Tuesday, 26 November 2013

Korea - Autumn Day 6 - Everland

4 November 2013 


Moh baca pasai Everland kat SINI. (hahaha..udah luper..ke Kimchi Land dulu ker atau ke Everland dulu...) Sesampai di Everland, oppa driver kena park bas kat tempat yang disediakan. Kemudian kami naik shuttle bus menuju ke Everland. Disini kami diberikan lunch pack and juga tiket.  Sekali lagi Gina berpesan, tepat jam 5.00 petang, semua mesti berada di bahagian main entrance. Jangan ada yang lambat...ahahaa.. Masuk everland ni, dah tua tua dah malas nak main main game dalam ni. Bagi chance ler pada bebudak muda...seronok bebudak bujang JPA ni main game. Kita orang temankan ajer....So, nak cerita lebih lebih pun x tau dah..tengok gambar ajerlah yaa...ehhehe..Banyak permainan permainan menarik dalam ni. 

Dlm shuttle bus ke Everland

Ticket masuk
Main entrance
Our lunch box

Cantik...mcm bunga kobis.





Pepehal sebelum kita gi main main, jom kita gi Safari dulu. Tengok rimau, singa dan beruang... hehehhe. Jenuh gak berbaris nak sampai turn. Ramai gak orang...Seperti biasa, tour group leh jump queue.. hehehhe ataupun klu nasib orng belakang baik, tour group bagi lepas dulu...sbb satu bas nak cukup cukupkan kami satu group. Nak masuk safari ni kena naik bas. Bas tu ada jaring u...haha..takut kang rimau lompat..beruang lompat..uishh..naya..




King of rimau..hehhehe..
 

Kebanyakan binatang dalam ni dah well trained. Mcm beruang ni..pandai jer. Bila soh berdiri, dia berdiri, soh lari..soh bye bye...tp dpt upahler...biskut dari driver bas dlm safari tu..hehhe..Tak banyak sangat binatang. Yg ada harimau, singa, beruang....satu lagi lupa...bukan serigala..mcm musang..tp ntah apa ya...hahahha..org tua yg selalu long term memory lost..Sekejap jer masuk safari ni....



Sambil sambil tunggu anak sedara & bebudak bujang JPA ni gi naik extreme roller coaster, posing posing jer lah dulu.....pusing mana pun..mesti nak cari daun kaler kaler gakk..hehhee..Sampai kawan saya kata...x jemu ker kak....dah byk gambar daun warna warni tu...hahhhaha



Double Rock Spin...
 

Roller coaster gak..tp yg biasa..








Rombongan cik kiah staff JPA Parcel C...
Tepat jam 5, semua berkumpul di hadapan pintu Everland. Biasalah, ada gak yg lambat..hehehe...udah ramai..26 orang semuernyer....redho jer lah. Dah penat main main kat Everland, kita gi dinner lak ya...kali ni dinner kat Restoran Siam. Dekat jer ngan everland ni.





Fish fillet sweet sour

Squid

Tomyam seafood

Mixed vege
White rice
Telur goreng



Selesai dinner, kami menuju ke Dongdaeumon market. Nothing much yang di cari kat sini. Gina bawak yang lain lain pi masuk Doota Mall. Since saya mmg dah memborong masa 3 hari yang terawal tu, kami jalan jalan jer....Dalam kepala just dah pikir nak tido jer...hahhahaha...Selesai di Dongdaemun, kami menuju ke Yoido Hotel. Baru sempat snap gambar dalaman hotel ni.

Katil ni boleh buat dua orang



Jom tido..Gudnite semer....badan sudah penat, otak sudah letih...esok kita mulakan hari yang baru. Esok hari ke 7, kita akan ke Duty Free, Cheongnye Stream, Gwanghamun Square, Namdaemun dan Myeondong.








Korea - Autumn Day 6 - Kimchi Land

4 November 2013

Dah caca marba dah entry jadinya...lupa mana dulu mana kendian...hahahhaa..Betul betul konpius ni..mana dulu...Everland ker Kimchi Land...Kami di bawa ke Kimchi School untuk mencuba membuat kimchi di samping boleh juga menerai hanbook secara percuma di situ....


