Saturday, 24 March 2018

Road Trip to South Island, New Zealand - Last Day

25 September 2017 - Isnin

Hari terakhir untuk trip ni. Last day juga kat Sydney, Australia. Since flight pagi, kami memang kena awal la kan. Dah siap, bawak turun segala bagai ke bawah and breakfast dulu. Breakfast kat Big Hostel ni start jam 0700 pagi. Sebelum tu, memang xdelah lagi bahan bahan untuk breakfast. Kami makan je puas puas. Sambil sambil tu, saya mesej ke Mr Ken yang kami dah ready. Ye lah...risau juga kut kut lah terlupa. So, bagi peringat jer siap siap.

Dah setel breakfast, check out and kami tunggu Mr. Ken. Dalam jam 0800++ Mr Ken pun sampai. Actually, kalau tengok pada maps, tak jauh sangat hostel ni ngan airport. Tapi ntah kenapa masa sampai aritu, kami rasa macam jauhhhh nyer....hahhahaha. 

Nak masuk ke Sydney Airport ni, jemmmmm gila babas. Mr Ken kata, this is everyday view. Hari hari jem. If you think jalan ke KLIA airpot teruk....Sydney worst. So dia kata, dia akan masuk kat parking area, drop kitaorang kat situ...and kami kena jalan kaki sikit untuk ke airport. Takde hal le Mr Ken. Kami okay okay je. So dia bagitau, just follow crowd. Crowd tu memang menuju ke airport. Kami pun ikut jer lah....takde jauh mana. Then baru realised...dia dropped kan kami kat bangunan depan Sydney Airport tu.  

Kami cari kaunter AirAsia. Dropped luggage and cari tempat untuk minum coffee. Bila badan dah penat, malas nak pikir pikir yang lain sangat. Kami cari tempat yang ada tempat charging handphone. Masa ni semua dah tak berapa nak bercakap...hahahahaa. Dah dok pikir nak balik Malaysia je. Walaupun hati tertinggal di New Zealand. 

Banyak perkara yang dah tak berapa nak ingat. Gambar pun dah tak berapa nak ambil masa ni. Jenuh juga saya mencari gambar masa last day. And setiap kali travel, ada je suka dan duka. Sama sama simpan ajelah di dalam hati ye. Kita kenang yang indah indah ajelah. Travel juga mengajar kita untuk menjadi lebih sabar. Travel juga mengajar kita untuk lebih mengenali diri sendiri, juga mengenali kawan kawan kita. Saya enjoy travel walaupun with different people. Setiap orang ada buruk dan baik nya. Belajar lah menerima keburukan travel partner...juga appreciate lah kebaikannya. 

Saya memang jenis tak kisah kut travel with different people asalkan orang itu mahu ikut plan saya dan juga boleh bagi idea bila diperlukan. Kalau ada herut sana sini sikit sikit, tolerate aje, walau dalam hati kadang rasa macam nak sumpah sesumpah. Saya jenis tak simpan lama. Janji tahu hormat saya dan appreciate apa saya buat. Istilah sentap sentap takde dalam kamus travel saya. If ada orang sentap, maaflah. Saya ignore je. Dok pikir sentap sendiri, sentap orang caner lak...kan..hahahha. Lagipun travel with different people ni kita pasti learn new things....accept new things. Lepas ni hopefully jumpa new friends pula.

So far yang pernah travel ngan saya, adalah sorang dua yang saya boikot terus dan tidak mahu travel lagi bersama dia...buat masa ni. Yang lain lain, okay okay je. Saya boleh lagi bertoleransi. Dan saya jenis bukan suka cakap apa apa if saya tak berkenan sesuatu tentang travelmates semasa sedang bermusafir. Saya prefer diam and enjoy sahaja. Lain lain, pedulikanlah......



