Tuesday, 15 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 5

28hb Disember 2018

Hari ke 5 di Vietnam. Untuk breakfast pagi ni, seperti yang dijanjikan, Ibra Him belanja kitaorang. Yang ni FOC je lah ya. Sebab pakej kami hanya sehingga semalam. Sepatutnya Ismail pun tak perlu lagi dah bawa kami jalan jalan. Dek kerana kebaikan mereka berdua ni, Ismail sudi bawa kami jalan jalan sekitar HCM dan Ibra Him plak nak belanja kitaorang makan  Pho Noodle yang sedap tu.





Actually hotel kami ni ada sediakan breakfast. Saya tak makan pun. Yang lain cuma makan roti dan buah buah sahaja. Kemudian kami siap siap sementara tunggu Ismail sampai. Dari hotel ke kedai Pho Noodles ni, kami kena naik teksi. Duit teksi pun Ismail bayarkan..huhuhu. Kira macam extra pakej FOC heehhhee. Sebabnya ketika di Nha Trang dan Dalat, ada ketika kami tak sempat breakfast dan juga lunch sedangkan semua tu dah masuk dalam pakej. Jadi Ibra Him cover semula semasa di HCM dan juga atas rasa bersalah kut...hahaah. Tak apa lah. Apa apa pun, kami sangat berterima kasih. 

Tak jauh sangat perjalanan ke Mus Lim Pho Noodle ni. Aduduudududuudu...semasa menaip ni pun dah terasa rasa kesedapan Pho Noodle ni. Paling best, dia punya ulam ulaman....mak aih...penuh satu bakul. Saya siap tambah kuah lagi...Pada saya memang sedap. Dulu semasa datang ke HCM, saya pernah makan di kedai Basiroh. Pada masa tu, saya rasa Basiroh punya sangat sedap. Bila makan yang ni..perghh.....lebih sedap. Meriah ulaman tu, memang kesukaan saya. Kemudian kopi aisnya...perghhh. Rasa macam nak menambah nambah lagi...hehe. 

Selesai makan, kami kembali ke hotel. Rehat rehat seketika, kemudian keluar semula. Waktu lunch, kami bertemu lagi dengan Ismail Lunch di restoran yang sama. Yang ini pun sudah di cover. Walaupun sebenarnya di HCM sepatutnya kami bayar sendiri.



Kami sempat mengirim kopi Vietnam dengan Ibra Him. Dan Ismail yang menghantarnya ke hotel kami. Tiada apa sangat yang kami lakukan di harini. Selain jalan jalan di Ben Thant. Pergi massage, kembali ke hotel, jalan jalan lagi di Malaysia Street. Beli telekung, tudung segala bagai. Tu yang lama tu....sebab memilih.  And dinner di restoran yang sama. 

Tak shopping apa pun...hahhaha

Malam kembali ke hotel, berkemas kemas apa yang patut sebab esok nak fly semula ke Malaysia. Kami menaiki Vietjet Airlines ke Kuala Lumpur. Flight awal pagi iaitu jam 0930 pagi. Maka seharusnya kenalah kluar awal. 

Kami booked teksi ke epot dengan hotel sahaja. Lebih mudah. Esok seawal jam 0600 pagi dah kena check out. 

End of Day 5.




No comments:

Post a Comment