Hari ketiga berada di bumi Jeju Island. Tempat pertama yang ingin kami lawati adalah Hallasan National Park. Dan juga berangan untuk mendaki Hallasan Mountain, tetapi mengikut trail yang paling pendek.
Kami check out, kerana malam ini kami akan bermalam di Jeju City. Sekali lagi saya memilih Staz Hotel Jeju Roberro. Kerana dihari terakhir, saya mahu shopping di Jungang Underground Shopping Complex dan juga Jeju Dongmun Market. Memandangkan saya akan keseorangan nanti, maka saya meminta Za menukar hotel ke Staz Hotel.
On the way ke Hallasan Park, kami ternampak ladang tangerine. Kami berhenti seketika sekadar untuk mengambil gambar. Itupun cepat cepat, sbb takut owner ladang datang. Kemudian menerukan perjalan ke Hallasan National Park. Untuk ke Hallasan National Park, kami melalui 1100 Jeju Altitude Wetland. Pada tahun 2018, saya dengan kawan kawan hanya berada disini sahaja. Tidak sampai ke Hallasan National Park. Semakin memandu ke atas, semakin terasa kesejukan. Kiri kanan hanya kelihatan pokok pokok yang kelihatan kering. Sesekali sekala ada juga terjumpa pokok pokok daun berwarna warni. Kami singgah seketika untuk bergambar.
Sesampai di Hallasan National Park, kami masuk ke dalam untuk bertanyakan arah trail yang paling pendek untuk mendaki. Setelah mendapat info, (trail itu hanya di belakang information centre sahaja), kami pun memulakan perjalanan.
Agak mencabar juga pada saya. Bernafas pun dah bunyi macam naga. Dengan sejuk dan basah kerana titik titik air dari pokok. Walaupun trail mempunya laluan yang cantik tetapi lantai kayu agak licin. Harus berhati hati. Hampir 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke puncak. Sesampai di puncak, kabus tebal. Terasa gerimis gerimis air seperti hujan. Angin juga kuat. Menggigil gigil juga dibuatnya seperti di waktu winter. Tangan pun dah terasa kejung. Waktu ini terdapat beberapa ahjuma duduk berkelah. Mujurlah kami bawak juga bekalan megi goreng dan air nescafe.
Saya memang tak tahan sejuk. Copot copot mengajak Za turun ke bawah. Bengang je Za hahaha. Akak ni semua nak cepat, katanya...kkekekke. Saya tak tahan...kabus, sejuk...pastu lapar pun ya. Maybe lainkali la kita explore lagi. Untuk turun, tidak terasa sangat. Rasa macam pantas je sudah hampir sampai ke bawah. Tercabar juga tengok budak budak selamba je turun naik. Pastu ahjumma kat atas tu, siap berkelah. Selamba badak je...
Saya dah lupa turutan perjalanan harini. Tapi antara tempat yang kami pergi selepas Hallasan National Park ialah Manjanggul Cave, Gimnyeong Beach, Woljeong Beach. Then patah balik ke hotel. Kami jelajah sekitarnya. Masuk juga ke Jungang Underground Shopping Centre. Tapi dah malam, byk kedai yang dah tutup. Di Jeju kedai kedai tutup awal juga.
Esok last day. Za akan terbang ke Busan, manakala saya akan pulang ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment