Tuesday, 17 January 2017

Mango Six

Bila sesuatu viral di FB, maka keinginan untuk mencuba sudah pasti ada. Dan akhirnya kami sampai ke sini...hahhaha.  Tak dapat try Mango Six kat Korea, kat Puchong pun jadilah ya....As usual, The 6 Hardcore Ladies menerjah Mango Six (walau tak cukup korum). Lain kali kita pergi togeder geder ye Airin, Shieda and Along. Hari ni ai bersama Dahlia dan Nurul jer..hhehehhe...

Location:
The Cube
No. 11, Jalan  Puteri 7/13A, Bandar Puteri, Puchong, Selangor
Opening Hours:
Sun - Thur
0900 am - 1200 am
Fri - Sat
0900 am - 0100 am

Sedap ker.....hmmm..it depends on tekak masing masing. Kami mencuba yang mango base. Tak manis sangat, tapi creamy. Bila lemak berkrim ni, di makan bersama mango yang sweet sour tu, just nice (pada saya la)

Menu kami hari ini: 


Sementara menanti




TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

Waffle Mango

JC Mango Tango

Caramel Machiato

Caramel Machiato, JC Mango Tango, Waffle Mango, Mango Baumkuchen & TS Caramel Almond

Mango Baumkuchen

TS Caramel Almond, Waffle Mango & Mango Baumkuchen

Caramel Machiato & JC Mango Tango

TS Carameal Almond

Waffle Mango
Saya suka TS Caramel Almond. Roti yang di salut karamel dan di bakar agaknyer..hahaha...wallhualam. Sbb keliling roti is bit crunchy.. And diletakkan whipping cream diatasnya disamping beberapa almond disekeliling semasa dihidangkan.. Memang amat creamy and not too sweet. Manakala Mango Baumkuchen pula adalah sejenis kek diletakkan bersama whipping cream, icecream dan hirisan mango. Waffle Mango juga dihidangkan bersama hirisan mango, ice cream dan whipping cream....hmmm...lemak berkrim...disukai ramai. 

Bukan semuanya mango base semata mata. Ada juga strawberry + mango, green apple, lemonade, berries dan juga kiwi. Cheese pun ada tu...hehhehhe. 









Monday, 16 January 2017

Happy Birthday To Me

5th January 2017

Hahaha.....add one more year older. Thank you to my kawan2 sepejabat for the cake. Kena belanja uols ler nampaknyer.





Monday, 2 January 2017

Aroma Ikan Bakar Jeram

2 January 2017

Adik bongsu mengajak kami adik beradik dan keluarga makan kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Ini kali ke2 saya makan di sini. Kalau ikut pilihan saya....Aroma Ikan Bakar Jeram bukan pilihan saya...hahahha. Since orang nak belanja kan...so ikut ajelah. Sejak ketiadaan abang yang ke2, ini adalah kali pertama untuk tahun 2017 kami adik beradik berkumpul makan makan diluar. Biasa berkumpul kat rumah je. Mana mana rumah tak kira rumah kakak, or abang. 

Dan kebetulan juga ramai pula yang dilahirkan pada bulan Januari. So, kami celebret besday sama sama. Abang pertama dan isteri (kakak ipar saya) mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada 2 Januari. Abang ipar pula (suami kakak ke2) pada 1 Januari. Saya 5 Januari dan anak saya Haikal pada 3 Januari. So here we are.....

Gambar dari google

Abaikan budak kecik dua orang tu....hahhaa..nyibukkk







Seronok berkumpul ramai ramai begini. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Yang pasti, emak gembira melihat anak anak cucu cucu dan cicit dapat bersama sama selalu. Itu yang penting bagi kami. Melihat emak gembira....di kala meniti usia senja, emak dapat melihat ke akraban kami adik beradik. Walaupun kadang kadang, bercekau juga..hahhaha. 





