4th April 2018 (Rabu)
Hari ke 6 di South Korea. Our plan hari ni...Gyeongbukgong, Bukchon Hanok Village dan Insadong. Mashie ngan Elise tetap mahu mengikut program kami. Tapi mereka kena balik awal ke GH sebab flight balik ke Malaysia malam ni.
Breakfast macam biasa. Macam macam ada. Roti, kari, nutella, serunding, sambal bilis maggi dan coffee. Makan kenyang kenyang, baru start jalan. Tapi Mashie ngan Elise kata, jalan lah dulu sebab mereka nak pack barang bagai. Nanti jumpa di Gyeongbukgong. Saya okay je.
 |
| Breakfast dulu |
Kami pun menaiki subway menuju ke Istana Gyeongbuk. Kami stop di stesen Gyeongbukgong, Exit 4. Untuk hari ni, Anna telah menempah untuk kami memakai Hanbok dengan Seohwa jam 0900 pagi Jadi bab ini, saya serahkan pada Anna. Sampai disini, kami ingatkan kami sampai awal. Maka kami jalan jalan dulu di dalam subway. Sekali tiba tiba Anna ckp...kak.....dah lewat. Dah lebih dari jam 0900. Patut lah..sebab jam tangan tak diubah ikut waktu Korea. Masing masing tengok jam tangan waktu Malaysia.
 |
| Masa jalan jalan kat dalam Stesen Gyeongbukgong |
Cuma masa saya sampai stesen ni, memang dah perasan waktu tertera sebab ada jam besar kat sini. Tapi macam tak terluah nak cakap...hahaha. Kalut kalut kami keluar dari setesen. Keluar dari stesen, hujan renyai renyai pulak. Berpandukan map di tangan, kami mencari lokasi Seohwa. Sesampai di situ, dah tutup rupanya. Seohwa tak update lokasi kah..or kami yang silap ambil map.
 |
| Berpandukan map ni..huhuhuh |
Hadoiii lah....cumanya kat sini, memang banyak sangat kedai rental hanbok. Saya kata ke Anna, if tak jumpa, kita just masuk mana mana kedai, tanya boleh sewa ke idak. Gigih Anna berjalan sendirian mencari kedai rental ni. Akhirnya dapat juga sebuah. Dan Seohwa memang berdekatan dengan kedai ni..huhuhu. Memandangkan ramai orang di kedai Seohwa, kami memilih kedai yang satu lagi, Pink Hanbok Rental Ship. Kedai ni betul betul berhadapan dengan istana.


Kalau keluar di Exit 4, kena berpusing ke belakang ya. Exit 4 --> turn right...dan jalan straight sampai nampak Istana sebelah kanan. Actually, map yg atas tu saya rasa betul. Kami yang salah baca kut...hahahha
Masa kami masuk kedai ni memang tak ramai. Maka sesuka hati memilih baju yang nak di pakai. Actually pemilihan boleh dibuat sebanyak 2x sahaja. Tp since orang tak ramai, and saya asik tersilap pilih jer, okay je ahjumma ngan ahjussi tu dok layan kami...hahaha. Cuma tak best kat sini, sebab takde locker penyimpanan handbag yang berkunci. Locker yang ada, open locker. So tetap ada kebimbangan meninggalkan barangan berharga. Maka terpaksa lah kami menyumbat segala duit dan juga passport dalam beg kecik utk dibawa bersama.
Dah pilih baju semua bagai, maka kami pun bergerak menuju ke Istana Gyeongbuk. Seberang jalan sahaja. Untuk rental hanbok ni, harga ada KRW10,000 untuk 2 jam dan KRW30,000 untuk 4 jam. Kami memilih 4 jam. Dan bila dah pakai hanbok ni, masuk ke istana free sahaja. Pink Rental ni murah sikit dari Seohwa. Kalau Seohwa, tak silap saya KRW38,000 untuk 4 jam. Kami memilih 4 jam sebab takut terlama di dalam kawasan istana...hehehe. Tak pasti ada rental untuk full day atau tidak. Sebab saya perasan ramai juga tourist dan Koreans sendiri memilih untuk memakai baju hanbok seharian.
