Sunday, 11 February 2018

Baling Belakang - Restoran Sahabat

Pernah terbaca di satu blog akan kesedapan makanan di restoran ini. Maka saya pun macam biasa, mahu mencuba. Maka kami 7 beranak sekeluarga, makan malam di sini. 

AddressNo, 2, Jalan BK 9/2, Bandar Kinrara 9, 47180 Puchong, Selangor
Hours
Opens 11:30AM

Okay je pada saya. Harga reasonable. Faktor WOW tu...hmm...susah juga nak puaskan perut saya ni ya, walaupun saya bukan lah jenis cerewet makan. Dalam erti kata lain, puas hati jugalah makan. Kami order shell out sahaja. Senang. Lambak je atas meja, makanlah bersama sama. Ada juga menu menu lain. 











Wednesday, 7 February 2018

Rail Trip to Hatyai - Day 2 Part I

27 Januari 2018 - Sabtu

Sesampai je kat Stesen Padang Besar, terpinga pinga juga sebenarnya. Tak tau arah. Kendian kami cari surau dulu. Surau kat sebelah kedai makan tu. Tapi malangnya, tiada air..huhhuhu. Maka dengan berjimat cermat kami menggunakan air mineral masing2 untuk ambil wuduk. Hampir jam 0700 driver van dah called. Sebab janji suruh ambil kul 0700 gitu. 

Untuk Van, saya dah booked siap siap. So bayaran untuk van dari stesen padang besar ke Hatyai adalah THB1500.00 per van. Boleh muat 10 orang. Tapi kami ber6, so kena bayar lebih sikit lah ye.  Driver tu tunggu kami kat surau. Kena cross track ya (ada laluan atas) and terus ke imigresen Malaysia. Isi borang siap siap, and van dah tunggu. Kami ingatkan dah lepas, rupanya itu imigresen Malaysia...hahahha. Van bawak kami ke border Imigresen Thai pulak. Jauh jugak. Adalah dalam beberapa minit kut by van. Jalan kaki, berpeluh tiak. Masa sampai ni, orang ramai dah berbaris untuk chop passport masuk Thailand.  Masa kat Imigresen Malaysia, budak tu pesan, nanti ada orang tunggu kat Imigresen Thai. So kami okay je lah. Bila sampai border, memang ada orang tunggu. Tak ingat nama. Sebab tak tanya pun. Kami turun dari van, driver tu suruh kami berbaris juga.  Tengah berbaris, this young man datang tegur...kak yang ber6 tu ye. Iya..saya kata. And dia kata, nak cepat ke nak berbaris. Opkos kami kata nak cepat. Dia pun bawak kami ke satu kaunter lain bertentangan dengan kaunter yang org ramai ramai berbaris tadik. Dia kata kena bayar RM5.00 sorang. Kami agreed je. And masuk dalam, trus chop passport. Pastu dia bawak balik ke ke van tadik yang tengah tunggu.

Our van

Kat imigresen Thailand

Kami gi kaunter sebelah sana. Org berbaris sebelah sini

Dari border ke Hatyai dalam 45 minit. Kami minta driver bawakan ke tempat makan yang halal untuk kami breakfast dulu. So orang muda tu tadik kata, boleh je driver tu bawakan. Tp kami kena bagi tips sikit lah, sebab dia kena tunggu kan. So redho je...hahaha. Sebab dah lapar...hahahha. Driver ni bawak ke kedai makan Kak Kiah. Kedai nasi campur, kami pun bedal nasi lah. Apa lagi. Nasi putih, lauk pakapau, tomyam, ikan goreng (ikan goreng thai sedap. Ikan direbus dulu then kendian goreng) and ada sambal belacan dan ulam. Walawey...sedap sangat.

Breakfast

Ikan goreng sedap

Restoren Kak Kiah - driver termasuk dlm gambar

Dah makan kami teruskan perjalanan ke Aloha Hotel. Sampai hotel, boleh check in awal. Hoyeeeh....suka sangat sebab semalaman x mandi. Masa kat sini. receptionist tu bagi 3 rooms. Saya ambil je. Dah sampai atas, ehhh...kenapakah. Sebab memang mola2 saya requested 3 rooms. Then saya kensel one room, mintak connecting room with extra bed. Dah terpisah gitu, macam tak best le pulok. Saya turun semula, and bagitau yang saya dah kensel one room sebelum ni. Siap tunjuk email lagi. So settle. dia kata boleh. Nnt dia suruh house keeping masukkan extra bed. So jimatlah THB35.00 kat sini...hehehe. Sbb 2 bilik tu memang connecting room.