Sunday, 1 January 2017

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

31 Disember 2016 (Saturday)

Aktiviti akhir tahun bersama keluarga. Kami pergi ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni pada hari Sabtu. Jam 10.00 pagi dah buka. Alhamdulillah tak ramai orang. Bayaran masuk ke theme park ni adalah RM58.00 untuk dewasa dan RM48.00 untuk kanak kanak. Didalam web di tulih bermula dari RM38.00. Jadi jangan tersilap pula ya. Kerana ada diskaun for senior citizen juga orang OKU. Kanak kanak di bawah 90 cm adalah percuma. Sebabnya semasa saya berbaris untuk membeli tiket, saya terdengar ada beberapa orang merungut. Dalam web tulih RM38.00. Sampai sini harga RM58.00 hehhehe. Strict juga disini ya. Sebab mereka akan check bag yang kita bawak. Just in case ada yang sorok makanan. Tapi setakat air mineral tu, lepas je (saya laaa). Saya suka theme park ni sebab:

  • Games tak banyak sangat. Tak sampai 10 tempat permainan.
  • Orang tak ramai. Tak perlu berebut rebut untuk naik mana mana games
  • Queue pun tak panjang. 
  • Boleh ulang banyak banyak banyak kali
  • Tempat berteduh banyak juga. Cukup untuk menampung para pengunjung. 
  • Berbaloi bayar sebab dapat main semua permainan yang ada. 
  • Sesuai untuk kanak kanak / remaja bawah 17 tahun. Yg lebih dari 17 tahun pun okay gak. Cuma maybe tak adventure sangat ler 
  • Tak perlu ber swimming suit bagai. Asalkan jangan pakai kain batik sudah lah yer..hehhehe
  • Kawasan tak luas sangat, so tak risau nak monitor anak anak. 
  • Ada food court kat dalam ni. So dun worri tentang makanan walaupun harga boleh tahan. 







Yang ni agak adventure sket kut. 
Tak ramai kan...silalah berkuak lentang bagai...hehhehe








Sebekas ni 7.00 hengget ye...hehhehhe






Tuesday, 27 December 2016

How to Identify Lines and Stations Number in Japan

http://www.tokyometro.jp/en/subwaymap/index.html

Setiap stesen subway di Tokyo terdiri daripada Alphabet dan juga nombor yang mewakili barisan keretapi bawah tanah dan beberapa stesen. Setiap dari nombor itu dibulatkan dengan warna yang mewakili jenis jenis line subway untuk memudahkan kita mencari stesen yang diperlukan. Alphabet merujuk kepada Simbol untuk Line. Manakala Nombor merujuk kepada Station Number. Rujuk link diatas. Apa apa hal, hadamkan dulu jenis jenis line yang ada...hehehe. Mudah juga, tapi kenkadang keliru. Sebab di setiap stesen, bukan hanya satu train sahaja yang menggunakan track tu. Maybe di satu track akan di lalui oleh dua tiga jenis train. Pastikan memilih train yang betul...hehehhe





Bagaimanapun, saya tetap juga tersesat dan tersilap menaiki train...hahhaa. 





DIY Souveniers From Japan for Friends

17hb Disember 2016, tamatlah sudah pengembaraan saya bersama 3 rakan yang lain ke Tokyo  & Hokkaido, Japan. Tp entry masih tertangguh ye...hahhaa. Banyak entry tertangguh. Semasa ke Jepun, currency yang saya dapat adalah 41.20. Fitam mak nak. So, nak beli souveniers untuk kengkawan jenuh berkira kira. And then saya dapat idea from Road To Japan fb. So...taddaaaaa.....Ni sajalah yang mampu. Yang penting ingatatan...kann...

Bahan bahan yang di perlukan adalah syiling 5 yen, straps dan juga bells warna warni (3 different sizes). Saya menggunakan dua straps. Since terbeli banyak sgt strap tu kan...so perabihkan je lah. Straps ngan bells tu semua saya beli kat Daiso. 


























Friday, 23 December 2016

Japan Here I Come - Day 0 & 1 - Kuala Lumpur - Tokyo Skytree

Day 0 (Friday - 9 December 2016)

Saya ambil halfday hari ni. Still keje di waktu pagi. Plan nak ke airport jam 5.00 petang. Melarat larat sampai ke jam 6.00 ptg. Our flight to Tokyo jam 23.35 malam. Jalan nak ke airport jem giler weey...janji nak jumpa kul 7. Saya sampai 8.30 kut....maghrib tengah jalan. Janji jumpa Jah, Erra ngan Nieta kat Secret Receipe. Luckily Udean (asben nieta) ada sekali. Dialah yang tolong carikan kaunter untuk drop luggage. Tercangak bangak kami kat KLIA, macam orang tak biasa naik flight....hahhaaa. 