 |
| Fefeling ala ala princess..ahhahahaa |
 |
| Depan entrance. Nak bergambar sini pun kena berbaris tauu....ada orang jaga kat sini |
Semasa kami sampai ke istana, changing guard ceremony besar besaran sudah berakhir. Yang ada hanyalah changing guard di bahagian hadapan pintu masuk sahaja. Untuk bergambar dengan para guard ni pun kena berbaris juga...huhuhu. Siap ada orang jaga lagi kat depan tu. SEmpat lah bergambar dengan guards sekelian, dan kami terus masuk ke dalam istana. Masa ni saya memang lupa terus pasal Mashie ngan Elise. Bila masuk ke dalam, ternampak mereka, baru teringat...hahhaha. Sayang Mashie dan Elise tak sempat nak sewa baju. Masa ni kami kalut2 cari kedai, memang tak teringat nak call or whatapps depa ni.....sorri naaaa.
 |
| Kami kami.... |
 |
| Kami lagi.. |
 |
| Ber6 pula. Sian Elise dan Mashie..disbb miscommunication, maka depa tak sempat sewa hanbok |
 |
| Terjumpa adik adik dari Malaysia ni... Sporting je bila diajak bergambar bersama sama |
 |
| Dah banyak bunga bunga yang gugur. Cantik bila di tiup angin |
 |
| Sangat cantik sebenarnya..... |
 |
| Dimana mana....bunga sesaja |
Pemandangan kat dalam kawasan istana sangat cantik. Cherry blossom di mana mana. Sesetengah bahagian ada yg dan gugur. Seronok bila angin bertiup, bunga bunga gugur..... Masa kat dalam ni jumpa juga kumpulan dari Malaysia. Adik2 ni sporting je nak ambil gambar ngan kitaorang...Jom bergambar ngan acik acik ni...cesss..acik ye...hahahha. Memang acik pun. Okay je.
Saya laju laju mencari tasik di dalam kawasan istana. Sayang, kawasan tasik dalam tempoh pembaikan...huhuhu. Maka dapat tengok sahaja lah. Lama juga kami kat dalam....tak puas nak explore. Kendian baru perasan masa makin menginjak ke tengahari. Nak ke Bukchon lagi..huhuhu. Kami cepat setelkan ambik gambar masing masing, pulangkan baju dan trus ke Bukchon Hanok Village. Actually dari Gyeongbukgong ni, tak perlu nak ambil subway. Tp ntah...haha..bila dah ramai, org tu sajes itu, sajes ini...hmm..machiam machiam...kekonon nak selamat kan kaki..tp akhirnya kaki tetap juga penat...hahhaha. Ntah kemana sahajalah jalan yg kami ambil tu. Penat woooo...jauh berjalan kaki. Dan akhirnya sampailah ke Bukchon Hanok Village.



Masa ni memang tak daya sungguh nak heret kaki..perut pun lapar...so tak byk yang kami explore. Plan pun lari sikit, sbb mulanya cadang nak cari sekolah dlm drama Goblin tu. Tp bila jumpa jalan singkat ke Samcheongdong Street, kami terus memilih untuk ke sana dan mencari Restoran Halal Kitchen. Berjumpa dengan tourist assistant berbaju merah, maka kami tanyakan kemara arah ke Halal Kitchen. Dah jumpa...kena daki naik ke atas pulak...hahahhaa...walaweyyy...perut lapar, kaki sakit...sabar je lah. Dah sampai, kena tunggu lak...Halal Kitchen ni kecik je. So memang kena tunggu lah if ramai orang kat dalam ni. Dah dpt tempat, kami masuk. Elok je duduk...sekali Anna cakap...kak..itu macam Ain founder Seoulwanderlust tu...eh ye lah....hahahha. Tak sangka jumpa Ain
disini.
 |
| Terjumpa Ain di sini |
Untuk trip ke Jeju Island dengan Seoulwanderlust, saya berurusan dengan Ain. Cuma yang membawa kami jalan jalan adalah Ikah, adik kepada Ain. Sempatlah bergambar dengan Ain yang kebetulan bawa tourist dari Malaysia juga.
