiba hari kami nak ke Seoul, tiba2 orang tu kata bukan kat Hi5 Hostel.
Saya dah cuak juga. Bukan saya jer cuak, Fida pun dah cuak. And saya kata ke Fida....if kakak agent tu belum book GH tak apa. Kita boleh cari sendiri. Dun worry. Bagi saya tiada masalah nak carik GH di Seoul. After all saya dah pernah pergi Seoul, In Sha Allah, saya yakin boleh jer cari GH. Nanti kita pergi je lah ambil duit tu, saya bagitau Fida. Saya cuma mahu menghilangkan kerisauan Fida. Padahal yang benonyer saya pun risau...hahhaha. Bukan terer sangat jalan jalan kat Seoul ni. Hadoii..tawakalll je la. Tapi bila kami dah dekat dekat nak sampai Seoul Station barulah org tu ckp, dah booked kat Dongdaemun GH berdekatan subway station Sinseoldong. Harga satu malam KRW65,000 untuk bilik yang mempunyai bunkbed. Pergghhh legaaa...
![]() |
| Pantry |
![]() |
| Dapur memasak |
![]() |
| Bilik air - kecik. |
![]() |
| Laluan di bahagian bawah |
![]() |
| Entrance |
![]() |
| Entrance di belakang ya. Jangan konpius. Bukan di depan ni. |
Bilik memang a bit kecik sket. Nak solat memang kena ejas. Selesai checked in dan letak barang brang semua, kami ke Cheongye Stream dulu sementara menanti jam 5 petang. Dari Sinsieldong Line 1--> Stop at Jongno (sam)- ga --> Transfer to Line 5 --> Gwanghwamun --> Exit 2
Cuma jalan jalan sekitar sungai ni je sambil buang masa then kami ambil subway ke Itaewon pulak utk berjumpa ngan orang tu. Janji jumpa di Seoul Mosque di Itaewon jam 5 petang. Since awal, kami lunch dulu, dan kemudian ke masjid untuk solat sambil menunggu. Nama restoran....hhhaaha....Bombay Restaurant kut...
Gwanghwamun Line 5 --> Stopped at Gongdeok --> Transfer to Line 6 --> Itaewon --> Exit 3
![]() |
| Big portion. Jenuh nak perabis |
Sementara menunggu di Masjid Itaewon, kemudian katanya tunggu dekat Restoran Sarah pula. Kami turun ke bawah. Lama juga kami menunggu....huhuhu...bertabah sungguh lah. Saya kesian travel buddy saya ni. Udahlah first time ke Korea dan terpaksa lak menghadapi situasi begini. Yang pasti, refund kena amik balik hhehehe. Kemudian barulah orang tu datang dan deal dengan Fida apa yang sepatutnya. Penginapan di kira bermula dari 26/10 - 02/11. Bukan dari 28hb. Dengan alasan, Fida sepatutnya checked in di Seoul pada 26hb tp tukar plan dan checked in 28hb. Dua malam duit dah bayar kat Hi5 and takde refund. And saya ckp....if macam tu....kalau dah booked kat Hi5 Hostel, kenapa tak teruskan aje di Hi5. Tentu2 hala mmg burn duit penginapan utk 2 malam tu. Hmmmm......no komen. Janji ada tempat tinggal dan duit dapat balik setelah ditolak duit penginapan.
Katanya 300 meters. Tapi saya rasa macam more than 3000 meters.....hahhaha. Actually ada signboard disini. Samada signboard diatas atau di bawah di atas jalan. Boleh nampak instruction berapa jauh lagi untuk sampai ke intersection. Sampai di intersection tu ada traffic light. Kalau tengok keadaan sekeliling, mesti tak sangka, sbb jalan tu amat sibuk seperti highway. Kita akan terpikir, dimana nak cross ni?? Dun worry....follow the signboard. Klu tulih another 10 meters, follow je. Bila dah cross jalan, turn right nanti nampak ada satu jalan menuju kebawah seperti terowong. Jalan lagi......terus ke hadapan. Nnt jumpalah Banpo Hangang Park and the bridge.
Malam ni memang sejuk sungguh. Menggigil gigil. Masa kat sini kami terserempak ngan sorang akak ni, bersama dua orang anaknyer. Mujur saya tak panggil auntie...hehehhe...sbb umur tak jauh beza. Anak2 nyer dah besar. Mereka travel ber3 je. So sembang2 ler kami sementara menanti rainbow fountain. Tp entah....a bit frustrated jer. Takde lah cantik macam dalam gambar. Expectation saya high sgt kut...hahahahha.
Setel rainbow fountain, akak tu nak balik sama sama since apartment nyer kat Dongdaemun. Kami naik bus jer. Ada dua bus stop kat Hangang Park. Kami redah jer naik salah satu bus yang lalu di situ. Dalam bus ada announcement. So bila ada annoucement mengatakan ada subway yang terdekat, kami turun dan terus mengambil subway ke arah Dongdaemun. Berhenti seketika di Dongdaemun Design Plaza dan kami pun berpisah.
![]() |
| Ni akak tu ngan her doters |
Saya ngan fida trus balik ke Sinseoldong. Akak tu ngan anak anak pergi jalan jalan lagi kut...heheeh. Capek sungguh la weehh....punya jauh berjalan. Sian kat Fida, sakit sakit kaki. Sampai di GH, mandi manda, solat and terus kebabom...kepenatan. Mujur dah kenyang makan di Itaewon...
















No comments:
Post a Comment