Letak barang, kemas kemas, mandi manda bagai then kami turun semula ke bawah untuk cari tuk tuk. Masa ni Mashie dah deal ngan orng tuk tuk tu. Saya terbaca ada yang amik tuk tuk cuma THB1200 sehari. So bila org tu offer THB1500 sehari, kami macam okay je. Sekali Lis bargain pulak, so dapat lah THB1400. Tapi masa kami sampai kat floating market, jumpa orang Malaysia, dia kata dia dapat THB1200 untuk dua hari......huwaaaaa...hahaha. 

So perjalanan pertama kami, memola ke Cable Car Hatyai --> Samila Beach --> Masjid Songkhla --> Floating Market --> Hotel.

Dalam tuk tuk


Cable car ni kat tempat tinggi. Berasap dan berbau tayar tuk tuk. Bayaran naik cable car ni adalah THB200 per pax. Pendek je....tak dan nak rasa gayat...hahahaa. Sampai atas, pun takde apa sangat. Adalah temple diaorang. Saya ni tak suka temple yang ada patung bentuk badan manusia kepala binatang. Haishh..malas nak tengok. Lagipun masa ni depa tengah dok perasap..huhuhu..bau kuat. Kami decide turun balik je lah. And jalan jalan sekitar area cable car ni pastu turun ke bawah tempat tuk tuk tadi.   





Dah masuk tengahari, dah lapar balik. Kami ke Samila Beach nak cari seafood pula. Driver ni trus je bawak ke kedai muslim. Subaidah Restoran namanya. Bila kebulur, tengah lapar, tak sedar order macam macam. Masing masing order air kelapa, thai milk tea, tomyam seafood, kerabu suun with squid, sayur campur, squid salted egg...pastu ada yang cakap...eh byk ni. Bila makanana sampai...tu dia kau. Memang banyak sungguh portion nya. Sebelum tu kami dah membedal mangga, jambu dan nenas yang kami beli dari org2 yang lalu lalang tu.  Gigih kami nak abiskan makanan...tapi tak daya. Even nasi sebekas pun tak abis. Portion memang banyak. Mujur order banyak tu je. If order lebih lagi..haiii tak tau ler. Kena mentapau le gamaknya.

Sebelum order makanan, beli buah buahan dulu

Subaidah Seafood

Air kelapa setiap seorang

Ikan stim limau

Sambal belacan sangat sedap + tomyam

Sotong salted egg + kerabu suun plus udang sotong bagai + mixed vege

Dah selesai makan, kami gi jalan jalan kat tepi pantai pula. Sian driver, jenuh tunggu kami...hahahaa. 






Tuesday, 6 February 2018

Rail Trip to Hatyai (Wrapped Up)

Selesai bermusafir ke Bangkok, bersama sama kawan kawan KMC ke Hatyai pulak pada 26hb Januari 2018 hingga 28hb Januari 2018. Misi: Jalan Jalan Cari Makan. Itupun tak sempat nak terjah semua tempat maka. Ke terlupaan tentang dimsum sedap di Hatyai. Ada harapan untuk ripit lagi ni...hahahaa. So boleh lah baca kesinambungan cerita Hatyai kami.


Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 1

Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 2 Part I

Full Story: Rail Trip to Hatyai - Day 2 Part II

Full Story: Rail Trip To Hatyai - Day 3







Friday, 2 February 2018

Rail Trip to Hatyai - Day 1

26 Januari 2018- Jumaat

First trip in the year of 2018. Well...macam biasa, rancang dah lama. Since the last trip ahli kelab KMC ke Korea, Batam dan juga Bandung (tapi saya tak pergi), dah takda buat trip ke mana mana bersama ahli kelab. Kalau ada pun, join fun run or run and ride and juga geder geder biasa...gi makan makan. Rasa macam lama sangat tak buat apa apa trip ngan kelab ni. We have been friends for such a long time. Mula mula kenal kat forum je pun. Tak sangka the friendship last until now. More than 10 years dah kut rasanya. Alhamdulillah persahabatan masih kekal. Kami katakan love hate friendship. Sebabnya...hahaha. Xyah citer lah. Asam garam berkawan. Adakala tersentap, termerajuk, terbergaduh...mcm mcm la. Tapi bila boleh last longer macam ni. alhamdulillah. Sampai dah kenal ahli keluarga masing masing. So kali ni trip kami ber6 je. Ada yang withdraw last minit. Tak apa lah. Masing2 punya komitment tersendiri. Saya ni first time travel ngan Anna (nanti bulan 3 travel lagi sama sama), Lis dan juga Ji. Ngan Mashie dan Jah memang pernah travel sama sama. 