Thursday, 22 March 2018

Road Trip to South Island, New Zealand - Day 10

24 September 2017 - Ahad

Patut ker bubuh road trip to south island New Zealand lagi ek...hahhaha. Walhal dah berada di Sydney. Main trip adalah ke New Zealand. Sydney Australia ni sampingan je. Tu pun, kalau tak stay Sydney pun takpa kut na. Cuma pikir, dah alang alang kena ke Sydney juga. Jalan jalan le sekejap. After all, kami pun dah silap booked ticket. Patut anjakkan sedikit waktu. 

Saya tak berapa boleh nak tido semalam. Tatau kenapa. So asik melayan internet je lah. Dah pukul braper baru tertido kut. Pagi ni, turun breakfast kat bawah. Bagus Big Hostel ni. Breakfast di sediakan. Macam macam ada. Roti, cereal, susu, coffee, tea.....jimat banyak laaa tang breakfast. Tapi siap ada nota ya. Take whatever you want for breakfast ONLY...hahhahaa. Agaknya ada yang amik pastu simpan untuk lunch ngan dinner kut. 

Semalam masa checked in, saya perasan ada orang ni siap ambik blanket dan sarung bantal. And pagi ni juga, saya perasan, ada penghuni yang letakkan blanket dan sarung bantal dalam tempat yang disediakan. Musykil jap....maka saya pun buat siasatan..hahahha. Owhh...rupanya mereka mereka ni orang yang stay kat shared room. Macam kami shared juga, tp shared ber4 under satu booking and 4 sekawan. Mereka tu shared ngan strangers yang tak mereka kenali. So, masa check in, kena ambil keperluan tu, and masa check out, mereka kena pulangkan. Macam kami, x perlu ler bawak ke kaunter untuk pulangkan.

Nak ke Train station

Lepas breakfast, kami plan nak ke Circular Quay. Pikir pikir, nak amik uber/grab je lah. Saya pun tried ler ambik uber. Tak ingat uber ke grab.  Dah okay dah...tp payment using credit card. Hmm.. takmau ler...sbb masing masing pun kedekut nak gunakan cc masing2 kan....so kami just jalan jalan kat situ cari train station. Rupanya senang jer. Dari Big Hostel tu...kluar je pusing kanan...jalan terus kedepan. Just jalan...sampai jumpa Museum Station. Dalam 5 minit kut. And kami turun bawah nak beli ticket. Memang tau Opal Card digunakan di Sydney. Sebab dok memikirkan sekejapan sangat kat Sydney, so malas ler nak beli. Maka kami plan nak beli ticket kat machine je. Kena guna syiling le pulak...and syiling xde hahahhaa. End up kami kena gak beli Opal Card - AUD10.00. Sayang juga, sebab kami tak menggunakan public transport sangat. Just ke Circular Quay. Tolak beberapa sen je dari opal card. Ada balance lagi dalam AUD7.00 dlm tu. Opal card saya pun ntah kemana dah...hahahhaa.



Jakun tengok train dua tingkat

Dalam train

Dah beli Opal Card, kami masuk balik ke Museum Station. Ambil arah ke Circular Quay. Masa ni macam jakun jap....sebab tengok train dua tingkat. Train canggih dah....tp stesennya...oldies sangat saya rasa. Macam station kurun braper ntah....tp best trainnya. Smooth dan laju je. Ada announcement. So just dengar announcement bila sampai Circular Quay, kami pun turun.






Turun je dari train station, kami nampak dah pelbagai Wharf. Juga dah nampak Sydney Opera juga Sydney Bridge. Kami just jalan jalan sekitar...and tiba tiba kami nampak Hop On Hop Off bus. Tanya yang lain nak naik dak. Kak Zu ngan Zu takmau naik. Kena bayar AUD50.00. Tanya Lina..Lina nak. Memang tak pikir lama...maka saya ngan Lina naik hop on hop off bus. Beli ticket kat driver tu je. Plan ngan kak zu dan zu, jumpa nanti. Perjalanan explore Sydney City ngan bus ni lebih kurang 1.5 jam. Fuhh....boleh tahan panas. Yang benonyer, saya banyak tido atas bus....hahahhaa. Ramai juga yang naik bus ni. Kami tak stop mana mana pun. Actually, boleh stop and explore. Pastu naik balik bas tu. Ticket tu valid for 24 hours. Turun ler kat mana mana pun. Janji kat tempat bas tu lalu lah ye. And then, nak naik, naik le balik. Just tunjuk ticket. Tapi kami tak pun...i just want to relaks..aahahah.