Di Halal Kitchen ni ada surau, maka senang lah sesapa yang nak solat jamak dan qasar. Pilihan makan di Halal Kitchen tak banyak. Ntahlah..bukan tak menepati citarasa saya. Okay je makanannyer. Cuma nak kata woww sangat tu...takdelah kut. Macam saya makan kat Murree...pun biasa je..hahaha. Kuat makan saya ni, tp tak pandai nak kata wowww sangat. Saya lebih suka kedai ikan bakar Dongdaemun dan Gosame kat Sinchon (ni saya gi makan masa last day).
 |
| Our lunch |
Dah selesai makan, kami jalan jalan di Samcheongdong Street ni. Kendian tanya orang berbaju merah, camner caranya nak ke Insadong. Ada public transport dak. Katanya takde, unless amik taxi. Tp dia bagitau camner nak ke sana. Kena jalan kaki lah ye. Maka kami pun jalan kaki menyusuri kedai kedai sepanjang jalan.
 |
| Samcheongdong Street |
 |
| Nak cari jalan ke Insadong.. |
 |
| Tu dia..siap angkat peta...hahahha |
 |
| Moh le berjalan ke Insadong |
Jalan punya jalan punya jalan...ehhh jumpa entrance ke Buckhon Hanok Village....and jalan lagi..jalan lagi..trus sampai Insadong...huhuhu. Kan ada jalan senang nak ke Bukchon ni...kenapalah tadik amik jalan susah..hahaha. Saja nak memenatkan kaki. Baru perasan, tiada gambar di ambil di Insadong...huuhuhu...
Masa pun mencemburui kami. Bukan masa, tapi kaki...hahaha. Saya tau ada yang dah heret kaki je dah tu....saya sendiri pun. So jalan jalan Insadong tak lama mana. Pusing pusing je, then kami jalan subway station untuk ke Myeondong. Pastu pikir pikir..naik bas lagi senang kut. So kami gi tourist information counter kat Insadong tu, tanya camner nak naik bas. Naik bas no (map dah buang) and ada dua bus stop. Berhenti bus stop ke3. Kami naik bas, kami leh lupa..sebab kepenatan..hahahah. Dah terlepas baru perasan...weyyy....patut turun kat stop no 2. Kami turun and sekali lagi menggunakan kaki berjalan menuju ke Namsan Guest House..hahaha....sabar je la. Actually naik bas senang, cuma kena ingat nak berhenti kat mana.
Maka gigih lah kami berjalan. Saya ngan Mashie jauh jalan ke depan. Nak cepat. Mashie pun sebab nak ke epot. Masa ni pun dah jam braper dah ntah....ada lah kul 4 / 5 agaknya. Sampai GH, masing masing melunjurkan kaki. Saya sempat tidur lagi rasanya. Mashie dan Elise dah berangkat ke epot, kami kluar semula ke Myeondong Night Market. Entah apa saja yang di cari pun tak tau ler...saya tak beli apa apa. Sebab memang x plan pun. Plan nak beli brooch ngan alas tidor tu je. Tu pun pening gak memikir nak bawak balik nanti sbb luggage cuma 20kg je.
 |
| Night at Myeondong |
 |
| Meriah |
 |
| Kebab halal di Myeondong |
 |
| Busan fish cake. Hat ni saya berani makan... |
 |
| Busan Jib |
 |
| Aiskrimg bunga rose |
Jalan jalan kat Myeondong, pastu tanya yang lain nak makan tak. Macam semua je agreed nak makan, so kami pun mencari Busan Jib. Kali ni senang plak nak jumpa...huhuhu. Boleh tahan juga rega Busan Jib ni. Saya order asam pedas ikan, Anna order pancake, Jah ngan Erra order ikan bakar. So makan lah bersama sama. Sedap juga Busan Jib ni. Tapi saya rasa macam mahal lak...hahaha. Kedekutssss....tak pasal pasal dua kali makan kat restoren arini. Sebab ikut bajet, satu hari sekali je makan luar...kakkakaka...kononnn..
Dah makan, balik je lah ke guest house. Badan dah penat pun. Esok kami nak jalan jauh. Nak ke Garden of Morning Calm. So malam ni prepare apa yang patut. Saya masak nasi impit siap siap untuk bawak bekal ke Garden of Morning Calm. Walhal masa ni mata dah ngantuk...huhuhu. Sabar je lah...
Moh lah tido, dan berdengkur. Namsan ni memang takde orang kutip sampah eh. Tingat lak masa stay kat Dongdaemun Guest House. Walaupun bilik kecik, towel pun takdelah baru sangat, tapi tukar tiap hari. Ada orang kemaskan bilik dan juga bilik air...hmmm...wat do you expect Inazz oiii..hahha. Dah terasa rasa seronok dok kat hotel kat Jeju Island. Lain kali stay hotel je lah ye...kekkeke.
