3rd April 2018 (Selasa)
Hari ke 5 di bumi South Korea. Hari ini perancangan kami adalah Ehwa University, Namdaemun Market, Seullo Park, Starfield Coex Mall dan Yang Good BBQ Korean Lamb. Berjanji dengan Mashie dan Elise pukul 0800 pagi di bawah untuk sarapan sebelum ke Ehwa University. Seronok sungguh dapat berjumpa kawan kawan.
Selesai memborong, kami balik ke GH seketika. Lunch dulu, sapa yang nak solat, boleh solat dulu. Rehat rehat sekejap, kami pun menuju ke Seuollo Park. Mengikut apa yang saya google, dari Myeondong kami perlu menaiki subway hingga ke Seoul Station, Exit 2. Apabila kami berjalan jalan di Seoullo Park ni, then baru saya perasan, sebenarnya dari Namdaemun Market boleh terus ke Seoullo Park. Berjalan kaki sahaja, tak perlu ambik subway...kalau larat la. Bila lagi nak menguji daya ketahanan kaki kan....hahhaha.
Seoullo Park ni panjang sebenarnya. Kalau anda bermula dari Namdaemun Market, then okay je lah jalan terus ke hadapan. Tapi kalau bermula dari Seoul Station, berjalan menuju ke Namdaemun Market, kemudian kena berpatah semula ke Seoul Station untuk menjelajah bahagian seterusnya di sebelah sana. Kami aritu tak patah ke belakang. Bila turun di Namdaemun, kami terus mencari subway station untuk Starfield Coex Mall. Kelakar sebab tersilap train disini. Dua kali plak tu. Saya ternaik dahulu, tinggal kawan kawan yang lain. Lepas tu, patut tukar ke Line lain, tapi kami ternaik subway line yang sama...haahaha. Dah biasa ke Korea pun silap juga ya....tujuan ke Starfield Coex Mall ni sebab nak ke library yang tertinggi tu...depa kata Library Harry Porter hahaha. Disini juga terletak nya SM Town Theme Park. Tapi kami tak masuk pun. Kami lebih suka berjalan jalan diluar sahaja.
 |
| Kawan yang tertinggal...hahhahaha |
 |
| Starfield Library |
 |
| Di bahagian luar Coex Mall. Berhampiran dengan SM Town |
 |
| Lepak lepak |
Kami just lepak lepak Coex Mall sementara menanti Yang Good BBQ Lamb di buka. Kedai ni dibuka pada jam 0200 petang. So sedang elok lah kami melepak kat sini. Dah puas merehatkan badan, kami menuju ke Yeoksam pula. Hafal dah nak ke sini...hehehe. So xyah beria nak tengok apps. Jalan menonong je. Tetapi sesampai je disini..huhuhu...ramai le pulok orangnya. Pastu kami tanya tanya...depa kata depa in waiting list. So pergi lah masuk dlm register nama...sebab orang ramai. Dalam kedai memang penuh. Lama juga kami menunggu kat luar dalam keadaan sejuk sejuk tu. Ada beberapa orang yang lain sebelum kami
 |
| Menunggu |
Bila dapat masuk je kat dalam..huhuhu.. lega sangat. Pastu dapat pulak lamb yang sedap tu....huishh...nikmat sungguh. Kami tak dapat semeja, so kena bahagikan dalam 2 group. Saya, Jah dan Erra duduk semeja. Manakala Anna, Mashie dan Elise duduk semeja. Kami order cepat cepat, makan cepat cepat dah kenyang kami kluar. Sebabnya kesian pulak pada yang menunggu di luar. Kami paham sangat...tadik pun kami menunggu lama. Selesai makan, kami ber3 kluar dulu sementara menunggu yang lagi 3 orang tu abis makan.
Dah selesai semua, kami balik ke Myeondong. Singgah Myeondong Night Market sekejap dan balik ke Namsan. Perghh...letih kaki....hahhaha. Saya rasa saya balik dulu masa ni. Sebab memang tak larat. Saya pun tak ingat siapa yang balik kemudian. Sampai di GH, mandi manda and tido lah.

No comments:
Post a Comment