Lebih kurang 2 jam gak perjalanan. Kami turun kat tempat kami naik mula mula tadik and cari kak zu ngan zu. Dah jumpa, kami pergi ke Rock Market plak. Flea market macam ni, nampak menarik. Tapi harga...hmmmm...boleh tahan. Takpalah....jalan jalan pandang pandang ajer lah ye...Pastu kami ambil train balik ke Museum Station.




Kami balik Big Hostel dulu. Rehat rehat, solat makan and buat apa yang patut. Then kami pergi ke Paddys Market pula. Kami guna goggle maps je untuk ke Paddy's Market ni. Tak jauh pun dari Big Hostel. Kluar dari Big Hostel tu --> turn left --> ada traffic light. Cross traffic light tu and jalannnnnnnnnnnn terus ke depan. Eh senang sangat eh....hahahaha. Marah orang kalau cakap gitu. Senang lah sebab dah sampai. Yang belum sampai, mesti terkial kial nak bayangkan camner.

Lalu bawah ni. Depan Big Hostel sebelah kiri
Paddy's Market ni macam Ben Thant kat HCM tu pun ya. Cuma sini xdelah crowd sangat. Time to shopping...so shoppinglah watever uols nak kan. Dalam Paddy's Market ni ada gak wet market. Jual buah buahan dan sayur sayuran. Ramai peniaga Chinese Malaysia. Sebab kami pergi dah petang, mcm jual lelong lak. AUD1.00 je...stoberi, avocado, grapes..haishh...macam macam. Mabuk jap kami tengok, rasa macam nak beli semua...hahahhaha.





Dah selesai menyopping, balik hostel. Makan buah buah hasil tangkapan masing masing. And perabiskan juga segala bekalan makanan yang ada. Kemas kemas sebab esok nak fly back to Malaysia. Flight kul 1025 pagi lak tu. So dah janji ngan Mr. Ken jam 0700 pagi kat lobby Big Hostel. Cepat jer masa berlalu. Dah nak balik. Rasa macam tak mau balik...hahhaha.





Road Trip to South Island, New Zealand - Day 9

23 September 2017 - Sabtu

Hari terakhir di South Island New Zealand. Flight kami petang nanti jam 5.15 petang. Kami dah kemas kemas apa yang patut. So saya pun dah siap buat perkiraan perbelanjaan di New Zealand. So mana baki yang patut, saya pulangkan siap siap. Senang. Cuma saya tinggalkan sikit untuk petrol, parking dan juga cost untuk mencuci kereta. 

Kami check out, dan terus cari tempat untuk beli souvenier. Kami pergi ke Cashel Street. Sampai di sini, park kereta and kami perasan that kat sini kena bayar for 2 hours. So, saya kata, sempatlah nak menyoping bagai. By 11.00 boleh gerak ke tempat lain. Kami jalan jalan saja sekitar bandar CHC. Banyak construction juga di sini. Nampak tram lalu...mula kekonon nak naik lah. Sekali tengok rege...hmm...takpalah..hahhaa. Boleh je if nak...takde hal pun. Tapi macam sepakat je takmau...so x naik lah. Baru je nak fefeling macam Kajol dalam movie Dilwale...hhhahaa.

Nak cari DF Souvenier..jalannnn jauh lagi ke depan

Meh shopping

Tram lalu, kami pandang je lah..

