27 Januari 2018 (Sabtu)
Panjang sangat story kat satu Page. So, sambung next page. Panjang sebab banyak sangat gambarnya.
Dah selesai solat, kami menuju ke Floating Market pula. Cuasa panas, berpeluh peluh. Saya boleh rasa air peluh mengalir dalam baju...hehhehe. Ramai orang orang kita kat Floating Market ni. And kebanyakan orang yang menjual disini adalah muslim. Jadi kami tidak ragu ragu untuk membeli makanan yang ada. Ada juga makanan tidak halal, tapi di bahagian atas. Kebanyakan yang atas boat adalah orang Muslim. Disini Lis mencuba pad thai dan egg omelet. Jah membeli pulut mangga juga egg omelet with taugeh dan squid. Saya mencuba thai coconut puding, thai milk tea, lok chup (jeli berinti kacang) juga telur puyuh kongsi dengan Jiji. Anna membeli kerabu mangga. Semua ni kami makan bersama sama. Mashie pula potato fritters. Apa lagi yang kami beli ya...hhahaha. Yang pasti beli minuman berkali kali. Sangat dahaga. Kat sini kami tak lama. Sempat beli longan kering dan juga almond. Sedap longan kering ni.


Panas terik juga di sini. Kami sudah kekenyangan. Tak larat nak tambah lagi..hahhaa. So, kami decided untuk balik ke bandar. Ada yanga cadangkan balik hotel dulu then kluar semula. Saya rasa if dah balik hotel..ntahlah nak kluar tu...hahaha. Sbb dah penat kan. Kami suruh driver tuk tuk turunkan kami berdekatan dengan Lee Garden. So nanti kami jalan kaki balik ke hotel. Kekonon nak ke night market. Tapi kami abiskan masa di Central Shopping Complex. Kat sini, saya sempat rembat dua lagi bra brand Wacoal. Mashie lak, sampai 4 lai..hahaha. Yang lain, tatau apa depa beli. Sebab depa2 dah macam keletihan sangat. Saya pun letih benonyer. Heret je lah kaki...hahhaha. Kami pergi juga kedai2 berderetan sepanjang jalan. Ada yang mencari tshirt, jersey, seluar juga baju2 yang tertulis Hatyai. Dari Central ni, kami jalan kaki balik ke Aloha Hotel. Sempat singgah satu kedai menjual handbag berjenama (tp imitation le....hahhaha). Masuk juga kejap. Tapi saya dah sakit perut tak menahan sangat. Saya dan Jah mintak diri balik dulu ke hotel.
Sampai hotel, kami booked untuk massage pula. Suruh mereka datang ke bilik je la senangkan. So janji dalam kul 0800 gitu untuk massage. Sedap kena massage ni....lama juga. Saya ambil massage seluruh badan termasuk perut dikenakan bayaran THB700. Kalau skip perut, THB500. Ji tak ambik sebb risau kut kut laaaa...ada isi..hehhee. Saya memang tidur lena selepas massage.
End of Day 2.

No comments:
Post a Comment