Monday, 19 February 2018

Neka Cafe

17 February 2018

Kesian anak anak mereput kat umah. Jom kita jalan jalan cari makan. Actually, bab jalan jalan cari makan ni biasa sangat dah. Cuma kengkadang akak malas nak haplod kat blog. Rajin haplod kat ig je...hahhaha.

Google je lah kat mana nak gi makan makan ni. Actually saya pun tak tau nak makan kat mana. Then anak no 2 sajes makan di Neka Cafe ni. Okay..moh kita. 

To me, okaylah food kat sini. Tapi service a bit slow. Berjinggut tunggu makanan sampai. Nak order, kena order kat kaunter ya. Takde orang amik order kat meja. Depa bagi menu je. Pastu pilih and sila ke kaunter. 

Kami ber7, saya order Neka Sejoli kongsi ngan asben. Air pula honey lemon tea, sweet corn, root beer dan ice cream soda. Si sulung order apa ntah...hahhaha. No 2 and no 4 order nasi putih with tomyam merah. Harga boleh le. Takde le mahal sangat. Makan ber7 kenalah dalam RM140.00 gitu. 

The rest takde komplen. Cuma lambat dapat makanan je lah. Air hampir hampir nak habis, baru makanan sampai. Knowing anak anak hakak.......suka perabis minuman.

Neka Cafe
My little bam bam dengan spageti carbonara dan juga kentang goreng. Abaikan mak yg mendongak tu
Spageti carbonara
Neka Sejoli 
Neka Sejoli ni untuk 2 orang makan. Ada 2 nasi putih, semangkuk tomyam merah, semangkuk sayur campur, ayam macam masak paprik, sambal ulek dan dua keping telur dadar. Puas makan sebab telur dadar nyer besar. 

Si sulung punya, tak ingat nama
Untuk si no 3
No 2 dan no 4 punya, tiada dalam gambar. Sebabnya tak sempat nak ambil gambar, depa dah bedal dulu. Kelaparan al kaedahnya....hehhhe. Saya rekemend kedai ni. If tak kisah menunggu. Kecil je cafe nye, boleh memuatkan dalam 20 - 25 orang macam pada satu satu masa. Ada juga dessert seperti velvet cake, pandan cake juga tart chocolate. Kalau suka suasana cosy, bolehlah datang sini....Pada masa kami datang, ada orang celebrate birthday.

Untuk info selanjutnya boleh ler masuk FB: Neka Cafe. IG: nekacafe. Kat mana Neka Cafe ni...Neka Cafe kat sini ya...Address9-G, Jalan SS15/8B SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor






Thursday, 15 February 2018

Rail Trip to Hatyai - Day 3

28 Januari 2018 - Ahad

Last day kami plan ke Kim Yong Market je. Nak cari pulut ayam, pulut mangga dan segala mak nenek makanan yang boleh kami makan...hahahhaa. Agak lewat juga kami keluar. Almaklum..kepenatan masing masing. Dapat kena urut, semua hanyut. Sedap kena urut semalam. Kami cuma jalan kaki ke ke pasar ni.


Teruja tul tengok pasar Kim Yong ni.  Macam macam ado. Buah buahannya...toksah citer la. Beso beso. Saya nak cari tomyam paste. Kami pun berpusing pusing mencari pulut ayam halal dalam pasar kim yong ni. Pusing punya pusing, tanya sana sini...tak jumpa pun. Dah penat berpusing, last last kami masuk gak satu restoran muslim kat sini. Cuma ada jual nasi kerabu, roti canai, roti pisang. Kami masing masing order nasi kerabu sepinggan sorang, and extra roti canai dan roti pisang. Sedap nasi kerabunya. Tapi sikit nau...hahahhaha. Sebelum sampai ke kedai nasi kerabu ni, kami jumpa stall jual ikan goreng. Nampak fresh tul ikan gorengnya. Ikan tu direbus dulu, kendian baru di goreng. Dok teringat ingat ikan goreng tu, Ji ngan Jah patah balik ke belakang pi beli dua ekoq share 6 orang. Memang sedap sangat. Dah kenyang, kami pun masuk semula ke pasar.