Tak naik tram, bergambar depan tram je...hehehe

Masuk DF souvenier, beli apa yang patut. Rasa macam kat Te Anau lagi murah kut. Adalah beza sikit kat sini. If compare yang kat Queenstown, still rasa yang kat Te Anau lagi murah...huhuhuh.  Dah abis shopping, time parking pun dah hampir tamat. Kami decided pergi Christchurch Botanical Garden. Sebab plan nak hantar kereta jam 12.00 tengahari. Kami lepak lepak kat CHC Botanical Garden ni sambil perabiskan makanan yang ada. Masa ni ada satu organisation ni...buat kempen apa ntah. Kempen Kindness..something like that. Dok bagi cookies dan juga small gift buatan sendiri. Kami ni sengal...ingatkan kut mintak derma ke haper. Bila orang tu bagi, kami pun dok hulur duit masuk bakul dia. Sebab syiling masih berbaki....no need..no need..kata orang tu..tersipu sipu malu. Pastu pulak, kami ni dok cari plastik bag isi biskut. Ada ler kids kat dalam taman tu, dok ingat kami buat kempen yang sama...hahhahah...kelakar. Tak pasal pasal kena bagi biskut. Ye lah...dah budak tu asik pandang je kan....


CHC Botanical Garden

Depan fountain. Malam malam lagi lawa kut
Banyak pokok pokok besar dalam taman ni

Bahagian depan museum

Dah lama lepak, perut pun dan kenyang, kami menuju ke CHC airport. Zu ngan Lina akan tunggu kat airport, manakala Kak Zu temankan saya untuk cuci kereta. Berpandukan info dari Shoestring, kami pun carilah tempat cuci kereta ni. Memang sengal...sebab kami dok cari tempat cuci kereta macam kat Malaysia. Ingat ada orang cucikan....and ada orang vacumkan dalam kereta. Berpusing pusing kami mencari. Dah jumpa, tapi tak yakin sebab semuanya auto car wash. Dok pikir, betul ke..betul ke....jam pun dah mula menginjak ke jam 2.00 petang. Hoissh...tak boleh jadi. Shoestring ada bagi tiga tempat. Satu tu tutup. Satu lagi kami tak jumpa...hahahhah. Ke kami yang tak reti cari. And jumpa hat satu ni, kena buat sendiri.

Memang sengal sesungguhnya..tak reti camner. Memula kami peratikan kereta yang masuk kat tempat cuci tu. Pastu nampak macam depa klik sesuatu kat machine sebelum masuk ke tempat cuci kereta. Kat Malaysia, cari car wash yang ada orang. Bukan car wash guna machine. Kat Aussie pun car washnya ada orang...hahhaa. Kak Zu kata, xpalah....kak zu turun nak tengok apa instruction kat situ. Kak Zu turun dari kereta and snap gambar...kami pun follow instruction. Memola kena beli tiket kat kaunter. And nnt kat ticket tu ada satu code, kena masukkan code tu. Bila lampu hijau, baru masuk bawah tempat cuci kereta....and dok dendiam diam dalam kereta...bila lampu depan hijau lagi, baru jalan..bermakna cucian sudah selesai....hahaha. Issokay....mungkin orang lain dah tau...tp kami belajar sesuatu yang baru. 

Dah siap cuci, saya ngan kak zu dah susah hati sebab dalam kereta boleh tahan gak. Dengan macam macam pasir, sisa makanan, serbuk roti semua ada..ahuhuhuh. Saya sepakat ngan kak zu, kita bersihkan sendiri. Maka terhegeh hegah le kami berdua mengemas kereta. Mujur ada wet tissue yang tinggal. Segala sampah sarap, masuk plastik and buang. Kalau boleh tak mau memberikan impression tidak elok pada car rental. 

