16 Disember 2016 (Friday)
Sudah masuk hari ke 7. Hari jumaat, maka kami ber4 berpakat untuk pakai baju kurung di hari jumaat yang mulia ni...hahahha. Tapi Erra plak tertinggal baju kurungnya. Xpalah..ber3 pun jadik. Plan hari ni kalau ikutkan...nak ke Odaiba dengan menaiki Waterbus. Dari Oshiage Skytree Station kami amik train ke Asakusa. Benonyer dekat je Oshiage ke Asakusa ni. Malas jalan kaki..hehhehe. 3 minit je. Oshiage Skytree Station --> amik Asakusa Line A20 towards Nishi-magome --> Turun Asakusa --> Kami amik exit 3 ke Sensoji Temple. Plan nak ke sini last day...kita tengok jadi ke idok..hahhaa.
 |
| Gigih berbaju kurung...hahahah |
**Notakaki: Yang sebelah kiri kat belakang tu adalah Tokyo Skytree. Kami atas small bridge merentasi sungai kecil. Apartment seberang sungai. Kalau jalan lurus kedepan, terus ke Tokyo Solamachi. Saya ada buat map sendiri kat
Day 1 camner cara cara nak cari apartment kami tu...hehhee..
So..okay...sampai kat Asakuka station, kluar jer exit, kami pun ikut signboard menuju ke Asakusa Pier. Dua minit je jalan kaki. Jangan tanya camner...tiba sini je trus tau je nak cari jalan..hahhaha. Asakusa Pier ni dekat ngan Sumida River.
 |
| Paham kut naaa |
Kami memang plan nak naik Himiko Water Bus. So, beli ticket kat kaunter. Ada baca kat blog mana ntah...dia beli siap siap sehari sebelum. Takut ticket abis. Tp kami tawakal jer. And bagitau kat orang tu, kami nak Himiko. Sbb ada dua water bus iaitu Himiko dan Hotaluna. Timing berbeza. Lupa nak snap jadual waktu. Lupaaaa manjang....hahahha. Kami naik yang dekat dekat jam 10 pagi gitu. Sebelum sampai waktu, macam biasa, mengopi dulu.
 |
| Berhadapan dengan Asakusa Pier. Nampak dak Tokyo Skytree |
 |
| Jambatan merah dekat pier |
Perjalanan dari Asakusa Pier ke Odaiba mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sepanjang pejalanan, boleh ler tengok pemandangan sekitar Tokyo. Waterbus ni akan stop kat Hinode Pier sekejap. Ambil penumpang. Then dari Hinode Pier terus menuju ke Odaiba. Dan selepas Hinode Pier, waterbus ni akan buka bahagian atas, so boleh ler kita naik dan tengok pemandangan sekeliling. Hari ni cuaca cerah sangat. Langit membiru. Sangat cantik. Kalaulah masa pergi ke Lake Kawaguchiko aritu, cuasa seperti ini...sudah tentu Mount Fuji cantik kelihatan..huuuhu...
 |
| Pemandangan dari atas deck cruise |
 |
| Himiko Waterbus di Odaiba Pier selepas menurunkan kami dan para penumpang |
 |
| Ice cream sedap dalam cruise - kena bayar ye bukan pree |
Akhirnya kami sampai ke Odaiba. Sedang jalan jalan dan ambil gambar, kami di sapa oleh seseorang. Nak saya tolong ambilkan gambar, katanya. Kami pun apa lagi....ye ye..heehheh. Sambil tu sembang sembang dgnnyer. Lupa nak tanya nama...dia datang ngan kakak nya. Tp akhirnya kami tau juga, dia salah seorang ahli RTJ. Sbb bila balik Malaysia, ternampak posting dia di RTJ.
Dari Odaiba Pier, kami ke Statue of Liberty. Kami melalui Aqua City dan terus ke Tokyo Diver City demi Gundam. Besar kawasan ni. Disini juga bertemu dengan orang Malaysia bawak group jalan jalan ke Jepun. Ada IG, roslan jombackpacker kalau tak silap. Dah puas amik gambar ngan Gundam, kami pergi makan pula. Makan tak pernah lupa. Lagipun rasa macam cepat sangat cuaca berubah menjadi malap.
 |
そじ坊 ダイバーシティ東京プラザ店Sojibou DiverCity Tokyo Plaza 6F, 1-1-10 Aomi, Koto-ku, Tokyo 135-0064 |
 |
| Mencari Yurikamome Line |
Lepas makan, kami jalan jalan dalam bangunan. Sempat le merembat beberapa beg anello. Kluar je dari bangunan, hari dah gelap. Walhal masih awal lagi. Kami mula mencari train station. Sesungguhnya masa kat sini, kami main redah aje....nampak je signboard, kami follow. Jangan tanya dah....saya mmg takleh recall. Sbb masa tu Dik Nieta yang gugel kan cari jalan. Jenuh juga pusing pusing kat dalam tu. Yang saya ingat, dari Odaiba kami ambil Yurikamome Line and stop kat Shimbashi. Dari Shimbashi kami terus ke Ropponggi (Odeo Line) Sampai Ropponggi kami kluar kat Exit 1C ke Roppongi Hills. Semasa dalam tren, mmg scary sbb ramai orang. Berhimpit himpit. If tak salah, kami naik monorail.
Yurikamome Line --> Stop at Shimbashi Station (E19). Take train to Roppongi (E23) Odeo Line. Dari Shimbashi ke Roppogi xyah tukar tukar train dah. Satu hala je.
Di Ropponggi, kami menuju ke Hard Rock Cafe berpandukan google maps. Sempat menyoping kat hard rock cafe juga. Dah setel menyoping, kami mencuba Kader Kebab. And lepas tu balik semula ke Oshiage. Jauh juga dari Ropponggi ke Oshiage. Dalam 32 minit gitu.
Roppongi Station (H04) Hibiya Line towards Kita-Senju --> Stop at Higashi-ginza (H09) --> Transfer to Asakusa Line (A11) towards Oshiage Skytree --> Stop at A20 Oshiage Skytree Station. Dah akhirnya sampai ke apartment. Capek giler...ahhaha. Kami refresh and start packing barang kain baju bajan segala bagai. And kemas kemas apartment sikit sikit sbb esok last day. End of day 7.

No comments:
Post a Comment