Plan kami cuma naik ETS je pun. So saya collect duit siap siap untuk ticket dan juga hotel. ETS ticket saya belikan. Kebetulan asben kerje KTM, so minta tolong dia belikan aje. Saya percuma je. Dah berapa tahun tak gunakan free ticket ni..hahhaha. Ticket ke Padang Besar - RM76.00 per person (Gold). Ticket balik RM102.00 per person (Platinum).

Kat KFC

Berjanji berkumpul kat KFC KL Sentral jam 10.00 malam. Mashi dari Putrajaya, Anna dari Salak Tinggi, Ji dan Jah dari Alam Budiman, manakala Elise dari Shah Alam. Saya paling dekat lah...hahahha. Boleh je naik LRT dari Bangsar ke KL Sentral. Tapi sebab heret beg...and sekecik bam bam tu nak ikut sekali, maka redho lah ayahnya kena menghantor. 

Tepat jam 11.23 malam, kami masuk ETS. Sempat juga lah merasa nasik lemak dan kopi O dalam ETS. Cafe dalam ETS ni kecil je. Tempat duduk pun adalah dalam 6 seat macam tu. Jika ramai ramai, memang penuh. Sebelah cafe ni ada surau. So sesaper nak solat, boleh le bersolat dalam tu. Ada paip air juga. Dan cuma boleh masuk 3 orang maximum. Nak selesa, masuk dua orang sahaja lah.

Nasi lemak ETS

Cafe dlm ETS

Jemput makan

Masa beli makanan ni, agak lama juga nak tunggu depa panaskan. Nasi lemaknya okay lah. Boleh tahan sedapnya. Sekali Jah tanya....kak....tanya abg zane, camner nak masuk tender supply nasik lemak dalam ETS....hahhaha. Tau lah suriram tu buat biz mangkuk tingkat.

Perjalanan ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dah setel kami makan makan, masing masing pun melabuhkan mata. Sepanjang perjalanan tak lena tido pun benarnya. Saya rasa macam terlalu banyak tul stesen ETS ni berhenti. Kejap kejap announcement. Kejap kejap annoucement...hhhahahah...

Lebih kurang jam 0500 pagi, kami pun sampai ke Stesen Padang Besar. Masa ni border belum bukak lagi, maka kami mencari toilet dan juga surau.




Thursday, 18 January 2018

Perkara perkara yang saya ketahui ketika travel di South Island, New Zealand

Antara perkara perkara yang saya pelajari ketika bermusafir ke South Island New Zealand atau boleh saya katakan tips yang perlu anda ketahui untuk travel ke New Zealand

Dinasihatkan janganlah travel waktu pertukaran musim. Contoh Winter ke Spring kerana waktu ini cuasa tidak menentu. Mungkin seronok bila dapat tengok salji di waktu spring, tapi keberangkalian untuk hujan amat besar yang menyebabkan nanti banyak program boleh tergendala dan terpaksa di adjust semula. Dalam ertikata lain, sentiasa check cuaca sebelum merancang perjalanan untuk ke satu satu tempat. Biasanya accuweather agak tepat.

Untuk pemanduan harus diingatkan bahawa patuhilah had limit yang ditetapkan. Undang undang jalanraya New Zealand amat tegas. Biasanya kalau masuk ke kawasan bandar or pekan, had limit yang ditetapkan adalah 50kmj. Dan bila kluar sikit dari kawasan pekan, barulah dapat 80kmj - 100kmj paling laju. Elakanlah dari mendapat saman. Or senang citer, patuhi je lah apa yang ditetapkan oleh negara itu. Janganlah ikut gaya kita memandu di negara sendiri.

Di New Zealand terdapat jalan satu lorong. Biasanya sebelum sampai ke jalan satu lorong, ada signboard pemberitahuan. Maka berhati hati ya. Kawan saya nyaris nyaris bila tidak perasan kereta dari bahagian hadapan sedang melalui lorong tersebut. Mujur ada ruang sedikit di sebelah kiri. 