inazzane.blogspot.com

Since dah web checked in, kami cuma perlu drop luggage je. Masa nak drop luggage, orang kat kaunter tu cakap....international flight takleh share luggage yek. Erkk....apa aapa jer lah..kami bukan nak share pun. Memasing ada 30 kilo. Jus enuf for masing- masing. And lepas tu saya ckp...boleh letak sticker Fragile tak kat beg ni. Dalamnya ada makanan. And dia jawap...x jamin ye. And pass the sticker fragile kat ai suruh tampal sendiri....hmmmmm...Mulala ai rasa mcm...erkkk.., staff kat kaunter AA lagi berbahasa. Bukan saya takleh tampal sendiri....since dia dah angkat bag naik conveyer tu kan.. Dah terpaksalah saya tertonggek tonggek naik conveyer nak menampal sticker kat bag.

Berangin je kitaorang ngan budak kat kaunter tu. 
Before masuk boarding gate, kami makan dulu. Sbb saya kelaparan. Bayangkan stuck dlm traffic jam...mmg kebuluran dibuatnya. Makan kat Old Town. Masa ni saya charge hp kat Old Town. Lepas makan, terlupa nak ambil huhhhuh. Just before masuk boarding gate, baru teringat. Berlari lari gi Old Town semula nak amik hp. Alhamdulillah...mujur ada.

Trademark - tutup mulut hahahahaa
Flight take off on time. Memola dapat snack and juice. Pastu saya and the gang membuta. Dapat seat paling belakang lak tu. Beberapa jam before landing, staff start served makanan. Ambil fish terayaki dan nasi. Kenyang. Pastu nak terkucil.....toilet ada satu di bahagian belakang...queue panjang untuk ke toilet..huhuuhuhu. Sabar jer lah. 

Kenyang makan. 

Since membuta kan..we couldn't feel any turbulence ke, apa ker. Tau tau jer pilot announced dah nak landing. Alhamdulillah selamat sampai ke Tokyo pada 10 Disember 2016 jam 0715 pagi. Kami ni beria ler be prepared ngan list makanan semua bagai. Risau juga. Tapi bila lalu imigresen, tak tanya apa pun. Just bagi Arrival Card and Declaration Form, terus kluar...hmmm...rasa rugi lak tak bawak sambal ikan bilis banyak2...hahhahaha.

Day 1 (10 December 2016 - Saturday)

inazzane.blogspot.com

Rehat jap kat Narita International Airport sebelum naik tren

Sampai di arrival level, kami pi beli Tokyo Metro 3 Days Pass dulu dengan harga Y1500. And lepas tu beli ticket Keisei Liner untuk ke Oshiage dengan harga Y1170. Org tu kata, direct train. Tadak tukar tukar. Turun ke B1, then follow signboard Keisei Liner. Dan tunggu di platform 1. Maka kami pun turun ler dengan heret beg bagai. Train kami sepatutnysa sampai 1015 gitu. Tapi bila satu train sampai, kami tak tengok tengok dah, laju jer trus naik...hahhahaha. Dah halfway perjalanan then baru perasan. Adakah kami menaiki train yang betul. Then ada pekerja dalam tu (macam konduktor keretapi gitu) lalu. And kami pun tanya, train ni pergi Oshiage ker. Dia cakap, train ni pergi Ueno...hahhahha.  Silap train wehhh.....the last stop adalah Ueno. Maka terpaksalah kami membayar harga yang lain sebanyak Y1230. Rupanya train yang sepatutnya kami naik train yang ala ala macam subway train je. Kami ter naik express train. Sampai ke Ueno, kami dok berbincang dulu, berkira kira weder nak simpan luggage and jalan jalan sekitar Ueno or trus ke Oshiage. Pikir punya pikir, kami decided trus ke Oshiage ajelah dulu. 

inazzane.blogspot.com
Jenuh heret bag. Kat stesen Ueno

inazzane.blogspot.com
Gara gara silap naik tren. Mujur tak jauh nak tukar2...hehehhe

inazzane.blogspot.com
Gigih sorong beg..

Kami pun menuju ke Ueno Station untuk pergi ke Oshiage. Lotih mak nak...dok mengheret beg turun naik tangga. Dari Ueno kami mengambil Ginza Line (G16) towards Asakusa (G19). Turun di Asakusa tukar ke Asakusa Line (A18) towards Oshiage Skytree dan turun di Oshiage (A20). Turun kat sini, kena plak turun naik tangga lagi dan cari B3 Exit...huhuhu. Kami cari exit B3 ni sbb kat sini ada escalator hahahaha. Tak sanggup nak heret bag lagi dah. Host dah bagitau siap siap camna nak ke apartment dia. Siap bagi peta lagi. So, kami just follow. Kengkadang google map pun takleh pakai...haruuu.....Sampai di Oshiage Skytree Station, kami mencari Sekai Cafe dulu. 