Dah selesai kemas apa patut, kami waze ke Shoestring office. Tinggalkan kereta, and masukkan kunci dalam box yang disediakan and jalan kaki ke airport. Dekat je. Dalam 10 minit kut dari Shoestring office ke airport kalau jalan lenggang kangkung. Walaupun matahari terpacak, tapi udara sejuk. Tadele rasa panas. Sampai kat airport, cari Lina ngan Zu kat waiting area. Sampai kat airport, kami terus check in luggage. Alhamdulillah tiada sebarang masalah. Jumpa beberapa Malaysian kat sini. Okay ler....bertegur sapa bagai.  Dah lepas checked in, kami naik atas mengecaj handphone dan mengopi sambil menghabiskan sisa sisa NZD dan juga bekalan makanan.


Letak kunci kereta dlm box kecik ni

Sebelum masuk boarding area, kami isi form. Memang ada kaunter sebelum masuk tu. So don't worry kalau takde form. Ambil je kat situ. Smooth je masa melalui imigresen. Cuma kak zu kena bukak bennie dia. Kak Zu gunakan bennie as pengganti tudung. Kami yang lain lain takde apa. Tak banyak cerita, declare apa yang patut sebelum  tu. Roti dan butter zu pun lepas hahahha. Kat sini tak macam Australia. Walaupun in a group, fight booking sama, tp depa tetap check sorang sorang. Takde lah panggil semua sekali. Flight boarding on time. Kami tidur jer, sbb tak beli apa apa makanan. Jam 0645 malam waktu Australia, flight kami safely landed kat Airport Sydney. Saya dah booked airport transfer ngan Mr Ken (warga singapura yang tinggal di Sydney). Mr Ken ni jenis rajin check flight time. Dia tau le pulak flight kami sampai awal, walaupun mula delay sedikit. Janji jam 0730...tp sampai jam 0800 x sampai..hadoii laa. Pastu janji jumpa depan McDonald, kami plak gi tunggu luar McDonald..hehhe. Dia pi cari kami kat depan McDonald tu. Lama juga kami menunggu Mr Ken ni. Xpalah..janji leh rehat rehat dan relaks. 

Untuk airport transfer ni, Mr Ken charge kami AUD140.00 return. Nanti dari hostel ke airport pun dia gak yang ambil. Mr Ken bawak MPV, so memang muat sangat dengan luggage kami.  Di Sydney, saya booked Big Hostel. Baca review macam bagus je kan. Walhal harga tak banyak beza dengan Pod Sydney. Tak kisah le sbb nak tidor dua malam je. Jauh juga dari airport ke Big Hostel ni. Pastu konpius nak masuk ikut mana...haahha. Saya booked mixed room 4 bedded with private bathroom. Dapat bilik kat tingkat 3. Ada lift, tapi sampai tingkat 3, kena naik beberapa anak tangga...dengan luggage...huhuhu. Kecil je bilik ini. Tapi okay lah. Sbb private bathroom kan, so takdelah yang  alaaaa.... alaaaa...hahha. Lebih kurang macam cabin kat Lake Tekapo tu juga. Kitchen kat bahagian bawah. Wifi xde dalam bilik....frustrated tul. Tak pasal pasal saya on roaming data...mati kutu weh takde tenet. If nak tenet, kena turun bawah ler pulok. Masa check in, kami dapat 4 card untuk setiap sorang. Kena bayar deposit untuk card ni. So janganler hilangkan ye. Deposit akan dipulangkan time check out nanti. 

Tempat shower kat Big Hostel ni kecik nau. Asik berlaga dinding je bila mandi. Tapi tak kisah, janji private bathroom. Takyah nak share ngan sesaper. Katil agak tinggi. Saya ngan Zu tido bahagian atas. Pastu turun jap, and cari tempat makan. Sederet ngan Big Hostel ada satu kedai kebab. Kami makan kat situ je. Dah lepas makan, balik bilik, mandi manda and tido.


