Monday, 14 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 4

26 Disember 2018 - Rabu

Accommodation

Kemudian kami mencari tempat penginapan kami. Berpusing pusing juga mencari, tak jumpa...haha. Pekan Dalat bukanlah besar mana. Banyak hotel dan juga guest house di Dalat ni. Jadi tidak perlu risau. Setelah berpusing pusing, akhirnya baru ketemu..aduhaii....x paham kenapa Ismail dan juga driver tak jumpa tempat ni....padahal dah lalu berulang kali. 






Cantik Hotel ni. Kami memilih bilik yang boleh menempatkan 4 orang sekali dalam satu bilik. Senang, apa apa hal. And tak payah nak lat talilat tamplong...hahhaa. Itu adalah sesuatu biasa kami lakukan bila memilih teman sebilik. Tiada pilih kasih. Selepas lat talilat, siapapun partner sebilik kita  harus redha sahaja. So, kali ni tak perlu nak memilih milih lagi. Suka tak suka, satu bilik bersama. 




Selesai check in, kami pergi dinner pula. Masih lagi dinner di tempat yang sama. Dan sesampainya kami di sini, makanan sudah tersedia. Memang berselera sungguh kami makan, walaupun tengahari tadik dah membedal tak hengat.

Dalat ni tempat tanah tinggi, jadi cuaca sejuk seperti di Cameron Highland. Sedap dan nyaman sahaja berada di bumi Dalat ni.






Selesai makan, kami ke Pasar Malam Dalat. Meriah sungguh pasar malam disini. Dan gayat juga melihat kenderaan bersimpang siur. Tapi warga Dalat ni tak kisah. Berani betul mereka melintas sesuka hati. Orang orang Vietnam memang begitu kut eh...hehehe

Memandangkan Dalat ini berada di tanah tinggi, cuaca sejuk, makan banyak winter jacket di jual disini dengan harga yang murah. Sungguh....memang baloi berbaloi membeli winter jacket di Dalat. Cantik dan murah. Since saya takda keperluan, saya tidak membeli apa apa pun. 

Pasat Malam Dalat. Meremut manusia.....
Creative diaorang ni..





Buah avocado banyak di jual di pasar malam Dalat
Besar besar buahnya..



Stawberry



Setelah puas menjelajah pasar malam Dalat, kami menaiki tangga ni untuk kembali menuju ke hotel. Hari semakin beransur malam, orang ramai mula meninggalkan tempat ini.  Badan juga sudah kelihatan. Esok masih ada satu lagi perjalanan yang panjang yang harus kami tempuhi. Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh.




No comments:

Post a Comment