Boleh paham kut ekk..hehehe. Jarak antara semua tu sgt dekat. Maybe less than 5 minit

Kalau ikutkan, kami boleh jer trus masuk laluan Tokyo Skytree atau Tokyo Solamachi sebab connected to Oshiage Station. Tapi masa ni tatau lagi. Gigihlah mencari exit B3. Dan kluar dari exit B3, kami pusing ke kiri dan men follow kata google map.Since masa ni awal lagi, (check in kul 3.00 ptg) kami singgah di Sekai Cafe dulu untuk makan.

inazzane.blogspot.com
Sekai Cafe

inazzane.blogspot.com

Selesai makan, lebih kurang jam 2.30 ptg, kami pun menuju ke apartment yang kami sewa melalui Airbnb. Apartment kami booked memang dekat sesangat ngan Sekai Cafe ni. Kami mencari berpandukan alamat yang diberi oleh host. Memang jumpa, tapi ke apartment ni, entrance nye dari belakang. Jenuhlah cari tangga di bahagian depan..patut tak jumpa..hehheheh. Maka kami pun berpusing ke jalan belakang. Sesampai apartment, kami merehatkan diri. Saya informed host yang kami dah selamat check in. Comel jer apartment ni. Ada satu bilik air dan tandas.. Tandas dan bilik air berasingan. Kitchen dan living nya sgt cumil. Just nice untuk 4 orang. If ber3 selesa lagi kut. Bilik tidonya mempunyai 1 katil queen size dan 1 twin size. Erra ngan Jah sekatil queen size. Sy share ngan dik Nieta twin size sbb size kami yang shomel...hahhahhaha. Padahal dik Nieta jer yang keding. Ahkak tetap dugong.

Nampak kedai pizza ni..jalan stright ke depan first junction belok kiri

Jumpa dah..tp bahagian depan. Kena pusing balik ikut jalan belakang

Gambar ehsan google

**Remote didinding sebelah kanan dekat tv tu adalah untuk heater. Ingat remote aircond...hahha. Perasan tak ada dinding putih belakang langsir tu...hahhaa. Kami asiklah terlanggar dinding tu bila kluar dari bilik air....hadoiii laaa. Siap ngomel2, naperlah dinding tu dok kat tengah laman. Blakang langsir tu adalah toilet.

Gambar dari google

**Comel kan dapur nya. Basic facilities tapi complete. Ada periuk, ada kettle. Sudu, senduk, pisau bagai. Segala jenis pencuci lantai, pencuci tandas, bilik air..sabun basuh pinggan mangkuk...semua ada.

Kami rehat rehat jer, and malam hari gi melepak kat Tokyo Skytree dan Tokyo Solamachi. Dekat sesangat dua tempat ni. Berhubung kait antara keduanya. Macam KLCC ngan Twin Tower gitu. Macam Mid Valley dan The Gardens. Kat Tokyo Skytree ada buat show dimana lampu berwarna warni dipancarkan ke Tokyo Skytree dengan pelbagai rupa dan bentuk.

inazzane.blogspot.com
Belum malam, tp dah gelap

Pandang apa ntah...hahhaha



Ada satu macam pertunjukan kat Tokyo Skytree ni. Lampu warna warni di pancarkan ke Skytree. Cantik...tak record pun..sbb ralit.


Sangat seronok tinggal di sini. Hari hari pandang Tokyo Skytree. Dan di depan bangunan apartment yang kami stay ni ada sungai kecik. Klu orang kampung sebut taliair. Or maybe leh panggil terusan / canal / tunnel kut....or longkang besar...hahahha. Tp air tak busuk yek...takde sampah sarap mengalir pun. Walaupun depan belakang nya main road, tapi jalan tak sesak. Walaupun di depan nya Tokyo Skytree tempat orang ramai berkumpul, tetapi suasana tetap nyaman. Serene and calm. I like this place a thousand times...hehhe. Dan sangat convenient. Dekat ngan subway, convenient stores dan juga restaurant halal. Hari hari nampak orang Jepun kayuh basikal.