24 Disember 2018 (Isnin)
Untuk kesekian kalinya bersama GUJ mengembara ke negara Vietnam pula. Kali ini pilihan kami adalah Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan berakhir di Ho Chi Minh. Memandangkan masing masing pun agak blurr dengan tempat yang kami nak pergi ni, maka ground package sudah di tempah siap siap lebih kurang 6 bulan sebelum berlepas ke Vietnam. Banyak juga syarikat dan orang perseorangan yang kami tanya tentang pakej empat tempat ni. Akhirnya kami memilih package dengan Ibra Him. Harga yang diberi adalah RM1200 (4 pax) termasuk transport, makan (B/L/D), entrance fee kecuali entrance fee ke Vinpearl Amusement Park dan jeep di Mui Ne. Setelah pikir pikir banyak kali, kami setuju sahaja. Hotel tidak termasuk sebab kami dah pilih hotel sendiri. After all, tak jauh beza kalau ambil hotel dengan Ibra Him ni.
Flight kami ke Nha Trang jam 0300 petang. Saya duduk sederet dengan Rose dan Dee. Manakala Za tak pilih seat pun. Perjalanan selama 2 jam, tiada masalah. Sampai di Nha Trang dalam jam 0400 petang waktu Vietnam. Sesampai di airport, Ismail our tour guide sudah menunggu. Di saat akhir Ibra Him tak dapat nak jadi our tour guide, so ditukarkan kepada Ismail. Kami okay je...hahah...walaupun pada mulanya dah bagi tau....kami nak Ibra Him. Well....kita mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan.
Airport Nha Trang tidak sesibuk airport di Ho Chi Minh. Urusan kastam dan imigresen mudah sahaja. Malah tertarik saya dengan conveyor tempat mengambil luggage. Airport kecil dan sunyi. Tapi sangat menenangkan. Selesai mengambil luggage, kami menuju ke luar airport dan Ismail sudah menunggu. Driver kami adalah Fong. Besar van yang kami dapat. Boleh membuatkan 14 orang sebenarnya. Maka bergumbiralah kami dengan van yang sebesar itu...hehhehe.
 |
| Sunyi je... |
 |
| Our tour guide....tp saya takde in the picture. Sebab amik gambar...kan... |
Kami juga membeli simcard dari Ismail dengan harga RM20.00 per simcard. Tapi line macam tak berapa best je....hahaha. Yang seronoknya, sebab van ada wifi. Maka kami gunakan wifi van je. Sangat kuat signalnya. Kalau kluar dari van pun still boleh dapat signal internet...
Meh cerita sedikit pasal Nha Trang. Nha Trang ni ala ala macam Pulau Pinang. Dikelilingi laut dan juga tempat orang luar datang melancung. Hotel bersepah. 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang semua ada. Jadi tidak perlu risau tentang penginapan. Yang menjadi masalah adalah makanan halal. Difahamkan di sini ada satu kedai halal yang menyediakan Indian Food. Tapi menurut Ismail/Ibrahim, mereka juga agak ragu ragu juga di kedai ini kerana owner sudah bertukar orang. Maka kami hanya diberikan seafood sahaja sepanjang berada di Nha Trang.
Nha Trang juga dikenali sebagai Riviera Laut China Selatan, menawarkan kawasan pantai yang indah dengan pantai berpasir sepanjang 6 kilometer, peraiaran yang jernih dengan banyaknya kehidupan marin dan terumbu karang yang berkembang pesat, julat gunung di setiap hujung serta 19 pulau kecil yang belum disentuh yang hanya menaiki boat pendek. Menawarkan pelbagai aktiviti bersiar siar dan rekreasi, bandar pesisir itu sendiri mempunya struktur pengambilan nafas yang bermuladari Kerajaan Campa, kuil kuil Budhha, dan gereja gereja Katholik gaya gothic, serta mata air semulajadi, padang garam, dan air terjun yang unik. Menyediakan ke tahap mana mana bajet dan keutamaan, restoran Nha Trang menyajikan makanan laut segar dan masakan Vietnam, sementara bar dan pub yang meriah di sepanjang pantai merupakan tempat kegemaran untuk pelancong melihat matahari terbenam di Laut Timur. Artikel tentang
Nha Trang
Tempat pertama yang Ismail bawa kami kedai makan....hahhaha. Masing masing kelaparan. Kami di hidangkan dengan Fried Seafood. Portionnya besar...tapi saya tetap boleh habiskan...kekke. Selesai makan, kami ke Dataran di Nha Trang ni yang bernama AB Central Square. Dataran ni macam ala ala Dataran Merdeka juga. Tempat orang melepak, berkumpul kumpur. Di hadapan AB Central Square ni juga terdapat komplek2 kerajaan dan juga Night Market Nha Trang. Selesai di AB Central Square kami menuju ke Po Nagar Cham Towers. Sebelum masuk ke dalam Ismail belikan ticket dulu untuk kami. Agak ramai orang masa ni. Nak bergambar di depan entarance pun payah. Po Nagar Cham Towers ni tak besar sangat, sempat nak jelajah hingga selesai. Masa ni hujan mula rintik rintik...huhuuhu. Agak tidak selesa dibuatnya.
 |
| Dataran AB Central |
 |
| Makan kat sini. Tu pun berani mintak seafood je. |
 |
| Big portion, tapi abisss....lapar punya pasal |
Untuk masuk ke dalam temple, kena pakai pakaian yang disediakan. Demi menghormati temple agaknya. Tapi kami tak masuk lah ke dalam. Actually Nha Trang ni menarik juga dari segi pemandangannya. View menarik.
Selesai di Po Nagar Cham Towers, Ismail bawa kami ke Chua Long Son Pagoda. Templa juga ni...ingat nak ambil gambar kat patung besar. Tp hujan dah mula renyai renyai.....huhuhu. Takut kebasahan, kami ajak Ismail check in hotel dulu.
 |
| Sila bertukar baju kalau nak masuk dalam temple |
 |
| Our kenderaan |
 |
| Pemandangan sekitar Nha Trang |
Kami check in di Thap Ba Hana Apartment. Agak tricky mencari apartment ni, sbb kena melalui lorong tikus...hehhe. Lorong tikus ni lorong kecik le...Berpusing pusing Fong mencari tempat berdasarkan alamat yang ada dalam booking kami. (Booked melalui booking.com).Kami dapat sebilik untuk berempat. Okay je lah biliknya.
Selesai check in dan rehat rehat, malamnya kami kluar untuk dinner pula. Selepas dinner, kami jalan jalan di square sebentar dan jalan jalan ke Night Market di Nha Trang. Night market Nha Trang maybe tidak sehebat night market di Ho Chi Minh. Since kami bukan nak shopping sangat, so takde hal la. Malam hari di Nha Trang memang meriah. Meriah dengan kenderaan, meriah dengan lampu warna warni. Tak banyak aktiviti yang kami buat hari ni. Sekadar jalan jalan. Lagipun hari hujan renyai renyai...cuaca lembab dan agak tidak selesa. Abis jalan jalan kat Night Market, moh la kita balik apartment.
 |
| Our dinner |
End of Day 1

No comments:
Post a Comment