Sunday, 13 January 2019

Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 2

25 Disember 2018

Merry Christmas uols..

Hari kedua di bumi Nha Trang. Plan arini cuma pergi satu tempat je iaitu Vinpearl Amusemant Park. Masalah kami ni pula, Ismail ni orang suruhan Ibra Him. Dia mcam teragak agak dalam beberapa perkara terutamanya bab makan untuk kami. Sebab dalam pakej Ibrahim sudah termasuk B/L/D. Masalah di Nha Trang pula, nak cari makanan halal. Saya dah beritahu Ibra Him awal awal lagi di Vinpearl susah nak dapat makanan halal. So we thought that dia dah pikirkan apa yang patut kami bawak masuk ke dalam. Actually tak boleh bawak makanan masuk. But for certain circumstances (contoh kita ni Muslim) depa allow je bawak makan. Maka kami terpaksalah bawak makanan sendiri. Sebab Ibrahim di HCM, and Ismail macam blurrr tak tau nak bawak kami kemana. Conclusion - kami bawak bekal. Mujur kami memang bawak makanan dari Malaysia...hmmm...sabar je lah. 

Waktu operasi Vinpearl Amusement Park jam 0830 pagi. Kami pergi breakfast dulu...tu pun cuma minum sahaja. Saya siap catat apa kami minum, berapa kali kami dapat breakfast lunch dan dinner...hahhaa..dasat dak. Sebab nanti nak claim balik kat Ibrahim...hehhee.

Our breakfast
Untuk masuk ke Vinpearl Land ni, kita kena menaiki cable car merentasi lautan and kami kena bayar sendiri. Harga tak termasuk dalam pakej. Per person adalah VND800,000 (lebih kurang RM180.00). Hari ni kami memang akan seharian di Vinpearl Land. Orang tak ramai dan sebaik sahaja cable car di buka, kami dengan pantas sahaja dapat naik. Sebelum tu, memang kena tunjuk beg kat kaunter. Depa check ya. Tapi kami lepas je....siap tunjuk bawak roti lagi...hehhehehe. Satu cable car boleh memuatkan seramai 4 - 6 orang. Kami naik ber4 je....we come together...nampak nau takmau join cable car orang lain.





Semasa diatas cable car...view memang ohsem. Gayat juga sebab merentasi lautan. Pastu dengan bunyi cable car krikk krikk krikk tu...hahahha. Dok pikir..if jatuh..jatuh dalam laut.....hhaha..meraban memikir bukan bukan. Di Vinpearl Land ni juga terdapat beberapa resort sekiranya ada yang bercadang mahu menginap di sini. Ala..macam gi Sunway Lagoon tu kan. Kat atas tu banyak hotel hotel. If menginap disitu, dapatlah tix free kut. Tak menginap silalah bayar entrance fee...heheeh.




Memula kami sampai, kami naik kapal tu. Tak tau dipanggil apa. Barang barang memang kena letak dalam locker. So xyah ler berangan nak ambil gambar masa main game tu kan...hahhaa. Aduhai..saya memang gayar sungguh. Mujur sekejap je.






Kemudian kami menerai Aspine Coaster. Best Aspine Coaster ni....segala games kat dalam tu kami cubalah...hahaha. Tenang dan aman sahaja dalam Vinpearl Land ni. Satunya...orang tak ramai. Keduanya...bila tak ramai, tak perlu berebut rebut. We really enjoyed kat dalam ni. Macam kanak kanak riang.



Dah tengahari kami rasa lapar. Sila buka bekal. Za ngan Dee cuba cuba juga cari apa yang sesuai untuk kami makan. Kami jumpa satu kedai jual crepe. Yakin ajelah.....crepe fruit sahaja.


Kemudian kami tengok Dolphin Show. Lepas Dolphin Show nak tengok Mermaid show. Berpusing pusing cari ikut map. Tengok macam dekat...tp salah tempat. Terlepas Mermaid Show kena tunggu next show. Sementara tunggu next show, kami naik car bumper....hahhaa. Seronok aje melanggar orang ye...kekkeke. Kat sini juga ada camera ambil gambar ye. Lepas tu, ikutlah samada nak ambik ke idak. Masa kat Aspine Coaster tu pun ada camera. So dalam perjalanan tu, tengok tengok lah kat mana ada camera...bersiap sedia untuk senyum.






Dari Mermaid Show kami naik Ferries Wheel. Gayat mak nakk..huhuhuhu...walaupun jalan perlahan jer...bila sampai on top of the wheels....fuhhh....tp pemandangan memang ohsem. Nampak seluruh Nha Trang. Walaupun gayat....






Dan akhirnya kami ke wet park pula. Saya tak mau mandi sebab kebetulan tengah datang bulan. Malas nak renyah renyah. Cuma Za dan Dee sahaja yang pergi mandi manda. Rose pun idak....tp tak ingat masa ni Rose gi kemana eh...hahaha. Sebab saya menunggu sorang sorang jer masa ni. Rose ke toilet rasanya. Dan dia ambil masa yang lama dalam toilet sbb period juga.

Kat Nha Trang ni cepat gelap. Pukul 5 je pun dah macam senja. Kul 6 macam nak Maghrib. X lama sangat menunggu depa mandi mandi sebab waterpark ni closed pukul 0800 malam. Bila Dee dan Za dah selesai,kami wasap Ibrahim kata nak balik dah. So minta Ismail tunggu ke seberang sana. Tapi bila dok jalan jalan..kami nampak lagi ada beberapa games yang kami tak sempat lagi nak naik. Kami gi naik dulu.....hahahah. Dua jenis roller coaster kami sempat lagi layan. Vinpearl ni waktu malam cantik. Penuh dengan lampu warna warni. If stay kat sini, memang berbaloi baloi. Takpalah...next time maybe...hehhee...next time yang ntah bila lah ye....

Nak queue untuk naik cable car memang x lama sebab orang tak ramai. Ismail dah wasap saya beberapa kali...kat mana kak...kat mana kak...hahha. Padahal kami masih lagi kat pulau ni. Tadik beria ia cakap dah nak balik....

Sesampai di seberang, Ismail dan Fong dah tunggu. Ismail bawa kami pergi dinner dulu. Dek kelaparan, memang bedal abis. Kami makan roti je malam ni. Jemu lak makan nasi...asik2 lauk seafood.  Selesai makan, Ismail hantar kami ke guest house.

Mandi manda, kemas kemas sebab besok nak check out. Review untuk guest house ni...pada saya okay lah untuk bermalam. 2 bintang. Tilam biasa biasa je. 2 single bed, 1 double bed. Saya berkongsi dengan Rose.Satu bilik ber4. Ada 4 katil,satu bilik air. Takde lah clean sangat kut...sebab boleh nampak sawang sawang merata. Cuma bilik air problem sikit, air lambat turun. Kalau dah ber4 orang mandi...next person kena tunggu air turun dulu.

Lagi gambar gambar dalam Vinepearl Land di waktu siang dan malam.








End of Day 2




Nha Trang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 1

24 Disember 2018 (Isnin)

Untuk kesekian kalinya bersama GUJ mengembara ke negara Vietnam pula. Kali ini pilihan kami adalah Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan berakhir di Ho Chi Minh.  Memandangkan masing masing pun agak blurr dengan tempat yang kami nak pergi ni, maka ground package sudah di tempah siap siap lebih kurang 6 bulan sebelum berlepas ke Vietnam. Banyak juga syarikat dan orang perseorangan yang kami tanya tentang pakej empat tempat ni. Akhirnya kami memilih package dengan Ibra Him. Harga yang diberi adalah RM1200 (4 pax) termasuk transport, makan (B/L/D), entrance fee kecuali entrance fee ke Vinpearl Amusement Park dan jeep di Mui Ne. Setelah pikir pikir banyak kali, kami setuju sahaja. Hotel tidak termasuk sebab kami dah pilih hotel sendiri. After all, tak jauh beza kalau ambil hotel dengan Ibra Him ni. 

Flight kami ke Nha Trang jam 0300 petang. Saya duduk sederet dengan Rose dan Dee. Manakala Za tak pilih seat pun. Perjalanan selama 2 jam, tiada masalah. Sampai di Nha Trang dalam jam 0400 petang waktu Vietnam. Sesampai di airport, Ismail our tour guide sudah menunggu. Di saat akhir Ibra Him tak dapat nak jadi our tour guide, so ditukarkan kepada Ismail. Kami okay je...hahah...walaupun pada mulanya dah bagi tau....kami nak Ibra Him. Well....kita mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. 

Airport Nha Trang tidak sesibuk airport di Ho Chi Minh. Urusan kastam dan imigresen mudah sahaja. Malah tertarik saya dengan conveyor tempat mengambil luggage. Airport kecil dan sunyi. Tapi sangat menenangkan.  Selesai mengambil luggage, kami menuju ke luar airport dan Ismail sudah menunggu. Driver kami adalah Fong. Besar van yang kami dapat. Boleh membuatkan 14 orang sebenarnya. Maka bergumbiralah kami dengan van yang sebesar itu...hehhehe.


Sunyi je...


Our tour guide....tp saya takde in the picture. Sebab amik gambar...kan...
Kami juga membeli simcard dari Ismail dengan harga RM20.00 per simcard. Tapi line macam tak berapa best je....hahaha. Yang seronoknya, sebab van ada wifi. Maka kami gunakan wifi van je. Sangat kuat signalnya. Kalau kluar dari van pun still boleh dapat signal internet...