Masing masing beli almond, longan kering, buah bidara, buah cherry, buah kundang.  Saya teruja tengok petai...hahahah. Beso beso kau. Maka beli gak......on d way balik ke hotel, jumpa orang Malaysia...aik..petai pun beli kat sini...hahahha. Saya ketawa je....dia bergurau je tu.

 

Pastu kami masuk bahagian dalam bangunan. Jumpa buah berangan. Pergghh sedap juga. Beli....pastu jumpa makanan kering kering macam ikan bilis kering tu....pun beli. Jumpa gak paste tomyam halal. Kawan saya cari tomyam powder, tapi tak jumpa.  

Dah settle, kami kembali ke kedai jual handbag semalam...hahahha. Penat menggendung dan menjinjit hasil tangkapan. Gigih nak beli handbag jugak kan. Tokey kedai tu...good one. No pasar malam pasar malam. Very good one....haha. Ye lah....saya sempat gi buat passport cover dengan harga THB100. Okay le...consider murah gak tu. 

Depa menyopping tak hengat kat kedai handbag tu. Masing masing dah puas hati, dah dapat, kami kembali ke hotel. Anna dan Lis nak cari jersi. Jah ngan Ji saya tak ingat depa nak cari apa.  Saya ngan Mashie balik dulu ke hotel. Actually, kami booked van ngan tokey kedai ni untuk ke border. Dia charge THB1000 je per van. Kami pun apa lagi. Jimat THB500 kan. Sbb kami bajet THB1500.  Kami kata, jam 1230 tengahari amik kat hotel. Dia kata okay.

Penat juga bila sampai hotel. Saya kemas kemas barang, sambil sambil tunggu yang lain balik. Dalam jam 1100 gitu, depa balik. Siap tunjuk apa depa beli..hahaha. Saya tengok passport cover depa buat tu cantik. Dah gedik gedik nak passport cover lak...hahahha.  Bincang bincang, saya, mashie, lis dan anna patah balik ke kedai handbag tadik. Lis nak beli lagi....so bila sampai kedai, handbag yang Lis nak takde. Kami tanya, ada stok dak...dia kata ada. 10 minit. We come back, kami kata. Sebab saya ngan Anna nak gi buat passport cover. Dekat2 area tu jugak. 

Saya beli satu dan untuk Jah satu. Anna juga. Dah siap, kami ke kedai handbag tu semula, Mashie ngan Lis dah selesai. Sebelum balik hotel, kami tanya tokey tu, bila cousin dia datang hotel amik kami. On the way katanya. 

By the time kami sampai hotel, van dah sampai. Tapi masalah juga nak bercakap ngan driver van ni. Tak reti English langsung. Kami bagitau, on the way ke Padang Besar, singgah mana mana kedai halal untuk kami lunch. And if ada, kami nak cari pulut ayam. Dia siap called kawan dia suruh cakap ngan kami. Kami explain le ke kawan dia tu...sebb kawan dia reti cakap melayu. Rupanya haraaaaammm.....terus dia bawak kami ke sempadan. Perut dah berkeriuk lapar. Hadoiii sabar je la. Bila tanya, naper tak singgah.....dia dok geleng geleng kepala. 

Kami pun masuk le imigresen Thailand kat border ni. Dah lepas border, kami dok memikir camner nak ke stesen keretapi padang Besar. Masa ni dah kul 0300....huhuhuh. Train kami kul 0410. Nak murah punya pasal, dah jadi masalah lak...hahahhaa. Pastu dok tanya tanya around, kut ada yang boleh bawak ke stesen. Nak jalan kaki dengan bawak barangnya...huhuhu..jauh juga. Walaupun by car tak sampai 5 minit..kalau jalan kaki..perghhhh pitam kauu. Pastu teringat agent yg memola kami datang. Saya called dia kut kut dia leh ambik. Saya bagitau kami kat border ni. Dia kata boleh. 10 minit sampai katanya. Dalam masa 10 minit ni...ada plak orang offer leh bawakkan. Udah serba salah. Last last kami accept je orang tu offer. Kena bayar 10 sorang. Dia bawak dua kereta. Saya called balik agent tadik nak bagitau kensel. Tak angkat plak. Saya wasap je...pastu sorrrrriii sangat sangat.

