13 December 2016 (Tuesday)
Hari ini plan ke Lake Kawaguchiko. Setelah di teliti betul betul and since kami tidak membeli lain lain jenis pass, maka kami ambil keputusan untuk ke Lake Kawaguchiko dengan menaiki bas sahaja. Dari Oshiage kami perlu pergi ke stesen Shinjuku kerana stesen bas ni berada berhadapan dengan Stesen Shinjuku. Kami tawakkal je. Takde nak book ticket online. Dah check kat
web, bas paling awal ke Lake Kawaguchiko adalah jam 0745 pagi. Kami bercadang nak ambil bas jam 0815 pagi. So dari Oshiage kami ambil Asakusa Line (A20) towards Nishi-magome and stop di Higashi-nihombashi (A15) untuk transfer ke Shinjuku Line (S09) towards Shinjuku. Masa stop kat Higashi-nihombashi tu kena jalan kaki sket dalam 4-5 minit gitu untuk transfer ke Shinjuku Line.
Sampai Shinjuku, kami memang tak tau exit mana kami kluar. Bukan tak buat homework ya. Cuma malas nak bukak buku nota. Pastu akak malas nak memikir hahahhahaha. Janji tau mana nak pergi. Sbb memang tau stesen bas ni berhadapan dengan train station. Tak jumpa kita tanya orang. Kluar jer dari stesen, nampak dah Shinjuku Bus Stesen betul betul berhadapan dengan Shinjuku Train Station. Cross the road and naik ke tingkat 4. Sampai tingkat 4, akan nampak signboard untuk ke kaunter. Kami sampai dalam 0810 macam tu dan terus cari kaunter jual ticket ke Lake Kawaguchiko. Memang tak sempat nak kejar bas 0815 pagi. Kami beli tiket return trus Y3500. Orang kat kaunter ni pandai speak omputih ye...hehhehe. So takdelah masalah bahasa.
 |
| Pandangan dari subway station. 4th Floor Express Bus |
 |
| Pandanganan dari Shinjuku Bus Station |
 |
| Dalam Shinjuku Bus Station |
 |
| Kena tunggu kat sini |
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kut. Saya memang membuta sepanjang perjalanan. Cuma tersedar bila bas berhenti di Fuji Highland. Nak ambil gambar bergoyang goyang...jadi lupakan aje. Cukup ler mengenang dalam ingatan hehheehe
 |
| Dalam bas |
Bus ni akan membawa terus ke stesen terakhir di Kawaguchiko. So jangan risau. Sampai je di Kawaguchiko, silalah cari Tourist Information Center. Ambil map dan juga diskaun ticket (if ada). Lepas ambil brochure dan map tu semua....kami berbaris utk naik Sightseeing bus. Bus dari Station Kawaguchiko ni ada dua line. Red and Green. Harga untuk 2 days pass ( for sightseeing bus all lines iaitu green dan red). Tp kami beli ticket dengan harga Y1200. Details harga tambang bas boleh tengok kat
SINI.
|
| Dalam tourist information center |
 |
| Naik bas ni memola |
Memola kami stop kat Kachi Kachi Ropeway. Walaupun org tu dah kabo tak bukak...hahha. Tp kami saja nak try naik cruise. Kut kut lah boleh nampak Mount Fuji. Pada hari ni, cuasa memang mandom sungguh......matahari malu malu nak memunculkan diri. Dalam hati berharap....moga Mount Fuji juga tak malu malu..huhuhuhu. Untuk naik cruise ni, kena bayar lagi Y700. I tot free je. Redah. Maka naik ler kami ke atas ferry dan pusing pusing tasik. One of the staff kat situ, tunjuk mana satu Mount Fuji. Tp sayang, ianya berselindung di sebalik awan. Maka pandang kabus sajalah.
 |
| Excited pokcik ni bila kami bagitau kami from Malaysia |
Selesai naik ferry, kami masuk kedai chocolate betul betul depan tempat tunggu bas sightseeing. Kat sini pun jumpa satu kapel melayu ni....yg pompuan nya haram nak senyum. Yg lelaki tu je menegur. Akak okay je. Erra bengang tul...hahhaha. Lek le Erra.....biasaler tu. Jangan hirau if org takmau tegur sapa sekali pun. Kami tengok tengok jer chocolate dalam ni sementara menanti bus sightseeing sampai.
 |
| Masuk kedai chocolate |
Masa ni kami decided, nak stop kat stesen 22 jer. Yang lain lain skip...hahhaha. Sepanjang perjalanan byk jer tempat boleh stop. Kami menghabiskan banyak masa kat Station 22 ni dengan harapan dapat tengok Mount Fuji. Memang kuciwa sungguh lah. Apa lah punya nasib. Plan asik tak menjadi. Semalam pun tak jadi..hari pun tak jadi...hahhahaha.
 |
| Kuciwanye laaa |
Kami lepak sambil makan green tea icecream. Memang cuaca mendung je. Kami plan nak balik Tokyo dalam jam 5.00 petang gitu. Sambil sambil tunggu sightseeing bus. Sampai je sightseeing bus, trus kami ke stesen Kawaguchiko semula. Sesampai kat sini, bus was about to jalan dah. Copot copot kami berlari ke tempat tunggu bus hehehee. Well...tak tau nak kata...it was fun...but a bit frustrated juga. Saya ni biasa lah...if plan tak menjadi mcm mengikut kehendak saya or x dpt apa yg saya mau, mood pun mula swing. Nak nak plak tengah period. (Takde masalah ngan orang lain. Saya jer yang bermasalah...hahhahahha).
 |
| Berlatarkan Mount Fuji yang berselindung di sebalik awan |
 |
| Balik ke station kawaguchiko naik bas ni plak |
Sepanjang perjalanan, hari dah gelap. Ntah tak ingat kul braper sampai Shinjuku. Dari Shinjuku kami terus balik ke Oshiage. Malam ni kami nak ke epot sbb nak ke Hokkaido esok pagi. Since flight diawal pagi, takmau amik risiko. So kami plan tido di airport sahaja.
Sampai apartment, makan mandi manda, kemas kemas apa yang patut sbb nak tinggalkan apartment untuk dua hari. Make sure everything settled, then kami amik train Keisei Liner ke Narita International Airport. Kami ni naik tren biasa tu...ala ala subway. Terasa lama nau nak sampai ke airpot hahhaha. Kami tiba di Narita Airport dalam jam 11.00 malam gitu. Dari Terminal 2, kami berjalan kaki menuju ke Terminal 3. Ada je shuttle bus...tp saja suka suka jalan..hehehe.
 |
| Cari arah ke Terminal 3 |
 |
| Jauh gak nak jalan from terminal 2 to terminal 3. Kita rehat dulu... |
Sampai kat Terminal 3, dah nampak beberapa orang dah mula lepak lepak dan ambil couch memasing untuk landing. Banyak sofa untuk dijadikan tempat tido. Kami memasing ambik satu sorang. Orang sebelah kuat berdengkur...hadoii. Pastu ada sorang ni...luggage siap ikat kat tangan. Police memang sentiasa ada memantau keadaan sekeliling. Tidor lah dengan aman. Takde sapa kacau. Tempat charge hp pun ada. Tawakal je letak. Alhamdulillah tak ilang.
 |
| Dapat tido couch macam ni...best kann.. |
Okay.....jom tido dulu laaa...sementara menanti esok hari....walaupun org berdengkur, saya tetap tido lena. Puas tido.

No comments:
Post a Comment