26 Disember 2018 - Rabu
Lunch
Kami lunch di Restoran Kampung Pandan. Masya allah....seribu satu macam kelegaan dapat makan nasi dan lauk pauk yang sangat enak. Bayangkan 2 hari makan caca marba tak menentu. Restoran ni di miliki oleh warga Malaysia beragama Islam, orang Penang. Mamu kami panggil. Karinya wallaaa.. sedap. Berselera sungguh kami makan. Disini juga ada disediakan surau. Semasa kami sampai, makanan sudah tersedia. Ibrahim sudah buat arrangement awal awal dengan mamu Penang ni. Restoran ni Halal ya.
![]() |
| Kari dia...walaweyy.......sedap. |
Tempat lain yang kami pergi adalah Dalat Train Station. Stesen Keretapi Da Lat adalah sebuah stesen keretapi di Vietnam, berkhidmat di bandar Da Lat. Ia direka pada tahun1932 oleh arkitek Perancis, Moncet dan Reveron, dan di buka pada tahun 1938. Sebahagian besar sudah tidak digunakan lagi sejak peninggalan keretapi pada tahun tahun terakhir Perang Vietnam, dan ia beroperasi semula pada tahun 1990 dengan pembukaan yang mengarah ke kampung Trai Mat dan kini beroperasi sebagai tarikan pelancong. Ia terkenal dengan gaya seni bina yang unik yang menggabungkan Art Deco secara keseluruhan.



















No comments:
Post a Comment