Dah last last ni, gambar pun tak ambil dah. Kami naik kereta yang berasingan. Driver tu tak cakap apa pun ngan kitaorang, so kami sampai dulu. Dok tunggu tunggu yang lain tak sampai. Pastu Mashie called, kata nak makan tak. Kami dah beli makanan kat stesen Padang Besar. Rupanya depa dok suruh driver bawak pi arked untuk cari makanan. Driver kami lak tak cakap apa apa..hahaha. Takpalah...tadak rezeki. Depa plak, bila kami kata dah beli makanan, so depa pun tak belikan lah untuk kitaorang. Cuma belikan laksa thai je. Ye lah..kang beli tak makan lak.

Train jam 0410 petang. Tepat jam 0410 tren sampai. Kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Dalam train sempat diskas pasal next trip...hahhaha. Rasa macam lama juga kami dalam train. Hari hujan. So next trip..in sha allah kalau di panjangkan umur.




Rail Trip to Hatyai - Day 2 Part II

27 Januari 2018 (Sabtu)

Panjang sangat story kat satu Page. So, sambung next page. Panjang sebab banyak sangat gambarnya. 

Dah selesai makan, kami jalan jalan sepanjang pantai. Adalah patung duyung tu. Tapi ramai sangat yang bergambar situ, maka kami batalkan hasrat kami. Kat sini kami beli sebenier sikit sbb nampak menarik. Masa turun tuk tuk, kami nampak coconut ice cream...walllllaaaaa. Sedap sedap. Tapi saya ngan Anna je yang beli. Yang lain takmau..kekenyangan. Angin kuat tul kat sini....


Coconut Icecream - mabeles

Songkhla City landmark

Jalan jalan tepi pantai

Shopping

Shopping lagi

Driver tuk tuk bawak kami ke Central Mosque of Songkhla. Kami nak solat dulu. Cantik gak masjid ni. Kalau di jaga dengan baik, tentu lebih menarik. Cuma tak best, tempat wuduk di sediakan di bawah, satu tempat yang berasingan berhampiran dengan toilet, manakala dewan solat di tingkat 2. Dah sampai atas, kami turun semula kebawah. Cantik tempat ni...siap ada kolam besar lagi. Sekeliling luas mata memandangan.



Dah selesai solat, kami menuju ke Floating Market pula. Cuasa panas, berpeluh peluh. Saya boleh rasa air peluh mengalir dalam baju...hehhehe.  Ramai orang orang kita kat Floating Market ni. And kebanyakan orang yang menjual disini adalah muslim. Jadi kami tidak ragu ragu untuk membeli makanan yang ada. Ada juga makanan tidak halal, tapi di bahagian atas. Kebanyakan yang atas boat adalah orang Muslim. Disini Lis mencuba pad thai dan egg omelet. Jah membeli pulut mangga juga egg omelet with taugeh dan squid. Saya mencuba thai coconut puding, thai milk tea, lok chup (jeli berinti kacang) juga telur puyuh kongsi dengan Jiji. Anna membeli kerabu mangga. Semua ni kami makan bersama sama. Mashie pula potato fritters. Apa lagi yang kami beli ya...hhahaha. Yang pasti beli minuman berkali kali. Sangat dahaga. Kat sini kami tak lama. Sempat beli longan kering dan juga almond. Sedap longan kering ni.







Panas terik juga di sini. Kami sudah kekenyangan. Tak larat nak tambah lagi..hahhaa. So, kami decided untuk balik ke bandar. Ada yanga cadangkan balik hotel dulu then kluar semula. Saya rasa if dah balik hotel..ntahlah nak kluar tu...hahaha. Sbb dah penat kan. Kami suruh driver tuk tuk turunkan kami berdekatan dengan Lee Garden. So nanti kami jalan kaki balik ke hotel. Kekonon nak ke night market. Tapi kami abiskan masa di Central Shopping Complex. Kat sini, saya sempat rembat dua lagi bra brand Wacoal. Mashie lak, sampai 4 lai..hahaha. Yang lain, tatau apa depa beli. Sebab depa2 dah macam keletihan sangat. Saya pun letih benonyer. Heret je lah kaki...hahhaha. Kami pergi juga kedai2 berderetan sepanjang jalan. Ada yang mencari tshirt, jersey, seluar juga baju2 yang tertulis Hatyai. Dari Central ni, kami jalan kaki balik ke Aloha Hotel. Sempat singgah satu kedai menjual handbag berjenama (tp imitation le....hahhaha). Masuk juga kejap. Tapi saya dah sakit perut tak menahan sangat. Saya dan Jah mintak diri balik dulu ke hotel. 

