30 March 2018
Our flight to Busan jam 0115 pagi waktu Malaysia dan akan touch down di Busan pada jam 0830 pagi waktu Korea (waktu Malaysia jam 0730 pagi). Saya bertolak dari rumah selepas maghrib, Dan berjumpa Anna, Jah dan Erra di KLIA2 dalam jam 0900 malam. Urusan mudah sahaja di kaunter. Luggage masing2 adalah 15kg seorang. Semua cukup....selesai urusan di kaunter, maka kami pun masuk ke boarding area. Urusan kastam juga mudah, tiada yang terlebih luggage. Cuma saya je lah...harus juga membuka beg. Sebab saya punya facial cleanser..huhuhu. Below 100ml ye. Mujur lepas...
Tepat jam 0115 pagi, pesawat berlepas ke Busan. Kami tidak mengambil sebarang inflight meals sbb dah bercadang nak tidur sahaja. Menggunakan perkhidmatan travel guide juga merisaukan kami sebenarnya. Sebab pembayaran penuh telah dilakukan sebulan sebelum tarikh berlepas, risau guide representative tak muncul di airport. Namun kebimbangan itu berlalu bersama dalam kepekatan malam. Kami di buai mimpi hinggalah pengumuman untuk mendarat.
Sebaik sahaja mendarat, saya cepat cepat whatapps mesej ke tour guide, Ikah, untuk memberitahu bahawa kami telahpun mendarat. Alhamdulillah, jawapan segera dari Ikah, dia berada di bahagian hadapan. Akan menunggu sehingga urusan imigresen selesai. Usai urusan imigresen, kami pun mencari cari Ikah. Perasan juga seorang gadis sado tersenyum senyum kepada kami. Mulanya agak ragu ragu...betul ke...betul ke. Sekali dia datang....akak akak sekalian...Ikah ni...fuhhh..lega. Sebelum berlepas, Ikah sempat meminta kami whatapps gambar masing masing. Sebab tu agaknya dia tersenyum senyum bila nampak kami....dah kenal rupa...hehheehe.
 |
| Di pagi hari di Gimhae Airport |
 |
| Disambut oleh LMH...hahaha |
Ikah membawa kami ke bahagian penyimpanan luggage. Almaklum, trolley bag ada 4, backpack ada 4 juga. Maka kena lah simpan luggage dulu. Mahal u...huhuhuh...untuk semua bag kami tu, kena bayar KRW54,000..perghh....menggigil kluarkan duit. Tapi nak buat mcmaner...takkan nak angkut kut jalan jalan di Busan.
 |
| Kat 1st floor ye |
Selesai simpan luggage, Ikah bawa kami ke airport railroad untuk ke Jagalchi Market, BIFF dan Gukje Market. Memola kena ambil line purple sebelum tukar ke line hijau dan tukar lagi. Untuk pengangkutan disini juga sudah termasuk dalam pakej. Since kami ada TMoney, maka Ikah hanya reload TMoney kami sebanyak KRW5000 seorang. Untuk bercerita tentang Busan Subway map ni, kalau kita google, merata info boleh dapat.
 |
| Untuk paham subway map |
Kali ni, otak saya lega sangat rasanya. Sebab saya tak perlu memikir apa apa...hahhaha. Ikut sajork. Maka banyaklah perkara yang saya tak pandang. Saya hanya melilau mencari cherry blossom. Kami hanya membontoti Ikah kemana sahaja. Ikah bawa kami ke Jagalchi Market. Melihat segala jenis seafood yang ada. Kemudian ke BIFF Square. Jalan jalan, pusing pusing...tak sedar hari sudah menginjak ke waktu makan tengahari. Ikah kata, kat Busan ni kita tak makan seafood. Kita makan Indian food sajork. Sebab nanti di Jeju, hadaplah seafood selagi mahu. Kami okay je....tapi jangan di tanya arah kedai itu. Kerana saya tidak tahu...hahahha. Nama kedainya
New Little India. (Hasil google, maka berjaya jumpa link berkaitan dengan New Little India ni). Apa apa ajelah Ikah. We follow...Urusan untuk order makanan pun kami serah pada Ikah. To me, okay je lah makanan disini. Nasi a bit dry...kuah tak banyak. Order apa pun dah lupa. Ada ciken, ada vege......adalah kuah sikit.
 |
| Gambar dari Google |
 |
| Gambar dari Google |
 |
| Ready to eat |
 |
| Pusing pusing Jagalchi Market |
 |
| Stoberi beso beso |
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Gamcheon Cultural Village. Semasa disini ternampak ice cream tinggi. Saya teringin dan ajak kawan kawan share. Tak abis makan kalau beli satu. Makan kami beli 2, share ber5.