Sebelum mencuba membuat kimchi, kami di beri penerangan apa itu Kimchi. Kimchi bukan sekadar cabbage kimchi. Byk jenis kimchi. Ada sotong kimchi, raddish kimchi, cabbage kimchi, pork kimchi..erkkkk....kdg org selalu silap ingatkan kimchi tu hanya cabbage jer. Kimchi ni sejenis jeruk. Mcam jeruk kat Malaysia gak. Mcm mcm jenis jeruk ada.

Bahan bahan untuk kimchi (Cth cabbage kimchi)
Cabbage, Cili kering di kisar kering, Raddish di potong potong halus mcm nak buat kerabu, Jus epal atau cuka. Udang kering di kisar kering, gula...lagi....ala..dah lupa laaaa.....lambat sgt wat entry..pastu nota tak catit..

Cabbage di rendam dlm air garam selama 6 jam, kemudian toskan. Jangan picit picit air tu ya..biarkan sahaja di dalam tapis, hingga air kering. Kemudian bahan kering tadik di gaul dengan jus epal. Pastu leh ler sapu kat cabbage yang dah di rendam tadik...

Ni bahan yang dah tersedia.


Jom buat..



Kimchi dah siap
Kimchi yang sudah siap akan di dermakan kepada badan badan amal dan kebajikan untuk disalurkan kepada  orang orang yang memerlukan.

Selepas buat kimchi, kita try hanbook pulak..hahaha..kelakar tengok diri sendiri pakai hanbook. Biasa ikut agent, mmg kat sini jer depa bawak. Black penyanyi tu pun, hanimun kat Korea, pastu try buat kimchi kat sini..kekkekeke. Nak pakai hanbook ni kena turun ke bawah lak. Buat kimchi kat atas..hehhee


Rombongan cik kiah dan encik bedul...kekkekke

The three sisters..
Dah...moh kita gi Everland lak...actullay, akak udah konpius pegi mana dulu ni...hahhaa..bedal jer lah yerkk...







Korea - Autumn Day 6 - Delpino Resort

4 November 2013

Sebelum melepaskan kami memasuki bilik memasing masing semalam, Gina siap berpesan. Tomorrow morning, breakfast will be at 7.00. I will be waiting for you all at the restaurant at the right hand side. Don't go the restaurant at the left side...apa apa ajer lah Gina..hahhaha..Sebelum breakfast, mari ambil gambar dulu...hahhaha..
kat balcony bilik
Tp Gina ni mmg punctual sungguhlah. Early morning dah tunggu we ols, dan siap booked kan tempat duduk utk kami breakfast. Baik sungguh hatimu Gina. 
Ni breakfast saya..

Selesai breakfast, kami jalan jalan dulu sekitar Delpino sementara menantikan yang lain. Dah siang hari baru perasan sebenarnya kami di kelilingan gunung bukannyer lautan. Tp semalaman angin menderu deru macam tepi pantai lak rasanya.



Sememangnyer dikelilingi gunung ganang


 






The three sisters....

Selepas semua selesai, jam 9.00 pagi kami berangkat dari Misiryeong menuju ke Everland dan Kimchi Landpula. Mengikut itinerary, sepatutnya kami pergi ke Kota Suwon Hwasung. Dek kerana ramai yang mahu berlama lamaan di Everland, maka lawatan ke Kota Suwon di batalkan...ikut korang ler ya...den polo jer, sbb den xdak sore..hahhaa..Perjalanan masa....dah x ingat. Malas nak amik note dah benarnyer. Dah masuk hari ke 6, serba serbi dah jadi malas....hahaha..xleh nak share info langsung..kekkeke..

Notakaki:  Menurut kata Gina, 70% bumi korea di litupi gunung ganang. Hanya 30% sahaja yang agak landai. Sebab itulah di Korea, apartment lebih banyak dari rumah banglo dan rumah teres. Di Korea juga, setiap inci tanah di gunakan sepenuhnya. Baik di kawasan pergunungan atau di kawasan tanah rata. Kerana itulah yang membuatkan Korea begitu menarik utk di lawati.