Sampai hotel, kami booked untuk massage pula. Suruh mereka datang ke bilik je la senangkan. So janji dalam kul 0800 gitu untuk massage. Sedap kena massage ni....lama juga. Saya ambil massage seluruh badan termasuk perut dikenakan bayaran THB700. Kalau skip perut, THB500. Ji tak ambik sebb risau kut kut laaaa...ada isi..hehhee. Saya memang tidur lena selepas massage.

End of Day 2. 




Sunday, 11 February 2018

Baling Belakang - Restoran Sahabat

Pernah terbaca di satu blog akan kesedapan makanan di restoran ini. Maka saya pun macam biasa, mahu mencuba. Maka kami 7 beranak sekeluarga, makan malam di sini. 

AddressNo, 2, Jalan BK 9/2, Bandar Kinrara 9, 47180 Puchong, Selangor
Hours
Opens 11:30AM

Okay je pada saya. Harga reasonable. Faktor WOW tu...hmm...susah juga nak puaskan perut saya ni ya, walaupun saya bukan lah jenis cerewet makan. Dalam erti kata lain, puas hati jugalah makan. Kami order shell out sahaja. Senang. Lambak je atas meja, makanlah bersama sama. Ada juga menu menu lain. 











Wednesday, 7 February 2018

Rail Trip to Hatyai - Day 2 Part I

27 Januari 2018 - Sabtu

Sesampai je kat Stesen Padang Besar, terpinga pinga juga sebenarnya. Tak tau arah. Kendian kami cari surau dulu. Surau kat sebelah kedai makan tu. Tapi malangnya, tiada air..huhhuhu. Maka dengan berjimat cermat kami menggunakan air mineral masing2 untuk ambil wuduk. Hampir jam 0700 driver van dah called. Sebab janji suruh ambil kul 0700 gitu. 

Untuk Van, saya dah booked siap siap. So bayaran untuk van dari stesen padang besar ke Hatyai adalah THB1500.00 per van. Boleh muat 10 orang. Tapi kami ber6, so kena bayar lebih sikit lah ye.  Driver tu tunggu kami kat surau. Kena cross track ya (ada laluan atas) and terus ke imigresen Malaysia. Isi borang siap siap, and van dah tunggu. Kami ingatkan dah lepas, rupanya itu imigresen Malaysia...hahahha. Van bawak kami ke border Imigresen Thai pulak. Jauh jugak. Adalah dalam beberapa minit kut by van. Jalan kaki, berpeluh tiak. Masa sampai ni, orang ramai dah berbaris untuk chop passport masuk Thailand.  Masa kat Imigresen Malaysia, budak tu pesan, nanti ada orang tunggu kat Imigresen Thai. So kami okay je lah. Bila sampai border, memang ada orang tunggu. Tak ingat nama. Sebab tak tanya pun. Kami turun dari van, driver tu suruh kami berbaris juga.  Tengah berbaris, this young man datang tegur...kak yang ber6 tu ye. Iya..saya kata. And dia kata, nak cepat ke nak berbaris. Opkos kami kata nak cepat. Dia pun bawak kami ke satu kaunter lain bertentangan dengan kaunter yang org ramai ramai berbaris tadik. Dia kata kena bayar RM5.00 sorang. Kami agreed je. And masuk dalam, trus chop passport. Pastu dia bawak balik ke ke van tadik yang tengah tunggu.