Jalanraya di New Zealand, samada lurus atau bengkang bengkuk dan berbukit bukit. Terutamanya jalan jalan melalui tepi tepi gunung, tasik dan lautan. Jalan hanya dua lorong, jadi berhati hati lah memandu terutama tatkala hujan. 

Parking di New Zealand berbeza beza. Kami pada mulanya keliru. Sebab ada signboard Parking berwarna biru dan ada tanda 30, 60, 120. Ada parking bertanda biru dengan nombor yang sama tetapi ada tanda $ pula. Senang jer nak paham. If jumpa parking with number and with $, dekat dekat situ mesti ada parking machine. Kalau 30 bermakna 30 minit, 60 ialah 60 minit dan begitulah seterusnya. Nak bayar parking, memang tiada change diberi. Bayar lah cukup cukup. Contoh parking signboard kat NZ (Gambar Google)





Sukar mencari tandas awam kecuali di pekan pekan or tempat tempat yang disediakan. Pemanduan di New Zealand dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Jadi pastikan perut anda di selesaikan sebelum memulakan perjalanan, kecuali dalam keadaan terdesak..hehehhe. Dan sekiranya ada, contoh tandas awam yang kami temui semasa pejalanan ke balik dari Milford Sound ialah tandas yang tiada air juga sinki. Dan tandasnya adalah jenis terus ke bawah. Walaupun mempunyai toilet bowl but u can see apa kat bawah..heheheh. Begitu juga tandas yang kami gunakan di Nugget Point Light House. Ngeri sekejap bila terlihat ke bawah...kekekekke. 

Harga minyak di New Zealand adalah berbeza dari setiap tempat. Lagi jauh lagi mahal. Sama seperti di Australia. Kebanyakan harga petrol yang kami dapat semasa travel di New Zealand adalah 2.0 - 2.2 per liter. 

Mencuci kereta di New Zealand adalah self service. Mula mula kena beli coupon di petrol pam. Ada berbagai jenis pencucian. Maka anda boleh pilih. Dah beli, boleh ler berbaris di ditempat mencuci kereta, berada di dalam kereta. Sebelum masuk kebahagian untuk mencuci,  ada satu machine diletakan, jadi patuhi arahan kerana anda kena memasukan nombor coupon yang dibeli tadik. Dah masuk, tunggu hingga selesai. Dan cucian hanya di bahagian luar sahaja ya. Saya tak jumpa tempat untuk mencuci kereta di bahagian dalam. Maka pastikan bahagian dalam kereta anda tidak terlalu kotor ye. 

Pekan pekan kecil di New Zealand ditutup cepat. Dalam jam 0800 sudah ditutup. Bandar agak mati, kecuali bandar bandar besar seperti Queenstown.

Penggunaan internet di New Zealand agak terhad. Sesetengah tempat penginapan memberikan unlimited internet tetapi ada juga yang terhad contohnya hanya 100MB per person sahaja. Apabila habis, anda boleh membeli dengan harga NZD5.00 (lupa plak untuk braper MB). Penggunaan pocket wifi juga tidak begitu membantu sangat. Ada ketika, line is not reachable terutama bila berada di kawasan yang jauh dari bandar bandar. 

Itu jer yang saya ingat buat masa ini. If ada, nanti saya tambah kemudian. 




Ke Bangkok Kita - Thailand (Wrapped Up)


Tanggal 25 Disember 2017 - 30 Disember 2017, maka kami #guj #gengukurjalan bersama sama bermusafir ke Bangkok , Thailand. Kami seramai 8 orang, berkumpul di KLIA. Ada yang flight terawal, ada yang flight terkemudian. Alhamdulillah, tamat sudah. Semoga #gengukurjalan dapat bersama sama kembali untuk trip trip yang seterusnya. Segala suka duka bersama, moga terus kekal di ingatan kita...


Full Story - Expenses

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 1

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 2

Full Story - K e Bangkok, Thailand Kita - Day 3

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Day 4

Full Story - Ke Bangkok Thailand Kita - Day 5

Full Story - Ke Bangkok, Thailand Kita - Last Day

Everybody can fly
Khao Yai National Park
Hobbit House / Santorini, Khao Yai
Jim Thompson Farm
Jim Thompson Farm
Geng Ukur Jalan
Sunflower Farm, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Primo Piazza, Khao Yai
Pai Deo Die Cliff, Khao Yai National Park
Train ride to the death valley, Kanchanaburi
The Bridge on the River Kwai
Erawan National Park
LittleSantorini, Khao Yai

Halal Food at Salasa Hill, Khao Yai