Meh cerita sedikit pasal Nha Trang. Nha Trang ni ala ala macam Pulau Pinang. Dikelilingi laut dan juga tempat orang luar datang melancung. Hotel bersepah. 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang semua ada. Jadi tidak perlu risau tentang penginapan. Yang menjadi masalah adalah makanan halal. Difahamkan di sini ada satu kedai halal yang menyediakan Indian Food. Tapi menurut Ismail/Ibrahim, mereka juga agak ragu ragu juga di kedai ini kerana owner sudah bertukar orang. Maka kami hanya diberikan seafood sahaja sepanjang berada di Nha Trang. 

Nha Trang juga dikenali sebagai Riviera Laut China Selatan, menawarkan kawasan pantai yang indah dengan pantai berpasir sepanjang 6 kilometer, peraiaran yang jernih dengan banyaknya kehidupan marin dan terumbu karang yang berkembang pesat, julat gunung di setiap hujung serta 19 pulau kecil yang belum disentuh yang hanya menaiki boat pendek. Menawarkan pelbagai aktiviti bersiar siar dan rekreasi, bandar pesisir itu sendiri mempunya struktur pengambilan nafas yang bermuladari Kerajaan Campa, kuil kuil Budhha, dan gereja gereja Katholik gaya gothic, serta mata air semulajadi, padang garam, dan air terjun yang unik. Menyediakan ke tahap mana mana bajet dan keutamaan, restoran Nha Trang menyajikan makanan laut segar dan masakan Vietnam, sementara bar dan pub yang  meriah di sepanjang pantai merupakan tempat kegemaran untuk pelancong melihat matahari terbenam di Laut Timur. Artikel tentang  Nha Trang

Tempat pertama yang Ismail bawa kami kedai makan....hahhaha. Masing masing kelaparan. Kami di hidangkan dengan Fried Seafood. Portionnya besar...tapi saya tetap boleh habiskan...kekke. Selesai makan, kami ke Dataran di Nha Trang ni yang bernama AB Central Square. Dataran ni macam ala ala Dataran Merdeka juga. Tempat orang melepak, berkumpul kumpur. Di hadapan AB Central Square ni juga terdapat komplek2 kerajaan dan juga Night Market Nha Trang.  Selesai di AB Central Square kami menuju ke Po Nagar Cham Towers. Sebelum masuk ke dalam Ismail belikan ticket dulu untuk kami. Agak ramai orang masa ni. Nak bergambar di depan entarance pun payah. Po Nagar Cham Towers ni tak besar sangat, sempat nak jelajah hingga selesai. Masa ni hujan mula rintik rintik...huhuuhu. Agak tidak selesa dibuatnya.

Dataran AB Central


Makan kat sini. Tu pun berani mintak seafood je. 

Big portion, tapi abisss....lapar punya pasal
Untuk masuk ke dalam temple, kena pakai pakaian yang disediakan. Demi menghormati temple agaknya. Tapi kami tak masuk lah ke dalam. Actually Nha Trang ni menarik juga dari segi pemandangannya. View menarik.







Selesai di Po Nagar Cham Towers, Ismail bawa kami ke Chua Long Son Pagoda. Templa juga ni...ingat nak ambil gambar kat patung besar. Tp hujan dah mula renyai renyai.....huhuhu. Takut kebasahan, kami ajak Ismail check in hotel dulu.


Sila bertukar baju kalau nak masuk dalam temple




Our kenderaan

Pemandangan sekitar Nha Trang



Kami check in di Thap Ba Hana Apartment. Agak tricky mencari apartment ni, sbb kena melalui lorong tikus...hehhe. Lorong tikus ni lorong kecik le...Berpusing pusing Fong mencari tempat berdasarkan alamat yang ada dalam booking kami. (Booked melalui booking.com).Kami dapat sebilik untuk berempat. Okay je lah biliknya.





Selesai check in dan rehat rehat, malamnya kami kluar untuk dinner pula. Selepas dinner, kami jalan jalan di square sebentar dan jalan jalan ke Night Market di Nha Trang. Night market Nha Trang maybe tidak sehebat night market di Ho Chi Minh. Since kami bukan nak shopping sangat, so takde hal la. Malam hari di Nha Trang memang meriah. Meriah dengan kenderaan, meriah dengan lampu warna warni. Tak banyak aktiviti yang kami buat hari ni. Sekadar jalan jalan. Lagipun hari hujan renyai renyai...cuaca lembab dan agak tidak selesa. Abis jalan jalan kat Night Market, moh la kita balik apartment.

Our dinner







End of Day 1