Our van

Kat imigresen Thailand

Kami gi kaunter sebelah sana. Org berbaris sebelah sini

Dari border ke Hatyai dalam 45 minit. Kami minta driver bawakan ke tempat makan yang halal untuk kami breakfast dulu. So orang muda tu tadik kata, boleh je driver tu bawakan. Tp kami kena bagi tips sikit lah, sebab dia kena tunggu kan. So redho je...hahaha. Sebab dah lapar...hahahha. Driver ni bawak ke kedai makan Kak Kiah. Kedai nasi campur, kami pun bedal nasi lah. Apa lagi. Nasi putih, lauk pakapau, tomyam, ikan goreng (ikan goreng thai sedap. Ikan direbus dulu then kendian goreng) and ada sambal belacan dan ulam. Walawey...sedap sangat.

Breakfast

Ikan goreng sedap

Restoren Kak Kiah - driver termasuk dlm gambar

Dah makan kami teruskan perjalanan ke Aloha Hotel. Sampai hotel, boleh check in awal. Hoyeeeh....suka sangat sebab semalaman x mandi. Masa kat sini. receptionist tu bagi 3 rooms. Saya ambil je. Dah sampai atas, ehhh...kenapakah. Sebab memang mola2 saya requested 3 rooms. Then saya kensel one room, mintak connecting room with extra bed. Dah terpisah gitu, macam tak best le pulok. Saya turun semula, and bagitau yang saya dah kensel one room sebelum ni. Siap tunjuk email lagi. So settle. dia kata boleh. Nnt dia suruh house keeping masukkan extra bed. So jimatlah THB35.00 kat sini...hehehe. Sbb 2 bilik tu memang connecting room.

Letak barang, kemas kemas, mandi manda bagai then kami turun semula ke bawah untuk cari tuk tuk. Masa ni Mashie dah deal ngan orng tuk tuk tu. Saya terbaca ada yang amik tuk tuk cuma THB1200 sehari. So bila org tu offer THB1500 sehari, kami macam okay je. Sekali Lis bargain pulak, so dapat lah THB1400. Tapi masa kami sampai kat floating market, jumpa orang Malaysia, dia kata dia dapat THB1200 untuk dua hari......huwaaaaa...hahaha. 

So perjalanan pertama kami, memola ke Cable Car Hatyai --> Samila Beach --> Masjid Songkhla --> Floating Market --> Hotel.

Dalam tuk tuk


Cable car ni kat tempat tinggi. Berasap dan berbau tayar tuk tuk. Bayaran naik cable car ni adalah THB200 per pax. Pendek je....tak dan nak rasa gayat...hahahaa. Sampai atas, pun takde apa sangat. Adalah temple diaorang. Saya ni tak suka temple yang ada patung bentuk badan manusia kepala binatang. Haishh..malas nak tengok. Lagipun masa ni depa tengah dok perasap..huhuhu..bau kuat. Kami decide turun balik je lah. And jalan jalan sekitar area cable car ni pastu turun ke bawah tempat tuk tuk tadi.   





Dah masuk tengahari, dah lapar balik. Kami ke Samila Beach nak cari seafood pula. Driver ni trus je bawak ke kedai muslim. Subaidah Restoran namanya. Bila kebulur, tengah lapar, tak sedar order macam macam. Masing masing order air kelapa, thai milk tea, tomyam seafood, kerabu suun with squid, sayur campur, squid salted egg...pastu ada yang cakap...eh byk ni. Bila makanana sampai...tu dia kau. Memang banyak sungguh portion nya. Sebelum tu kami dah membedal mangga, jambu dan nenas yang kami beli dari org2 yang lalu lalang tu.  Gigih kami nak abiskan makanan...tapi tak daya. Even nasi sebekas pun tak abis. Portion memang banyak. Mujur order banyak tu je. If order lebih lagi..haiii tak tau ler. Kena mentapau le gamaknya.

Sebelum order makanan, beli buah buahan dulu

Subaidah Seafood

Air kelapa setiap seorang

Ikan stim limau

Sambal belacan sangat sedap + tomyam

Sotong salted egg + kerabu suun plus udang sotong bagai + mixed vege

Dah selesai makan, kami gi jalan jalan kat tepi pantai pula. Sian driver, jenuh tunggu kami...hahahaa.