Sambil sambil tu kami terus menuju ke stesen subway untuk ke Gamcheon Cultural Village. Saya dah pernah pergi pada tahun 2016. Pergi kali ni hanya sekadar memenuhi permintaan kawan kawan, sbb mereka tak pernah sampai. Untuk ke mari, kami dari Jagalchi Market, menaiki subway ke station Toseong.
Gamcheon Culture Village (Directions)
- Take Subway Line 1 (accessible from Busan Station) to Toseong Station.
- Come out Exit 6.
- You will be facing an intersection. Turn right at the corner and walk straight. You will see a hospital on your right. ...
- Take either Bus 2 or 2-2.
- This will take you to Gamcheon Culture Village at top of the hill.
Sesampai di sini, kami tak mau beli map. So kami redah sahaja jalan jalan di dalam ni. Ada certain spot untuk bergambar, tp ramai orang berbaris and kami malas nak tunggu. Kami hanya membontoti Ikah...hingga ke hujung jalan. Dan akhirnya sampai kembali ke tempat setesen bas kami berhenti tadik. Kami sempat membeli buah stoberi. Sebab nampak gumuk gumuk dan wangi. Geram je. Dah beli buah, dari situ, kami ambil bas untuk kembali ke stesen Toseong. Jangan tanya...sebab saya memang tidak mengkaji jalan jalan yang harus di ambil. Dari stesen Toseong, kami mengambil subway untuk ke epot.
 |
| Jalan tikus hehehe |
Sesampai di epot, kami ambil barang barang dulu. Kemudian ke surau di level 2. Surau tak besar, tapi bersih. Alhamdulillah. Selesai solat dan merehatkan kaki seketika, kami pun menuju ke domestic terminal untuk ke Jeju Island. Untuk ke Jeju, kami menaiki Jeju Air. Kami selamba je sorong trolley dari international terminal ke domestic terminal...hahhaha.
 |
| Odeng |
 |
| Ke Domestic Terminal |
 |
| Surau. Nampak dak domestik terminal nunnnn di sana... |
 |
| Dalam flight Jeju Air |
Sementara menunggu waktu untuk berlepas, saya dan Ikah sempat berbincang perihal itinerary yang sepatutnya kami follow. Menurut kata Ikah, setelah disemak ramalan cuaca, ada hari yang agak cloudy dan bimbang hujan. Maka kami menukar beberapa tempat yang sepatunya di lawati pada hari cloudy ke hari yang lebih cerah. Hari yang kemungkinnan cloudy, kami letakkan indoor activities. Bimbang juga seperti tahun 2015..apa yang dirancang tidak menjadi kerana hari hujan....huhuhuhuh
Tepat jam 0755 malam, pesawat berlepas ke Jeju Island. And kami tiba dalam jam 0855 malam. Di Jeju ni, pesawat memang berhenti jauh. So kenalah naik shuttle bus. Itupun jenuh menunggu lama dalam pesawat sebab landasan tak clear rasanya. Berpengap rasa dalam flight..hahahha. Shuttle bas sampai, kami pun turun dari flight. Terus ke terminal ambil barang barang semua. Ikah ambil airport transfer untuk ke Major Hotel 2. Ikah booked 2 bilik yg boleh masuk 3 orang utk satu bilik. Saya, Anna dan Ikah sebilik, manakala Jah dan Erra sebilik.
Selesai perihal bilik, Ikah bawa kami pergi dinner pula. Sepatutnya dinner di Busan, tapi kami mengambil keputusan takmau dinner dulu. Tiba Jeju Island baru dinner. Agak jauh juga berjalan mencari cari kedai. Kebanyakan kedai disini adalah restaurant seafood. Kami ikut sahaja. Malam ni makan ikan bakar dan soup seafood. Walaupun hanya dua jenis, tapi kenyang nya takyah cerita. Sebab banyak makanan sampingan.
Jalan jalan di Jeju City juga meriah. Saya terkenang semasa saya datang di tahun 2015. Tidak semeriah ini. Maybe tempat penginapan yang saya pilih itu.
 |
| Jalan jalan di Jeju City |
 |
| Our dinner |
Selesai makan, balik ke hotel, bersihkan diri dan tidur. Bersiap sedia untuk menghadapi jadual esok hari pula.

No comments:
Post a Comment