**tiada gambar di ambil hehehe




Thursday, 15 March 2018

Road Trip to South Island, New Zealand (Wrapped Up)


We started our journey from 14th September 2017 - 25 September 2017. Hari pertama di Sydney, Australia and hari hari yang seterusnya adalah di South Island, New Zealand. Dan 3 hari terakhir adalah di Sydney juga. Terlalu banyak tempat menarik dan cantik cantik di New Zealand yang mana adakalanya tidak ter capture melalui camera. Kenalah datang untuk melihatnya sendiri....Saya sekadar berkongsi pengalaman yang maybe tidak sama dengan pengalaman orang lain. Yang baik boleh diikuti, yang tidak itu abaikan sahaja.

Preparation

Expenses

Accommodation - Sydney Australia & South Island, New Zealand

Day 1 - Kuala Lumpur - Sydney  - Christchurch

Day 2 - Christchurch - Oamaru - Dunedin

Day 3 - Dunedin - Kaka Point - Te Anau

Day 4 - Te Anau - Milford Sound - Queenstown

Day 5 - Queenstown

Day 6 - Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Omarama

Day 7 - Omarama - Twizel - Mount Cook - Lake Tekapo

Day 8 - Lake Tekapo - Christchurch

Day 9 - Christchurch  - Sydney

Day 10 - Sydney Australia

Last Day - Sydney - Kuala Lumpur

Tips Tips di New Zealand


Oamaru Blue Penguin Colony
Somewhere in South Island
Moeraki Boulders
Queenstown
Lindis Pass
The Nugget Point Light House
Kaka Point
Glenorchy
High Country Salmon, Twizel











Monday, 19 February 2018

Neka Cafe

17 February 2018

Kesian anak anak mereput kat umah. Jom kita jalan jalan cari makan. Actually, bab jalan jalan cari makan ni biasa sangat dah. Cuma kengkadang akak malas nak haplod kat blog. Rajin haplod kat ig je...hahhaha.

Google je lah kat mana nak gi makan makan ni. Actually saya pun tak tau nak makan kat mana. Then anak no 2 sajes makan di Neka Cafe ni. Okay..moh kita. 

To me, okaylah food kat sini. Tapi service a bit slow. Berjinggut tunggu makanan sampai. Nak order, kena order kat kaunter ya. Takde orang amik order kat meja. Depa bagi menu je. Pastu pilih and sila ke kaunter. 

Kami ber7, saya order Neka Sejoli kongsi ngan asben. Air pula honey lemon tea, sweet corn, root beer dan ice cream soda. Si sulung order apa ntah...hahhaha. No 2 and no 4 order nasi putih with tomyam merah. Harga boleh le. Takde le mahal sangat. Makan ber7 kenalah dalam RM140.00 gitu. 

The rest takde komplen. Cuma lambat dapat makanan je lah. Air hampir hampir nak habis, baru makanan sampai. Knowing anak anak hakak.......suka perabis minuman.

Neka Cafe
My little bam bam dengan spageti carbonara dan juga kentang goreng. Abaikan mak yg mendongak tu
Spageti carbonara
Neka Sejoli 
Neka Sejoli ni untuk 2 orang makan. Ada 2 nasi putih, semangkuk tomyam merah, semangkuk sayur campur, ayam macam masak paprik, sambal ulek dan dua keping telur dadar. Puas makan sebab telur dadar nyer besar. 

Si sulung punya, tak ingat nama
Untuk si no 3
No 2 dan no 4 punya, tiada dalam gambar. Sebabnya tak sempat nak ambil gambar, depa dah bedal dulu. Kelaparan al kaedahnya....hehhhe. Saya rekemend kedai ni. If tak kisah menunggu. Kecil je cafe nye, boleh memuatkan dalam 20 - 25 orang macam pada satu satu masa. Ada juga dessert seperti velvet cake, pandan cake juga tart chocolate. Kalau suka suasana cosy, bolehlah datang sini....Pada masa kami datang, ada orang celebrate birthday.

Untuk info selanjutnya boleh ler masuk FB: Neka Cafe. IG: nekacafe. Kat mana Neka Cafe ni...Neka Cafe kat sini ya...Address9-G, Jalan SS15/8B SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor